Assalamualaikum wbt...
Pertama kali ke
Kinta Riverfront Ipoh, 3 tahun lalu. Masa tu masih outsider. Takdir Allah, la ni berulang alik pula SP-Ipoh.
Semalam ke sini lagi. Gerai yang ada dalam entry dulu dah siap semua tapi tutup je semalam. Malam kot baru happening.
Ke
MASTER YEN TEPPANYAKI & GRILL. Flyers tentang tempat baru ini Encik Suami dapat di masjid.
1st time nak mencuba. Tak tahu nak buat pilihan. Bila bertanya Encik Suami yang pernah berkursus 9 bulan di Jepun, dah lupa katanya, lebih 20 tahun lalu. Balik Malaysia pulak, terus dia tak makan.
Sebelum ni, bila kami ajak ke mana-mana restoran Jepun , mulalah dia bercerita tentang
rice wine, tentang
mirin .. Senang cerita, bila was was..toksah makan!
Master Yen @ Shahrin yang peramah dan ada iras UAI (janggut je kurang panjang, hee) ni dok terangkan dan suggest menu makanan yang menjadi pilihan pengunjung.Mana nak jumpa chef pakai kopiah apatah lagi chef makanan Jepun:-))
Dek kerana kami pengunjung terawal, sakanlah kami berborak. Tengoklah kerusi yang ada belum sempat dikeluarkan lagi, kami dah serbu. Buka jam 6 petang, 5.30 dah terpacak. Baik hati toke kedai, bagi kami masuk. Tempat duduk yang ada tak sampai 30 buah. Tu yang terpaksa letak kerusi xtra luar kedai walaupun tak sesuai dengan konsep makanan Jepun,katanya.
SALMON SASHIMI (RM 12) . Kepingan salmon mentah yang dimakan bersama kicap dan wasabi.
SALMON TEMAKI (RM 4.50). Nasi digulung dalam seaweed.
CUTTLEFISH TEPPANYAKI (RM 12). Sotong import, katanya. Sedapnya meratah tauge, carrot dan kobis yang dimasak bersama sedikit margerin.
GYOZA (RM 4.50). Dia ni kira Japanese dumpling le gitu. Cuma lebih nipis dan digoreng. Makan bersama jeruk halia dan sos.
SAMURAI SALMON (RM 22) bersama sos teppanyaki, black pepper dan mushroom sauce ( amboi semua nak rasa). Salmon 4 hari dari Norway katanya. Cuaca panas, mash potato saya berpayung takut cayaq!
Green tea panas dari Jepun ,RM1 .
Tercapai hajat si Abdul sulung yang nak merasa Japanese food sejak 2 tahun lalu. Ada satu restoran Japanese food di SP dan dikunjungi ramai orang kita...tapi tule..was was..
~Master Yen Teppanyaki & Grill di A-15, Riverwalk River front dibuka 12 tgh-3 petang ; 6 ptg-12 malam setiap hari kecuali Jumaat dibuka lewat sedikit~
UPDATE :TINJAUAN BULAN MEI 2015 ~ Kedai ini telah ditutup. Tak taulah samada berpindah ke tempat lain atau sudah tutup selamanya:-))
P/S Semua sos, kicap, jeruk dan wasabi dibuat sendiri oleh Master Yen dan isterinya. Dia mengakui tak dapat menepati rasa sos sebenar kerana kalau ikut betul-betul, kita tak boleh makan makanan Jepun ni (faktor rice wine, mirin , seasonings..). Sekali sekala nak bertukar rasa. Asyik makanan Barat, makanan Arab dan makanan Thai, beralih rasa ke makanan Jepun setelah diyakini dan tak rasa was-was:-))
waahhhh...nanti nak ajak en hubby terjah la tempat ni...dah lama teringin..tempat lain sini mcm was was jer..
BalasPadamKaori belajar kat jepun..sure dah biasa makan..
Padamteruja tgk cuttlefish teppanyaki tu ... sayur sokmo .
BalasPadamNext visit, memang kena order menu tu lagi:-))
Padamoooonomnom nyaaaaa sashimi tuuuuu akak ooooi.
BalasPadamni kalau dapat ni sepinggan tak cukup..
Iyalah.dapat rasa sikit je si abdul punya
Padamassalamualaikum wbt...
BalasPadamtabette...oiisyii desu...
kak, bagi address tempat ne kak... nak p lah balik ipoh nanti...
(apa ler orang ipoh pun tak tau ne... hehehehe)
kak whatsapp kite yer...
tengs kak anim
Master Yen Teppanyaki and Grill,
BalasPadamA-15, Riverwalk@Kinta River Front, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh
P sebelum puasa nile, hihi
assalamualikum kak.. aku nampak makanannya sedap..mahal tak harganya ?
BalasPadamterliurnya tengok menu2 tu..
BalasPadamAlamak! Teppanyaki! Salmon! Semua tu favorite saya! Sedappppnyaaa... Lokasi yg wajib singgah ni kalau ke Ipoh! hehe
BalasPadammakanan jepun byk yang fresh..tapi ikut tekak SB ni susah sikit tak nelan menu jepun
BalasPadamNampak sedap2 mknanan ni. X pnh mkn mknan jepun kecuali sushi
BalasPadamTu pon 7-8 thn lps. Zaman study
A ah la. Pndangan tepi mmg mcm UAI la..
tak pernah makan sekali pun tak uh..mahu mual anak tekak saya di buatnya uh.
BalasPadamnampak sedap je kak.. lelagi orang tengah puasa hari ni..telan air liur je la..akak.. sekali baca macam episode jalan-jalan cari makan pulak dah..rekemen la kat diorang kak..
BalasPadamAnak-anak dara kakak suka makanan macam ini Anim, tapi kakak agak kuranglah..
BalasPadamMemang jarang sangat nak merasa makanan Jepun ni. Habis kuat pun sushi yang kat Jusco tu. Itupun beli time malam, waktu tu harga dia dah murah. Hehehe
BalasPadamkalu dkt bleh gak terjah
BalasPadamsyoknyaaa.. saya suka sushi! (errkk.. nampak gaya semua makanan je saya suka ni hehehehehe... tapi pic2 yg buat saya terliuq niiii :-)
BalasPadammeh la mai Ipoh..hihi
PadamSaya kurang minat makanan Jepun ni. Tengok jugalah jenis makanan dia tu. Kalau yang mentah, memang tak lalu lah.
BalasPadamauwww auwww kalau ke Ipoh pasilah kena ke sini....
BalasPadamSamurai Salmon tu menariklah. Memang patut dipayungi mashed potato masa panas terik begini :)
BalasPadamSaya dah jemu sungguh dengan makanan Jepun. Kalau makan pun, asyiklah Salmon Shioyaki. Tapi kalau kat KL ni mahal banyaklah harganya.