Home · About Me · Sitemap ·

KHAMIS yang ditunggu...


Hari Khamis memang hari yang ditunggu-tunggu.Selalunya Anim kerah anak-anak cepat masuk kereta untuk ke sekolah. Bukan kerana ia hari penghujung minggu bagi kami di Kedah. Tapi, awal2 pagi lagi, semua dah berkumpul di dataran perhimpunan sekolah.

Tak nak terlepas bacaan Yassin beramai-ramai setiap pagi Khamis sebelum masuk ke kelas. Payah nak gambarkan suasana "redup dan sejuk" bila bacaan Yassin oleh 400 murid (lebihkurang) dan guru-guru berbumbungkan langit bergema di sini. Jangan terkejut bila Anim katakan ada murid yang hafal surah Yassin ni dan bilangannya bertambah dari bulan ke bulan. Hebatkan bila surah Yassin ada di dada mereka. Mudah-mudahan mereka mendapat perlindunganNya...Note: Ini Sekolah Kebangsaan...

Sekurang-kurangnya dapatlah minum air penuh barakah setiap Khamis...bagus anak-anak ni!!

KHAMIS hari ini, sekali lagi acara "live" dari "jiran sebelah" sekolah. Pengalaman yang bukan sekali dua dapat lihat perjalanan A to Z..dari menggali kubur hingga Imam membaca talkin dari kelas. Namun KHAMIS hari ini...airmata tergenang mengenangkan perjalanan hidup akan datang yang penuh misteri....apa pula nasib kita di alam sana...

P/S Pernah saksikan hujan rintik waktu kubur digali dan kembali redup (walaupun tengahari) bila jenazah diiringi ke perkuburan..alam seolah-olah turut sama menangisi pemergian arwah. Pernah juga melihat lubang kubur yang digali dipenuhi air, berbaldi2 air dicurah keluar hingga disedut dengan pam air. Pernah juga terlihat kayu-kayu dibawa keluar dari lubang kubur yang digali...Allahu Akbar...Allah Maha Mengetahui.

Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "KHAMIS yang ditunggu..."

  1. sayunya...
    kita entah bila........hanya Allah yang tahu..

    Setiap khamis bc Yassin,
    bagusnya...mmg sangat baik diamalkan utk anak2 kan..a

    BalasPadam
    Balasan
    1. AA_setiap kali ada pengebumian di situ, hati terdetik bila pula giliran kita..
      bebudak ni mudah menghafal..baca tiap minggu, dah boleh ingat! depa tak banyak dosa cam kita yg dewasa ni..

      Padam
  2. MASYALLAHHH... bestkan kalau dah ada anak2 yang boleh menghafal yassin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yan_Anim yg tua ni pun payah nak menghafal..
      anak2 ni tak banyak dosa...tu senang menghafal kan..

      Padam
  3. Alhamdulillah..semoga anak2 tu semua diberkati oleh allah didunia dan akhirat...

    Kita pun akan kesana juga...cuma masanya tak tahu lagi bilaa...takut pun ada jugak bila mengenangkan
    cukapkah amalan kita yg hendak dibawa alam lg satu tuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. parents depa pn cukup prihatin bila tiba hari khamis..
      jarang nmpk depa mai lewat banding hari lain..

      betullah ain, tambah2 bila usia meningkat..kawan2 kiri kanan pun ada yg sudah dijemput kembali..

      Padam
  4. itu la kan... perjalanan hidup ini banyak lagi yang perlu ditempuh... surah yasin banyak fadhilatnya terutama kepada si penghafalnya...

    Sayu hati tengok gambar anak2x murid baca yasin... setinggi mana ilmu yang dituntut kalau tak di bungkus dengan iman tiada gunanya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. diharapkan bila ayat quran ada dalam dada mrk, dibaca dan di amal selalu lagi2 dihafal..mereka terhalang dr melakukan perkara mungkar. walaupun kita takkan dpt hasil 100%, 50% pun dah cukup baik dari tak ada langsung. tambah2 byk cerita menakutkan yg dilakukan anak2 remaja sekarang. biarlah mereka yg dari kalangan "rebung" ini dilentur dulu sblm jadi "buluh"..

      Padam
    2. harap begitu lah... sekurang2xnya lepas tanggungjawab pendidik dalam membentuk salasiah jatidiri murid2x kan... semoga sekolah ini terus mendapat rahmat dengan kejayaan yang cemerlang... aminnn...

      Padam

Komen anda amat dihargai