Home · About Me · Sitemap ·

Cuti-cuti luar Malaysia


2,3 hari ni tak sempat duduk depan lappy. Sibuk makan kenduri, sibuk cari keperluan untuk berjalan. Tupun cari yang perlu saja. The rest, pakai dan guna apa yang ada. Kita ni maklum, kalau nak berjalan even ke Mekah pun, persiapan sebelum pergi kadangkala boleh tahan besarnya walhal tiba tempat dituju, tak diguna dan dipakai pun. 

Seminggu sebelum cuti, ajak 2 Abdul surf internet tentang tempat yang hendak dilawati. Konon-konon nak bagi depa teruja tengok tempat-tempat berkenaan. Baru 3 gambar ditunjukkan, tiba-tiba 2 Abdul tak mahu tengok lagi. Alasannya, "Nanti dah tak suspen lah. Tak best dah tau awal"... Laaaaa, ada ke patut?


3 gambar ni saja yang depa (dan Ummi depa) tengok. Ummi depa pun jadi terikut-ikut dengan alasan mereka. Mungkin ada yang dapat mengagak ke mana destinasi kami 4 beranak nanti. Tak saspen lagi kan..huhu...

P/S  Insya-Allah, petang nanti, kami akan bertolak dari Penang-KLIA-destinasi dirancang (lebih kurang 6 jam). Semoga perjalanan bermusafir kami berjalan dengan baik, selamat dan mengikut perancangan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. See you all nanti.

Artikel berkaitan:

Pengesahan Semula Harga Pakej Haji THTS 1434H/2013M


Mungkin ramai bakal jemaah haji muassasah telah terima surat panggilan untuk menjadi tetamu Allah musim haji 1434H ini. Bonda dan MIL di kampung telefon, Wak sini dapat p haji, Wak situ dapat.

Buat nhhas serta mereka yang bertanya tentang status Anim, surat  yang ditunggu dari TH  tiba petang semalam. Tak sabar nak lihat berapa kenaikan harga pakej TH 1434H/2013M yang telah dimaklumkan sebelum ini.

                       
Harga Pakej Haji TH Travel 1434H/2013 naik dalam RM 3000 seorang berbanding tahun lalu. Bagi yang setuju dengan harga baru yang ditawarkan, fax atau pos borang pada atau sebelum 31 Mei 2013. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, prosedurnya ialah wang perlu dicukupkan dalam akaun TH  menjelang 1 Ramadan 1434H. Bagaimanapun, pemergian masih tertakluk kepada kuota yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.

P/S Prosedur tetap dilakukan namun apa-apa pun, redha dengan perancangan Allah.

Artikel berkaitan:

Batal Puasa Sunat Demi Doa Seorang Muslim


Suatu hari, Sheikh Ma'ruf al-Karkhi berjalan melepasi seorang lelaki yang sedang memberikan minuman air percuma.

Sambil memberi minuman, lelaki tersebut tidak putus-putus mengungkapkan doa, "Semoga Allah merahmati orang yang sudi meminum airku ini."

Mendengar doa orang tersebut, tanpa berlengah-lengah lagi Sheikh Ma'ruf al-Karkhi segera mengambil segelas air dan meminumnya.

Pada ketika itu, seseorang bertanya kepadanya,

"Bukankah engkau sedang berpuasa? Kenapa engkau membatalkan puasamu?"

"Benar aku berpuasa, tetapi doanya lebih aku harapkan daripada puasa sunatku ini, " jawab Sheikh Ma'ruf al-Karkhi.

~ Sumber: Keajaiban Firasat : 63 Kisah Pengubat Jiwa oleh Muhadir Haji Joll~

P/S  Mungkin kita pernah mengalami situasi yang lebih kurang sama. Kita berpuasa sunat, ada pula yang menjemput kita makan kenduri doa selamat. Menunaikan hajat orang juga besar pahalanya. Serba salah kan dibuatnya. Mudah-mudahan cerita ini dapat membantu kita membuat keputusan.

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 29 : Hanya 10% yang terlihat


90% lagi tersembunyi oleh pandangan mata kita.


P/S Jangan menilai seseorang dari luaran. Jalan terbaik, seringlah BERBAIK SANGKA.

Artikel berkaitan:

What to do? Bukan salah I....


9 slot sudah berlalu. Hari ni, last day, another 3 slots to go. Hajat nak BW, nak update entry tak kesampaian kerana slot yang terlalu padat meletihkan otak cikgu ni.

Semalam, kami diberi "homework" untuk dibuat. 2 Abdul ada peperiksaan semester. Paper BI pulak tu. Lepas Maghrib, duduk bersama mereka untuk 2 jam. Ingatkan lepas tu barulah bolehlah capai kerja kita. Encik Suami pulak tiba-tiba buka satu topik. Kesian pulak nak biar dia cakap sorang-sorang. Dah habis berbual...apalagi, mengantuklah..hihi..

Konon-konon pagi ni, lepas anak-anak p sekolah, Encik Suami p kerja (course starts at 8.30 a.m) bolehlah tengok kerja kita. Jarak rumah ke SK Bukit Kiara dalam 15-20 minit. Sempatlah tu. Tiba-tiba...

Group Anim ditugaskan untuk present Micro Teaching Unit 17 hari ini...

Bukan salah saya. CD ni adalah CD yang  dibekalkan..Bukan saya tak buat homework saya (dalam hati, yahooooo), para Jurulatih kursus . Cuba tengok, Unit 17 tu kosong tak de apa-apa!!

P/S  Macam-macam alasan murid kalau tak siap homework..nak tau betul tak betul...tengok logik alasan diberi.. hee..

Artikel berkaitan:

Rehat kejap


Bukan rehat bekerja ya ( seminggu lagi cuti weii) )....tapi rehat menziarahi rumah kawan-kawan sehari dua ni. Kalau berkesempatan, insya-Allah, saya ketuk pintu rumah kawan-kawan waktu malam.

4 hari berkampung ( starts today, Sabtu)  di SK Bukit Kiara yang baru dibuka.

P/S Ehem...jangan ingat kat KL je ada Bukit Kiara, kat Sg Petani pun ada tau..

Artikel berkaitan:

Hanya cekodok bilis bawang campak-campak

Ada pemasangan UNIFI di rumah lepas solat Jumaat. Lebih 2 jam juga depa berkampung. Apa yang nak dibuat petang-petang begini? Selalunya, petang Jumaat, kami keluar ronda samada cari barang dapur, isi perut atau ambil angin petang. Hari ni, ada orang buat kerja di rumah, takkan nak ditinggal pula.

Kalau ada pisang, ada keladi atau keledek di dapur, sedap juga digoreng petang-petang ni. Tapi yang ada cuma tepung. Cuba habaq, apa yang senang, cepat dan simple nak buat dengan tepung??

Cekodok bilis bawang campak-campak tak sampai 30 minit sudah siap. Ada tambahan kerepek belinjau. Bila minta 2 Abdul bawa ke depan untuk dijamu kat adik2 ber3 dari UNIFI tu , terkeluar soalan. "Kena bagi deorang makan ke, Ummi?"

Ish, anak-anak ni. "Kalau orang mai rumah kita, walau sapa pun dia, pemotong rumput ke, pembaik paip ke , jangan biarkan dia balik dengan perut kosong. Kalau tak ada apa nak beri, berilah dia minum walau hanya segelas air".

Teringat Bonda di kampung. Waktu itu rumah keluarga dalam pengubahsuaian dapur ( lebih 20 tahun lalu). Bonda menyediakan 3 meals (sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang) kepada tukang rumah. Kami ni (anak-anak) pernah bertanya Bonda, upah dah beri, makan pun nak beri jugak ke. Masih terngiang-ngiang kata-kata Bonda, makanan yang ada ni, kalau diberi orang lain makan, tak luak mana makanan kita. Cukup untuk kita, 13 beranak. Inikan pula beri makan kat mereka yang telah melakukan kerja untuk kita.

P/S Walau hanya cekodok bilis bawang campak-campak..

Artikel berkaitan:

Sayang Madam macam garam dan gula

Terlebih dahulu, TERIMA KASIH yang tak terhingga buat semua yang mengucapkan Selamat Hari Guru pada Anim di blog. Diam tak diam, dah 23 tahun bergelar guru sekolah rendah.

Ramai yang kata, beruntung jadi cikgu sebab banyak dapat hadiah dari murid. Buat para guru yang berada di sekolah rendah seperti Anim, ucapan terima kasih turut diberikan kepada usaha ibu (mungkin segelintir ayah) yang mencari dan membungkus hadiah. Budak besar, bagi duit dan cari sendiri kan?

Walaupun kita pun cikgu, jangan ingat tak kena mencari dan tolong wrap ya. Biasalah..ini kerja si Ummi. 2 Abdul nak beri semua cikgu yang mengajarnya termasuk guru mengaji Quran (petang).

Dalam banyak-banyak hadiah hari guru yang diterima tadi, nak tunjuk 2 hadiah yang menarik untuk dishare
Bestnya kalau isi dalam pun sama macam luar kotak.......heeeee

Alhamdulillah, isi dalam jauh lebih hebat...barakah dari Tanah Suci (Tok Wan baru balik Mekah). Ada sejadah, tasbih digital dan tasbih biji.

Tapi hadiah ini tak boleh lawan. Boleh dapat 1st prize. "Sayang Madam macam garam dan gula" . Tiba-tiba teringat adegan Mastura (Allahyarhamah Saloma) dan Syawal (Allahyarham P.Ramlee) dalam filem "Ahmad Albab". Ingat tak dailog si ayah ( Allahyarham Ahmad Nisfu).. " kopi ni hitam, melekat tapi tak de gula..patah selera"..hahaha...

P/S Pernah dapat sabun buku @ sabun kotak FAB dulu-dulu. Walaupun apapun hadiah diberi, suka sebab tanda kita diingati.

Artikel berkaitan:

Istighfar Rejab, Haekal dan Majmu' Syarif (Updated)

Pagi tadi Kak Lah (Ustazah) bertanyakan Anim, dah baca Istighfar Rejab ke belum ? Banyak fadilatnya bila dibaca dalam bulan Rejab. Alamak....pada mulanya, rasa malu , tak pernah dengar dan tak tahu pun tentang istighfar itu. Penghulu istighfar taulah kak. Tapi....soal malu diketepikan..menggeleng tanda belum.

Disampuk oleh Ustazah Rohiza, "Kak tau tak tentang Haekal?". Aduhai...ampun, kak tak pernah dengar tentang Haekal, apa benda tu?  "Haekal' tu katanya, bacaan rutin yang bertindak sebagai doa dan wirid. Ada 7 Haekal yang bertujuan untuk membentengi diri kita dari segala kejahatan orang. Juga menjaga keselamatan dan berbagai bahaya, untuk permudah rezeki dan terkabulnya hajat, rajin beribadah dan sebagainya. Malu nak habaq kat Iza, kak Anim cuma amal Al Mathurat saja.

"Kalau nak senang kak, Istighfar Rejab, doa Haekal dan ada banyak doa yang bagus, kak cari dalam kitab Majmu' Syarif. Cuba kak cari kat Alim Harmony (kedai buku di SP) bahagian Al-Quran", Ustazah Mulyati pula bersuara...Alahai..kesian kak ni kan, kitab Majmu' Syarif pun kak tak pernah dengar.

Balik sekolah tadi, ambil kesempatan singgah kedai buku Alim Harmoni di Lagenda Heights. Tak boleh tunggu esok, rasa keterujaan membuak-buak. Bertuahnya dikelilingi rakan-rakan yang sering beri ilmu dan tidak segan silu menasihati kita. Syukur pada Allah kerana ditempatkan di sekolah kampung ini...

Terjemahan Majmu' Syarif (rumi) RM 8.50 manakala Majmu' Syarif (ada casing) RM 15.70

UPDATED:  Anim google search tentang tajuk entry yang Anim post semalam. Ada beberapa link yang boleh dikongsi. Pada pendapat Anim, kena tengok dulu isi Majmu' Syarif dan baru boleh faham apa yang dimaksudkan oleh penulis ketiga-tiga blog ini.
1. http://umairahazwani.blogspot.com/2011/12/majmu-syarif.html
2. http://abusyuaib.protajdid.com/?p=6
3. http://www.fulltimemuslim.com/2010/09/kitab-majmuk-syarif-jangan-berdusta.html

Anim dah belek Majmu' Syarif terbitan Al-Hidayah House of Quran dari awal hingga akhir (seperti gambar di atas). Banyak  doa yang diambil dari Al-Quran, zikir dan selawat di dalamnya pernah diajar dan disebut penceramah agama dalam kuliah maghrib, kursus haji dan tazkirah di masjid sekitar SP.  ~Wallahua'lam~

P/S Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya.

Artikel berkaitan:

Hari Ibu vs Hari Guru

Secara jujur, Anim tak mengharap 2 Abdul meraikan Sambutan Hari Ibu khusus untuk Anim. Kalau seorang ibu mendapat perhatian anak-anak setiap hari, tanya khabar berita (kalau tinggal berjauhan), belikan sesuatu yang digemarinya tak kira hari apa, bulan apa, mendoakan keampunan untuk ibunya di dalam doanya...tak perlu rasanya nak sambut satu hari khusus untuk meraikan Anim. Hari-hari ialah Hari Ibu!!!!

Sabtu lalu, tak tahu mengapa, beriya-iya mengajak Encik Suami ke Alor Setar. Nak cari tudung labuh berdagu Ummie Tinnie Collection. Alasan diberi, nak bermusafir cuti sekolah nanti. Bimbang payah nak cari masjid, boleh bentang sejadah dan bersolat dengan pakaian yang sedia dipakai.

Amboi, macamlah nak p dalamasa terdekat. Ada 2 minggu lagi bersekolah, lama lagi tu. Alasan diberi, 2 Abdul ada exam minggu ini. Minggu depan belum tentu kita free.

