Jam 9 malam dah kepung katil. Tirai disekeliling ditutup rapi. Harap-harap malam ni takde nurse yang off lampu macam malam sebelum. Gelap gelita bila terjaga malam. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Seorang jururawat muncul di pintu sambil berkata "Kak ada kawan tidur malam ni". Alhamdulillah, lega rasanya tambah-tambah bila dapat tahu dia orang kita juga.
Dia minta dipindahkan dari bilik lain. Mulutnya tak berhenti kata syukur sebab dapat masuk dalam bilik sama kerana senang nak bersolat. Maklumlah, bukan semua kaum lain memahami tentang tuntutan bersolat 5 waktu sehari walaupun dalam keadaan sakit.
P/S Pagi ni baru dapat bersembang panjang. Patutlah kami serasi sebilik. Rupa-rupanya jiran sebelah bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah belah Penang nu ( daerah mana...rahsia!) sudah seminggu di wad. Simpati dengan kesakitan saraf di bahagian kepalanya dan memerlukan rawatan terapi. Nampaknya bukan cikgu saja rasa terbeban dengan kerja...mereka yang berada di Pejabat Pendidikan pun dua kali lima saja rupanya, kan. Moga Allah berikan kesembuhan penyakitnya.
salam kak..moga cepat sembuh hendaknya..memang tak best duk lama2 kat ward, pandai rasa bosan..huhu... syukur lah dpt teman sebilik yg ngam...
BalasPadamKita dah biasa ligat bekerja..bila duduk, makan, baring saja atas katil..bosanle atie..heee
PadamMasya-Allah... Anim sakit apa ni? Moga diberi kekuatan dan kesabaran yg tinggi.
BalasPadamAda kala kita diuji utk membuat kita lebih dekat padanya
Doa dari kakak moga cepat sembuh.
Selamat Hari Guru dari kakak.
Tqvm kakzakie...
PadamMasa sakit..barulah kita hargai nikmat sihat..
Sibuk camna pun di rumah, masih lebih nikmat berbanding di hospital..huhu
OK kakak baca N3 sebelum kakak dah tahu sakit apa
BalasPadamHarap-harap dpt discarge cepat.
Sesekali dapat relax rasa bosan pulak x buat apa no?
BalasPadamEntry semalam cikgu tutup kotak komen ka?makchaq kena komen kat entry sebelum tu.
Makchaq salah masuk rumah. Makchaq komen dalam entry lain..huhu. Cuba check balik, haha
Padamteringat pula seorang kawan pernah cerita di fb nya..rakan sekerjanya meninggal dunia akibat sakit saraf.. kerana bebanan kerja dan masalah peribadi
BalasPadamKesian tengok. Pusing sana sakit, gerak sini sakit...
PadamSalam Anim,
BalasPadamAwat sampai masuk hospital ni? Apa sakitnya?
Semoga Anim beransur sembuh dari sakit dan dapat keluar dari hospital secepat mungkin ya!
Sakit perut je..tak sangka jadi serius, huhu
PadamSemoga cepat sembuh sis...InsyAllah, sakit itu menyucikan dosa...
BalasPadamJemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com
semoga cepat sembuh kak... syafakillah...
BalasPadamTerima kasih atas doa anies:-))
Padamnekcik doakan dari kejauhan ni semuga Anim cepatlah sembuh...amiin.mmg takde orang yang suka dok sepital nii.../
BalasPadamTerima kasih atas doa nekcik. Iyalah...sapa suka dok hospital. Bukan makin sihat..hihi. Tambah sakit sebab tak lena tidur
Padamsyafakillah kak anim...
BalasPadamDah discharge ke kakak?
Terima kasih atas doa...
PadamGet well soon dear
BalasPadamKak Anim kadang2 remote kita tu pon boleh jadi on kan tv sebelah tu, sebab Aina pernah terkena masa warded dulu tapi bila kena kali kedua baru perasan...
BalasPadamsemoga dipermudahkan kedua- duanya . sabar dan redha dgn ujian Nya ...
BalasPadam