Home · About Me · Sitemap ·

Biar lambat beli....asal selamat duit!

Peribahasa baru ke ni? Mana tak nya...Sekolah akan dibuka seminggu lagi...malam tadi baru sibuk nak membeli pakaian sekolah anak-anak. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan rezeki.

Hajat nak membeli uniform sekolah anak-anak di Tesco (ada diskaun 10% jenama Canggih)  namun dek kerana urusan bil Celcom dan Bank Islam di Lagenda Heights,  kami singgah ke sebuah kedai menjual alat tulis. Tahu dah di tingkat 2 kedai tersebut ada jualan pakaian sekolah jenama Canggih dan Guitar (konon katanya, kaum China suka jenama Guitar. Jenama Canggih kan keluaran Bumiputera) . Lengang saja aras bawah. Fikir kami, kami jelah yang terlewat membeli.

Bila naik ke Tingkat 2...tu dia. Uniform sekolah (kedua-dua jenama) ada less 30%. Tapi tak banyaklah yang tinggal. Bertanya kepada salesperson yang melayan kami...

"Tahun ni kami dah tak nak jual baju sekolah, beg sekolah, kasut sekolah lagi. Jual peralatan tulis sekolah dan pejabat sahaja. Jualan harga ni sampai stok habis". Ooo..ini sudah kira bagus banget.....


Harga diberi jauh lebih murah dari order online di laman web Canggih juga diskaun 10% di Tesco.

Seluar si adik debab (saiz 34) RM35.90 offer tinggal RM25.10.

Seluar si abang (saiz 24) RM30.90 kini RM21.60 after diskaun. pinggang depa..beza 10 cm..huhu.... Jimat banyak nih....

Baju putih lengan panjang (saiz 18) tahun ni dia pengawas pusat sumber dan baju pengawas si abang (saiz 14) RM26.90 each hanya RM18.80.

Kalau dibanding kualiti kain Canggih dengan harga baru yang kami dapat ni..memang berbaloi-baloi.


P/S Berbelanja kat kedai nak tutup agaknya....Readers yang tinggal berdekatan dan belum membeli belah pakaian anak silalah berbuat demikian. Memang tak ada orang...malam tu kami je 4 beranak sampai sudah berbelanja. Hangpa mesti tak tau...30% hooo...

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Biar lambat beli....asal selamat duit!"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai