Home · About Me · Sitemap ·

Bersujud syukur kerana rezekiNya

Salam pagi Jumaat....

 Mac 2011

Waktu Anim menulis entry ini, beg pakaian sudah berada di dalam kereta. Anak-anak pun dah siap mandi dan berpakaian. Insya-Allah dalam jam 10 pagi Anim dan anak-anak akan bertolak ke KL. Mana Encik Suami?? Hahaha...dia dah ada di Ampang sejak kelmarin kerana urusan kerja dan ikut plan, Anim akan menjemputnya nanti dan sama2 pulang ke Johor. But malam tadi Encik Suami bagitau dia dah booked tukang urut untuk kami ber2 di (sini ) dan (sini )..Nampaknya kena transit rumah adik di Rawang, tinggalkan my 2 Abdul di situ dan balik esok pagi  .

Semalam sewaktu geng sekolah mengucapkan selamat jalan kepada Anim, ada juga yang menyuarakan kasihan pada Anim kerana balik sendiri dengan anak-anak. Oooo...jangan begitu. Anim dah biasa berdikari. Semasa menjadi tunangannya 22 tahun lalu..Encik Suami sudah memaklumkan Anim tentang tugasnya. Anim diajar untuk berdikari. 2 minggu selepas kami bernikah, dia ke Manila selama 2 minggu. Waktu itu Anim dihantarnya ke driving school. Belum pun sempat Anim lulus ujian memandu, dia ke UK selama 3 bulan. Masih Anim ingat lagi jawapannya pada pertanyaan Anim; "Duit sewa rumah macamana nak bayar?" Masa tu mana ada bank in cam la. Kena hantar duit sewa kepada tuannya di Seksyen 16. Jawapannya ; "Tak kisahlah, Anim nak jalan kaki ke, naik motor ke, bawa kereta ke, naik bas ke...janji bayar!". Huhu..itu pengantin baru..kalau kena kat oranglain mesti merajukkan..

Anim yang terkial-kial bawa kereta selepas lulus memandu, dah jahanamkan kereta Proton Saga kami waktu itu. Satu, waktu nak park dalam rumah..terlanggar pagar. Kemek sikit bumper depan. Satu lagi, waktu nak reverse, ntah dari mana muncul kereta kat belakang. Tau2..bummmm. Tapi bila Encik Suami balik dan tengok rupa kereta waktu itu dia tergelak dan menggeleng-gelengkan kepala dan yang paling Anim terus confident bawa kereta ialah bila dia kata, "Biar kereta jahanam, janji Anim tak apa-apa"..Huhu..touching tau masa tu...

Anim rasa Anim masih lagi bertuah dibandingkan dengan mereka yang punya suami yang jauh di luar negara, balik sekali sekala. Dan masih bertuah dibandingkan dengan mereka yang bergelar ibu tunggal. Lagipun, la Encik Suami banyak outstation dalam negara saja. Dan betapa kerdilnya bila membandingkan pengorbanan kita ni dengan pengorbanan bonda Nabi Ismail, Siti Hajar. Betapa dia sabar dan redha ditinggalkan oleh suaminya di kawasan tandus tanpa sebarang bekalan. Betapa hebatnya dia hingga tindakannya berlari-lari anak di Bukit Safa dan Marwah... menjadi rukun umrah buat mereka yang melakukan ibadat umrah dan haji. Ni pula kita..ada bekalan duit, bekalan makanan, kenderaan selesa..kemudahan telekomunikasi. Itulah sebenarnya motivasi diri untuk diri Anim sendiri. Sentiasa ingat....Allah akan jaga kita...

Nampaknya entry panjang ni penutup tirai Mei..Ala...macamlah selama ni dia tulis pendek, heheee.. Anim mungkin sibuk 2,3 hari ini. Maklumlah tahun lalu, kami p ber2 sahaja. Kali ini pergi bersama-sama my MIL dan FIL (ber4). Anim akan bertolak dari Changi Airport, Singapura (Saudi Airlines) pada 30 Mei - 9 June 2012. Sungguh, Anim tak menyangka akan dapat pergi lagi tahun ini. Plan asal, Encik Suami nak bawa FIL buat umrah Februari lalu. My FIL ni lum pernah sampai Mekah. Dia ni fobia naik flight . (1st bawa dia p Labuan tahun 1995...terus tak mau naik lagi..takut). Oleh krn MIL pernah p bersama adik dan ibunya dan Anim pula dah p tahun lalu, so kami tak masuk plan. Tulah kan...segalanya bermula dari niat. Niat nak bawa MIL dan FIL p haji....rupa-rupanya Allah percepatkan hajat Encik Suami. Dapat bawa depa buat umrah dulu. Syukurlah, akhirnya dari 2 orang jadi 4 orang. Anim bersujud syukur padaNya..

Maaf untuk semua andai ada tersilap kata, terkasar bahasa. Doakan kami selamat dan mudah untuk menjalani ibadah di sana. Andainya diuji, doakan kami tabah dan redha dengan ujianNya. Sepanjang Anim menyepi ni...baca-bacalah entry Anim yang lama-lama tu. Banyak oooo....Entry ni pun yang ke 677 tau..huhu..promo...

Dan insya-Allah, kali ini Anim tak KEDEKUT lagi dalam berdoa. Kalau sebelum ini, asyik berdoa untuk diri sendiri,suami isteri, anak-anak dan kaum keluarga...kali ini Anim akan panjangkan doa untuk anak-anak murid, kawan-kawan, jiran tetangga, sahabat handai, para readers semua dan semua Muslimin dan Muslimat...

P/S  5 doa yang berlegar-legar di kepala; SIHAT, PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, TETAP IMAN dan SABAR.

Artikel berkaitan:

Doa dari mereka yang really touching...

                                   Kertas logo tu dari kertas lukisan dan diwarnakan dengan magic colour

Anim p ke sebuah bank untuk keluar duit. Ada seorang lelaki berusia lewat 20an atau awal 30an duduk menjual sesuatu di luar bank. Sekilas pandang Anim terlihat "Bantulah OKU" gitule lebih kurang. 

Anim belek2 duit kecil dalam purse. Cari punya cari.. .jumpalah RM8 . Anim menjengok apa yang dijual OKU tadi (tangan kanannya cacat.. lembik sebelah). Muruku ikan saja yang tinggal katanya. Muruku buatan sendiri dan dipack sendiri..Teringat 2 Abdul kecil dan si bisu yang suka makan muruku. Anim ambil 2 pack (RM6). Nak ambil 3 pack, mana nak cekau RM1 lagi. Dalam tangan ngam2 ada RM8 . Anim bagi semua duit RM8 itu dan memintanya menyimpan baki RM2 itu. Hati menjadi sayu, airmata tergenang bila mendengar kata-katanya, "Terima kasih Puan. Semoga Puan dimurahkan rezeki.."

Bukan tak pernah kata-kata itu diucapkan pada kita, samada oleh rakan-rakan yang kita belanja makan atau sahabat handai bila kita beri sesuatu tapi getar suara OKU itu really touching my heart! Anim seolah-olah dianggapnya sudah melakukan sesuatu yang luarbiasa. Insaf sangat-sangat..RM2 itu mungkin kecil bagi sesetengah kita, tapi besar untuk oranglain.

Anim teringat peristiwa beberapa hari lepas. Anim nak buat n3 fasal doa ibu. Secara kebetulan malam tu cerita "Hilangnya Doa Seorang Ibu" di TV dan keesokannya hot diperkatakan di blog... dan di mana-mana (Anim tak tertengok tapi kat sekolah, my PK1 dok bising orang rumah dia tonton sampai nangis bengkak mata!). TQ Fieda. Dapat jugalah Anim tonton cerita ini. Tu sebab n3 tertangguh ...takut kata ciplak idea pulak..

Rasanya semua dah tau kan durian runtuh yang diperolehi oleh warga Felda seluruh negara. My MIL dan FIL pun tak terkecuali. Untuk pengetahuan, depa dapat RM 15,000. Ketua keluarga (suami) dapat RM 5000,  isteri dapat RM 5000. Kalau isteri lebih dari satu, RM 5000 tu kenalah bahagi antara mereka. RM 5000 pulak untuk anak-anak (generasi ke2). Bahagi pulaklah RM 5000 tu dengan bilangan anak2 yang ada. So, dek Encik Suami ni 4 beradik...kalau dibahagi dapatlah RM 1250 seorang.

Anim ada juga usik2 Encik Suami...beruntungnya dia kerana dapat bonus terpijak tu. Dia hanya membalas,"tak tergamak nak ambil". Satu malam, Encik Suami menelefon MIL bertanyakan persiapan barang umrah. Anim yang kebetulan ada berhampiran dapatlah menangkap sedikit sebanyak perbualan dia bersama MIL. Anim dapat mengagak soal "durian runtuh" tu ada ditimbulkan oleh ibunya. Dan hati bagai tertanya-tanya bila akhirnya dia menyebut "Ya mak..ya mak. Insya-Allah mak. Mudah-mudahan mak." Airmukanya berubah..nada suaranya seolah-olah menahan sayu. Setelah panggilan ditamatkan...Encik Suami memulakan cerita.

MIL bagitau Encik Suami akan durian runtuh warga Felda Kota Tinggi yang bakal diterima Jun nanti. MIL turut memberitahu agihan wang RM15 000 dan baki RM 5000 nanti, Encik Suami bahagilah bersama 3 adik2nya (Encik Suami anak sulong). Encik Suami bagitau MIL, bahagian dia, dia serahkan pada MIL dan FIL. Dia ada kerja sendiri, duit sendiri, wang itu hak MIL dan FIL. Dia ingatkan balik macamana susahnya MIL dan FIL membesarkan dan menyekolahkan dia di saat2 mereka berpindah ke FELDA tahun 70an dulu. Dia teringat tenaga 4 kerat MIL dan FIL bekerja di ladang dulu. Kerana kesusahan warga Felda ketika itu, mereka menerima bantuan makanan oleh Bank Dunia (sardin, Milo, susu dan sebagainya). MIL dan FIL sanggup meminjam duit dari jiran semasa Encik Suami menerima tawaran belajar di UTM, KL. Orang dulukan..kena sewa kereta, kena dok hotel...bukan ada saudara mara duduk di KL.Terpulanglah pada adik2 yang lain...yang pasti, bahagian dia, dia serahkan pada MIL dan FIL.

Dan rupa-rupanya "Ya mak..ya mak.".dan seterusnya tu.. adalah kata-kata Encik Suami bila MIL memberitahu yang MIL mendoakan Encik Suami dimurahkan rezeki oleh Allah, bahagia rumahtangga dan sihat anak-anak... Tu yang dia sebak...doa yang diucapkan oleh ibunya buat dia betul2 touching...

Apa yang dapat Anim katakan pada Encik Suami ialah.."Doa emak tu....TAK TERNILAI harganya dibandingkan dengan RM 1250 yang bakal diterima"...


P/S Redha Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa...Sentiasa ingat itu!

Artikel berkaitan:

Rahsia itik yang kita tak tahu...

Sambungan dari entry semalam...

2 anak angkat (dalam bulatan) yang kebingungan melihat 3 orang baru menceroboh kawasannya. Sempat lagi si hero bergasak dengan si jantan pendatang (anak panah). Alkisah Encik Suami membeli  seekor itik jantan dan 2 itik betina lain untuk makan kenduri di ofisnya esok.

Macam ayam kampung jugak...macam tau2 aja bakal dikorbankan. Main kejar-kejar ...

Kali ni tak hantar proses kat gerai ayam. Sembelih dan mengerjakannya dibelakang rumah. Sorang seekor! Ooo...payah oo. Lagi-lagi kalau 1st time mencuba.

Mencabut bulunya bukan seperti mencabut bulu ayam. Tak perlu di"rebus" dalam air panas. Kena siat bulunya terus. Tapi itulah rahsia elak daging itik bau hamis bila dimasak agaknya...Kena tanya Zahari, Master Chef masakan itik SP yang dok atas kerusi merah tu. Itik-itik kami sebelum ni...serah kat dia untuk tolong masakkan!

Terima kasih semua....

P/S Pandai makan daging itik bila duduk Sg.Petani...

Artikel berkaitan:

Kena LEPASkan semuanya...

Pondok scrap masih belum berpenghuni lagi. Encik Suami nak membela burung puyuh sebenarnya..Tapi kerana kesibukan kerja dan kebetulan kami nak berangkat tak lama lagi..keinginan itu ditangguhkan sementara. Lagipun...seelok-eloknya semua haiwan peliharaan yang dikurung hendaklah dilepaskan bila kita berhajat ke Tanah Suci.

Mau tak terkejut bila dapat rakam aksi depa ber2 dari tingkap dapur lebih sebulan lalu..huhu...walhal kami plan nak korbankan depa buat kenduri! Hasil dari projek depa ni...menghasilkan 13 biji telur tanpa kami sedari. Akhirnya...hubungan sulit mereka terbongkar bila lihat si betina duduk mengeram!! Apalah tuan rumah ni...tak sensitif langsung! Terbantut nak korbankan..so plan diubah. Bagi telur menetas dulu, lepas tu barulah mak bapak disembelih. Anak-anak depa nanti pass kat kawan-kawan yang berhajat.

Tapi lain pula perancangan Allah. Pelik lihat si betina duk patuk2 telur-telurnya hari demi hari. Agaknya dia macam tahu telur tu tak menjadi. Bila digoncang..ringan semacam! Tak taulah samada faktor cuaca (musim hujam) @ depa ni masih muda bebenor yg menyebabkan telur tak menjadi. Senang dah kerja Encik Suami. So...balik ke plan asal..huhu..lega sangat2.

Si bisu yang suka sembunyi kat celah tingkap

Camnapun...Anim risaukan si bisu ni. Walaupun dia ni hanyalah pendatang pada satu hari...tapi keletahnya yang menghiburkan hati kami ber4...menyebabkan dia "lekat" di rumah Anim. Walaupun si bisu ini juga akan lepas bebas...yang menjadi hati tak keruan ialah kerana pemakanannya yang cerewet. Walaupun dia ni spesis kucing kampung.. si bisu ni TAK SUKA makan ikan dan nasi. Pelik kan..

Cukup berselera menghabiskan saki baki kerak Cheese Cake. Favourite food dia yang lain ialah burung puyuh, roti gardenia dan muruku!!! Kata Encik Suami...taulah dia jaga diri. Pandai-pandailah dia cari makan nanti...diapun dalam peliharaan Allah juga.!

P/S Harap-harap dapat berjumpa dengan si bisu lagi...
 

Artikel berkaitan:

Cerita Wang Naik Haji 2012


Hari ni nak share info tentang wang naik haji 2012 yang diperolehi dari Kursus Asas Haji, Sabtu lalu. Slot ceramah tentang wang naik haji ini disampaikan oleh kakitangan Tabung Haji Cawangan Sg.Petani.

WANG NAIK HAJI 1433H/2012M

Wang naik haji bagi 1433H/2012M (Semenanjung Malaysia):-
i. Bagi haji kali pertama - RM    9980.00
ii.Bagi haji kali kedua    - RM 14,360.00
(Kos ini untuk Muassasah sahaja)
 
 Wang naik haji tersebut meliputi perkhidmatan :-
i.  Tambang kapalterbang
ii. Penginapan di Tanah Suci
iii.Makanan dan minuman di Mekah dan Madinah
iv. Makanan dan minuman di Arafah dan Mina
v.  Kenderaan dan bayaran wajib lain (cukai) kepada Arab Saudi.

PEMBATALAN/PENUNDAAN PEMERGIAN

Keputusan Mesyuarat J/Kuasa Urusan Haji pada 4 September 2008 telah menggariskan beberapa kategori potongan kepada bakal haji yang membuat pembatalan/penundaan pemergian ke Tanah Suci.

1.1 Kategori 1
Potongan RM 450 ke atas bakal haji yang membuat pembatalan/penundaan selepas 1 Ramadhan. (urusan visa haji telah dibuat)

1.2 Kategori II
Potongan RM 1800  ke atas bakal haji yang membuat pembatalan/penundaan selepas jadual penerbangan haji dikeluarkan.

1.3 Kategori III
Potongan RM 3600 ke atas bakal haji yang membuat pembatalan/penundaan setelah  visa haji telah diperolehi.

PENGECUALIAN POTONGAN WANG

Bagaimanapun terdapat pengecualian potongan wang kerana sebab-sebab berikut:-

1.1 Kematian bakal haji@waris terdekat, suami/isteri, ayah/ibu, anak & adik-beradik.

1.2 Kemalangan@bencana yang menimpa bakal haji

1.3 Sekiranya bakal haji wanita hamil, suami dibenarkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci.

1.4 Sakit yang disahkan oleh Pegawai Perubatan kerajaan. Pengesahan oleh Pegawai Perubatan swasta hanya diterima sekiranya pengesahan dibuat oleh Pakar Perubatan.

1.5 Dalam edah kematian suami (bakal haji wanita)

WANG PERBELANJAAN TAMBAHAN HAJI

~ Simpan sedikit wang dalam akaun Tabung Haji. Buat kad Visa Bank Islam siap-siap bagi memudahkan lagi urusan keluar duit di sana sebagai alternatif.
~ Tukar sedikit wang sebelum berangkat (anggaran SR300)
~ Perbelanjaan keperluan ibadat kerana uzur seperti upah tawaf, saie dan melontar yang tertakluk pada harga semasa. @Dam - SR 330    @Tawaf - SR 300   @Korban - SR 430     @Sa'ie - SR 300    @Melontar - SR 300
~ Kalau di musim haji, waktu klimaks..harga meningkat. Kadang kereta sorong yang ditolak dikira berdasarkan roda. Satu roda(tayar) SR 500. Tu sebab musim haji (klimaks) upah boleh mencecah SR 1000 - SR 2000
~ Jangan ingat kita muda, sihat lagi, takkan perlu khidmat upah. Banyak dah terjadi, tiba sana..sakit dan semua kerja haji kena upah.
~ Wang rawatan kita di sana bagi jemaah yang menghidap penyakit tertentu.

P/S Haji adalah jihad. Sebaik-baik jihad itulah haji mabrur.

Artikel berkaitan:

Satu hari@Kuliah Perdana Ustaz Azhar

Hari ni Anim tak berkongsi ilmu yang diperolehi dalam Kuliah Perdana Ustaz Azhar malam tadi di Gurun . Kena cari sendiri di Youtube..boleh kan? Selama ni ikut kuliah Ustaz dalam CD dan YouTube...la ni nak dengar sendiri secara live..1st time p majlis agama kat tempat awam...

Bertolak ke Gurun selepas Mahgrib. Dari jarak 3km ke tempat kuliah, kenderaan mula bergerak perlahan. Dibahu jalan kiri dan kanan sudah dipenuh kenderaan hingga berlapis dua. Ada yang naik hingga ke divider jalan. Kami ni pertama kali sampai di sini. Pening juga mencari tempat parking. Tak ada penunjuk arah untuk meletakkan kenderaan. Seboleh-bolehnya tak mahu park kereta di bahu jalan kiri dan kanan kerana bimbang menghalang kelancaran lalu lintas. Rupa-rupanya ada kawasan meletak kenderaan yang luas disediakan ...tu pun kerana mengikut kereta dihadapan yang dipandu slow. 

2 Abdul  turut serta. Berjalan hampir 1.5km ke dataran bersama ribuan  pengunjung. Khabarnya mencecah 30K! Sebaik kami tiba...azan Isyak berkumandang. Encik Suami bersama 2 Abdul bergerak ke surau di situ. Encik Suami menyuruh Anim bersolat sendirian di perkarangan dataran sahaja kerana bilangan pengunjung lelaki yang bergerak ke surau terlalu ramai. Alhamdulillah, wuduk solat Maghrib masih ada dan sejadah memang sentiasa berada di dalam beg telekung. Smartphone kan smart.. dia boleh tunjuk arah kiblat kat tuannya. Anim menumpang tikar jerami 2 makcik dari Tikam Batu (depa datang sebelum Maghrib) untuk bersolat bersama di "hadapan" para pengunjung.

Ada sesuatu yang menjadi kemusykilan......

Nampaknya....bukan Anim saja yang musykil. Dan akhirnya di slot soal jawab, ada seorang Hamba Allah bertanyakan Ustaz tentang masalah (gambar) di atas...dan dijawab Ustaz, "Solat itu tak sah dan mereka perlu solat semula". Maaf, niat upload gambar hanya untuk beri kefahaman dan menjelaskan hukum solat yang Ustaz jelaskan.

Ada juga jemaah di luar surau yang solat berimam di bawah khemah tapi....arah kiblat itu rasanya sedikit tersasar!! Dan kemusykilan Anim ni disahkan kemudiannya oleh Encik Suami yang berkesempatan bersolat dalam surau!

Kesimpulannya, inilah KELEMAHAN oleh pihak penganjur. Kita tau dah kuliah Ustaz memang akan menarik bukan ribu lagi malahan puluhan ribu pengunjung...takkan kita tak boleh jangka masalah-masalah yang akan dihadapi oleh pengunjung. Kita anjur benda baik, panggil Ustaz terkenal mai tempat kita .. kalau boleh janganlah ada benda-benda yang "merosakkan" majlis ilmu kita. Sensitiflah sikit...ini kuliah agama, bukan konsert artis...bukan ceramah politik.

 Ada beberapa kelemahan dan ingatan untuk pihak penganjur yang dapat dicatat:-

1) Tunjukkan arah kiblat yang betul kepada pengunjung di luar surau. Tampalkanlah di mana-mana yang sesuai. Bukan semua yang hadir biasa ke tempat kuliah. Bagaimana yang first timer macam Anim ni?

2) Tong-tong wuduk disediakan untuk pengunjung di luar surau. Almaklumlah surau tu kecil saja..anggaran 200 jemaah sahaja. Yang mai pula puluhan ribu. Permudahkan mereka yang tak dapat bersolat di surau untuk ambil wuduk. Sedih dengar bila alasan mereka tak bersolat Isyak di situ kerana tak ada wuduk!

3) Toilet bergerak untuk kegunaan pengunjung. Kesian kat anak-anak dan orang-orang tua yang ikuti kuliah ni. Nak bergerak ke surau kena meredah lautan manusia. Iyalah...kalau depa dok bahagian belakang....jauh nu nak ke surau dihadapan!

 4) Pengunjung lelaki dan perempuan yang mendengar kuliah diasingkan. Buatlah tali rentang dan  ada laluan keluar masuk di tengah2 antara pengunjung lelaki dan perempuan. Kasihan lihat ada kalangan ibu yang mendukung anak kecil, anak gadis even makcik2 yang hendak keluar terpaksa melalui celah-celah hadirin lelaki. Mereka menjadi tontonan pula...

5) Tong-tong sampah disediakan di setiap penjuru. Kita ajar anak-anak buang sampah dalam tong sampah...bukannya ditinggalkan bersepah di tempat depa duduk tadi!!

6) Adab-adab mengikuti kuliah agama juga perlu diperingatkan kepada setiap pengunjung. Tidak dibenarkan merokok, tidak makan dan minum (ni bukan ceramah parti politik @ acara berkelah) . Kalau nak makan@minum@merokok, bangun, keluar dan pergilah ke tapak gerai makan yang telah disediakan di luar. Jangan biarkan pengunjung lain terbatuk-batuk, menutup hidung dengan tindakan sesetengah pengunjung yang merokok ikut suka ni..Kalau ikut kuliah Ustaz Shahul Hamid..dia cukup tegas dalam hal ini. Nak keluar masuk kuliah pun kena tegur!! Apatah lagi makan, minum atau ROKOK!

7) Pihak penganjur hendaklah berkerjasama dengan polis trafik untuk melancarkan lalu lintas. Ada sebilangan yang hadir meletakkan kenderaan yang menghalang kelancaran lalu lintas walaupun tempat parking yang luas disediakan.

8) Semua gerai jualan dikumpulkan di satu tempat supaya tidak menghalang kelancaran pengunjung yang keluar masuk.Orang ramai berpusu-pusu nak keluar setelah selesai majlis, tersekat pulak laluan dek adanya gerai-gerai yang memenuhi laluan jalan.Langkah jadi tersekat, terpijak kainlah, terpijak seliparlah...nasib baik tak tersungkur kat gerai lemang ke..kat gerai air malam tadi.!

 P/S  Walaupun kuliah agama tidak dibuat di masjid, ADAB-ADAB mengikuti kuliah perlu tetap dijaga.

Artikel berkaitan:

KHAMIS yang ditunggu...


Hari Khamis memang hari yang ditunggu-tunggu.Selalunya Anim kerah anak-anak cepat masuk kereta untuk ke sekolah. Bukan kerana ia hari penghujung minggu bagi kami di Kedah. Tapi, awal2 pagi lagi, semua dah berkumpul di dataran perhimpunan sekolah.

Tak nak terlepas bacaan Yassin beramai-ramai setiap pagi Khamis sebelum masuk ke kelas. Payah nak gambarkan suasana "redup dan sejuk" bila bacaan Yassin oleh 400 murid (lebihkurang) dan guru-guru berbumbungkan langit bergema di sini. Jangan terkejut bila Anim katakan ada murid yang hafal surah Yassin ni dan bilangannya bertambah dari bulan ke bulan. Hebatkan bila surah Yassin ada di dada mereka. Mudah-mudahan mereka mendapat perlindunganNya...Note: Ini Sekolah Kebangsaan...

Sekurang-kurangnya dapatlah minum air penuh barakah setiap Khamis...bagus anak-anak ni!!

KHAMIS hari ini, sekali lagi acara "live" dari "jiran sebelah" sekolah. Pengalaman yang bukan sekali dua dapat lihat perjalanan A to Z..dari menggali kubur hingga Imam membaca talkin dari kelas. Namun KHAMIS hari ini...airmata tergenang mengenangkan perjalanan hidup akan datang yang penuh misteri....apa pula nasib kita di alam sana...

P/S Pernah saksikan hujan rintik waktu kubur digali dan kembali redup (walaupun tengahari) bila jenazah diiringi ke perkuburan..alam seolah-olah turut sama menangisi pemergian arwah. Pernah juga melihat lubang kubur yang digali dipenuhi air, berbaldi2 air dicurah keluar hingga disedut dengan pam air. Pernah juga terlihat kayu-kayu dibawa keluar dari lubang kubur yang digali...Allahu Akbar...Allah Maha Mengetahui.

Artikel berkaitan:

SMS...

SELAMAT HARI GURU buat mereka yang bergelar guru..termasuk tuan rumah. Kalau geng bas sekolah lain wish sesama depa di wall FB, Anim lak guna cara lama.SMS. Lama dah akaun FB tu diactivate.

Seronok juga tadi bila satu demi satu balasan SMS diterima. Lama dah tak rasa "suasana" begitu. Lebih 30 SMS Anim kirimkan kepada beberapa sahabat guru. Anim nak share beberapa SMS yang "membayangkan" perasaan insan yang bergelar guru...

SMS dari Roslinda, Batu Pahat, Johor:
"Banyak dpt BUNGA? :- ) Tanda guru mengharumkan dunia
Dapat PEN? :-)  Tanda guru bijak melakar kata
Dapat PEMADAM ?:- ) Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta
Dapat MESEJ? :- )Tanda guru sentiasa diingatan!
Dapat COKLAT ?:-) Tanda guru suka didampingi 
Dapat CEMUHAN?:-) Tanda guru insan yang sabar& akan sentiasa dirahmati Allah.

SMS dari Haryantee, Kluang, Johor:
"GURU...
.....dalam begnya ada pen lebih banyak dari duitnya...
.....dalam tangannya ada marker lebih banyak dari cincinnya..
.....dalam keretanya ada buku lebih banyak dari tayar sparenya..
.....dalam almarinya ada kertas soalan lebih banyak dari bajunya..
.....dalam rumahnya ada anak murid lebih banyak dari anaknya..

SMS dari Kak Ain Harjit, Seremban:
"Guru ibarat sportlight, menerangi padang, membantu pemain menjaringkan gol"

SMS dari Kak Mastura, K.Pilah:
"Adakala...kita dicaci, kita dimusuhi, kita dimarahi, kita tidak dihargai ;-(
TAPI..kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
kita kan tetap tekun , ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar...

SMS dari Kak Sh.Alwiyah, KakMurzana dan Mislia, B.Pahat:
"Jadilah seorang guru yang hadirnya DITUNGGU, hilangnya DIRINDU, ilmunya DIBURU, nasihatnya DISERU, tingkahlakunya DITIRU dan KEHILANGANNYA diiringi doa restu..

 P/S Update blog pun kena cari masa anak2 tak "nampak".... 

Artikel berkaitan:

Bukan semua orang suka kita..

Tak baik tuduh-tuduh tau...dose!

 Esok  16 Mei kan Sambutan Hari Guru. Lama dah komen ni tak berbalas. Nak tunggu masa dan waktu yang sesuai sebenarnya. Betullah....bukan semua orang suka kita ...

Jawapan Anim pendek dan ringkas. Kalau melakukan sesuatu pekerjaan memerlukan redha manusia, sampai bila-bila pun manusia tak pernah puas. Ada saja salah dan silapnya. Kita sangka kita buat yang terbaik, pun dikomen juga..Lagila kalau kita buat sebaliknya....kena hentam saja.

Kita harapkan redha Allah sahajalah. Setiap kali melangkah masuk ke sekolah niatkan Lillahi Taala. Bukankah setiap pekerjaan yang kita lakukan baik kecil, baik besar, baik terang-terangan, baik sembunyi-sembunyi dinilai Allah...hatta 2 malaikat yang sentiasa bersama kita kiri dan kanan pun tak mengetahui apa dalam hati kita! 

Ibarat kilang..tapi produk yang keluar manusia! Sejujurnya Anim lebih TAKUTkan soalan yang perlu dijawab di Padang Mahsyar dari menjawab tuduhan dari seorang yang tak bernama. Waktu mengajar, gaji yang diterima, amanah yang diberikan...semuanya perlu dijawab di Mahkamah Allah. Makin banyak nikmat yang diterima...semakin banyak soaljawabnya nanti. Namun, penghargaan dan imbuhan rezeki yang diterima tetap disyukuri...

Disamping itu KEBERKATAN rezeki yang dipohonkan. Besar mana pun gaji, kalau tak berkat, asyik tak cukup2 saja. Cuba kita renungkan, ada orang gaji lebih rendah dari kita tapi kita tengok rezekinya sentiasa cukup. Bukankan itu BERKAT namanya? Bukan takat berkat rezeki, berkat masa dan ilmu juga. Masa dia macam kita juga 24jam. Tak lebih tak kurang.Tapi macam-macam yang dapat dia lakukan berbanding dengan kita...Betul tak?

P/S  Seronok berkawan bersama budak2 kecil di sekolah. Mereka jujur, tak hipokrit. Tak merungut menerima sesuatu..

Artikel berkaitan:

Satu hari@kursus haji

Ni baru kasut di pintu masuk 1. Ada 3 lagi pintu masuk,,tapi alhamdulillah, tak de sesapa pun balik berkaki ayam.

Setiap Sabtu, jam 9 pagi-12 tengahari, jadual aktiviti ronda Anim terhenti sementara sehingga Jun. Mana-mana masjid di area SP penuh dengan kursus haji. Kalau tahun lalu, Anim berkampung di Masjid Taman Ria Jaya, tahun ni di dewan Kg. Matang Gedong . Kena mai on time, takut terlepas bacaan talbiah beramai-ramai...bersemangat dan macam ada "roh" yang membawa kita ke Tanah Suci...

 Tarikh yang diberikan pihak Tabung Haji untuk Anim menunaikan haji ialah 2027. Lepas pencen baru dapat p...huhu. Tapi..itu tak jadi masalah untuk sama-sama turut hadir. Ada yang sudah hadir berkursus di sini 4 tahun! Buku pun hampir lunyai. Penceramah pun kenai muka depa....Bukan bakal haji yang sudah terima surat tawaran saja yang hadir berkursus. Ramai gadis muda dan makcik2 yang sudah bergelar hajjah pun ikut serta. Begitu juga dengan ilmu..bab taharah, bah wuduk dan bab solat juga. Tu yang kita "refresh" dan semak apa kesilapan yang kita lakukan selama ini. (Kalau nak beli buku kursus haji (RM20) , boleh cari di pejabat Tabung Haji).

Terkesan dengan kata-kata penceramah haji, persediaan awal itu penting. Kita tak tahu bila giliran kita tiba. Manalah tahu, rezeki Allah untuk kita, ada orang sponsor atau dapat rezeki terpijak..nak kata apa. Tak ke haru kita dibuatnya. Kita sering mendengar orang2 tua kata dulu, "Buat haji dulu lah. Buat yang wajib dulu. Umrah tu sunat aja".

Tapi, sedarkah kita umrah wajib dikerjakan oleh setiap lelaki dan wanita Islam yang baligh, berakal dan mampu, bermakna hukumnya sama seperti Haji mengikut Mazhab Syafie. Dalil firman Allah SWT, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah”. Mazhab Hanafi pula mengatakan bahawa hukum umrah adalah sunnat muakkad (sunat yang dituntut)

Oleh kerana umrah boleh dikerjakan sepanjang tahun maka bagi mereka yang terlalu lama menunggu giliran Hajinya, maka bolehlah dia pergi dahulu mengerjakan umrah sahaja dengan syarat cukup perbelanjaannya dan kos umrah tadi tidak akan mengganggu kos dan menangguh pemergian Hajinya bila tiba gilirannya nanti. Sekiranya simpanannya cukup-cukup untuk kos Hajinya sahaja, maka dia mesti menunggu giliran Hajinya, dan mengerjakan umrah wajibnya ketika di Mekah dalam musim Hajinya.Maka bayangkanlah..andai kita berkemampuan dari segi kos dan sihat tubuh badan, kita dipanggil Allah sebelum sempat kita berkesempatan melakukannya. Apakah alasan yang hendak kita kemukakan dihadapan Allah SWT kelak?

Sebelum berhenti rehat jam 11, bacaan tahlil arwah yg diketuai oleh Ustaz Shafie. Insaf memikirkan bila kita membacakan tahlil dan berdoa untuk puluhan si mati yang tidak kita kenali cecah ratusan, maklumlah setiap kali tahlil, ada 50 nama arwah....mudah-mudahan bila kita tiada nanti, ada pula orang lain yang tidak dikenali bertahlil, menyedeqahkan Al Fatihah untuk kita, berdoa untuk kita....

Juadah ringan yang bertukar menu setiap minggu.

P/S Dan pastinya hati tersentuh bila kursus selesai jam 12, antara doa yang dibaca oleh Ustaz Shafie dan diaminkan oleh para hadirin ialah doa Haji Mabrur dan doa murah rezeki (dari surah Al Maidah) . Mudah-mudahan ada di antara yang hadir yang doanya dimakbulkan Allah...dan beruntunglah kami yang mengaminkannya pada hari itu...


Artikel berkaitan: