Home · About Me · Sitemap ·

Kangkung & Peria Goreng Rangup@Restoran Nasi Kandar Hj Ramli

Mesyuarat sepatutnya tamat jam 12.30 tengah hari. Plan asal, lunch, checkout dan bertolak ke jeti. sebab tiket feri pun belum beli lagi. Hari biasa (bukan cuti sekolah dan cuti hujung minggu) , jadual feri tak menentu.  

Malangnya, mesyuarat terlajak jam 1.30 p.m. Gitu gini, lepas check out, skipped lunch dan terus minta pihak hotel called teksi (5 minit menunggu). . Lega...ada feri ke Kuala Kedah jam 2.30 p.m. Next feri jam 4 p.m. Sudahnya membeli coklat untuk 2 Abdul di jeti saja.

Turun feri, Encik Suami dah menunggu di jeti. Mengadu lapar. Lebih setahun tak pekena Nasi Kandar Ayam Kampung Haji Ramli di Simpang Empat. Restoran Nasi Kandar orang kita, bukan Nasi Kandar mamak ya...

Saya bukan peminat gulai. Lauk pauk mesti kering-kering. Ayam kampung goreng, peria goreng rangup (dihiris nipis) dan kangkung crispy (daun sedap, batangnya liat-liat sikit). Nasinya nak kata nasi ayam bukan pulak. Makan nasi kosong saja pun sodap! Harga sepinggan nasi Anim tu hanya RM9 saja (ayam kampung tu..)

Kuah istimewa ni sepatutnya dicurah ke nasi. Tapi Anim tak suka makan basah-basah. Celup-celup manja gitu..

2 Abdul ni tersengih suka bila ole-ole yang turut dibawa pulang ialah Laksa Teluk Kechai. Lagi suka depa dengan laksa sekilo (dapat 7 pinggan) RM12 ni dibandingkan coklat yang dibawa.

P/S Suka minum air dalam gelas/cawan kaca . Kelemahan gelas/cawan plastik bila lama diguna, warna gelas/cawan jadi kelabu semacam. Tapi...jarang restoran prihatin tentang hal ini .

Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "Kangkung & Peria Goreng Rangup@Restoran Nasi Kandar Hj Ramli"

  1. Nak juga kakak tahu laksa teluk kecahi tu Anim. Lepas ni kakak pergi tengok mana tahu boleh mencuba. Nampak macam sedap aje:)

    BalasPadam
  2. nampak sedapnya makanan tu kak...lapar...

    BalasPadam
  3. Ayam goreng kampung tu amat mengujakan! Di Tanjung Malim ada sebuah gerai ayam kampung yg popular. Kedainya hanya di buka pukul 1.00 tghari hingga 4.00 petang sahaja! Memang laris..

    BalasPadam
  4. peria goreng rangup? sedap ke kak? betul la kak..saya pun prefer gelas kaca..kadang gelas plastik cuci ala kadar berkarat dan berbau plak..huhu

    BalasPadam
  5. Sedapnya makan-makan.
    macam sedap aja tengok laksa tu.

    BalasPadam
  6. aniiiim ... nk teriak tgk gambaq nasi & laksa huhuhu. kami walaupun org penang tak minat jgk nasi kandaq mamak. kalau balik memang tak cari pun. tapi kalau jumpa yg melayu punya mmg harus la makan.

    BalasPadam
  7. peria goreng rangup..belum pernah rasa lah..
    betul tu..sy pun jarang guna gelas plastik kecuali minum air sejuk/biasa..

    BalasPadam
  8. peria goreng rangup tu mmg KA suka sgt !

    BalasPadam
  9. Sedap pulak tengok peria goreng tu Anim....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai