Home · About Me · Sitemap ·

Bersama sambut 1 Ramadhan 1435H, Ahad ini


Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan 1435H buat semua...

15 filem hasil result MRI dibawa pulang. Alhamdulillah, si Abdul sulung discharged petang tadi. Kami sambut Ramadhan yang bermula Ahad ni dengan penuh kesyukuran. Malam esok dah boleh p solat terawih 4 beranak, in sha Allah.

Kes dia dirujuk ke Neurologist. Tulang belakang kat leher sikit terjojol dan itulah yang memberi rasa tak selesa. Tulang itu menekan urat saraf .Doktor kata masalah itu selalunya berlaku pada orang berusia. Antara kemungkinan diberi dan saya turut bersetuju ialah bebanan beg ke sekolah (biar berat depan, jangan berat belakang). Masa sekolah rendah, sampai nak rebah bahu angkut beg berat.  Puas dah nasihat guna beg roda, tapi tak mahu. Manakala sinus pula adalah penyebab sakit kepala yang dialaminya.

Si Abdul sulung kata rasa lega sikit bila menjalani physiotherapy exercises. Doktor pun dah ingatkan dia supaya teruskan exercises yang sudah diajar. Mudah-mudahan, dia mahu kembali menetap di asrama sebaik cuti sakitnya berakhir 2 Julai ini. (Kakzakie..kena duduk asrama juga. Kalau si ayah perlu keluar daerah, tak da siapa nak tolong uruskan dia ke sekolah).

Antara gambar yang hendak dikongsi..

1st day...



2nd day...

3rd day...Opps...dasar blogger. Mentang-mentanglah ada WIFI..

P/S  Puasa bermula Ahad. Kami diberi peluang bersahur dan berbuka bersama di 1 Ramadhan 1435H. Kedah cuti Awal Ramadhan, maa. Alhamdulillah:-))

Artikel berkaitan:

Chicken Chop Ayam Hijrah


Assalamualaikum wbt...

Suka tak makan chicken chop? Seingat Anim, pernah sekali buat sendiri. Lama dulu...Sekali tulah aja. Lepas tu....order saja di luar.

Petang ni nak bawa balik produk terbaru ayam halalan toyyibah, Ayam Hijrah ke Ipoh. Selalu juga dengar slot Ayam Hijrah ni di Radio Kedah 97.5 fm.

Menarik dengar bagaimana pasangan suami isteri (Ustaz/Ustazah) di Baling ini memulakan perniagaan Ayam Hijrah mereka. Ia disebabkan salah seorang anak mereka tidak boleh makan ayam yang ada di pasaran kerana akan mengalami gatal-gatal. Yang hairan, bila ayam itu disembelih dan diproses sendiri, elok pula. Dengan niat untuk membantu Muslim sekitar agar dapat menikmati daging ayam yang halalan toyyibah, mereka memberanikan diri untuk memulakan perniagaan. Tanpa diduga, ianya mendapat sambutan hangat.

Kata kawan Anim yang menjadi pengedar, pisau yang digunakan akan dicuci setiap kali seekor ayam itu disembelih. Taklah pakai taram saja. Ayam juga akan dicuci bersih sebelum dipack dan dibekukan. Itu sebab ayamnya tak berbau hanyir. Boleh terus dimasak lepas buka plastik.

Hijrah Chop. RM 8 sepeket. Disertakan sekali fun fries dan black pepper gravy. Tinggal goreng. Mudahkan?

Bolehlah jamu si Abdul sulung bila discaj nanti.. Malam tadi jam 10  dia admitted salah sebuah hospital di Ipoh. 2,3 minggu lalu dia kerap mengadu sakit di belakang kepala. Kami bimbangkan kesan jatuh di swimming pool waktu bercuti di Tasik Banding, tahun lalu. Encik Suami kata tak perlu tunggu Anim balik hujung minggu. Dah nak puasa, kena segera buat MRI Scan dan tahu resultnya.

Dia telefon waktu lunch. Sempat bercerita pengalaman 30 minit dalam bilik MRI itu pagi tadi. Dek lama dan bilik dipasang muzik, sampai terlena dibuatnya. Bila Anim kata, Anim akan pulang Ipoh selepas Asar, dia kata dia ok je. Anim tak perlu risau. Abah pun ada bersama katanya.

Kalau ikut hati, nak cabut balik je lepas sekolah. Namun....Anim dah berjanji dengan si Abdul kecil. Si Abdul kecil juga dah berjanji dengan Ustaz di Pusat Pengajian Qurannya..

Mee maggi goreng yang dimasak sepantas kilat. Si Abdul kecil dah janji dengan Ustaz nak bawa mee maggi goreng untuk jamuan sambut puasa di pusat mengajinya itu petang ini. Jam 3.30 petang dah dijinjit si Abdul kecil naik van pusat mengajinya.

P/S  Masih menanti keputusan MRI Scan si Abdul sulung. Mudah-mudahan, tak ada yang serius. Doakan ya...

Artikel berkaitan:

Jadual Masuk Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri Kedah 1435H (2014M)


Assalamualaikum wbt...

Terkini: Jadual Masuk Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadhan 1436H/2015M

Nak share Jadual Masuk Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadhan 1435H sebab tengok banyak viewers kat entry jadual puasa tahun negeri Kedah tahun lalu . Kesian..itu tahun lalu kan..


Menjawab komen Vee...kami kat Utara ni, memang tak leh lah ikut berbuka bila azan Maghrib berkumandang di TV. Siap pesan kat anak, "Kita belum lagi...belum lagi"..huhu

P/S  Cuma tahun ini ada kelainan pada jadual yang dikeluarkan. Pada 1 Ramadhan hingga 12 Ramadhan tertulis "Pada tarikh ini tidak wujud bayang yang menunjukkan arah kiblat" 

Artikel berkaitan:

Dah cari daging?


Assalamualaikum wbt..

Kat SP ni, bila esok nak puasa, depa pakat sibuk cari daging segar. Mula-mula duduk SP, pelik juga bila ditanya, "Dah cari daging?". Cari daging?. Hmmm...sejak kecil jarang jumpa daging segar.Tak mampu, mahal. Jumpa daging bila raya. Itupun Bonda guna daging import (daging kotak).Tanpa disedari, ia bawa kesan hingga dewasa dan berumahtangga. Menu daging jarang mendapat tempat dalam menu hidangan sehari-hari. Sekali sekala adalah.

Saya cari ayam je kak...

Berbalik kisah sambut puasa di SP. Bila esok nak puasa, nampaklah penjual daging meniaga tepi jalan. Seronok lihat daging lembu tergantung sana sini macam nak sambut raya . Di pasar malam, harga daging lembu tempatan (makan dedak) biasanya dalam RM 19 sekilo , manakala lembu ternak  pula RM 25 sekilo. Menjelang Ramadhan ni, sure naik harga.

Petang tadi, ke pasar malam Taman Ria Jaya. Pusat pengajian quran si Abdul kecil buat jamuan sambut puasa petang Khamis ni. Si Abdul beriya-iya suruh Anim sediakan mee maggi goreng. Ikut hati Ummi dia, balik sekolah, kalut nak memasak, goreng sajalah nugget.  Tak sampai hati pulak nak menolak permintaannya. Lari sekejap ke pasar malam untuk cari bahan.

Bangun tidur, solat Asar terus ke pasar malam. Ntah, tak teringat nak minum walau seteguk air. Selesai dapat apa dicari, tekak rasa kering. Nekad singgah satu kedai makanan Mamak berdekatan kawasan pasar malam. Pelanggan kedai 98% lelaki dan tengok siaran bola. Tebalkan muka, duduk dan order minuman. Nak rehatkan kaki dan penat tangan menjinjing beg plastik sama. Kat KL mungkin orang tak heran lihat perempuan duduk minum sendiri. Tapi kat pekan seperti SP ni, memang ada mata yang dok memandang kehairanan. 

P/S Fahamilah...saya haus dan tak suka minum air dibeli sambil berjalan...

Artikel berkaitan:

Serba tak kena


Assalamualaikum wbt..

Serba tak kena nak BW blog kawan-kawan. Mana taknya, bila buka dashboard, hanya satu blog saja yang muncul. Yang publish latest entry. Bila click view more, takde respon. Aduhai... Kawan-kawan ada masalah yang sama tak?

Sabtu lalu, hajat nak menziarahi ibu saudara di Cheras tak kesampaian. Balik dari Sarawak, Encik Suami demam. Anim dan si Abdul kecil terpaksa bergegas balik ke SP. Bila ditanya mengapa lekas sangat nak balik (selalunya balik subuh Ahad), Anim kata dapat e-mail dari Marta. Dia tak dapat bersama kami Selasa seperti biasa. Nak mai Ahad. Ada ABM (Alat Bantu Mengajar) yang perlu Anim siapkan.

Tak gamak nak beritahu orang demam alasan yang satu lagi...

Kalut buat decision samada balik, tak balik, Ipoh petang Khamis tu, rupa-rupanya rice cooker lupa nak off di SP. Petang Jumaat baru teringat. Ikut hati, dan dan tu juga nak balik SP. Nasib baiklah hanya berkerak saja.

Walaupun orang kata rice cooker lupa off tak apa...tapi kerisauan tetap ada. Tak senang duduk dibuatnya. Setiap kali hp berbunyi, berdebar-berdebar .Bimbang jiran sebelah telefon beritahu rumah berasap. Serba tak kena dibuatnya.

Cerita fasal serba tak kena ni, pengalaman yang sama Anim rasai sehari sebelum kemalangan maut yang menimpa pakcik Bahtiyar ( di sini ). Pagi di sekolah, ada kawan bawa sampel biskut raya untuk ditempah. Tangan mencapai biskut tart strawberri. Belum sempat biskut masuk ke mulut, biskut itu terjatuh tiba-tiba. Rasa macam budak-budak pulak pagi tu. Bukan sekali, tapi dua kali!

Masuk kali ketiga, malu pulak. Kawan suruh ambil satu lagi. Masa dok ambil, biskut tu hampir terlepas dari tangan tapi sempat diselamatkan. Anim pun balik ke meja sendiri sambil tertanya2..kenapalah aku ni. Hati tak semena-mena jadi berdebar. Serba tak kena dibuatnya. Keesokan hari, dapat berita pakcik Bahtiyar maut kerana terjatuh dari motosikalnya.

Anim juga diberitahu anak kedua arwah (lelaki paling tua) yang masih menuntut juga mengalami perasaan yang sama di malam Nisfu Syaaban. Dia rasa serba tak kena. Memikirkan mungkinkah ajalnya akan tiba, dia menghubungi ayahnya dan memohon maaf atas kesalahannya. Dia kemudian menerima message berharga dari ayahnya yang memberitahu telah mengampuni dosanya dan adik beradiknya yang lain. Allahu Akbar...bukan dia yang pergi meninggalkan keluarganya, rupa-rupanya ajal si ayah yang mendahului.

Ibu saudara Anim juga berada dalam serba tak kena sebelum kejadian. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Dia merasakan seolah-olah dia akan mati. Dia meminta anak-anak perempuannya mengemas kain bajunya untuk diagih-agihkan kepada oranglain. Tak siapa menduga, perasaan serba tak kena itu adalah petanda suaminya akan meninggalkan dirinya bersama 7 anak buat selama-lamanya.

P/S   Serba tak kena bila Encik Suami beritahu si Abdul sulung mogok tak mahu duduk asrama dah. Aduhai anak.....bertahanlah hingga hujung tahun ni..

Artikel berkaitan:

Ole-ole dari Sarawak


Assalamualaikum wbt...

3 malam di Kuching dan semalam di Sibu...geleng kepala tengok apa yang Encik Suami bawa balik. 90% darinya, MAKANAN! Bukan setakat tebaloi, kek lapis Sarawak dan ikan masin terubuk yang menjadi ole-ole Sarawak tetapi ada beberapa makanan tambahan yang tak pernah diangkut balik dari Sarawak sebelum ini.

