Hari ni nak share info tentang wang naik haji 2012 yang diperolehi dari Kursus Asas Haji, Sabtu lalu. Slot ceramah tentang wang naik haji ini disampaikan oleh kakitangan Tabung Haji Cawangan Sg.Petani.
WANG NAIK HAJI 1433H/2012M
Wang naik haji bagi 1433H/2012M (Semenanjung Malaysia):-
i. Bagi haji kali pertama - RM 9980.00
ii.Bagi haji kali kedua - RM 14,360.00
(Kos ini untuk Muassasah sahaja)
Wang naik haji tersebut meliputi perkhidmatan :-
i. Tambang kapalterbang
ii. Penginapan di Tanah Suci
iii.Makanan dan minuman di Mekah dan Madinah
iv. Makanan dan minuman di Arafah dan Mina
v. Kenderaan dan bayaran wajib lain (cukai) kepada Arab Saudi.
PEMBATALAN/PENUNDAAN PEMERGIAN
Keputusan Mesyuarat J/Kuasa Urusan Haji pada 4 September 2008 telah menggariskan beberapa kategori potongan kepada bakal haji yang membuat pembatalan/penundaan pemergian ke Tanah Suci.
1.1 Kategori 1
Potongan RM 450 ke atas bakal haji yang membuat pembatalan/penundaan selepas 1 Ramadhan. (urusan visa haji telah dibuat)
1.2 Kategori II
Potongan RM 1800 ke atas bakal haji yang membuat pembatalan/penundaan selepas jadual penerbangan haji dikeluarkan.
1.3 Kategori III
Potongan RM 3600 ke atas bakal haji yang membuat pembatalan/penundaan setelah visa haji telah diperolehi.
PENGECUALIAN POTONGAN WANG
Bagaimanapun terdapat pengecualian potongan wang kerana sebab-sebab berikut:-
1.1 Kematian bakal haji@waris terdekat, suami/isteri, ayah/ibu, anak & adik-beradik.
1.2 Kemalangan@bencana yang menimpa bakal haji
1.3 Sekiranya bakal haji wanita hamil, suami dibenarkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci.
1.4 Sakit yang disahkan oleh Pegawai Perubatan kerajaan. Pengesahan oleh Pegawai Perubatan swasta hanya diterima sekiranya pengesahan dibuat oleh Pakar Perubatan.
1.5 Dalam edah kematian suami (bakal haji wanita)
WANG PERBELANJAAN TAMBAHAN HAJI
~ Simpan sedikit wang dalam akaun Tabung Haji. Buat kad Visa Bank Islam siap-siap bagi memudahkan lagi urusan keluar duit di sana sebagai alternatif.
~ Tukar sedikit wang sebelum berangkat (anggaran SR300)
~ Perbelanjaan keperluan ibadat kerana uzur seperti upah tawaf, saie dan melontar yang tertakluk pada harga semasa. @Dam - SR 330 @Tawaf - SR 300 @Korban - SR 430 @Sa'ie - SR 300 @Melontar - SR 300
~ Kalau di musim haji, waktu klimaks..harga meningkat. Kadang kereta sorong yang ditolak dikira berdasarkan roda. Satu roda(tayar) SR 500. Tu sebab musim haji (klimaks) upah boleh mencecah SR 1000 - SR 2000
~ Jangan ingat kita muda, sihat lagi, takkan perlu khidmat upah. Banyak dah terjadi, tiba sana..sakit dan semua kerja haji kena upah.
~ Wang rawatan kita di sana bagi jemaah yang menghidap penyakit tertentu.
P/S Haji adalah jihad. Sebaik-baik jihad itulah haji mabrur.
oh, kalo p kali kedua lagi mahal ye kak?
BalasPadamInsyaallah, semoga murah rezeki kita nak kesana=)
dah pi kali ke2, kenalah mahal sikit
Padamdiberi peluang kali ke2 le katakan!
Assalamualaikum anim...
BalasPadamTerima kasih ye..senang nak buat rujukankan nnt..
Hati nak berkobar2 nk jd tetamu Allah..insyaallah
semua amalan bermula dari niat, ain..
Padaminsya-Allah, Allah permudahkan
kos tambahan tu pun kena ambik berat jugak kan...
BalasPadamkazman_tu belum bab beli buah tangan, beli kurma, beli kekacang, beli jubah, beli kopiah. wang haji untuk "tawaf kedai"...heheheee
PadamWahhhh.... kos utk kali kedua 14xxx, kena tunggu 3 tahun lagi utk daftar..InsyaAllah semoga Allah limpahkan rezeki utk ke sana lagi...doakan ya Nimmmmm....Tapi kan kat sana tak sayang duit langsung, riban-riban keluar macam tak de apa....MasyaAllah
BalasPadamyang menunggu for the 1st time pun beratur panjang. so, meha..kenalah bayar lebih ckt utk p kali ke 2. kalau dah set dalam kepala, rezeki yang diterima datangnya dari Allah, bukan dari manusia...habis duit kerana Allah, jalan Allah...tak terasa habis duitlah..Allah pasti menggantikannya walaupun mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit.
Padam