Home · About Me · Sitemap ·

Chicken Chop Ayam Hijrah


Assalamualaikum wbt...

Suka tak makan chicken chop? Seingat Anim, pernah sekali buat sendiri. Lama dulu...Sekali tulah aja. Lepas tu....order saja di luar.

Petang ni nak bawa balik produk terbaru ayam halalan toyyibah, Ayam Hijrah ke Ipoh. Selalu juga dengar slot Ayam Hijrah ni di Radio Kedah 97.5 fm.

Menarik dengar bagaimana pasangan suami isteri (Ustaz/Ustazah) di Baling ini memulakan perniagaan Ayam Hijrah mereka. Ia disebabkan salah seorang anak mereka tidak boleh makan ayam yang ada di pasaran kerana akan mengalami gatal-gatal. Yang hairan, bila ayam itu disembelih dan diproses sendiri, elok pula. Dengan niat untuk membantu Muslim sekitar agar dapat menikmati daging ayam yang halalan toyyibah, mereka memberanikan diri untuk memulakan perniagaan. Tanpa diduga, ianya mendapat sambutan hangat.

Kata kawan Anim yang menjadi pengedar, pisau yang digunakan akan dicuci setiap kali seekor ayam itu disembelih. Taklah pakai taram saja. Ayam juga akan dicuci bersih sebelum dipack dan dibekukan. Itu sebab ayamnya tak berbau hanyir. Boleh terus dimasak lepas buka plastik.

Hijrah Chop. RM 8 sepeket. Disertakan sekali fun fries dan black pepper gravy. Tinggal goreng. Mudahkan?

Bolehlah jamu si Abdul sulung bila discaj nanti.. Malam tadi jam 10  dia admitted salah sebuah hospital di Ipoh. 2,3 minggu lalu dia kerap mengadu sakit di belakang kepala. Kami bimbangkan kesan jatuh di swimming pool waktu bercuti di Tasik Banding, tahun lalu. Encik Suami kata tak perlu tunggu Anim balik hujung minggu. Dah nak puasa, kena segera buat MRI Scan dan tahu resultnya.

Dia telefon waktu lunch. Sempat bercerita pengalaman 30 minit dalam bilik MRI itu pagi tadi. Dek lama dan bilik dipasang muzik, sampai terlena dibuatnya. Bila Anim kata, Anim akan pulang Ipoh selepas Asar, dia kata dia ok je. Anim tak perlu risau. Abah pun ada bersama katanya.

Kalau ikut hati, nak cabut balik je lepas sekolah. Namun....Anim dah berjanji dengan si Abdul kecil. Si Abdul kecil juga dah berjanji dengan Ustaz di Pusat Pengajian Qurannya..

Mee maggi goreng yang dimasak sepantas kilat. Si Abdul kecil dah janji dengan Ustaz nak bawa mee maggi goreng untuk jamuan sambut puasa di pusat mengajinya itu petang ini. Jam 3.30 petang dah dijinjit si Abdul kecil naik van pusat mengajinya.

P/S  Masih menanti keputusan MRI Scan si Abdul sulung. Mudah-mudahan, tak ada yang serius. Doakan ya...

Artikel berkaitan:

18 Komen untuk "Chicken Chop Ayam Hijrah "

  1. semoga Allah permudahkan segalanya , anim . klu org dewasa , sakit kat belakang tengkuk tu tanda ada darah tinggi ...

    BalasPadam
  2. semoga takde yang serius kak..risaunya bila anak sakit tapi jauh di mata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ita. Bila jauh..doa saja dikirim

      Padam
  3. Dah follow dah ha.. :) Btw, jarang dapat request megi goreng untuk jamuan.. rare gak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee cintan (mee tekur) tanpa perisa, lepas tu goreng macam mee biasa. Bukan mee maggi, mee segera tu

      Padam
  4. Chicken chop pun dah ada yang sejuk beku camnie yer... ermmm mudah jer skarang nie kan... :)
    Semoga along sihat2 jer... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. La ni, semua segera. Tak nak kerja remeh kan..

      Padam
    2. kat kedai mana boleh dapat di SP Kak Anim..?

      Padam
    3. satu di "pasar org kaya" (dpn taman kempas). cari gerai yg jual santan segar
      satu lg di sg.pasir. masuk jln sblh masjid,jumpa kedai dalam 4 pintu kot, itu kedai geng bas sekolah, Ustazah Rumlah/Ustaz Mat 013 4203364. kat situ ada hijrah chicken chop ni

      Padam
  5. as salam kak anim...saya dh lama tak aktif blog..baru2 ni rase rindu sgt dgn kwn2 blog tu yg aktifkan balik tu...

    BalasPadam
  6. chicken chop pun segera..mudah kan kerja kak..

    BalasPadam
  7. sedapnye...dh lama xmkn chicken chop

    BalasPadam
  8. Baru malam tadi anak bongsu perempuan saya minta beli chicken chop. Tak tau pula tentang Ayam Hijrah, kalau tau nak try jugak.
    Semoga anak cepat sembuh....

    BalasPadam
  9. waa..bgusnya ada y mcm ni..lya suka gak mkn chicken chop ni.. menarik sejarah permulaan bisness ni.. Maybe jugak ni petunjuk dari allah.. ye la , kt selalu beli ayam kat pasar dan pasaraya..entah disembelih ikut syarak ke tidak..

    BalasPadam
  10. Wah, senanglah kalau macam ni! Kat mana nak dapatkan produk chicken chop Hijarah ni ya, Anim? Teringinlah nak mencuba. Sesuai sungguh buat berbuka puasa empat beranak :)

    Moga Abdul sulung okey dan takda masalah lagi lepas ni. Esok dah nak balik ke asramakan ...

    BalasPadam
  11. Yelah....kalau ada peluang membeli yg dah tentu halalnya ....kenapa mesti tunggu lagikan Nim.....
    Rajin punya mak ni hehe

    BalasPadam
  12. kt mn nk dpt kak? ada jual online ke?

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai