Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, Selasa lalu Anim discharged setelah berada 4 hari 3 malam di hospital. Waktu ditanya doktor bertugas,apa yang Anim makan agaknya hingga menyebabkan keracunan makanan serius, Anim sendiri tak ada jawapan.Mengikut ujian darah, mungkin berpunca dari makanan mentah.
Ingat-ingat semula, petang Khamis balik sekolah, Anim dan si Abdul menikmati jus amra asam boi bersama Mee Goreng Wantan di salah sebuah gerai makan yang biasa disinggah. Punyalah sedap jus amra yang diblend sendiri oleh tuan gerai tu hingga Anim WA geng bas sekolah bertanyakan cara membuatnya di rumah (amra tengah rancak berbuah). Nak jadi cerita, petang tu Anim dah tak rasa sedap badan dan demam pada hari Jumaat.
Buah kedondong (amra) yang rancak berbuah di rumah
Dipendekkan cerita, bila dah duduk ward, lebih berhati-hati nak makan. Usia makin meningkat seiring dengan usia perut. Rasanya baru Anim cerita tentang perut Anim bulan lalu (
di sini). Seperti kata Ustaz Amran Yusoff, selalu didik hati kita, kalau Allah bagi kita sesuatu, Allah bagi yang baik-baik saja.
Banyak yang dipelajari dan banyak yang dimuhasabahkan bila duduk atas katil hospital. Masa tulah kita amat menghargai akan nikmat sihat, nikmat kelapangan masa dan nikmat melakukan ibadah dalam keadaan selesa. Setidak-tidaknya apa yang dialami jiran sebelah katil Anim jauh lebih berat dari masalah Anim. Bayanglah sakit saraf di kepala dan menyebabkan seluruh anggota badannya sakit bila tersilap bergerak. Alhamdulillah, dua malam berjiran, banyak yang kami bual dan bincang. (Dia ni bertugas di PPD). Dia meminta no telefon Anim dan beriya-iya meminta Anim datang ke rumahnya di Pulau Pinang. Allahu Robbi, dalam keadaan sakit begitu, dia masih mengalu-alukan tetamu.
Oh ya...Anim taip entry di Ipoh sebenarnya. Secara kebetulan, sebaik Anim discharged, Encik Suami kena ganti tempat rakan sekerja bermesyuarat di Alor Setar. So..hingga Khamislah dia ada di SP. Bila dia nak balik Ipoh , pagi Jumaat, dibawanya kami bersama. Duduk dengan 2 Abdul kat rumah, mesti Anim tak tau duduk diam katanya. Baik ikut dia angkut kami duduk "rest house" kat Ipoh ni.
Lima hari tak ada di ofis, rupa-rupanya ada mangga Harumanis disimpan untuknya. Sewaktu Harumanis ini dibawa masuk bilik kelmarin, taklah teruja sangat. "Dah terkena" sebelum ni...
RM 70 (3 kg), beli dari kawan geng bas sekolah yang ke Perlis baru-baru ini. Terkejut juga tengok rupa kotak. Tak sama seperti yang pernah kami beli tahun-tahun terdahulu. Apa nak buat, sejak Encik Suami kerja di Ipoh, kami dah tak dapat nak p sendiri
Sangka Anim, datangnya dalam kotak dari Jabatan Pertanian Negeri Perlis seperti ini yang sudah dimaklumi kualitinya.
Bila buka bungkusan kertas suratkhabar yang disertakan, diperam dengan karbaid rupanya....
3,4 hari selepas tu...nampak lebam bila dikupas. Kualiti buah RM10 sebiji. Rasa ada serupa harumanis, ada juga harumasam.
Namun nasib Anim taklah seberat geng bas sekolah, Ustaz K..
RM 90 termasuk kos pos. Harumanis yang ditunggu...
Jadi harumasam dan hanya sebiji dua yang boleh dimakan. Itupun kena pilih-pilih potongan. Pasrah katanya. Dah tak ada rezeki. Lagipun...benda kat dalam tu tak boleh dijangka.
Oh ya..berbalik pada harumanis di Ipoh (dibawa balik staff dari Perlis)...
5 hari dalam fridge ofis..sudah lebam. tengok rupa luaran..tak teruja..hihi. Harumanis 2 kg ni RM30.
Don't judge a book by its cover....ini barulah harumanis yang lemak manis...
P/S Lama dah tak balik Ipoh....seronok berubah angin. Macam-macam projek nak dibuat walhal subuh esok nak balik SP dah..Sekolah beb...
alahai nape orang2 ni jual macam ni.. mmg CT dok dngr crita macam ni juga bnyak..
BalasPadamCT slalu dapat dari spupu yg duduk sana.. harumanis ni ada gred.. takot yg jual mahal tp gred cikai..
isk..
perghh kak terliur melihatnya ...aduhh sedap tu
BalasPadamSaya baru menikmati harum manis dari perlis, memang tengok luaran buruk, tapi isi didalam sangat manis
BalasPadamsy ari rabu ari 2 baru minum jus amra sedap jgk.. tuh pn jenuh tolak tapi rumate paksa jgk surh rasa...heheheh xbaik sungguh si pnjual tuh... huhuhu
BalasPadammee goreng wantan ke penyebab keracunan tu ... seram lak bila mangga tu berbalut karbaid ...
BalasPadamsorry to hear that anim.. mmg usia bertambah, usia perut pun sama menurun.. my perut lagi sensitive. tapi masa kat india baik lah pulak dia.. kat malaysia yg selalu kena food poisoning ni.
BalasPadamharummanis now tgh hangat diperkatakan.. siap boleh hantar sampai depan rumah lagi..i dah tempah dgn kawan ..tinggal tunggu je hasilnya ni..
Besarnya boleh order 2 ...boleh tunggu depan pintu
BalasPadamHarum manis kalu dapat yg sedap memang terkenang-kenang harum dan manisnya.. satu rumah berbau harum dia...
BalasPadamTapi tu la... nasib2... ada yg dapat manis saja tapi x harum, malang lagi kalau dapat hat masam/buruk. Bila ada jadi lagu tu orang serik nak belo.. dah la amahai..
Yang tersedap makchaq pernah rasa dari jabatan pertanian Perlis. Memang sedap sangat.. tapi susah nak dapat...
Awww..sedap tuhh..(yg lemak manis je).tgh musim nya ka sekarang?
BalasPadamSusah nak bli pkai oder ni..oder lain dapat lain kan
BalasPadamTake care Anim...
Syafakillah..semoga badan betu;-betul sihat dan tenaga cukup untuk mula bertugas..
BalasPadamcantik tajuk he he..
Uihhhh terliur2
BalasPadamterliurnya tgk..yela..bila beli mcm tu, x semua elok kan
BalasPadamAlahai, kesiannya ustaz tu. Dah memang takda rezeki. Buat nyamah-nyamah hilang kempunanlah jadinya. Saya baru semalam dok merasa Harumanis ni. Nasib baiklah betul-betul harumanis, Anim. Kalau tidak, mahu tension dah beli mahal-mahal tapi tak boleh makan!
BalasPadamNak buat mcm na kan mmg tak dijangka didalam nya tu
BalasPadam