Hari ni Anim tak berkongsi ilmu yang diperolehi dalam Kuliah Perdana Ustaz Azhar malam tadi di Gurun . Kena cari sendiri di Youtube..boleh kan? Selama ni ikut kuliah Ustaz dalam CD dan YouTube...la ni nak dengar sendiri secara live..1st time p majlis agama kat tempat awam...
Bertolak ke Gurun selepas Mahgrib. Dari jarak 3km ke tempat kuliah, kenderaan mula bergerak perlahan. Dibahu jalan kiri dan kanan sudah dipenuh kenderaan hingga berlapis dua. Ada yang naik hingga ke divider jalan. Kami ni pertama kali sampai di sini. Pening juga mencari tempat parking. Tak ada penunjuk arah untuk meletakkan kenderaan. Seboleh-bolehnya tak mahu park kereta di bahu jalan kiri dan kanan kerana bimbang menghalang kelancaran lalu lintas. Rupa-rupanya ada kawasan meletak kenderaan yang luas disediakan ...tu pun kerana mengikut kereta dihadapan yang dipandu slow.
2 Abdul turut serta. Berjalan hampir 1.5km ke dataran bersama ribuan pengunjung. Khabarnya mencecah 30K! Sebaik kami tiba...azan Isyak berkumandang. Encik Suami bersama 2 Abdul bergerak ke surau di situ. Encik Suami menyuruh Anim bersolat sendirian di perkarangan dataran sahaja kerana bilangan pengunjung lelaki yang bergerak ke surau terlalu ramai. Alhamdulillah, wuduk solat Maghrib masih ada dan sejadah memang sentiasa berada di dalam beg telekung. Smartphone kan smart.. dia boleh tunjuk arah kiblat kat tuannya. Anim menumpang tikar jerami 2 makcik dari Tikam Batu (depa datang sebelum Maghrib) untuk bersolat bersama di "hadapan" para pengunjung.
Ada sesuatu yang menjadi kemusykilan......
Nampaknya....bukan Anim saja yang musykil. Dan akhirnya di slot soal jawab, ada seorang Hamba Allah bertanyakan Ustaz tentang masalah (gambar) di atas...dan dijawab Ustaz, "Solat itu tak sah dan mereka perlu solat semula". Maaf, niat upload gambar hanya untuk beri kefahaman dan menjelaskan hukum solat yang Ustaz jelaskan.
Ada juga jemaah di luar surau yang solat berimam di bawah khemah tapi....arah kiblat itu rasanya sedikit tersasar!! Dan kemusykilan Anim ni disahkan kemudiannya oleh Encik Suami yang berkesempatan bersolat dalam surau!
Kesimpulannya, inilah KELEMAHAN oleh pihak penganjur. Kita tau dah kuliah Ustaz memang akan menarik bukan ribu lagi malahan puluhan ribu pengunjung...takkan kita tak boleh jangka masalah-masalah yang akan dihadapi oleh pengunjung. Kita anjur benda baik, panggil Ustaz terkenal mai tempat kita .. kalau boleh janganlah ada benda-benda yang "merosakkan" majlis ilmu kita. Sensitiflah sikit...ini kuliah agama, bukan konsert artis...bukan ceramah politik.
Ada beberapa kelemahan dan ingatan untuk pihak penganjur yang dapat dicatat:-
1) Tunjukkan arah kiblat yang betul kepada pengunjung di luar surau. Tampalkanlah di mana-mana yang sesuai. Bukan semua yang hadir biasa ke tempat kuliah. Bagaimana yang first timer macam Anim ni?
2) Tong-tong wuduk disediakan untuk pengunjung di luar surau. Almaklumlah surau tu kecil saja..anggaran 200 jemaah sahaja. Yang mai pula puluhan ribu. Permudahkan mereka yang tak dapat bersolat di surau untuk ambil wuduk. Sedih dengar bila alasan mereka tak bersolat Isyak di situ kerana tak ada wuduk!
3) Toilet bergerak untuk kegunaan pengunjung. Kesian kat anak-anak dan orang-orang tua yang ikuti kuliah ni. Nak bergerak ke surau kena meredah lautan manusia. Iyalah...kalau depa dok bahagian belakang....jauh nu nak ke surau dihadapan!
4) Pengunjung lelaki dan perempuan yang mendengar kuliah diasingkan. Buatlah tali rentang dan ada laluan keluar masuk di tengah2 antara pengunjung lelaki dan perempuan. Kasihan lihat ada kalangan ibu yang mendukung anak kecil, anak gadis even makcik2 yang hendak keluar terpaksa melalui celah-celah hadirin lelaki. Mereka menjadi tontonan pula...
5) Tong-tong sampah disediakan di setiap penjuru. Kita ajar anak-anak buang sampah dalam tong sampah...bukannya ditinggalkan bersepah di tempat depa duduk tadi!!
6) Adab-adab mengikuti kuliah agama juga perlu diperingatkan kepada setiap pengunjung. Tidak dibenarkan merokok, tidak makan dan minum (ni bukan ceramah parti politik @ acara berkelah) . Kalau nak makan@minum@merokok, bangun, keluar dan pergilah ke tapak gerai makan yang telah disediakan di luar. Jangan biarkan pengunjung lain terbatuk-batuk, menutup hidung dengan tindakan sesetengah pengunjung yang merokok ikut suka ni..Kalau ikut kuliah Ustaz Shahul Hamid..dia cukup tegas dalam hal ini. Nak keluar masuk kuliah pun kena tegur!! Apatah lagi makan, minum atau ROKOK!
7) Pihak penganjur hendaklah berkerjasama dengan polis trafik untuk melancarkan lalu lintas. Ada sebilangan yang hadir meletakkan kenderaan yang menghalang kelancaran lalu lintas walaupun tempat parking yang luas disediakan.
8) Semua gerai jualan dikumpulkan di satu tempat supaya tidak menghalang kelancaran pengunjung yang keluar masuk.Orang ramai berpusu-pusu nak keluar setelah selesai majlis, tersekat pulak laluan dek adanya gerai-gerai yang memenuhi laluan jalan.Langkah jadi tersekat, terpijak kainlah, terpijak seliparlah...nasib baik tak tersungkur kat gerai lemang ke..kat gerai air malam tadi.!
P/S Walaupun kuliah agama tidak dibuat di masjid, ADAB-ADAB mengikuti kuliah perlu tetap dijaga.

Salam...tak berkesempatan pi ke sana mlm td.
BalasPadamInsyaAllah Us. Azhar Idrus akan ke Laguna Merbok pula pd awal Ramadhan nanti..
ceramah yang dijadualkan pd awal Ramdhan tahun lepas tidak dapat dijalankan. Alhamdulillah UAI telah bersetuju untuk menyampaikan kuliah di Masjid Bandar Laguna Merbok pada 12 April 2013 nanti. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Padammudah2an penganjurannya lebih tersusun...
BalasPadam