Sebaik jejak kaki ke Ummie Tinnie Collection berdekatan JAKEL Alor Setar, soalan pertama dari salesgirl ialah "Mana kak tahu kami buat sale sempena Hari Guru (satu hari saja) hari ini? Kami warwarkan di facebook dan sms pelanggan". Hahaha...kak ikut gerak hati je dik, kak tak terima msg apatah lagi terima makluman dari facebook. 2 tahun dah tak berfacebook.

Sale sehari sempena Hari Guru. Dapat diskaun 20%. Cikgu tak cikgu, sama je ya. Nak travel kena cari tudung tak renyuk dan yang penting boleh terus bawa solat tanpa perlu angkut telekung bersama. Anyway...ini hadiah Hari Ibu juga Hari Guru untuk Anim secara tak langsung. Terima kasih buat si dia!

Sempat singgah di Pohon's Kitchen on the way balik SP. Menu diorder lebihkurang sama kunjungan lalu. Kali ni...kami pilih tempat special, atas pondok (paling tinggi..huhu). Menu tambahan yang diorder, bread and butter pudding (ada vanila ice-cream) yang marvellous ini. 6 dishes bersama 4 gelas jus tak sampai RM70. Jauh berbeza dengan harga di "Resepi Rahsia" kan?

P/S Kalau orang nak raikan kita, terima je kan...heeee...walaupun awal sehari..

Artikel berkaitan:

Waktu-Waktu Terpilih Untuk Membaca Al-Quran


Ketahuilah! Sebaik-baik waktu untuk membaca Al-Quran ialah ketika sembahyang. Menurut mazhab Syafie, memanjangkan qiyam (berdiri) di dalam sembahyang adalah lebih afdal dari memanjangkan sujud dan lainnya.

Waktu yang paling baik untuk membaca di luar sembahyang ialah pada waktu malam. Membaca pada separuh malam yang kedua adalah lebih baik daripada separuh malam yang pertama. Membaca di antara Maghrib dan Isyak amat disukai. Manakala waktu paling afdal membaca Al-Quran pada siang hari pula ialah selepas sembahyang Subuh. Tidak ada satu waktu pun yang dimakruhkan untuk membaca Al-Quran.

Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abu Daud daripada Mu'az bin Rifa'ah daripada gurunya bahawa mereka memakruhkan membaca Al-Quran selepas Asar kerana waktu tersebut sama dengan pengajian orang-orang Yahudi, maka pendapat ini tidak boleh diterima kerana tidak mempunyai dalil.

Hari yang baik untuk pembacaan Al-Quran pula ialah hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari Arafah, sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Manakala bulan yang baik pula ialah bulan Ramadan.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a, katanya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:

"Orang mukmin yang membaca al-Quran umpama citron (sejenis limau). Baunya harum dan rasanya lazat. Orang mukmin yang tidak membaca al-Quran umpama buah kurma. Ia tidak mempunyai bau tetapi rasanya sedap dan manis. Orang munafiq yang membaca al-Quran umpama buah raihanah. Baunya sedap tapi rasanya pahit. Orang munafik yang tidak membaca al-Quran umpama petola. Ia tidak mempunyai bau dan rasanya pahit."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Wallahua'lam ~

Sumber : Adab-adab Bersama Al-Quran oleh Imam Nawawi terbitan Pustaka Salam

Artikel berkaitan:

Bertalaqi di Masjidil Haram


Dia memang berazam untuk membaca Al-Quran sepanjang beriktikaf di Masjidil Haram. Kalau pun tidak dapat khatam, sekurang-kurangnya biarlah setengah Al-Quran. Umrah kali ini, dia turut membawa bersamanya senaskah Al-Quran kecil bertajwid (berwarna).

Dia maklum, di dalam Masjidil Haram, naskah Al-Quran banyak ditempatkan di rak-rak kiri, kanan dan hadapan masjid. Namun pengalaman umrah pertama sebelumnya, dia hanya dapat membaca surah yang biasa dibacanya kerana Al-Quran sedia ada di Masjidil Haram,  bertulisan hitam . Bimbang tersilap panjang pendek harakat dan sebagainya. Balik umrah pertama, dia terus mencari guru Quran untuk bertalaqi. Dia berazam untuk lancar membaca Quran seperti jemaah negara lain yang duduk bersebelahan dengannya di Masjidil Haram. Cemburu dia melihat mereka, membaca Quran seperti baca buku.

Hari ke2 di Mekah, dia tidak membawa Al-Quran kecil bersamanya. Tiba di Masjidil Haram, dia bercadang nak guna Quran yang ada. Dia bertanya ibu mertuanya sama ada mahu diambilkan Quran sekali atau tidak. Ibu mertuanya mengangguk mahu.

Waktu Asar lama lagi. Dia dan ibu mertuanya duduk di satu sudut yang selesa (boleh bersandar). Dia menyambung bacaan Qurannya. Diperhatikan telatah ibu mertuanya yang meletakkan Quran tersebut di dada. Mata ibu mertuanya terpejam dan mulutnya terkumat-kamit. Entah apa yang dibaca. Dia perasan, sejak tiba di Mekah dan beriktikaf menunggu waktu solat, ibu mertuanya hanya duduk berzikir sambil memegang tasbih.

"Nak mula baca dari mana?" tiba-tiba ibu mertuanya bersuara dengan naskhah Quran di tangannya.

"Emak nak baca surah apa?" jawabnya penuh kehairanan.

"Nak baca dari mula. Dari Qul 'audzhubirrobbinnas sampai Wad dhuha" ujarnya.

Dipendekkan cerita, di Masjidil Haram itulah ibu mertuanya membuka cerita. Rupa-rupanya selama ini ibu mertuanya menghafal semua surah lazim dari kaset yang dibeli ataupun dari mendengar bacaan Quran sewaktu menghadiri kelas Quran. Ibu mertuanya tidak mengenal huruf dan tidak tahu membaca kerana tidak melalui zaman persekolahan sedari kecil.

"Emak pernah ikut kelas dewasa dan mengaji Quran dengan seorang guru. Tapi guru Quran tu jemu ajar kerana emak payah nak dapat katanya" .

Tersentuh juga hati mendengarnya kerana dia sendiri seorang guru. Tentunya itu tamparan hebat buat seorang yang bergelar "guru" dalam apa keadaan. Seseorang yang tak ikuti sekolah secara formal sudah tentu "lambat dan payah" nak diajar membaca dan mengaji kerana dia buta huruf ..tak kenal huruf!!

"Emak doa dalam masjid ni tadi. Emak nak baca Quran"

Allahu Akbar. Dia sempat menceritakan kepada ibu mertuanya suatu kisah yang pernah dibaca dalam satu blog. Kisah seorang lelaki tua yang belajar Quran.

"Insya-Allah mak. Takde istilah lambat dalam hidup kita. Selagi diberi nyawa, kita terus belajar. Allah tengok pengakhiran hidup kita bukan macamana kita bermula dari awal. Allah tengok usaha kita, mak", berhati-hati dia mengatur bicara memujuk hati ibu mertuanya.

Perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan manusia. Dipendekkan cerita, ibu mertuanya pula menjadi "anak muridnya" di Masjidil Haram. Alhamdulillah, sebelum menjejakkan kaki ke Mekah, dia telah selesai menghabiskan Juz Amma secara bertalaqi bersama seorang Ustaz. Siapa sangka, di Masjidil Haram, ibu mertuanya pula bertalaqi surah lazim bersamanya. Apa yang Ustaz yang mengajarnya ajar, tegur dan betulkan, begitu jugalah yang dilakukannya terhadap ibu mertuanya.

Begitulah mereka habiskan masa ber2 selama 6 hari di Masjidil Haram. Walaupun dia perasan, ada jemaah negara lain menoleh ke arah mereka, hairan agaknya melihat seorang tua bertalaqi ayat lazim tapi dia tanamkan semangat kat ibu mertuanya, jangan malu melakukan sesuatu yang Allah suka. Setiap kali keluar dari masjid dan bergerak pulang, dia akan memohon maaf dari ibu mertuanya bagi setiap kesilapan langkah dan bicaranya.

Sejak pulang ke tanahair, terasa ringan bibirnya membaca Al-Quran. Lancar dan nafasnya tidak tersekat-sekat. Sehari tidak membaca Al-Quran seperti ada sesuatu yang kurang dalam hidupnya . Menghabiskan satu surah selepas solat fardu tidak menjadi sesuatu yang berat untuk dilakukan. Walaupun hajatnya untuk khatam Quran di Masjidil Haram tidak kesampaian, Allah membalasnya dengan memberikannya khatam berkali-kali sejak pulang. Sesuatu yang terlalu mustahil untuk dilakukannya sebelum ini. Syukurlah, itulah nikmat dan anugerah yang disyukuri setiap waktu.

P/S ~Hal ini disedari suaminya yang mencadangkan supaya dia terus berguru dan membuat amal jariah dengan mengajar anak-anak kampung mengaji Quran. Allahu Robbi...tidak pernah dia mengimpikan sesuatu yang pastinya mustahil untuk direalisasikan dan tak pernah angan-angannya sampai ke situ sebelum ini.~

Artikel berkaitan:

Telur Berbasuh


Baru saja selesai menonton Tanyalah Ustaz "Tarbiyah Halal" oleh Ustaz Mohd Amri dari JAKIM. Sewaktu seorang pendengar membuat panggilan dan mempersoalkan isu telur tidak dibasuh sempurna di restoran mamak (bersih tapi tak suci), Anim teringat cerita seorang teman di Selatan tanahair lama dulu.