Kesempatan yang ada tak sampai 48 jam, digunakan sebaik mungkin untuk melayan permintaan. Permintaan untuk hidangan lunch. Walaupun simple, yang penting, si tukang bawa, senyum sampai ke telinga.

Udang galah tangkapan Sg.Sarawak ni dibeli di Pasar Satok, Kucing katanya. Tengok warna udang pun kita tau dah...udang galah sungai. Dok bayang betapa getirnya nak tangkap udang ni dalam sungai yang ada buaya. RM 50 sekilo.

Dia bercerita tentang menu cheesy prawn yang dihidang di sebuah restoran di Sibu. Nak suruh Mem masakle tu tapi masalahnya Mem tak tahu camna rupa..camna rasa...

Mulalah men"ggoggle" dan beginilah lebih kurang rupanya..Mem pulak, bukan kata masak, makan dan tengok pun tak pernah!

Carian google

Entah macamana teringat resepi simple kawan kita, Yan. Bahan pun senang dicari. Tiba-tiba, aduhai.. terlupa oven ada di SP. Angkut balik untuk projek muffin bersama Marta tempohari. Kensel dulu sudahnya. Next week ya, in sha Allah...boleh cuba untuk hidangan awal Ramadhan di Ipoh nanti

Sebahagian bakal cheesy prawns sudah menjadi udang masak lemak cili padi. Yang hitam cam kayu manis itu jari jemari udang yang sudah dikerat-kerat.

Ikan terubuk basah Sg.Sarawak ini masih dalam fridge. Tak sempat dikerjakan. Kalau ikan terubuk import dari India, Mynmar atau Bangladesh, tak maule dibawa naik flight. Ikan baru, masih segar dan tak bau hanyir. Berbaloilah dengan harga seekor yang dibawa balik ni RM45. Ok....minggu depan baru fikir nak masak apa..

Hanya sempat menggoreng sebelah ikan terubuk masin sebelum pulang. Biasanya bila tiba bulan puasa, laku lah ikan masin ni. Tapi tahun ni Mem besar tak ada bersama...tak tahulah nanti, huhu.

Tengok tu..pucuk midin pun dibawa angkut naik flight. Dari 2 ikat, ini saja yang dapat di'selamat'kan. Yang lain sudah lebam teruk. Permintaannya mudah saja. pucuk midin ini ditumis bersama belacan Bintulu yang dibawa balik juga.

Boleh agak menu yang bakal diminta nanti..Ketam Black Pepper dan Bubur Lambuk dari beras Bario. Kat Kuching RM13 sekilo katanya berbanding dengan di Sibu hanya RM10 sekilo. Opps..black pepper candy yang kenyal2 tu sedaplah cuma bila banyak makan..asyik nak terken**t saja.

Buah serupa longan ini dibeli RM8 sekilo di Sibu. Lee cheng kalau tak silap namanya. Masa beli kulitnya kehijauan, bila lama jadi gelap kulit. Nak cari buah dabai, buah mbang tak terjumpa. Ni semua buah-buahan hutan. 

 Manis, rasa longan ada, lychee pun ada. Nak makan, kena hentak buah tu kat meja untuk keluarkan isinya. Nak picit macam buah mata kucing?? Minta maafle..sampai esok pagi pun tak boleh.

P/S  Tak dapat bayang sambutan Ramadhan tahun ini bagaimana gayanya. Anim dan si Abdul kecil di SP, Encik Suami bersendirian di Ipoh dan si Abdul sulung di asrama..huhu.

Artikel berkaitan:

Doa Tahajjud


Assalamualaikum wbt..

Berdua bersama si Abdul kecil. Encik Suami belum pulang dari Sarawak.(Malam ni, in sha Allah). Mula-mula Encik Suami kata tak perlulah balik. Bukan ada sapa kat rumah. Anim minta izin balik juga dengan kata kat SP pun Anim berdua dengan si Abdul kecil. Akhirnya bila dia kata berhati-hati memandu, barulah susun barang dalam kereta.

Anim suka Jumaat di Ipoh. Seronok tengok mak pak hantar anak p sekolah lalu lalang rumah Anim. Lepas tu dengar riuh rendah suara murid sekolah menengah belakang rumah di padang. Suka tau!

Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 pagi tadi bersama Ustaz Sallehuddin tentang doa. Ada seorang pemanggil wanita bertanyakan dua soalan kepada Ustaz. Salah satu soalannya adalah berkaitan dengan doa dibaca dalam solat Tahajjud (dibaca dalam Bahasa Malaysia).

Memang doa ini (bacaan) ada dalam sesetengah buku solat sunat yang dibeli. Dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus pun ada menyebut ayat itu dibaca sebanyak 3X semasa sujud akhir (rakaat ke2). Dia bertanya juga tentang maksud "...kurniakan bagiku daripadamu seorang penolong".

Ustaz Sallehuddin menjelaskan doa itu baik kerana diambil dari Al-Quran. Namun dia tak sebutkan dari surah apa. Ustaz pun tak jelaskan maksud ayat yang ditanya. (Esok Ustaz sentuh kot).

Ditakdirkan pagi tadi, Anim baru habiskan surah Al Israa' selepas Subuh dan teringat ayat yang dikatakan itu ada dalam surah yang dibaca. Dok check balik dan capai Tafsir Al-Azhar oleh Prof.Dr.Hamka. Teringin nak tahu maksud ayat.

1- Doa (bacaan) yang disebutkan pemanggil tersebut adalah dari surah Al Israa' ayat 80.

Terjemahan dari Ipad.  Dalam Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus maksud ayat di atas yang diberi ialah "Oh Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku dari pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong."

2- Dalam Tafsir Al Azhar (Jilid 6,m.s 4104-4105), Al-Muhayami menyatakan hubungan di antara ayat 80 ini dengan ayat terdahulu daripadanya, iaitu soal ibadat, soal sembahyang lima waktu dan tahajjud. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam disuruh mengiringi lagi dengan doa berserah diri kepada Tuhan, masukkanlah aku ke dalam ibadat yang aku kerjakan ini dengan baik. Ertinya dengan beramal dengan ikhlas dan ikhlas pula memohonkan pahalanya dari Allah, lepas dari penyakit riya' dan ujub, iaitu merasa bangga dan tercengang dengan amalan yang dikerjakan.

Dan keluarkanlah pula akan daku dari ibadat ini dengan keluaran yang baik iaitu jangan sampai batal amalan kerana kealpaan dan kelalaian, kerana perdaya syaitan atau hawa nafsu atau semua perangai yang tercela.

Hujung ayat 80 : "..dan jadikanlah untukku langsung dari Engkau suatu kekuasaan yang menolong."

Ertinya : Anugerahkanlah satu anugerah yang langsung datang dari Engkau sendiri, ya Tuhanku. Anugerah itu ialah kekuasaan atau kekuatan. Kerana kalau tidak ada kekuasaan atau kekuatan, perintah Engkau ini tidaklah akan dapat dilaksanakan.

Sulthanan Nashiran! Kekuasaan yang menolong. Amat luaslah dari Sulthanan itu. Ia boleh diertikan kekuatan yang mutlak, hilangnya kelemahan terutama kelemahan semangat. Nabi Sollallhu Alaihi Wassalam sebagai seorang pemimpin besar Ummat, utusan Illahi mesti mempunyai semangat, gengsi atau wibawa.

Dan lebih jelas dari itu lagi, Sultan pun bererti Kekuasaan Umum. Segala yang dititahkan oleh Ilahi dan disampaikan oleh Rasul kepada ummat, barulah ditaati, kalau ummat yang banyak itu mengakui, mahu atau tidak mahu, "de jure" dan "de facto" kekuasaan Nabi itu. Sultan yang demikian itulah yang disuruh Allah kepada RasulNya memohonkannya langsung datang dari Allah, tegasnya turun dari langit.

Berikan kepadaku, ya Tuhanku kekuasaan itu, kekuasaan yang langsung datang dari Engkau. Kerana perintah-perintah Engkau itu tak dapat berjalan lancar kuatkuasanya dalam masyarakat manusia kalau kekuasaan tidak ada padaku.

Kekuasaan pemerintahan, kekuasaan politik, itulah yang dimaksudkan dengan Sultan di sini. Menurut riwayat yang dikeluarkan oleh al-Khatib dari perkataan yang pernah diucapkan oleh Umar bin Khatab:

"Demi Allah!Sesungguhnya apa yang dilancarkan Allah dengan kekuasaan (sultan) lebih besarlah daripada apa yang dilancarkan dengan Al-Quran"

Tegasnya lagi: Seluruh undang-undang yang termaktub di dalam Al-Quran tidaklah akan dapat dijalankan kalau tidak disokong oleh kekuasaan.

~Wallahua'lam~

P/S  Terima kasih kerana soalan pemanggil itu tadi, Anim juga dapat ilmu baru hari ini. Bila faham maksudnya, doa yang dibaca adalah lebih difahami.

Artikel berkaitan:

Saya dapat hadiah


Assalamualaikum wbt...

Tersenyum lebar bila ternampak bungkusan atas meja di staff room. Dah boleh agak dari siapa....

Menang Mini GA yang dianjurkan Anies. Dapat 2 buah buku comel berisi santapan rohani edaran Ana Muslim. Boleh masuk dalam handbag dek saiznya.Terima kasih Anies. Menunggu dalam bank pun boleh belek.

Pada hari yang sama....

Lepas projek muffin bersama murid Tahun 2 dan 3, Marta tunjuk barang yang dibawanya. HANDBAG!!!  Actually, cuti sekolah lepas, dia balik "kampungnya"di Budapest, Hungary. Sebelum ni dia beritahu, dia ada handbag yang baru sekali dua dipakai dan tak mahu digunakan lagi kerana besar.

Dia bertanyakan adakah Anim dan Teacher Fauziah mahu. Haha...kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Takkan tak mahu. Masih nampak baru. Tak nampak cacat celanya. Lagi-lagi bila tengok brandnya, COACH!  Nak harap gaji cikgu cabuk ni, aduhai...tak sanggup nak keluar ribu raban untuk satu handbag. Tak kisahlah kalau bukan new design, janji bukan fake, heee. Satu untuk saya, satu untuk Teacher Fauziah.

Actually, Marta ni bersuamikan orang US. Dia beli handbeg tu kat US.  Suka agaknya dengan COACH. Handbag comel yang selalu diusungnya juga brand COACH. Ala, ramai juga orang kita dok kirim COACH kat sesiapa yang ke US atau student kita kat sana kan, hee. 

Ada lagi souvenir dari  Marta. FM dari Vienna, Austria. Dia sempat bercuti bersama suaminya di sana.


Dan lagi untuk kami setiap seorang...


P/S  Orang memberi kita merasa. Orang berbudi kita berbahasa. Setiap pemberian yang diberi, akan dikenang selamanya:-))

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 50: Learning is fun


Assalamualaikum wbt...

Hari ni betul hari Rabu kan? Hahaha...double check..

Projek muffin bersama Marta dan lebih 100 murid Tahun 2 dan Tahun 3 yang teruja dan tak sabar-sabar nak menunggu muffin siap dibakar. Teori dah belajar...praktikal pulak daaaa...











P/S  While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about:-))

Artikel berkaitan:

Allah lebih menyayangimu


Assalamualaikum wbt...

Allahu Rabbi...apa nak jadi dengan Anim hari ni. Perasan tak Anim publish entry Rabu Yang Senyap? Macamanalah Anim boleh ingat hari ni hari Rabu, haaah? (Anies...macam tak perasan je, dok tinggal komen..hee).

Pagi tadi Anim dan anak-anak murid ada projek buat muffin bersama Marta. Ingat nak buat entry hari ni tapi esok sajalah ya,in sha Allah.

Masa sibuk-sibuk tulah, dalam jam 9.48 pagi Anim dapat berita tentang kemalangan maut yang menimpa pakcik Bahtiyar (wife dia adik Bonda) di Cheras. Dia nak p kerja dengan motor. Kes langgar lari -dipercayai kenderaan berat . Kalau ikut blog http://ondescene.my/ kemalangan terjadi akibat mengelak dahan pokok yang terjuntai ke arah jalan. (Update : keluar dalam Metro pagi ini)

Jenazah selamat dikebumikan di Cheras lepas Asar tadi. Sedih tak dapat melawat arwah tadi. Encik Suami ada di Sarawak. Jumaat ni dijangka balik dan kami rancang nak menziarahi makcik Nina dan anak-anaknya, in sha Allah selepas itu. Masha Allah..tenangnya suara makcik Nina waktu Anim menelefonnya tadi. Redha dengan ketentuanNya. Sungguh tak sangka. Kami baru je bertemu 2 minggu lalu, di majlis perkahwinan anak sulungnya di Cheras. (di sini )

Arwah pakcik Bahtiyar (kanan sekali) bersama Bonda. Tapi kami perasan, dia tak banyak bercakap pada majlis tersebut. Kami agak, dia kepenatan melayan tetamu.

Semoga roh pakcik Bahtiyar dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin..

@@@@@@@@@@@@

Semalam juga, seluruh warga sekolah dikejutkan dengan pemergian suami kepada salah seorang geng bas sekolah Anim. Arwah yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan pulang menemui isterinya di SP (awal cuti persekolahan) pada 28 Mei lalu terlibat dengan kemalangan di Kuantan.

Selepas 20 hari di Hospital Tengku Ampuan Afzan, akhirnya Allah lebih menyayanginya.Bersabarlah sahabatku dengan ketentuan dan ujian Allah ini. Arwah dipinjamkan sementara untuk memberi kebahagiaan buatmu. Sebenarnya pasangan ini baru 6 bulan berumahtangga. Arwah suaminya bekerja di Kuantan .

Walaupun berjauhan dan dapat bertemu seminggu atau 2 minggu sekali, Allah rezekikan dia dapat menjaga suaminya selama 20 hari hingga akhirnya arwah meninggal dipangkuannya.

@@@@@@@@@@@

Awal cuti persekolahan lalu, kami juga kehilangan seseorang yang begitu banyak menolong kami sekeluarga di SP. Dia adalah staff ofis lama Encik Suami yang digelar Abu Hurairah. Bagi mereka yang mengikuti entry Anim, pasti ingat akan haiwan-haiwan peliharaan yang kami bela di zoo belakang rumah. Arwah Mawardi lah yang selalu membantu memberi makanan pada haiwan-haiwan tersebut jika kami tiada di rumah.

Arwah Mawardi jugalah yang kami beri Bella, dia jugalah yang ternampak kucing bisu Anim yang terperangkap dalam bilik sewaktu kami mengerjakan umrah dan terakhir sekali pada awal tahun lalu (Anim dan si Abdul kecil saja di SP) dialah yang kami called untuk bantuan apabila kereta antik (my Waja) tak boleh start enjin di satu kedai runcit di SP. Mintalah bantuan apa saja...dia sedia membantu.

Waktu hidupnya tak suka menyusahkan orang, dia sakit sekejap katanya dan meninggal dunia di hospital. Sungguh, kami teringat sikap arwah (masih bujang) terhadap binatang. Kata Encik Suami, setiap kali dia masuk perkarangan ofis...meluru kucing-kucing lebih 10 ekor ke arah motornya. Tau dah...ada makanan. Malah kata Encik Suami, dia tak malu membungkus sisa-sisa makanan waktu makan di luar untuk kucing-kucing yang berkeliaran di ofis. Yang peliknya...bila arwah tak ada...kucing-kucing yang banyak tu juga sudah tak nampak kelibat.

~AL FATIHAH buat mereka bertiga~

P/S Tak ingat di blog mana Anim komen, dekat-dekat bulan puasa, kerap kita dengar orang meninggal. Malah ada yang rapat dengan kita. Dan ....mereka semua adalah orang BAIK dan disayangi semua. 

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 49: Bukit sudah runtuh

Assalamualaikum wbt....

Bila kembali bersekolah...bukit saya runtuh...

P/S. Jawabnya...kembali menulis tengah malam:-))

Artikel berkaitan:

Makanan halal Jepun@Ipoh


Assalamualaikum wbt...

Pertama kali ke Kinta Riverfront Ipoh, 3 tahun lalu. Masa tu masih outsider. Takdir Allah, la ni berulang alik pula SP-Ipoh.

Semalam ke sini lagi. Gerai yang ada dalam entry dulu dah siap semua tapi tutup je semalam. Malam kot baru happening.

Ke MASTER YEN TEPPANYAKI & GRILL. Flyers tentang tempat baru ini Encik Suami dapat di masjid.

1st time nak mencuba. Tak tahu nak buat pilihan. Bila bertanya Encik Suami yang pernah berkursus 9 bulan di Jepun, dah lupa katanya, lebih 20 tahun lalu. Balik Malaysia pulak, terus dia tak makan. 

Sebelum ni, bila kami ajak ke mana-mana restoran Jepun , mulalah dia bercerita tentang rice wine, tentang mirin .. Senang cerita, bila was was..toksah makan!

Master Yen @ Shahrin yang peramah dan ada iras UAI (janggut je kurang panjang, hee) ni dok terangkan dan suggest menu makanan yang menjadi pilihan pengunjung.Mana nak jumpa chef pakai kopiah apatah lagi chef makanan Jepun:-))

Dek kerana kami pengunjung terawal, sakanlah kami berborak. Tengoklah kerusi yang ada belum sempat dikeluarkan lagi, kami dah serbu. Buka jam 6 petang, 5.30 dah terpacak. Baik hati toke kedai, bagi kami masuk. Tempat duduk yang ada tak sampai 30 buah. Tu yang terpaksa letak kerusi xtra luar kedai walaupun tak sesuai dengan konsep makanan Jepun,katanya.

SALMON SASHIMI (RM 12) .  Kepingan salmon mentah yang dimakan bersama kicap dan wasabi.

SALMON TEMAKI (RM 4.50). Nasi digulung dalam seaweed.

CUTTLEFISH TEPPANYAKI (RM 12). Sotong import, katanya. Sedapnya meratah tauge, carrot dan kobis yang dimasak bersama sedikit margerin.

GYOZA (RM 4.50). Dia ni kira Japanese dumpling le gitu. Cuma lebih nipis dan digoreng. Makan bersama jeruk halia dan sos.

SAMURAI SALMON (RM 22) bersama sos teppanyaki, black pepper dan mushroom sauce ( amboi semua nak rasa). Salmon 4 hari dari Norway katanya. Cuaca panas, mash potato saya berpayung takut cayaq!

Green tea panas dari Jepun ,RM1 .

Tercapai hajat si Abdul sulung yang nak merasa Japanese food sejak 2 tahun lalu. Ada satu restoran  Japanese food di SP dan dikunjungi ramai orang kita...tapi tule..was was..

~Master Yen Teppanyaki & Grill di A-15, Riverwalk River front dibuka 12 tgh-3 petang ; 6 ptg-12 malam setiap hari kecuali Jumaat dibuka lewat sedikit~

UPDATE :TINJAUAN BULAN MEI 2015 ~ Kedai ini telah ditutup. Tak taulah samada berpindah ke tempat lain atau sudah tutup selamanya:-))

P/S  Semua sos, kicap, jeruk dan wasabi dibuat sendiri oleh Master Yen dan isterinya.  Dia mengakui tak dapat menepati rasa sos sebenar kerana kalau ikut betul-betul, kita tak boleh makan makanan Jepun ni (faktor rice wine, mirin , seasonings..). Sekali sekala nak bertukar rasa. Asyik makanan Barat, makanan Arab dan makanan Thai, beralih rasa ke makanan Jepun setelah diyakini dan tak rasa was-was:-))

Artikel berkaitan: