Assalamualaikum wbt...
Semalam, kami hadir ke majlis perkahwinan sepupu Anim di Cheras, KL.
Gembiranya hati bila dapat bertemu ayahanda, bonda dari Johor, adik-adik serta mak dan pak sedara. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai begini. Raya pun susah. Actually, depalah tetamu yang dijangka berkunjung ke Ipoh sebelum ini. Kerana sesuatu hal, kunjungan tertangguh (bukan batal tau..huhu).
Alkisah, sejak seminggu lalu, si Abdul sulung bertanyakan sama ada kami boleh ke 1 Utama Shopping Centre cuti sekolah ni. Jawapan diberi waktu itu, "Ish, jauh tu"
Semuanya gara-gara Jadual Sesi Kamen Rider bertemu peminatnya dalam komik Gempak yang dibaca. Tak taulah 2 Abdul tu, masih lagi meminati Kamen Riders dan Power Rangers Megaforce walaupun dah besar panjang.
Kalau dah rezeki, tak ke mana. Majlis kenduri di KL pada tarikh yang sama. Tercapai hajat mereka .
Bertanya Anim, bolehkah dibelikan apa yang dipakai dipinggangnya itu. What?? RM 399.90. Alahai nak, boleh tolong bayar installment Myvi Ummi. Tu baru satu...yang sorang lagi takkan nak mengalah!
Tapi depa memang bijak memujuk Bapak Abdul. Akhirnya ada beg yang dijinjit oleh si Abdul. "Kami beli permainan lain , tak sampai RM 200 pun". Si pak Abdul berbisik kat Anim, tak apalah, bukan selalu pun. Kesian kat anak-anak, jauh kami datang!
Litt Tak (Ban Dai dealer di Malaysia) pun pandai. Sesi bertemu peminat dikelilingi ratusan permainan..
Dengan pembelian tersebut, dapatlah si Abdul sulung menyarung salah satu sut Power Rangers Megaforce . untuk bergambar dan beraksi untuk kenangan.
Tersangatlah gembiranya dia beraksi....
Kasihankan si Abdul kecil. Si Amoi bagi free mask. Si Abdul sendiri memujuk Anim dengan memberitahu mana ada Power Rangers Megaforce badan macam dia.
Dalam jam 5 petang, muncullah Kamen Rider OOO dan Kamen Rider W yang ditunggu-tunggu. Terkejut orang agaknya lihat Generasi X dan Baby Boomer ni melayan dan cuba menyelami dunia Generasi Y.
Last but not least, sesi bergambar di atas pentas bersama superhero pujaan mereka. Si Abdul sulung dapat bonus gift sebab berjaya menjawab soalan mengenai Kamen Rider waktu sesi soal jawab.
Oh ya..Jadual Sesi Bertemu Peminat Kamen Rider OOO & Kamen Rider W dan Power Rangers Megaforce ni akan diadakan pada 1 Jun (hari ini) jam 1 pm, 3 pm , 5 pm dan 7 pm. Minggu seterusnya ialah pada 6, 7 dan 8 Jun bertempat di Centre Court, 1 Utama Shopping Centre di waktu yang sama.
P/S Pertemuan ini memberi makna pada 2 Abdul. Tak habis bercerita betapa gembiranya mereka. Pada kita, apalah sangat jumpa orang pakai sarung baju cam tu. Jadi mak pak generasi X dan Baby Boomer ni nampak gaya kena ambil tahu dan menyelami dunia generasi Y supaya wujud keserasian dan kesamaan. Mudah-mudahan , usaha untuk mendidik anak-anak generasi Y dalam zaman mereka mengikut acuan dan harapan mak pak berhasil, in sha Allah.
wahh seronoknya ^_^ pastinya peminat mereka pasti akan lebih teruja
BalasPadamAlahai...kerana anak diturutkan juga kan... Bukan mudah nak menyelami dunia mereka, dua generasi yg berbeza. Tapi kagum dgn kak anim, layannnn...hehe
BalasPadamSelalu nampak sekadar dlm tv sekali dpt lihat depan mata manalah tak gembiranya Anim. Kakak rasa sepanjang cuti ini mereka berdua tak habis-habis bercerita tentang pertemuan paling seronok ini
BalasPadamhaha..
BalasPadampower ranger merah..kuasa apa dah..lupa lama x layan
Assalamuaalikum wbt...
BalasPadamhahahahaha....comel betul...
jelas nampak excited nya....
pesan kat abanglong simpan barang main elok2... mana tau dah banyak sok... dah besaq, boleh buat muzium toy... ha... boleh generate income tau....
hehehehe.....
Ohhh datang KL ke Anim semalam...Cheras kat mana tu?
BalasPadamPower Rangers ni mmg minat anak OKje yg sulung masa dia kecik dulu.... Dah namanya bebudak lelaki...biasalah tu Anim hehe...
Anim pun hafal yeh nama nama depa tu hehe
Superheroes saya tak minta Power Rangers tapi si kecil tu kalau nampak mainan tak kiralah minat ke tidak, tetap juga kutip penuh tangan kiri-kanan. Memang pengsanlah makpak dok kerja beli mainan sesaja. Minat anak-anak makpak kena share sama kalau tidak, tak dapatlah nak memahami kehendak hati mereka.
BalasPadamni klu anak buah saya pi situ , rabak trus poket mamanya ...
BalasPadamKalau pakai pc baru boleh tinggalkan komen kat blog Anim..tak tau kenapa..kalau blog lain nekcik boleh komen pakai hp..canggih sangat blog tuan tanah kot!! ha..ha
BalasPadamwah coti coti KL ye..awat tak singgah rumah nekcik..boleh makan bubuq ayam!!
best dapat parents sporting macam Anim, akan mereka ingat sampai bila2 tu..kenduri pun meriah dapat berkumpul beramai-ramai, untung satu venue semua ada :) ternampak nekcik nya komen, betul kena guna web versi baru boleh kalau handphone tak bole. tapi asalkan boleh Alhamdulillah.
BalasPadam