Assalamualaikum wbt....
Bila lama tak update...cukup payah menyusun ayat. Satu entry makan sejam. Cabaran yang perlu dilalui. Kalau patah semangat...alamat menyepi lagilah.
Hari ini..29 Ogos mengingatkan diri apa yang berlaku setahun yang lalu. Tarikh yang sama..kami sudah berada di Kompleks Haji Kelana Jaya.
Dulu sewaktu belum mengerjakan haji..tak dapat nak selami perasaan orang yang telah menunaikan haji. Walaupun telah menunaikan umrah 2 kali pun sebelum haji..feel tu tak dapat-dapat lagi.
Masha Allah..bila Allah jemput menjadi tetamuNya di musim haji..barulah faham kenapa pak haji dan mak hajjah tatkala ditanya apa kenangan yang tak boleh dilupakan, jawapannya pergi haji!
Bukan p melancong...
Bermacam program di TV..Salam Baitullah (TV1)..Labaikallah (TV Al Hijrah)..Khabar Haji..Travelog Haji..di radio..mendengar bual bicara mereka..hati tersentuh..airmata mengalir tak semena-mena. Mendengar talbiah saja sudah mengundang airmata..
Allah..Allah..rezekikan kami ke sana lagi menjadi tetamuMu. Ya Allah Yang Maha Pemberi...Kau jemputlah pembaca yang belum menunaikan haji yang sedang membaca entry ini direzekikan untuk menjadi tetamu hajiMu...
Aamiin..aamiin...
P/S Entry pembukaan...setelah hampir setahun. Enjin belum panas..
Amin...
BalasPadam