Assalamualaikum wbt...
Petang tadi dok menunggu waktu untuk semak arah kiblat (istiwa a'zam) . Cuaca mendung pula. Sesekali kedengaran guruh berdentum. Nampak gaya tak ada rezeki nak check .
Masuk bilik air di tingkat atas. Nak siap diri untuk solat Asar. Mata dok terpaku lihat awan dari tingkap bilik air. Ralit pula tengok awan berarak perlahan-lahan. Tiba-tiba ternampak seakan-akan warna di langit. Keluar bilik air, capai hp. Hmm..hp tua tu manalah boleh zoom jauh. Sekejap je dah lenyap dari pandangan mata.
Tergerak capai kamera. Dok acu kat tingkap. Kot-kot apa yang disaksikan sebentar tadi muncul kembali.
Tunggu..tunggu...
Dan tunggu....
Akhirnya.....warna hijau dan pink itu kelihatan lagi..
Subhanallah....cantikkan warna di langit...
Tengok waktu...jam 5:15 petang..Seminit dua selepas itu, warna itu lenyap dilitup awan sebelum kelihatan matahari terpancar terik buat seketika. Kemudian awan kembali mendung. Dua kali ternampak petir menyambar.
Dari google
WA gambar kat Encik Suami, bertanyakan dia pelangi ke? Jawabnya, pelangi biasanya muncul selepas hujan.
WA pula kat group adik beradik, ada yang suruh Anim search tentang "green flash". Info yang digoogle sekali lalu kata ia biasanya terjadi sebelum matahari terbit dan terbenam. Kebanyakan image "green flash" yang digoogle kelihatan warna hijau saja.
My SIL berpendapat pelangi kerana biasan cahaya dan kristal air.
Apa pendapat kalian? Adakah itu pelangi? Atau "green flash"? Subjek Sains dan Geografi Anim memang lemah, huhu.
P/S Subhanallah...tak kisahlah sama ada ianya pelangi atau "green flash".. satu kepuasan dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah .
Alamak x tau la kak ;)
BalasPadamaurora kot ... belasah je ni anim . apapun memang nice pemandangan tu ... subhanallah !
BalasPadamSubhanAllah...indahnya ciptaan Ilahi
BalasPadamKakak rasa green flash Anim sebab kalau pelangi biasa selepas hujan yg dpt sinar mentari.
BalasPadamApa pun semuanya kehendakNya jua
cantik akak.. kalau pelangi.. hijau tengah2.. jadi green flash la kot..
BalasPadamTak kisahlah apa pun Anim yang pasti, Subhanallah! Cantiknya ciptaan Tuhan! Dalam putih kelabu awan berarak ada pulak cahaya hijau kuning dan pink tu. Indah sangat rasanya!
BalasPadamAlamak???? Jangankan Sains dan Geografi, okje ni semua subjek failed hihi....
BalasPadamApa ek tu Anim....kalau pelangi kena ada 7 warna kot....ini 2 warna jer....green flash tu...hihi