Home · About Me · Sitemap ·

Ole-ole dari Sarawak


Assalamualaikum wbt...

3 malam di Kuching dan semalam di Sibu...geleng kepala tengok apa yang Encik Suami bawa balik. 90% darinya, MAKANAN! Bukan setakat tebaloi, kek lapis Sarawak dan ikan masin terubuk yang menjadi ole-ole Sarawak tetapi ada beberapa makanan tambahan yang tak pernah diangkut balik dari Sarawak sebelum ini.

Kesempatan yang ada tak sampai 48 jam, digunakan sebaik mungkin untuk melayan permintaan. Permintaan untuk hidangan lunch. Walaupun simple, yang penting, si tukang bawa, senyum sampai ke telinga.

Udang galah tangkapan Sg.Sarawak ni dibeli di Pasar Satok, Kucing katanya. Tengok warna udang pun kita tau dah...udang galah sungai. Dok bayang betapa getirnya nak tangkap udang ni dalam sungai yang ada buaya. RM 50 sekilo.

Dia bercerita tentang menu cheesy prawn yang dihidang di sebuah restoran di Sibu. Nak suruh Mem masakle tu tapi masalahnya Mem tak tahu camna rupa..camna rasa...

Mulalah men"ggoggle" dan beginilah lebih kurang rupanya..Mem pulak, bukan kata masak, makan dan tengok pun tak pernah!

Carian google

Entah macamana teringat resepi simple kawan kita, Yan. Bahan pun senang dicari. Tiba-tiba, aduhai.. terlupa oven ada di SP. Angkut balik untuk projek muffin bersama Marta tempohari. Kensel dulu sudahnya. Next week ya, in sha Allah...boleh cuba untuk hidangan awal Ramadhan di Ipoh nanti

Sebahagian bakal cheesy prawns sudah menjadi udang masak lemak cili padi. Yang hitam cam kayu manis itu jari jemari udang yang sudah dikerat-kerat.

Ikan terubuk basah Sg.Sarawak ini masih dalam fridge. Tak sempat dikerjakan. Kalau ikan terubuk import dari India, Mynmar atau Bangladesh, tak maule dibawa naik flight. Ikan baru, masih segar dan tak bau hanyir. Berbaloilah dengan harga seekor yang dibawa balik ni RM45. Ok....minggu depan baru fikir nak masak apa..

Hanya sempat menggoreng sebelah ikan terubuk masin sebelum pulang. Biasanya bila tiba bulan puasa, laku lah ikan masin ni. Tapi tahun ni Mem besar tak ada bersama...tak tahulah nanti, huhu.

Tengok tu..pucuk midin pun dibawa angkut naik flight. Dari 2 ikat, ini saja yang dapat di'selamat'kan. Yang lain sudah lebam teruk. Permintaannya mudah saja. pucuk midin ini ditumis bersama belacan Bintulu yang dibawa balik juga.

Boleh agak menu yang bakal diminta nanti..Ketam Black Pepper dan Bubur Lambuk dari beras Bario. Kat Kuching RM13 sekilo katanya berbanding dengan di Sibu hanya RM10 sekilo. Opps..black pepper candy yang kenyal2 tu sedaplah cuma bila banyak makan..asyik nak terken**t saja.

Buah serupa longan ini dibeli RM8 sekilo di Sibu. Lee cheng kalau tak silap namanya. Masa beli kulitnya kehijauan, bila lama jadi gelap kulit. Nak cari buah dabai, buah mbang tak terjumpa. Ni semua buah-buahan hutan. 

 Manis, rasa longan ada, lychee pun ada. Nak makan, kena hentak buah tu kat meja untuk keluarkan isinya. Nak picit macam buah mata kucing?? Minta maafle..sampai esok pagi pun tak boleh.

P/S  Tak dapat bayang sambutan Ramadhan tahun ini bagaimana gayanya. Anim dan si Abdul kecil di SP, Encik Suami bersendirian di Ipoh dan si Abdul sulung di asrama..huhu.

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Ole-ole dari Sarawak"

  1. wah..menu sarawak semuanya...mahal jugak ya sekor ikan terubuk rm45..

    BalasPadam
  2. Assalam,

    Baru2 ni anak sulung bunda pergi keSarawak menghadiri majlis perkahwinan anak kliennya beberapa hari..Adalah dia bawa balik mee kering untuk buat mee kolok...

    Nak beli ikan masin dan yang lain2 tak sempat...kalau sempat bunda nak suruh belikan sos perencah laksa Sarawak...
    Kek lapis pun tak sempat...flight hari Ahad.. mana sempat...soknyer nak keje lagi..

    BalasPadam
  3. waaa.. banyak menda yang baru first time CT dngr.. kecuali terubuk masin tu pernah jugak rasa dulu..

    BalasPadam
  4. Wah, banyaknya ole-ole dari Sarawak! Semuanya minta perhatian penuh dari mem besar ni :) Saya cukup suka terubuk masin tu. Kalau ada sesiapa yang ke sana, memang dok mengirim aje kerjanya :)

    Pengalaman barulah ni ya ANIM menyambut Ramadhan. Dua di SP, satu di rumah Ipoh dan satu lagi di asrama. Memanglah kalau fikir-fikir tak best tapi nak buat camna. Yang penting hari raya bersama-sama. Insya Allah !

    BalasPadam
  5. Amboi! banyaknya ole-ole dibawa balik walau ahli di rumah tak ramai mana pun:)
    Buah macam longan tu boleh tanam tau Anim. Hubby kakak beli dulu kakak dah tanam dan dah besar pun tau (lebih tinggi dari kita). Kami tanam di rumah kampung Batu Pahat. Mana tahu boleh berbuah kan..

    BalasPadam
  6. as salam. sy yg cuma tgok foto pun kecur air liur dibuatnya. hehehehhe
    terima kasih sbb sudi bertukar2 link dgn abe kie. Cuma abe kie pohon agar URL blog abe kie tu ditukar kpd www.zukidin.com. Kenapa kena buat gini? Kalau guna yg blogspot tu maka RSS akan lambat kuar sdgkan entri baru sudah abe kie siar. Huhuhuhu

    BalasPadam
  7. betul2 memborong ni anim . pucuk midin tu dulu masa kecik ambil buat sayur main pondok2 jer . tak tau lak kat sabah n sarawak jadi hidangan utama . sekarang susah dah nak jumpa . tgk udang galah tu teringat masa kecik arwah abah selalu menjala dapat udang galah ... mmg manis ... perghhh .

    BalasPadam
  8. Esok dah masak cheesy prawn tu jangan lupa tempek tau......Ha cuba tanya Marta Anim...sure dia terer masak tu hehe... OKje yg mendengar ni pun sedih Nim ....siannyalah kan....makan sorang sorang

    BalasPadam
  9. Perghh terbaek udang galah tu... masak lomak cili api pun... sodapp!!... :D

    BalasPadam
  10. akak....entah kenapa terharu baca entry ni... kasih sayang lebih erat dan bermakna bila duduk berjauhan kan?

    kuatkan hati kak...inshaaAllah akan ada lebih masa untuk yang tersayang..
    huhu..saya pulak yang sebak.. Selamat Menyambut Ramadhan ye kak...

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum,

    Saya nak minta izin utk guna gambar terubuk masin tu boleh, puan? :)
    Untuk makluman, saya menjual pelbagai produk makanan & kraf dari Sarawak. Antaranya ikan terubuk masin, pes laksa sarawak, kek lapis, batik & tikar Sarawak pun ada.

    https://www.facebook.com/kedaiummie/

    Terima kasih

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai