Assalamualaikum wbt..
Berdua bersama si Abdul kecil. Encik Suami belum pulang dari Sarawak.(Malam ni, in sha Allah). Mula-mula Encik Suami kata tak perlulah balik. Bukan ada sapa kat rumah. Anim minta izin balik juga dengan kata kat SP pun Anim berdua dengan si Abdul kecil. Akhirnya bila dia kata berhati-hati memandu, barulah susun barang dalam kereta.
Anim suka Jumaat di Ipoh. Seronok tengok mak pak hantar anak p sekolah lalu lalang rumah Anim. Lepas tu dengar riuh rendah suara murid sekolah menengah belakang rumah di padang. Suka tau!
Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 pagi tadi bersama Ustaz Sallehuddin tentang doa. Ada seorang pemanggil wanita bertanyakan dua soalan kepada Ustaz. Salah satu soalannya adalah berkaitan dengan doa dibaca dalam solat Tahajjud (dibaca dalam Bahasa Malaysia).
Memang doa ini (bacaan) ada dalam sesetengah buku solat sunat yang dibeli. Dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus pun ada menyebut ayat itu dibaca sebanyak 3X semasa sujud akhir (rakaat ke2). Dia bertanya juga tentang maksud "...kurniakan bagiku daripadamu seorang penolong".
Ustaz Sallehuddin menjelaskan doa itu baik kerana diambil dari Al-Quran. Namun dia tak sebutkan dari surah apa. Ustaz pun tak jelaskan maksud ayat yang ditanya. (Esok Ustaz sentuh kot).
Ditakdirkan pagi tadi, Anim baru habiskan surah Al Israa' selepas Subuh dan teringat ayat yang dikatakan itu ada dalam surah yang dibaca. Dok check balik dan capai Tafsir Al-Azhar oleh Prof.Dr.Hamka. Teringin nak tahu maksud ayat.
1- Doa (bacaan) yang disebutkan pemanggil tersebut adalah dari surah Al Israa' ayat 80.

Terjemahan dari Ipad. Dalam Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus maksud ayat di atas yang diberi ialah "Oh Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku dari pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong."
2- Dalam Tafsir Al Azhar (Jilid 6,m.s 4104-4105), Al-Muhayami menyatakan hubungan di antara ayat 80 ini dengan ayat terdahulu daripadanya, iaitu soal ibadat, soal sembahyang lima waktu dan tahajjud. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam disuruh mengiringi lagi dengan doa berserah diri kepada Tuhan, masukkanlah aku ke dalam ibadat yang aku kerjakan ini dengan baik. Ertinya dengan beramal dengan ikhlas dan ikhlas pula memohonkan pahalanya dari Allah, lepas dari penyakit riya' dan ujub, iaitu merasa bangga dan tercengang dengan amalan yang dikerjakan.
Dan keluarkanlah pula akan daku dari ibadat ini dengan keluaran yang baik iaitu jangan sampai batal amalan kerana kealpaan dan kelalaian, kerana perdaya syaitan atau hawa nafsu atau semua perangai yang tercela.
Hujung ayat 80 : "..dan jadikanlah untukku langsung dari Engkau suatu kekuasaan yang menolong."
Ertinya : Anugerahkanlah satu anugerah yang langsung datang dari Engkau sendiri, ya Tuhanku. Anugerah itu ialah kekuasaan atau kekuatan. Kerana kalau tidak ada kekuasaan atau kekuatan, perintah Engkau ini tidaklah akan dapat dilaksanakan.
Sulthanan Nashiran! Kekuasaan yang menolong. Amat luaslah dari Sulthanan itu. Ia boleh diertikan kekuatan yang mutlak, hilangnya kelemahan terutama kelemahan semangat. Nabi Sollallhu Alaihi Wassalam sebagai seorang pemimpin besar Ummat, utusan Illahi mesti mempunyai semangat, gengsi atau wibawa.
Dan lebih jelas dari itu lagi, Sultan pun bererti Kekuasaan Umum. Segala yang dititahkan oleh Ilahi dan disampaikan oleh Rasul kepada ummat, barulah ditaati, kalau ummat yang banyak itu mengakui, mahu atau tidak mahu, "de jure" dan "de facto" kekuasaan Nabi itu. Sultan yang demikian itulah yang disuruh Allah kepada RasulNya memohonkannya langsung datang dari Allah, tegasnya turun dari langit.
Berikan kepadaku, ya Tuhanku kekuasaan itu, kekuasaan yang langsung datang dari Engkau. Kerana perintah-perintah Engkau itu tak dapat berjalan lancar kuatkuasanya dalam masyarakat manusia kalau kekuasaan tidak ada padaku.
Kekuasaan pemerintahan, kekuasaan politik, itulah yang dimaksudkan dengan Sultan di sini. Menurut riwayat yang dikeluarkan oleh al-Khatib dari perkataan yang pernah diucapkan oleh Umar bin Khatab:
"Demi Allah!Sesungguhnya apa yang dilancarkan Allah dengan kekuasaan (sultan) lebih besarlah daripada apa yang dilancarkan dengan Al-Quran"
Tegasnya lagi: Seluruh undang-undang yang termaktub di dalam Al-Quran tidaklah akan dapat dijalankan kalau tidak disokong oleh kekuasaan.
~Wallahua'lam~
P/S Terima kasih kerana soalan pemanggil itu tadi, Anim juga dapat ilmu baru hari ini. Bila faham maksudnya, doa yang dibaca adalah lebih difahami.

alhamdulilah perkongsiaan yang baik sekali ^_^ dapat ilmu baru
BalasPadamThank you Anim. Bila senang, Anim boleh ke website shafiqolbu.wordpress.com.
BalasPadambila kita baca sekali dengan makna.. lebih terkesan :D
BalasPadamBila faham apa yang maksudnya barulah lebih bermakna bacaan kita tu kan... Terima kasih, Anim kerana berkongsi ilmu. Nak menonton sendiri rasanya memanglah tak dapat. Suka saya kalau ke sini dan dapat ilmu baru untuk santapan jiwa.
BalasPadamLama dah tak layan Tanyalah Ustaz Nim.....
BalasPadamBaca blog Anim pun boleh jugaklah kan.... hehe