Dia pergi minum pagi di sebuah gerai makan Melayu yang turut menyediakan roti canai. Mereka order roti canai telur untuk anak mereka. Si suami kemudian bertanyakan si penebar roti samada telur yang digunakan (ada di depan mereka) itu berbasuh atau tidak.

Jawapan selamba yang diberikan oleh si penebar roti canai itu, " Tepung pun tak basuh, bang".

P/S Kalau nak fikir, bukan setakat penjual roti canai, murtabak saja..mereka yang terlibat dengan penjualan makanan seperti pembuat bahulu dan kuih muih lain juga sepatutnya lebih bertanggungjawab atas tuntutan fardhu ini.

Artikel berkaitan:

Kangkung & Peria Goreng Rangup@Restoran Nasi Kandar Hj Ramli

Mesyuarat sepatutnya tamat jam 12.30 tengah hari. Plan asal, lunch, checkout dan bertolak ke jeti. sebab tiket feri pun belum beli lagi. Hari biasa (bukan cuti sekolah dan cuti hujung minggu) , jadual feri tak menentu.  

Malangnya, mesyuarat terlajak jam 1.30 p.m. Gitu gini, lepas check out, skipped lunch dan terus minta pihak hotel called teksi (5 minit menunggu). . Lega...ada feri ke Kuala Kedah jam 2.30 p.m. Next feri jam 4 p.m. Sudahnya membeli coklat untuk 2 Abdul di jeti saja.

Turun feri, Encik Suami dah menunggu di jeti. Mengadu lapar. Lebih setahun tak pekena Nasi Kandar Ayam Kampung Haji Ramli di Simpang Empat. Restoran Nasi Kandar orang kita, bukan Nasi Kandar mamak ya...

Saya bukan peminat gulai. Lauk pauk mesti kering-kering. Ayam kampung goreng, peria goreng rangup (dihiris nipis) dan kangkung crispy (daun sedap, batangnya liat-liat sikit). Nasinya nak kata nasi ayam bukan pulak. Makan nasi kosong saja pun sodap! Harga sepinggan nasi Anim tu hanya RM9 saja (ayam kampung tu..)

Kuah istimewa ni sepatutnya dicurah ke nasi. Tapi Anim tak suka makan basah-basah. Celup-celup manja gitu..

2 Abdul ni tersengih suka bila ole-ole yang turut dibawa pulang ialah Laksa Teluk Kechai. Lagi suka depa dengan laksa sekilo (dapat 7 pinggan) RM12 ni dibandingkan coklat yang dibawa.

P/S Suka minum air dalam gelas/cawan kaca . Kelemahan gelas/cawan plastik bila lama diguna, warna gelas/cawan jadi kelabu semacam. Tapi...jarang restoran prihatin tentang hal ini .

Artikel berkaitan:

7 Mei 2013: Di seberang lautan

Pagi-pagi dah tercongok di jeti. Tak pernah-pernah p Langkawi sorang-sorang. Apa nak buat. Tengahari semalam disuakan surat...hari ini dah kena pergi. Benar, saya tak sepatutnya merungut kerana  "saya memang menurut perintah".

Kalau ikut hati, andai saya tak dibenarkan hadir mesyuarat....saya p shopping la...

P/S Dah lama hidup..tak suka orang ugut-ugut camni tau...

Artikel berkaitan:

"Kalaulah" dan "Alangkah"


Antara sebab-sebab penting manusia hilang ketenangan, keamanan dan keredhaan dirinya ialah kekesalannya terhadap masa lalu, kemarahannya terhadap masa kini dan ketakutannya terhadap masa hadapan.

Sesetengahnya mengalami malapetaka maka ia akan mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun merasakan kepedihannya. Dia mengingati kembali kenangan hitam, kadang-kadang rasa kesal dan kadang membuat berbagai andaian dengan berkata :"Alangkah baiknya jika aku buat begini', "Kalaulah aku buat begini nescaya akan jadi begini."

Kelemahan manusia ini menjadikan mereka menangisi hari malam yang sudah berlalu pergi, menggigit tangan menyesali apa yang telah terlepas dan membalik-balikkan tapak tangan kerana kekecewaan yang lalu.

