Home · About Me · Sitemap ·

Serba tak kena


Assalamualaikum wbt..

Serba tak kena nak BW blog kawan-kawan. Mana taknya, bila buka dashboard, hanya satu blog saja yang muncul. Yang publish latest entry. Bila click view more, takde respon. Aduhai... Kawan-kawan ada masalah yang sama tak?

Sabtu lalu, hajat nak menziarahi ibu saudara di Cheras tak kesampaian. Balik dari Sarawak, Encik Suami demam. Anim dan si Abdul kecil terpaksa bergegas balik ke SP. Bila ditanya mengapa lekas sangat nak balik (selalunya balik subuh Ahad), Anim kata dapat e-mail dari Marta. Dia tak dapat bersama kami Selasa seperti biasa. Nak mai Ahad. Ada ABM (Alat Bantu Mengajar) yang perlu Anim siapkan.

Tak gamak nak beritahu orang demam alasan yang satu lagi...

Kalut buat decision samada balik, tak balik, Ipoh petang Khamis tu, rupa-rupanya rice cooker lupa nak off di SP. Petang Jumaat baru teringat. Ikut hati, dan dan tu juga nak balik SP. Nasib baiklah hanya berkerak saja.

Walaupun orang kata rice cooker lupa off tak apa...tapi kerisauan tetap ada. Tak senang duduk dibuatnya. Setiap kali hp berbunyi, berdebar-berdebar .Bimbang jiran sebelah telefon beritahu rumah berasap. Serba tak kena dibuatnya.

Cerita fasal serba tak kena ni, pengalaman yang sama Anim rasai sehari sebelum kemalangan maut yang menimpa pakcik Bahtiyar ( di sini ). Pagi di sekolah, ada kawan bawa sampel biskut raya untuk ditempah. Tangan mencapai biskut tart strawberri. Belum sempat biskut masuk ke mulut, biskut itu terjatuh tiba-tiba. Rasa macam budak-budak pulak pagi tu. Bukan sekali, tapi dua kali!

Masuk kali ketiga, malu pulak. Kawan suruh ambil satu lagi. Masa dok ambil, biskut tu hampir terlepas dari tangan tapi sempat diselamatkan. Anim pun balik ke meja sendiri sambil tertanya2..kenapalah aku ni. Hati tak semena-mena jadi berdebar. Serba tak kena dibuatnya. Keesokan hari, dapat berita pakcik Bahtiyar maut kerana terjatuh dari motosikalnya.

Anim juga diberitahu anak kedua arwah (lelaki paling tua) yang masih menuntut juga mengalami perasaan yang sama di malam Nisfu Syaaban. Dia rasa serba tak kena. Memikirkan mungkinkah ajalnya akan tiba, dia menghubungi ayahnya dan memohon maaf atas kesalahannya. Dia kemudian menerima message berharga dari ayahnya yang memberitahu telah mengampuni dosanya dan adik beradiknya yang lain. Allahu Akbar...bukan dia yang pergi meninggalkan keluarganya, rupa-rupanya ajal si ayah yang mendahului.

Ibu saudara Anim juga berada dalam serba tak kena sebelum kejadian. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Dia merasakan seolah-olah dia akan mati. Dia meminta anak-anak perempuannya mengemas kain bajunya untuk diagih-agihkan kepada oranglain. Tak siapa menduga, perasaan serba tak kena itu adalah petanda suaminya akan meninggalkan dirinya bersama 7 anak buat selama-lamanya.

P/S   Serba tak kena bila Encik Suami beritahu si Abdul sulung mogok tak mahu duduk asrama dah. Aduhai anak.....bertahanlah hingga hujung tahun ni..

Artikel berkaitan:

10 Komen untuk "Serba tak kena"

  1. Nasib baik takda apa-apa masalah bila terlupa off rice cooker tu. Yalah tu Anim, kalau berlaku sesuatu, mulalah orang akan kata buang tabiat tapi entahlah kadang-kadang perasaan tu datang tiba-tiba, kita pun rasa berdebar semacam....

    Bab reading list tak keluar tu sama je dengan saya. Ada ramai gak komplen pasal ni dalam blog yang saya baca. Tapi saya BW guna bloglist kat sidebar so tak perasan sangat saya pun ada masalah yang sama dengan reading list saya.

    BalasPadam
  2. saya n my kakak pun kadang2 dapat petanda bila ada sesuatu nak berlaku dlm family . cuma x ambil port sgt . bila dah berlaku baru teringat tanda2 tu ... blogger.com mmg selalu bermasalah . saya blogwalking melalui bloglist sahaja n yg masuk bloglist adalah blogger yg peramah . tapi kekadang bloglist pun hilang juga ... ermmmm

    BalasPadam
  3. Allah bagi sign pada sesetangah org. Sebenarnya hint diberi tapi kita yg tak sedar itu yg jadi serba tak kena.
    Buat anakanda Abdul kalau rasa tak boleh belajar bawa ajelah balik Anim takut menjejaskan pelajarannya.

    BalasPadam
  4. I do not care for side bar list. Those who come and leave comments will get a return visit. Kalau orang mngunjung kerumah kita patut utamakan lawatan balas.Itu lah adat wajib yang saya amalkan.

    BalasPadam
  5. Ya Allah mujur x jadi apa2 ye kak.. kalau saya jadi akak pun susah hati jugak.. sebab tu tak boleh kalut kalau nak keluar rumah ni.. kalau tak barang tertinggal mesti ada yang lupa tutup macam kes akak ni..

    BalasPadam
  6. Itu mungkin petanda yang Allah nak berikan kepada kita kan... samada kita perasan atau tidak...

    BalasPadam
  7. saya pernah mengalami serba tak kena.. terasa macam ajal dekat.. tapi alhamdulillah.. mungkin peringatan Allah suruh banyak2 istighfar masa tu.. umur masih ada lagi..

    dashboard saya pun masalah sama.. susah nak bw..

    BalasPadam
  8. Mungkin cuma kebetulan je kot Anim.... mungkin jugak Allah pinjamkan perasaan sebegitu untuk kita berjaga jaga....Okje selalu was was pasal iron dah tutup suis ke belum....Memang serba tak kena, macam Animlah takut jiran telefon rumah berasap hehe

    BalasPadam
  9. kak anim.. masalah kite same.. dekat dashboard keluar satu je.. bile tekan view more taknak keluar dah..
    serba tak kena.. teringat pengalaman mase kehilangan arwah mama.. memang rase serba tak kena.. dekat asrama boleh call abah suruh ambil dan ajak balik kampung untuk tengok arwah mama.. esoknya mama pergi.. :(

    BalasPadam
  10. betul tuh kak anim...kdg kdg kita xperasan kan bila serba tak.kena tuh sbnrnye petanda kan

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai