Home · About Me · Sitemap ·

Apalagi barang yang diangkut tu? Hmmm..entahlah..


Assalamualaikum wbt..

Semasa mengikuti lawatan ke Terengganu tempohari...terpandang harga barangan tembaga di Pasar Payang...mak datok...main ratus-ratus RM sekarang. Tiba-tiba teringat barangan sama yang ada dalam stor rumah di BP. Tak boleh jadi...pasang azam nak bawa mai SP. Pandai-pandailah kita pujuk Encik Suami....kita kata tahun ni , insya-Allah kita ringan2kan tangan wat kuih..Kepulangan kali ini..tak lepas peluang bawa "depa" makan angin ke Utara setelah terperuk 4 tahun lamanya tidak digunakan.

Acuan kuih bakar. Masak atas stove sahaja. 5 tahun lalu beli di Pt Sulong. Beli dulu dalam RM45 kalau tak silap.

Dulu masa anak-anak kecil (sekarang pun kecik jugak!) si adik suka kuih cara manis (hijau)...si abang pula suka kuih cara berlauk..Acuan yang juga dikenali acuan bahulu tembaga ini dibeli di Pt Sulong 5 tahun lalu dalam RM85. Harga di Pasar Payang tempohari mencecah RM140.

Ni acuan kuih "bandos" (haa..namapun iras Jawa...). Tengok tu...bukan saja besi je berkarat...karat tembaga pun ada. Tak pe..tak pe...Encik Suami dengan rela hati memberitahu yang kesemua peralatan main masak-masak Anim ini akan dihantar untuk dipolish di SP. Wah...wah...suka..suka..
Iyalah tu...sebab apa tu...dia ni memang suka bebenor dengan kuih "bandos"...

"Bandos"??? Campuran kelapa parut+tepung+garam+air...macam cekodok kelapa jugaklah. Cuma cekodok tu digoreng dengan minyak.Tunggulah entry tentang kuih "bandos" ni bila semua peralatan tembaga ini sudah siap dipolish ya...

P/S Suka kumpul peralatan masak-masak jugak...murah pun tak apa, janji unik dan cantik!

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Apalagi barang yang diangkut tu? Hmmm..entahlah.."

  1. Acuan kuih bandos tu klu kat kampung saya kodiang,kedah...panggil kuih tu "dangai"....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat johor pun ada kuih dangai. guna acuan sama. tapi kuih bandos ni unik sikit. orang Jawa Johor punya resepi..

      Padam

Komen anda amat dihargai