Orang yang tidak akan menyerah kepada perasaan pedih dan fikiran yang gelap seperti ini ialah orang mukmin yang yakin dengan Tuhannya dan beriman dengan qada' dan qadar. Ia tidak menyerah sebagai mangsa kepada masa dan peristiwa silam. Malah ia beriktikad bahawa qada' Allah mestilah berlaku. Apa yang diterimanya dari qada' Allah mestilah diterima dengan redha dan berserah diri.

Dia tidak akan berkata, "Kalaulah saya berbuat begini nescaya begini jadinya." Tetapi berkata,"Sudah ditakdirkan Allah apa yang dikehendaki-Nya berlaku." . Dia yakin bahawa takdir Allah tetap terlaksana, maka kenapa dia perlu marah dan kenapa dia perlu sesak dada. Allah Taala berfirman:

Maksudnya; "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu, dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabur."      (Surah Al-Hadid :22-23)

Sesungguhnya syiar seorang mukmin yang teguh imannya ialah "Allah telah mentaqdirkan apa yang dikehendaki-Nya untuk dilakukan; alhamdulillah atas semua hal". Dengan ini dia tidak berduka dengan apa yang terluput dan tidak hidup dalam genggaman kenangan yang pedih. Hatinya tenang dengan membaca firman Allah:

Maksudnya: "Tidak ada kesusahan (atau balas bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah. Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar ) dan (ingatlah) Allah maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."    (Surah Al-Taghabun:11)

~Sumber :Kemanisan Iman oleh Dr.Yusof Al Qaradhawi~

Artikel berkaitan:

Kari Kepala Ikan & RFC

Assalamualaikum wbt...

Bila terpandang gulai@kari kepala ikan dalam mangkuk tanah entry rakan blogger, Kniedaz teringat hidangan hampir serupa di sebuah restoran waktu kami berurusan di Juru. Kniedaz kata Restoran PenMutiara di Batu Maung tapi yang Anim cuba ni pulak, Restoran Mutiara Bonda di Juru. Eeeeh, serupa tapi tak sama agaknya..

Tekak Johorian ni bukan macam tekak orang Utara. Sebab tu kalau p restoran Nasi Kandar, gulai@kari bukanlah pilihan. Tapi gulai kepala ikan di restoran ini memang masuk tekak Anim.

Dapat sepinggan ayam kampung goreng free..

Penemuan restoran ni tak sengaja sebenarnya. Waktu itu Anim dan Encik Suami dibawa Thomas pandu uji Cik Putih di kawasan Auto City. Setahu kami tak ada restoran Melayu area situ. Banyak kali (4 tahun dok SP) ke Auto City kerana urusan perbankan, tiba-tiba waktu pusing-pusing Auto City bersama Thomas, mata Anim ternampak restoran berkenaan.

Restoran Mutiara Bonda di Juru ni terletak bertentangan dengan Nasi Kandar Nashmir, bersebelahan pejabat Amway.

Update : Restoran Mutiara Bonda ni dah masuk Harian Metro la..

Later, waktu BW blog Mak Wardah terbaca lak entrynya tentang fussynya mereka anak beranak memilih makanan Muslim even fast food..nak share jugak tentang restoran ayam goreng orang kita iaitu RFC @ Radix Fried Chicken. Kalau tak silap ada 7 cawangan RFC di seluruh negara.

Ke RFC di Lagenda Heightlah kami p kalau 2 Abdul request nak makan ayam goreng di luar. Ginilah suasana restoran ayam goreng orang kita ni. Taklah seramai pengunjung restoran resepi atok Colonel Sanders .

Chicken Chop ada. Ayam organik maa..

Nasi ayam pun ada.

Mee Bandung yang dicuba Encik Suami.

Update : Restoran ini sudah ditutup.

P/S  Memang kita sepatutnya cerewet dalam memilih apa yang masuk ke dalam perut kita dan anak-anak. Jangan main balun saja.

Artikel berkaitan:

Susah nak cari bapa pengantin seperti ini

Cuti Hari Pekerja lalu, kami ber4 diundang ke majlis "makan-makan" oleh staff Encik Suami sempena pernikahan anak gadis sulungnya. Kami bertolak selepas Zuhor (pernikahan pada waktu pagi). Tetamu yang hadir terdiri dari rakan-rakan sekerja dan jiran-jiran tetangga. Kata tuan rumah, majlis lebih besar akan diadakan pada cuti sekolah, Jun nanti.

Olehkerana kami adalah antara tetamu yang "terlewat" (tetamu lain dah beransur-ansur pulang) maka dapatlah bersembang dengan tuan rumah dan isterinya sambil menikmati makanan yang terhidang. Apa yang menarik nak Anim kongsikan agaknya? Bukan soal makanan...tapi....

Bapa pengantin bukanlah berjawatan besar. Isterinya pula menambah pendapatan dengan menjual makanan setiap pagi. Namun..terkejut Anim bila mendapat tahu mereka tidak meletakkan hantaran kepada bakal menantu . Alasannya, dia tahu anak daranya berkawan lama dengan menantunya itu. Menantunya itu "pomen" kereta. Tertunggu jugak bilalah nak masuk meminang anak daranya. Budak muda, tak cukup duit lagi nak kahwin.

Si bapa perempuan risaukan anak daranya. Budak sekarang banyak godaan, katanya. Tak senang hati. Tak apa...biarlah dia bertindak mengahwinkan anak daranya itu. Cukuplah dengan bayaran mas kahwin. Lagipun, sebagai bapa, sudah menjadi tanggungjawabnya mengahwinkan anak perempuan. Keluarga pihak lelaki pun dah kenal. Mak dan bapanya pun orang baik-baik. Si anak lelakinya (menantu) pun baik budaknya. Apa nak tunggu...baik dinikahkan cepat-cepat. Lama-lama nanti, boleh jadi fitnah.

Insya-Allah, bila perkahwinan direstui dan dirahmati, bertambah rezeki dan berkekalan hendaknya.

P/S Moga Allah juga merahmati bapa pengantin...amin...

Artikel berkaitan:

Jaga-jaga kerana PRU13


Menghampiri kawasan sekolah

Bukanlah sesuatu yang menghairankan bila anak-anak sekolah rendah turut terkena tempias demam pilihanraya. Galak mereka bercerita dengan kawan-kawan sekelas cuma kali ini percakapan mereka tidak disampuk oleh Madam Teacher. Madam Teacher pasang telinga saja sambil tersenyum gelihati.

Pilihanraya lalu, Anim tinggal di Batu Pahat, Johor. PRU13, di Utara pula namun kami suami isteri masih mengundi di Johor.  Pastinya kami melihat perbezaan suasana berkempen. Ketara apabila melihat adanya persaingan sengit.

Sebagai warga pendidik ( juga seperti penjawat awam yang lain) kami diingatkan untuk lebih berjaga-jaga dari segi percakapan mahupun tindakan. Suasana bukan saja panas tapi sensitif. Salah langkah....kita terperangkap. Bukan melibatkan diri secara total dalam kempen tetapi berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kadang-kadang, tidak terlintas langsung nak selit unsur politik kat anak-anak sekolah tapi orang diluar pula cepat melatah dan menimbulkan isu. Contohnya, sewaktu P.Seni, murid melukis pemandangan rumah kampung. Ada seorang murid melukis bendera sebuah parti dipacakkan di atas bumbung rumahnya. Tak semena-mena cikgu pulak kena soal siasat; adakah ianya arahan guru. Tak pasal-pasal kan...

Ada pulak, nak buat kolaj (P.Seni) buah epal pun serba salah nak edarkan kertas warna kat murid. Silap-silap warna epal pun jadi isu. Bebudak pun pandai....kita pulak di "provoke". Bertanyakan "rumah" yang kita sokong dan undi. (depa kata parti tu "rumah"..rumah biru, rumah hijau. Macam rumah sukan pulak, heee). Ish....Madam punya rumah, Semi D lah , warna putih...haha.

P/S Sabtu ni baru dapat lihat suasana di Johor. Camnapun dek cuti singkat (Ahad dah balik Kedah semula)..guna sayap untuk balik mengundi.

Artikel berkaitan:

Kisah 37: Beristighfar Selepas Menyebut Alhamdulillah


Sirri as-Saqthi, adalah seorang ahli ibadah dan wali Allah SWT yang masyhur. Selama hidupnya 30 tahun, dia pernah beristighfar, memohon ampun daripada Allah SWT atas kesalahannya mengucapkan "Alhamdulillah".

Ketika dia ditanya kenapa dengan menyebut kalimah tahmid yang mulia ini lalu memohon keampunan daripada Allah SWT, dia menjawab,

"Pada ketika itu, suatu kebakaran telah berlaku di Baghdad. Ada seseorang datang kepadaku dan memberitahu bahawa kedaiku tidak terbakar seperti kedai-kedai lain yang musnah dijilat api.

Aku lalu mengucapkan "Alhamdulillah", kerana aku hanya memikirkan kebaikan untuk diriku, bukan untuk orang lain."

Sumber : 63 Kisah Pengubat Jiwa oleh Muhadir Hj Joll

P/S Muhasabah diri, mampukah diri ini berbuat demikian....

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 28: Aini Zakaria..kita tak kawan lagi ke?

This blog is open to invited readers only

http://www.ainizakaria.my/
It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.
You're signed in as hanim_rahmat@yahoo.com.my - Sign in with a different account

Artikel berkaitan: