Assalamualaikum wbt..
Kat SP ni, bila esok nak puasa, depa pakat sibuk cari daging segar. Mula-mula duduk SP, pelik juga bila ditanya, "Dah cari daging?". Cari daging?. Hmmm...sejak kecil jarang jumpa daging segar.Tak mampu, mahal. Jumpa daging bila raya. Itupun Bonda guna daging import (daging kotak).Tanpa disedari, ia bawa kesan hingga dewasa dan berumahtangga. Menu daging jarang mendapat tempat dalam menu hidangan sehari-hari. Sekali sekala adalah.
Saya cari ayam je kak...
Berbalik kisah sambut puasa di SP. Bila esok nak puasa, nampaklah penjual daging meniaga tepi jalan. Seronok lihat daging lembu tergantung sana sini macam nak sambut raya . Di pasar malam, harga daging lembu tempatan (makan dedak) biasanya dalam RM 19 sekilo , manakala lembu ternak pula RM 25 sekilo. Menjelang Ramadhan ni, sure naik harga.
Petang tadi, ke pasar malam Taman Ria Jaya. Pusat pengajian quran si Abdul kecil buat jamuan sambut puasa petang Khamis ni. Si Abdul beriya-iya suruh Anim sediakan mee maggi goreng. Ikut hati Ummi dia, balik sekolah, kalut nak memasak, goreng sajalah nugget. Tak sampai hati pulak nak menolak permintaannya. Lari sekejap ke pasar malam untuk cari bahan.
Bangun tidur, solat Asar terus ke pasar malam. Ntah, tak teringat nak minum walau seteguk air. Selesai dapat apa dicari, tekak rasa kering. Nekad singgah satu kedai makanan Mamak berdekatan kawasan pasar malam. Pelanggan kedai 98% lelaki dan tengok siaran bola. Tebalkan muka, duduk dan order minuman. Nak rehatkan kaki dan penat tangan menjinjing beg plastik sama. Kat KL mungkin orang tak heran lihat perempuan duduk minum sendiri. Tapi kat pekan seperti SP ni, memang ada mata yang dok memandang kehairanan.
P/S Fahamilah...saya haus dan tak suka minum air dibeli sambil berjalan...
Kalau kat Johor memang nak raya biasa yg ada daging fresh gantung-gantung tepi jalan.
BalasPadamPuasa ni tak adalah...
wah.. comel ayam tu.. ingat baby je kene bedung.. ayam pon kene bedung.. :) salam ramadhan k. anim..
BalasPadamSesetengah orang kampung di kedah buat ketupat daun palas cicah gulai daging ( macam nak raya pula..) untuk sambut puasa..Orang Kedah kan banyak petani dan pesawah..bila makan pulut ni perut jadi kejap..tak cepat lapar bila kerja di bendang..
BalasPadamhuurm CT tak pernah pulak encounter scene yang macam ni kikiki. walaupun duduk kat utara jugak tapi mungkin kat kedah lain sikit dari penang. nanti nak raya baru kalut cari daging. ooowh sedapnya ketupas palas and samah daging. ooonomnom.
BalasPadamrumah selalu menu ikan mesti ada teur masin..ikan masin stok perisa air buah-buahan heee
BalasPadaminsyallah cahayacinta ada sahaja di ipoh ;)
BalasPadamBukan saja di Kedah, di Penang (negeri asal saya) dan Perlis (saya pernah kerja di sana), mendapatkan daging lembu di permulaan puasa dah jadi seperti satu tradisi. Kalau tak ada daging untuk sahur hari pertama macam tak sah pula puasa...
BalasPadamabaikan je kak.. saya pun dulu bila travel selalu ada yang memandang bila berhenti untuk minum..perempuan bila sorang2 mcm tu la.. cuma kena hati2 bila di mana2 je la..
BalasPadamaah..kt area umah saya ni pun pagi tdi saya tgk org dh start jual daging segar..biasa takde pun gerai tu
BalasPadamsy xcari la kak
BalasPadamOh, kalau kat KL ni memang tak heran perempuan dok minum sorang-sorang. In fact, saya pernah je pergi tengok wayang seorang diri :)
BalasPadamAda jual daging masa nak puasa ya? Kat kampung dulu masa nak raya je nampak orang sibuk jual daging. Daging tempatan memang mahal kan, Saya dulu sengal, nampak daging murah saya beli rupanya daging sejuk beku gitu. Dah tua ni barulah tahu ...