Home · About Me · Sitemap ·

Kari Kepala Ikan & RFC

Assalamualaikum wbt...

Bila terpandang gulai@kari kepala ikan dalam mangkuk tanah entry rakan blogger, Kniedaz teringat hidangan hampir serupa di sebuah restoran waktu kami berurusan di Juru. Kniedaz kata Restoran PenMutiara di Batu Maung tapi yang Anim cuba ni pulak, Restoran Mutiara Bonda di Juru. Eeeeh, serupa tapi tak sama agaknya..

Tekak Johorian ni bukan macam tekak orang Utara. Sebab tu kalau p restoran Nasi Kandar, gulai@kari bukanlah pilihan. Tapi gulai kepala ikan di restoran ini memang masuk tekak Anim.

Dapat sepinggan ayam kampung goreng free..

Penemuan restoran ni tak sengaja sebenarnya. Waktu itu Anim dan Encik Suami dibawa Thomas pandu uji Cik Putih di kawasan Auto City. Setahu kami tak ada restoran Melayu area situ. Banyak kali (4 tahun dok SP) ke Auto City kerana urusan perbankan, tiba-tiba waktu pusing-pusing Auto City bersama Thomas, mata Anim ternampak restoran berkenaan.

Restoran Mutiara Bonda di Juru ni terletak bertentangan dengan Nasi Kandar Nashmir, bersebelahan pejabat Amway.

Update : Restoran Mutiara Bonda ni dah masuk Harian Metro la..

Later, waktu BW blog Mak Wardah terbaca lak entrynya tentang fussynya mereka anak beranak memilih makanan Muslim even fast food..nak share jugak tentang restoran ayam goreng orang kita iaitu RFC @ Radix Fried Chicken. Kalau tak silap ada 7 cawangan RFC di seluruh negara.

Ke RFC di Lagenda Heightlah kami p kalau 2 Abdul request nak makan ayam goreng di luar. Ginilah suasana restoran ayam goreng orang kita ni. Taklah seramai pengunjung restoran resepi atok Colonel Sanders .

Chicken Chop ada. Ayam organik maa..

Nasi ayam pun ada.

Mee Bandung yang dicuba Encik Suami.

Update : Restoran ini sudah ditutup.

P/S  Memang kita sepatutnya cerewet dalam memilih apa yang masuk ke dalam perut kita dan anak-anak. Jangan main balun saja.

Artikel berkaitan:

14 Komen untuk "Kari Kepala Ikan & RFC"

  1. kat area opis saya baru nk bukak Radix FC ni. Ari2 lalu nk tgk bila bukak nye. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. chicken chop dan mee bandungnya sedap pada tekak kak..jangan lupa cuba nanti

      Padam
  2. ye...
    cerewet utk kesihatan kita jugak..=)

    kalo belah kedah tu , mmg utama masak gulai ye..??
    1st time dgr RFC, kalo dekat boleh cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yalah AA, macam tekak kita nak asam pedas, depa nak gulai..
      RFC tu milik Radix, guna ayam organik

      Padam
  3. kat tpt saya tak ada la RFC ni..kalau ada mmg pergi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak silap, kat seksyen 7 dan bangi ada kot selain terengganu, kelantan dan ipoh

      Padam
  4. terima kasih kerana sudi singgah, komen dan juga follow !

    BalasPadam
  5. Adoi... sedapnya tengok mee kari yg kat atas sekali tu ha... dan2 tu teringin pulak... Nak beli keta baru yeh Anim... wah bestnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hainom..pandu uji tu 3 bulan lalu..dah dapat pun..

      Padam
  6. RFC? xsure plak saya kat tmpat sy wujud da ke belum...tapi makanan dia semua nmpk menyelerakan jer..

    BalasPadam
  7. leh cuba jugalah ni!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai