Home · About Me · Sitemap ·

Berapa kali bubur putih bubur merah daaa ini bulan??

Air tangan Anim pulak. Walaupun nampak mudah tapi...nak dapat tektur cantik dan rasa lemak macam emak buat mahupun MIL buat ...memang mencabar. OKlah...kata my 3 Abduls.Pertama kali kan....

Kenapa bubur putih bubur merah? Ada apa-apa ke? Masyarakat Jawa di Johor tak lupakan bubur ini bila ada sesuatu yang istimewa nak disambut.


Hari ini bertambah setahun lagi usia Anim. Berapa? Haha...sesekali nak berahsia cam artis. Yang pasti 4 di depan masih kekal ya..Sibuk anak-anak mengadu kat Encik Suami .."Abah, kita tak beli kek ke untuk Ummi?"..Heeeheee...Ummi nak lakukan penghijrahan sempena Tahun Baru 1433H. Kita balik pada adat Jawa. Kek tu hari2 boleh dapat kat kedai kek. Bubur putih bubur merah...bukan ada jual kat kedai.

Sebab ke 2, alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT kerana niat dan azam Anim untuk menghadiahkan "khatam Al-Quran" dihari lahir Anim dimakbulkan Allah. Anim khatam selepas Isyak malam tadi . Encik Suami kata bacaan Anim semakin lancar sejak menggunakan Digital Quran Mushaf Al Tasneem ini. Pujian hanya untuk Allah...Anim berterimakasih sangat2 kepada Encik Suami kerana membawa Anim ke Tanah Suci, Mac lalu. Pemergian itu benar-benar membawa perubahan drastik dalam hidup Anim yang sebelum ini terleka akan keseronokan duniawi.

"Bah, birthday kali ni...Anim tak nak dibelikan apa-apa sebagai hadiah harijadi...CUMA (aikkkk...ada jugak!) carikan Anim seorang guru Al-Quran atau mana-mana Ustaz@Ustazah yang dapat menyemak bacaan Al Quran Anim"

P/S Azam untuk birthday akan datang (idea bersama)...nak hafaz sekurang-kurangnya 22 juz Amma, insya-Allah. Encik Suami kata dia kurang sikitlah sebab birthday dia bulan Julai. Anim pulak ada hampir 12 bulan dari sekarang...

Artikel berkaitan:

Recycle baju sedekad lalu..save sikit duit


Sewaktu proses overhaul rumah di BP tempohari, Anim terjumpa dress lama yang berusia sedekad lalu. Dress berbunga kain cotton yang dibeli di Yan's Collection, KLCC ni masih elok lagi. Ada lagi ke butik ni di KLCC?  La ni kain cotton kan muncul semula! Dress plain ala jubah jenama Try n Take..pun dah berusia sedekad. Zaman kita saiz M..huhu..Try acu di badan...waaaa...masih muat. Cutting dress tu tak ada pinggang...ok je bila disarung. Cuma perlu cari inner@kemeja plain yang longgar untuk digandingkan.

"Abah..Ummi nak bawa dress ni balik SP lah. Boleh recycle dress ni.  Prof. Dr. Kamil bagi nasihat dalam blognya... sarung baju yang boleh kita pakai terus untuk solat jika kita nak keluar rumah"

Rasa-rasa 9 bulan tak menyarung seluar Jeans yang ada. Ntahlah...sejak pulang dari umrah 9 bulan lalu, kurang selesa memakai seluar. Ada sesuatu yang berlaku di Madinah gara-gara memakai jubah seluar ...yang membuatkan Anim insaf dan sedar akan peraturan pakaian dan aurat wanita yang telah Allah tetapkan untuk kaum wanita. Tunggulah lain n3 bila Anim dah bersedia nak bercerita...

"Baju lama tu..tak old-fashioned ke?" Amboi...sejak bila pandai berfesyen ni Encik Suami ya...

"Eh...muat lagi, kain elok lagi ni..Abah ingat tak, baju ni dah merata pergi..ada sejarahnya" Tak caya..inilah buktinya....sorrylah gambar pun semakin usang...

 Dah sampai London...depan Big Ben lagi.. Teringat cerita 101 Dalmatians..

Dengan dress hitam nilah,Anim berposing di laluan tram yang sibuk di Amsterdam. Sanggup buka baju tebal nak tayang dress ni.

Dress berbunga ini disarung semasa berjalan kaki dari rumah sewa ke Memorial World War II di Fulda Hammerz, Germany.  Nama-nama tentera yang terkorban tercatat di memorial tersebut.

Dress kelabu ni disarungkan semasa opening dinner di Viola Restorante Pizzeria (restoran orang Itali) di Fulda Hammerz, Germany. Dijamu dengan pizza tomato. I'm the only Malaysian lady masa tu..Melayu pulak tu, bertudung. Mula2 tak nak p, malu aa sorang2. Dahle kita ni bukan pelatih (bini pelatih je...huhu) . Tapi tekadkan hati bila dicabar oleh Encik Suami..

"Tunjukkan keberanian..rebut peluang dan pengalaman...Anak Jawa dah jejak bumi Hitler..."


P/S Pengalaman itu amat berharga..

Artikel berkaitan:

Biar lambat beli....asal selamat duit!

Peribahasa baru ke ni? Mana tak nya...Sekolah akan dibuka seminggu lagi...malam tadi baru sibuk nak membeli pakaian sekolah anak-anak. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan rezeki.

Hajat nak membeli uniform sekolah anak-anak di Tesco (ada diskaun 10% jenama Canggih)  namun dek kerana urusan bil Celcom dan Bank Islam di Lagenda Heights,  kami singgah ke sebuah kedai menjual alat tulis. Tahu dah di tingkat 2 kedai tersebut ada jualan pakaian sekolah jenama Canggih dan Guitar (konon katanya, kaum China suka jenama Guitar. Jenama Canggih kan keluaran Bumiputera) . Lengang saja aras bawah. Fikir kami, kami jelah yang terlewat membeli.

Bila naik ke Tingkat 2...tu dia. Uniform sekolah (kedua-dua jenama) ada less 30%. Tapi tak banyaklah yang tinggal. Bertanya kepada salesperson yang melayan kami...

"Tahun ni kami dah tak nak jual baju sekolah, beg sekolah, kasut sekolah lagi. Jual peralatan tulis sekolah dan pejabat sahaja. Jualan harga ni sampai stok habis". Ooo..ini sudah kira bagus banget.....


Harga diberi jauh lebih murah dari order online di laman web Canggih juga diskaun 10% di Tesco.

Seluar si adik debab (saiz 34) RM35.90 offer tinggal RM25.10.

Seluar si abang (saiz 24) RM30.90 kini RM21.60 after diskaun. pinggang depa..beza 10 cm..huhu.... Jimat banyak nih....

Baju putih lengan panjang (saiz 18) tahun ni dia pengawas pusat sumber dan baju pengawas si abang (saiz 14) RM26.90 each hanya RM18.80.

Kalau dibanding kualiti kain Canggih dengan harga baru yang kami dapat ni..memang berbaloi-baloi.


P/S Berbelanja kat kedai nak tutup agaknya....Readers yang tinggal berdekatan dan belum membeli belah pakaian anak silalah berbuat demikian. Memang tak ada orang...malam tu kami je 4 beranak sampai sudah berbelanja. Hangpa mesti tak tau...30% hooo...

Artikel berkaitan:

Apalagi barang yang diangkut tu? Hmmm..entahlah..


Assalamualaikum wbt..

Semasa mengikuti lawatan ke Terengganu tempohari...terpandang harga barangan tembaga di Pasar Payang...mak datok...main ratus-ratus RM sekarang. Tiba-tiba teringat barangan sama yang ada dalam stor rumah di BP. Tak boleh jadi...pasang azam nak bawa mai SP. Pandai-pandailah kita pujuk Encik Suami....kita kata tahun ni , insya-Allah kita ringan2kan tangan wat kuih..Kepulangan kali ini..tak lepas peluang bawa "depa" makan angin ke Utara setelah terperuk 4 tahun lamanya tidak digunakan.

Acuan kuih bakar. Masak atas stove sahaja. 5 tahun lalu beli di Pt Sulong. Beli dulu dalam RM45 kalau tak silap.

Dulu masa anak-anak kecil (sekarang pun kecik jugak!) si adik suka kuih cara manis (hijau)...si abang pula suka kuih cara berlauk..Acuan yang juga dikenali acuan bahulu tembaga ini dibeli di Pt Sulong 5 tahun lalu dalam RM85. Harga di Pasar Payang tempohari mencecah RM140.

Ni acuan kuih "bandos" (haa..namapun iras Jawa...). Tengok tu...bukan saja besi je berkarat...karat tembaga pun ada. Tak pe..tak pe...Encik Suami dengan rela hati memberitahu yang kesemua peralatan main masak-masak Anim ini akan dihantar untuk dipolish di SP. Wah...wah...suka..suka..
Iyalah tu...sebab apa tu...dia ni memang suka bebenor dengan kuih "bandos"...

"Bandos"??? Campuran kelapa parut+tepung+garam+air...macam cekodok kelapa jugaklah. Cuma cekodok tu digoreng dengan minyak.Tunggulah entry tentang kuih "bandos" ni bila semua peralatan tembaga ini sudah siap dipolish ya...

P/S Suka kumpul peralatan masak-masak jugak...murah pun tak apa, janji unik dan cantik!

Artikel berkaitan:

Pinggan berusia 50++ ..kira antiklah tu!

Salam semua. Bertolak jam 10 pagi dari rumah MIL di Kota Tinggi...tiba SP jam 10 malam tadi. 12 jam...haa, kebas punggung.Maklumlah...kami jumpa negeri Melaka, N.Sembilan, Selangor, Perak, Penang diperjalanan sebelum tiba SP..Tak apa...yang penting anak-anak happy dapat habiskan cuti panjang bersama sepupu2 depa, tok nenek depa pun happy kami tinggal lama sikit kali ini. Cuti sekolah ni nak p mana-mana pun ramai orang....sebab tu kami ni rajin merayap cuti hujung minggu je. Dah tua2 ni, pening kepala la kalau bersesak2 ..stamina pun udah kurang..

Semasa berkemas-kemas balik, macam nak menjerit (tapi tak terkeluar) bila MIL suakan sesuatu untuk dibawa balik. Bukan setakat serunding dan ikan masin ayam baki hidangan nasi ambeng tempohari tapi tadaaaaa.....

 Hadiah perkahwinannya pada tahun 1960. Antik la ni...lebih 50++. Entah bila dikilangkan agaknya...Rasa-rasa buatan China. Actually, malam sebelum kenduri menantu dia ni tolong keluarkan pinggan mangkuk yang nak digunakan. Terjumpa pinggan kuih yang tinggal 2 biji ni saja lagi. "Cantiknya mak....antik ni. Sayangnya nak guna. Bukan boleh jumpa lagi piring macamni sekarang" (amboi...kemain lagi dia yaaa)

 Haa...yang ni emak Anim ada simpan (arwan nenek punya). Kita nak kenen pun takkan diberi punya. Like mother like daughter...suka simpan pinggan. Siapa sangka....MIL yang beri. Nanti cerita kat emak, Anim punya lagi best...ada 3 saiz. Piring hijau tu saiz S..piring pink saiz M dan yang jernih bawah sekali tu saiz L. Dah 50++ juga usianya...

Pinggan makan dan gulai bunga ros pink dan hitam ni jumpa kat rak pinggan di dapur. 2 di antaranya dah bersumbing. Yang ini dibeli MIL di Pt Yaani waktu baru kahwin. Selepas kahwin, dia berpindah ke Tanah Rancangan Felda yang baru dibuka waktu itu di Kota Tinggi. Nostalgia tu... 50++ years juga usianya. Opppsss....segala pemberian ini diketahui oleh anak perempuannya yang juga tahu minat SILnya ini..(so...tak timbul soal sorok2..)

Sebenarnya...ini bukanlah kali pertama barang lama di rumah emak diberikan pada menantu sulongnya ini. Dia tahu...menantu nya yang sorang ni suka barang2 lama....barang2 buruk.

 Almari ini dulu asalnya almari pakaian. Dibeli waktu Encik Suami dilahirkan..lebih 47 tahun yang lalu. Cermin tak pernah pecah, kayu tak reput...Sedih bila lihat almari ini terbiar....lalu diusung balik ke BP 5 tahun yang lalu.


Kos menggosok. varnis semula, tukar pemegang laci dalam RM200...tak sampai hati nak ditinggalkan di BP...kami angkut ke Klang dan sekarang...ada di SP.

P/S Setiap kali balik Johor...ada saja barang dari rumah di BP yang diangkut ke SP, sampai kereta dah tak rupa kereta. Tu belum kerepek, pisang....Encik Suami dah tak leh kata apa,..

Artikel berkaitan:

Bubur putih bubur merah lagi...

Kalau di SP dulu, bubur putih bubur merah air tangan emak...la ni air tangan MIL di Kota Tinggi. Majlis bacaan Yassin + cukur jambul...hajat MIL untuk 2 Abdul Anim yang selamat berkhatan, my niece yang akan sambut birthday 29th ni dan my youngest nephew yang baru berusia 24 hari semalam.
 Pulut kuning untuk si kecil Kazrina yang bakal menyambut ulangtahun ke 5 nya..


 Si kecil Muhammad Zakir Zarfan yang berusia 24 hari.....anak saudara ke 7 sebelah Encik Suami

Kumpulan Yassin perempuan...Kg (F) Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor.

 Adat Jawa ni sama mungkin dengan tempat anda...air mawar, sedikit tanah dan daun sepulih...

 My 2 Abdul tak lepas peluang inter frame..."Dulu kitaorang pun buat macam ni jugak ke Ummi"

Dan sudah semestinya nasi ambeng tidak dilupakan dalam setiap majlis kesyukuran bagi masyarakat Jawa.


P/S Nak bagitau MIL semalam...my birthday pun 6 hari sahaja lagi (tumpang semangkuk!) tapi malu nak inter frame...hihi. 

Artikel berkaitan:

Bukan Hong Kong@King Kong..ini Kong Kong

 Terpandang signboard di atas selepas merentasi tol Jambatan Sg. Johor (Jambatan A) dan turun di exit Cahaya Baru semalam. ..(Kami ber2 sahaja...anak-anak tak mahu ikut)

"Kita pegi Kong Kong nak? Dah berpuluh tahun tak singgah." Encik Suami memberitahu Anim.

30 tahun lalu, Encik Suami mengikuti program anak angkat UTM, KL dan menjadi anak angkat kepada salah seorang keluarga nelayan di Kg.Nelayan, Kong Kong. Setelah berkahwin, dia pernah membawa Anim menziarahi keluarga angkatnya di sini sewaktu Hari Raya. Namun bila ayah angkatnya meninggal dunia dalam satu kemalangan, kami dah tak menjejakkan kaki di sini.


Berpusing-pusing mencari rumah keluarga angkatnya dulu. Terkesima bila mendapati rumah keluarga angkatnya sudah tiada. Kawasan "perniagaan" kepunyaan bangsa asing sudah bertapak di situ. Terdapat juga kediaman banglo besar d kawasan berpagar dan of course, bukan dihuni oleh penduduk asal nelayan di sini.

"Kat sini dulu Melayu semua. Bila masa la "deorang" ni bertapak kat sini"bisik Encik Suami.

Encik Suami berhenti disebuah rumah penduduk dan bertanyakan rumah keluarga angkatnya yang "hilang" tanpa kesan. (kot2 salah tempat). 20 minit kemudian dia masuk ke dalam kereta sambil mengeluh...

"Betullah...inilah rumah atuk X dulu. Bila dia pergi haji, dia tukarmilik pada anak saudaranya. Anak saudaranya kemudian menyerahkan kepada anaknya. Bila dah tiba anak menantu...tau ajalah. Rambang mata....dia jual pulak kat orang. Bangsa lain pulak tu"

 Ronda sekejap kat Kg.Nelayan Kong Kong...cuci mata

 Singgah minum disebuah gerai kampung yang diusahakan anak-beranak. (Actually banyak gerai makan di situ). Disuakan sepinggan pisang nipah goreng. Geleng kepala kami...habis ke sepinggan penuh RM2 ni kami makan ber2?. Hahaha...baru tau bila pekena pisang goreng Kong Kong..punyalah sedap tepung goreng dia, cicah sambal kicap, panas-panas....langsai sekelip mata!


Rojak tauhu RM2 sepinggan. Jauh mai oo... takkan pekena pisang goreng je kan. Ni untuk Anim.

Rojak tempe untuk Encik Suami...tempe..tempe..dia tak jemu makan tempe! RM2 sepinggan jugak

Terdengar bunyi lesung ditumbuk di gerai tersebut. Terkejut bila diberitahu adik pelayan emaknya sedang menyediakan Nasi Goreng Kampung permintaaan pelanggan lain.Wah..wah..betul2 asli. Guna lesung batu you...macam kat rumah mak kita lak. Nak try...penuh lak perut. Next time...Semua menu di atas marvellous...(Cari kedai adik manis menggoreng pisang...)

P/S Sembang kami, suami isteri sambil menikmati pisang goreng.."Kalaulah kita ni ada banyak tanah...banyak harta..kita jangan wariskan semua pada anak menantu. Kalau ingat nak buat pahala kat kita tak apa..Ni depa buat joli...Apa kata kita wakafkan untuk sesuatu yang bermanfaat ..buat kebajikan supaya pahala masuk mencurah-curah bila kita sudah tiada...".

Artikel berkaitan:

Jambatan "A" di laluan Senai-Desaru

Selepas menggunting rambut di Bandar Penawar (kat sini semua kedai orang Melayu, pekerja pun Melayu...tu yang best!) Encik Suami mengajak Anim mencuba laluan Lebuhraya Senai-Desaru Expressway yang baru. Hajat utama ialah ingin melalui jambatan Sg.Johor yang merentasi Sungai Johor.

Pemandangan jauh Jambatan Sg.Johor dari rumah biras di Teluk Sengat. Semalam menjengok dirinya  yang baru menjalani pembedahan buang batu hempedu  .

Anim ni pantang diajak berjalan.."Jom" sahajalah yang disebut.... Tengok, betulkan bentuk huruf A? Highwaynya lurus...selorong. Pada pendapat makcik nilah...highway selorong ni  sepatutnya free..dan kutipan tol hendaklah bermula dari jambatan ...

Ada iras-iras piramid pulak...

Turun Tol Cahaya Baru ...RM5.90..walaaa..mahalnya.


P/S Alternatif pulang ke Sg Petani ikut highway ni kalau-kalau bandar Kota Tinggi banjir 2,3 hari ni, huhu....


Artikel berkaitan:

Biar tinggal debu...kenangan tetap diingatan

Hibanya hati melihat hotel penginapan kami, Hijjaz Palace semasa musim Umrah Mac 2011 bersama Andalusia Travel and Tours dirobohkan bagi projek pembesaran Masjidil Haram Fasa ke 3 (jaraknya dalam 100m ke Masjidil Haram).AlHijjaz Palace dan Abeer Garden adalah antara hotel di Mekkah yang telah dipajak oleh Andalusia Travel and Tours sebelum ini.

Kawasan "panas"penjual barangan...macam-macam peristiwa berlaku di sini.Penuh dengan lautan manusia sebaik sahaja solat Isyak dan jemaah berpusu-pusu pulang ke hotel penginapan masing-masing.  Bila time peniaga haram ni diserbu pihak berkuasa, depa lari lintang pukang...silap2 dengan kita sekali dilanggar. Kalau sempat bawak lari barang jualan oklah (tapi depa cekap!)

Mana mungkin dapat dilupakan segala kenangan di sini.....

Depan Al Hijjaz Palace...pun turut dirobohkan. 

Tentunya kenangan suasana riuh rendah suara si penjual buah-buahan, penjual minyak wangi, kopiah, tudung (peniaga Indonesia) dan lain-lain di hadapan Hijjaz setiap kali kami keluar hotel penginapan terpahat di hati Encik Suami dan rakan-rakan lelaki sejemaah yang lain.

 Inilah satu-satunya gambar kenangan Anim di depan Hijjaz....

 P/S Gambar AlHijjaz Palace dirobohkan ikhsan dari sini

Artikel berkaitan:

Yang sempat diterjah di Kota Tinggi ...

Menara jam di tengah bandar Kota Tinggi. Ada bentuk castle, ada iras "rook"(chess)...Castle lebih tepat kot sebab ada bendera di atasnya.

Kubah surau di tengah bandar Kota Tinggi yang diperbuat dari steel yang menarik perhatian

Begitu juga dengan menara azannya....juga dari steel.

 Sudah terang lagi bersuluh, begitu detail sekali...boleh dipuji penjual ini. Senang pelanggan membuat kiraan..Makanan di Kota Tinggi boleh dikategorikan masih murah dibandingkan Sg.Petani.

P/S Kota Tinggi terkenal dengan kawasan makam

Artikel berkaitan:

Safar Inn@Masjid Jamek Yong Peng

Sewaktu berhenti solat Asar di Masjid Jamek Pekan Yong Peng, tertarik dengan signboard yang ada.


Safar Inn? Bilik penginapan? Ini bukanlah persinggahan kali pertama...tapi kenapa baru hari ni I realised? Edisi siasat bermula....hihi

 Cantikkan penghadang di depan toilet wanita ini..Rumah arwah nenek ada dulu kalau tak silap...

Safar 1 di sebelah kiri. Yang hujung sana Safar 2. Ini bererti ada 2 bilik penginapan.

Well...berita baik untuk musafir yang kebetulan tersinggah area Yong Peng sebelum bergerak ke destinasi yang dituju. Kena call yang berkenaan untuk lebih lanjut. Kita pun teringin juga suatu masa nanti, turun Tol Yong Peng dan menginap di masjid sebelum bergerak menuju ke Kluang@Batu Pahat. Lagipun senang nak solat diawal waktu.

Satu-satunya masjid yang pernah disinggah dan ada inisiatif menyediakan tong kitar semula dalam kawasan masjid..

P/S Bila dah ada tong kitar semula..jemaah yang singgah solat kenalah prihatin masukkan sampah ke dalam tong yang betul..

Artikel berkaitan:

Last day di BP...Nasi Beriyani Mohd Shah

Last day di BP ya...bukan di Johor. I'm on my way to my MIL's house di Kota Tinggi. Adalah lebihkurang 2 jam perjalanan. So, JJCM BP berakhir dah...huhu...(Wa tak biasa JJCM Kota Tinggi!!!)


Encik Suami kena bawa sendiri nasi beriyani. Self service.....
Hmm. Nasi Beriyani Mohd Shah masih di tempat lama.
 Setiap kali singgah di sini...kami mengharapkan Nasi Beriyani Mohd Shah dinikmati di sebuah restoran atau kedai makan yang lebih menarik dan selesa. 
Nasi Beriyani dah no.1....mestilah seiring dengan tempat..Senang nak bawa tetamu makan2 sini...

Kami suka makan "kering" begini...kuah dari lauk beriyani ayam...dan kambing. Itu pun dah marvellous..Tak minat campur kuah dalca.

Kalau disua sebakul otak-otak oleh penjual di atas meja...jangan pandang saja ya.
Try lah rasa...memang sedap..


P/S Harap-harap di masa-masa akan datang, Nasi Beriyani Mohd Shah ada premis sendiri. Tak terselit dicelah-celah deretan gerai lain seperti sekarang.


Artikel berkaitan: