Sewaktu proses overhaul rumah di BP tempohari, Anim terjumpa dress lama yang berusia sedekad lalu. Dress berbunga kain cotton yang dibeli di Yan's Collection, KLCC ni masih elok lagi. Ada lagi ke butik ni di KLCC? La ni kain cotton kan muncul semula! Dress plain ala jubah jenama Try n Take..pun dah berusia sedekad. Zaman kita saiz M..huhu..Try acu di badan...waaaa...masih muat. Cutting dress tu tak ada pinggang...ok je bila disarung. Cuma perlu cari inner@kemeja plain yang longgar untuk digandingkan.
"Abah..Ummi nak bawa dress ni balik SP lah. Boleh recycle dress ni. Prof. Dr. Kamil bagi nasihat dalam blognya... sarung baju yang boleh kita pakai terus untuk solat jika kita nak keluar rumah"
Rasa-rasa 9 bulan tak menyarung seluar Jeans yang ada. Ntahlah...sejak pulang dari umrah 9 bulan lalu, kurang selesa memakai seluar. Ada sesuatu yang berlaku di Madinah gara-gara memakai jubah seluar ...yang membuatkan Anim insaf dan sedar akan peraturan pakaian dan aurat wanita yang telah Allah tetapkan untuk kaum wanita. Tunggulah lain n3 bila Anim dah bersedia nak bercerita...
"Baju lama tu..tak old-fashioned ke?" Amboi...sejak bila pandai berfesyen ni Encik Suami ya...
"Eh...muat lagi, kain elok lagi ni..Abah ingat tak, baju ni dah merata pergi..ada sejarahnya" Tak caya..inilah buktinya....sorrylah gambar pun semakin usang...
Dah sampai London...depan Big Ben lagi.. Teringat cerita 101 Dalmatians..
Dengan dress hitam nilah,Anim berposing di laluan tram yang sibuk di Amsterdam. Sanggup buka baju tebal nak tayang dress ni.
Dress berbunga ini disarung semasa berjalan kaki dari rumah sewa ke Memorial World War II di Fulda Hammerz, Germany. Nama-nama tentera yang terkorban tercatat di memorial tersebut.
"Tunjukkan keberanian..rebut peluang dan pengalaman...Anak Jawa dah jejak bumi Hitler..."
P/S Pengalaman itu amat berharga..
Salam Anim,
BalasPadamAmboi cantik2nya dress2 yang Anim pakai ni,memang sesuai sangat la bagi wanita2 islam yang inginkan gaya berfesyen....
Tak nampak macam lama pun....masih cantik lagi..
tu ka k.ros? t.kasih...makin bersemangat nak gunakan..
BalasPadambaju cotton dah popular semula kan?
tengok pic di fulda tu teringat masa saya di fulda thn 2000...rsanya kenal mat2 german dlm pic tu..klau x silap nama diaorang jungen,lady(translater)..sorang lg dah lupa namanya...
BalasPadammisss fulda so much..