Home · About Me · Sitemap ·

Waktu-Waktu Terpilih Untuk Membaca Al-Quran


Ketahuilah! Sebaik-baik waktu untuk membaca Al-Quran ialah ketika sembahyang. Menurut mazhab Syafie, memanjangkan qiyam (berdiri) di dalam sembahyang adalah lebih afdal dari memanjangkan sujud dan lainnya.

Waktu yang paling baik untuk membaca di luar sembahyang ialah pada waktu malam. Membaca pada separuh malam yang kedua adalah lebih baik daripada separuh malam yang pertama. Membaca di antara Maghrib dan Isyak amat disukai. Manakala waktu paling afdal membaca Al-Quran pada siang hari pula ialah selepas sembahyang Subuh. Tidak ada satu waktu pun yang dimakruhkan untuk membaca Al-Quran.

Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abu Daud daripada Mu'az bin Rifa'ah daripada gurunya bahawa mereka memakruhkan membaca Al-Quran selepas Asar kerana waktu tersebut sama dengan pengajian orang-orang Yahudi, maka pendapat ini tidak boleh diterima kerana tidak mempunyai dalil.

Hari yang baik untuk pembacaan Al-Quran pula ialah hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari Arafah, sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Manakala bulan yang baik pula ialah bulan Ramadan.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a, katanya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:

"Orang mukmin yang membaca al-Quran umpama citron (sejenis limau). Baunya harum dan rasanya lazat. Orang mukmin yang tidak membaca al-Quran umpama buah kurma. Ia tidak mempunyai bau tetapi rasanya sedap dan manis. Orang munafiq yang membaca al-Quran umpama buah raihanah. Baunya sedap tapi rasanya pahit. Orang munafik yang tidak membaca al-Quran umpama petola. Ia tidak mempunyai bau dan rasanya pahit."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Wallahua'lam ~

Sumber : Adab-adab Bersama Al-Quran oleh Imam Nawawi terbitan Pustaka Salam

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Waktu-Waktu Terpilih Untuk Membaca Al-Quran"

  1. info bagus..terima kasih share

    BalasPadam
  2. terima kasih kak..mengingatkan pada yang lupa..taknak jadi kurma walaupun suka makan kurma..inshaa Allah..

    BalasPadam
  3. Bacalah Al-Quran...mulakan sedikit demi sedikit tidak kira masa. Dapatkan waktu2 terpilih untuk ganjaran berganda...

    BalasPadam
  4. info yag bagus, tq share yer

    BalasPadam
  5. Insyaallahkan moga dipermudahkan kita melakukannyer..

    BalasPadam
  6. Dari zaman kakak mula belajar mengaji sampailah sekarang kami memang membaca selepas maghrib. Kakak ajar budak-budak pun selepas maghrib. Senang habis mengajar terus solat isyak... Cuma bulan ramadhan aje kakak baca asal ada masa terluang sebab nak khatam sebanyak yg boleh (tadarus)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman saya kecik2 dulu, kita memang mengaji quran lepas maghrib. sekarang..depa mengaji lepas asar bawa ke maghrib. baguslah kakzakie..mengajar oranglain, lagi banyak pahalanya...

      Padam
  7. terima kasih atas pkongsian ilmu akhirat..

    BalasPadam
  8. Tak tentu masa Anim...ikut dan je.... baca sepertiga malam jauh sekali hehe!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai