Home · About Me · Sitemap ·

Bila Semuanya Express...

Alasan nak cari jodoh dengan cikgu dulu-dulu...sebab kerja 1/2 hari. Makan, pakai anak-anak terurus sebab kerja bukan 9 to 5. Cikgu abad ke 21 ni tak sama cam waktu mula mengajar awal 90an dulu. Zaman IT, zaman E-Book, zaman KSSR.. Dulu2 bangkit pagi awal, memasak dulu supaya senang anak-anak lunch balik sekolah sebelum pergi mengaji Quran. La ni...dah sibuk ke sana sini, berkampung di sekolah (sib baik para suami cikgu2 kampung ni sporting gila!)...cikgu tak sempat memasak disebabkan tahap KEPENATAN yang serius.

Tak sangka kat SP pun ada Restoran Self Service...pilih makanan, buat bayaran dan reheat sendiri dalam microwave. Shekali shekala...
 
 Si bujang kurus Anim ni bukan penggemar nasi. Dalam seminggu, adalah 2,3 kali jamah nasi bergantung pada lauk kegemarannya. Memang sesuailah bawa ke sini. Bukan senang nak prepare western food balik sekolah... Makan nasi berlaukkan ikan kicap bolehlah Ummi masak segera.
Depa dengan "Fillet ikan dengan white sauce"
Ummi dan beancurdnya.

P/S La ni...macam-macam makanan express ada. Alternatif untuk yang sibuk.........

Artikel berkaitan:

Bantuan dari adik-adik PLKN

 Masa untuk berkemas hari ini. Alahai....purata kehadiran setiap kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 hanyalah  70% sahaja. Budak-budak ni...2 hari berturut-turut bersukaria sempena Sambutan Jubli Intan SKS, hari ini bila kita perlu bantuan tenaga mereka untuk berkemas...tak mahu mai pulak ke sekolah.

Bertuah warga SKS hari ini kerana adik-adik dari Kem PLKN Seri Kandi, Kg.Teluk Nipah, Kota Kuala Muda datang membantu dan meringankan beban kami. Mereka turut menjalankan aktiviti membersihkan masjid dan kawasan perkuburan di sebelah sekolah .
Selain membersihkan kawasan sekolah....mereka turut mengecat kelas. Thank you very much.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kerjasama kalian meringankan beban guru-guru SKS sejak beberapa hari lalu.

P/S Balik jam 11.30 pagi hari ini....sebab kawasan sekolah dah bersih!

Artikel berkaitan:

Hari ke2 Sambutan Jubli Intan SKS

Selepas pekena secawan teh tarik, sepinggan pek nga dan roti jala bersama kuah gulai di belakang Swiss Inn, pergi ke sekolah untuk hari ke2, Sambutan Jubli Intan SKS 100 tahun.
Hari ni...macam-macam ada. 
Tertarik untuk masuk ke dewan...perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pejabat Kesihatan Kuala Muda. Derma darah, check tekanan tinggi, kandungan glukos dan PAP Smear.
Hmmm...baru pekena teh tarik ..kandungan gula I jadi 6.3!

Gusti lengan pun ada.
----------------------------------------------------------------------------
Yang lain...tak sempat joinlah. Bergegas balik kerana ada jemputan kenduri kesyukuran di rumah sahabat. Camnapun...kami anak-beranak datang semula selepas Isyak kerana...

Forum Perdana Hal Ehwal Islam di padang SKS bersama Sheikh Ahmad Fisol Hj Omar, Ustaz Abdullah Awangsa dan Ustaz Zulkifle (Pengerusi) menjadi acara penutup sambutan Jubli Intan SKS.


P/S Acara tamat jam 12.00 tengah malam.

Artikel berkaitan:

Sekolahku 100 tahun sudah..

Anim TABIK SPRING dengan warga SKS . (sekolah Anim yang ke 8). Tiba di SP ( dari lawatan ke Pantai Timur ) jam 12.00 malam. Esoknya (Khamis) ke sekolah seperti biasa walaupun masing-masing nampak keletihan. Sekolah tak ada cuti extra untuk Deepavali. Namun semangat, komitmen dan TENAGA SUPER yang ada dalam diri mereka amat membanggakan.

 

Jumaat, seawal jam 7 pagi ikut bergotong-royong memasak bersama waris murid dan penduduk kampung. Seekor lembu tumbang untuk kenduri rakyat. 

 
 
 Tahlil bersama waris murid

 Jam 11.45 pagi...makanan sudah tersedia. Kita makan kenduri.....

 
 Bukan saja warga SKS, waris murid dan penduduk kampung....mereka yang lalu lalang sekolah pun dijemput makan. Meriah dan penuh berkat. Seronok!!!

 Gulai daging bersama ikan termenung dan ikan masin goreng.Tak lupa ulam-ulaman segar bersama sambal belacan. Tak nampak nasi..huhu...ni makan ke melantak??

Malam pula ada persembahan Pak Long, "Selagi Ada Rindu"

Majlis Makan Malam Alumni SKS yang baru ditubuhkan.

 Ucapan perasmi, Tuan Hj Abd Halim iaitu generasi ke 6 pengasas SKS. Bekas guru yang berusia 71 tahun ini memang hebat...mampu mengingat setiap tarikh!

Suasana luar dewan sewaktu persembahan Pak Long. Orang kampung dah mai lepas hujan.

P/S Majlis Sambutan 2 hari 2 malam

Artikel berkaitan:

Kelate Pulok Doh...

Musim hujan di Kota Bharu membataskan pergerakan kami. Shopping malam ditemani hujan di Wakaf Che Yeh kurang menyengat kerana banyak gerai tak dibuka. Menginap di sebuah hotel bajet di situ meninggalkan kenangan manis bila salah satu bilik double yang dihuni Ustazah Azimah dan Cik Choo telah didatangi rombongan pegawai pencegah maksiat jam 3 pagi.
Hihi....pakat kena usiklah depa waktu turun breakfast bila berita itu tersebar luas dikalangan kami.

Pagi lepas check out dah berada di Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.
Kedai baru nak buka..
"Harga gori dik" itulah ajakan peniaga. (Harga rendah...baru buka kedai)
Manis dan sopan Rozita Che Wan kita ni bertudung....

Papan iklan inilah yang PALING MENARIK kami pandang....

Selepas penat menabur wang dalam hujan di Rantau Panjang...rombongan berhenti solat di sebuah masjid baru berhampiran. Cantik masjidnya. Selain bercirikan China...ada ciri-ciri Thailand jugak.Maklumlah....dah dekat benar Rantau Panjang dengan Thailand kot...

Masjid Beijing di Rantau Panjang 
(panggilan penduduk tempatan kerana rekaannya dipengaruhi oleh masjid di China).
Nama masjid ini Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Lokasinya di tepi lebuhraya Pasir Mas - Rantau Panjang. Tak yah p China nak tengok masjid menyerupai binaan masjid Niujie yang berusia 1000 tahun di Beijing, China ini.



P/S Fakta menarik mengenai masjid Beijing ini ialah khabarnya ia diurus sepenuhnya oleh Imam dan AJK dari kaum Cina Muslim.

Artikel berkaitan:

Terengganu Kite...

 Rambang mata wooo tengok kain sutera di Pasar Payang nih. Banyak pilihan...pokoknya RMnya ada sih..
Camnapun...kenalah pandai menawar, tahu harga. Almaklumlah...dari RM580 boleh turun jadi RM270! Fuhh...mau separuh kasi diskaun. Untuk mereka-mereka tak pandai menawar tapi banyak duit bolehlah mencuba...

Ni tak perlu cakaplah...keropok losong yang terkenal di Terengganu. Pantang jumpa...

Masjid Kristal ~ mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. Masjid yang dibina dari kaca dan keluli ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia. Berkeluasan 2,146 meter persegi dan boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa.

Berehat di luar masjid selepas solat Jamak....sedikit sebanyak mengubati kekecewaan kami...

Taman Tamadun Islam ~Ihsan Mr. Google

Hajat hati untuk melihat monumen masjid-masjid yang menjadi mercu tanda Islam di seluruh dunia tak kesampaian.
Manatah silapnya...patutlah lengang kawasan sekeliling.
Rupa-rupanya Taman Tamadun Islam ditutup pada setiap hari Selasa. Langkah kiri betul... (Nasib baik Masjid Kristal boleh dikunjungi)

Ihsan Google

Muzium Negeri Terengganu (terbesar di Asia) yang tidak berkesempatan singgah. Dekat saja dengan kawasan Taman Tamadun Islam.
Masing-masing sudah keletihan...mahu meluruskan kaki dan badan di atas katil.
Sejak tiba....kami tidur dalam bas sahaja. Kesian...kesian...
Bagi mereka yang bergelar makcik cam I ni....kaki, pinggang, kepala.....semua ada masalah bila duduk lama-lama dalam bas bertutup yang tak boleh dibuka tingkapnya, huhu...

P/S Berangkat ke Kota Bharu lak...


Artikel berkaitan:

Motivasi Untuk Saya Yang Sering PANCIT..

Lawatan penanda aras ke SK Gong Kapas, Kuala Terengganu yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang KPM 2009.
GB kami kata..olehkerana sekolah kami ni di tengah bendang..eloklah tengok sekolah yang sama level tetapi cemerlang berbanding melawat sekolah kluster yang sure dah cemerlang...dah nama pun klusterkan...(lainlah sekolah kluster tapi pencapaian tak kluster, tule kena tengok. Betul...betul...betul)

Taklimat oleh GPK1 SK Gong Kapas banyak memberi motivasi buat Anim and the gang of SKS.
Dengan jumlah murid yang lebih sikit dari sekolah kami (lebih kurang 400 murid),31 bilangan guru (lebih satu dari kami), SK Gong Kapas mampu menempa nama di peringkat kebangsaan.
Yang menarik untuk diperkatakan ialah kemampuannya menjadi johan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan 7 kali berturut-turut (2003-2009)
Sekolah kecil mampu tewaskan sekolah besar. Terkesan oleh kata-kata En.Samsor tempohari...
"Jangan takut bertanding. Sekolah kita kecil .Kalau kalah tak malu. Yang penting, masuk bertanding"
Kami ni pelawat ke 6 dalam tahun ini yang datang melawat. Ish...ish...dah lali depa ni.

 Well kawan-kawan....starting now kena pasang plan baekkkk punya.
Sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit ????? 
SKS BOLEH!!!


P/S Semangat tetap membara... tenaga je asyik pancit ...hihi


Artikel berkaitan:

Tuan Rumah Baru Balik.

Sibuk sikit tuan rumah dua tiga menjak ni..Bukan kata nak update N3, nak online pun tak sempat.
Penat sebenarnya ikut rombongan sekolah dengan bas ni.Maklumlah...badan orang tua tak sama dengan orang muda.

30 tahun lalu...kalau ikut rombongan sekolah (sekolah kampung)...mak mesti bekalkan bekalan makan. Telur rebus, sandwich, ketupat nasi...haha..hebat betul..
La ni?? Rombongan dewasa....tak yah susah-susah, kita bekal dengan duit ajalah..
Jam 9.30 malam bertolak dari SP..

Jam 8.00 pagi dah menikmati nasi dagang ikan tongkol yang marvellous di rumah ibubapa Fauziah di K.Terengganu.
Alkisah...semua ahli rombongan dibawa ke Masjid Terapung untuk mandi dan minum pagi.
Tapi dek kerana Fauziah ni orang KT, tumpang sekakilah mandi rumah dia .

 Yana dan Faizah join sekali...

Pulut kepal yang dtanak bersama air kelapa dan dikepal bersama kelapa parut. Makan bersama ikan tongkol. Delicious.....Teringat-ingat sampai la...

Mekasih daun keladi buat Ustaz Mansor sekeluarga..Next time boleh singgah bawa famili ke sini (boleh tak?)..



P/S Next destination ~ ke sebuah sekolah yang telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang KPM 2009

Artikel berkaitan:

Tetamu Jauh Datang Berkunjung

Sejak petang Khamis...busy sikit kita dibuatnya. Pakcik dari Shah Alam bermalam di rumah setelah selesai kerja di Arau. Dia kemudian pulang pada hari Jumaat.

Petang Sabtu, terima kunjungan orang jauh. Kalau readers yang mengikuti cerita Anim sejak awal pasti mengingati keluarga ini. Ceritanya di sini dan di sini.

Diam tak diam...sudah setahun lebih berlalu. Macam baru sahaja melihat keluarga ini bersatu. Rumah kecil Anim ni turut gembira menerima kunjungan mereka dari Pekan, Pahang. (Singgah dari majlis kahwin di Sik).

Kami ni dah macam reunion kolej pulak. Satu lagi pasangan yang menziarahi kami ialah kak Aini dan suaminya (senior kami juga di MPTI). Depa dalam perjalanan pulang dari Baling. Tak sangka, kak Aini yang berasal dari Muar ni, duduk di Kulim rupa-rupanya. Tak sangka...

 Anak-anak dara yang ringan tulang...haa, beruntung mak mertua dapat depa ni. Malu nak tayang dapur rumah Acik Anim yang sekangkang kera..huhu

Anim dan family serta kak Aini suami isteri turut berkonvoi menghantar tetamu ke Homestay Sg.Jagong Damai di SP.

View waktu pagi. Nun di atas sana.....Gunung Jerai

View waktu siang dari website Homestay Sg.Jagong Damai

P/S Terima kasih atas kunjungan...jangan serik mai lagi!

Artikel berkaitan:

Cerita Seorang Pemotong Rumput...di SP lah..


Encik Suami dan 2 Abdul dah ke masjid Taman Keladi untuk solat Jumaat. Anim dok rumah sorang-sorang. Tiba-tiba terdengar bunyi motosikal di luar pagar. Menjenguk ke tingkap. Ada seorang lelaki  India tertinjau-tinjau dengan alat memotong rumput di bahunya. Tak pernah nampak mukanya sebelum ini . Dialah kot pemotong rumput yang Encik Suami tunggu sejak petang semalam.
-------------------------------------------------------------
"Betul ke ni rumah yang telefon kawan saya bagitau mau potong rumput"
(Ya la kot...selalu Encik Suami yang urus hal rumput. Anim tak pernah ambilalih )
"Ya...dia tunggu awak dari semalam" 

 "Ni rumput jangan kasi potong dulu. Kasi itu asid. Lepas 2,3 minggu itu macam, baru kasi potong. Baru cantik. Kalau tak..dia punya akar ada bawah...nanti rumput tumbuh lagi"
"Saya tak tahulah...selama ni rumput kasi potong jugak. U buatlah apa dia suruh"

"Mana no.telefon dia. Saya mau cakap sama dia"
"Orang pegi sembahyang mana bawa handphone. U tunggulah dia balik"

"Ini rumput, saya mau RM80. Kalau RM50 saya pun tak mau. Saya jauh mau mari"
"Saya tak tau. Dia tak cakap apa-apa."

" Lama lagi ka mau tunggu. Awak boleh bayar ka? Saya tak mau datang kutip duit nanti. Confirm mau bayar, saya kerja. Kalau tak saya mau balik"
(Aiikk....biasalah kerja dulu baru bayar. Belum nampak hasil kerja, sudah mau minta duit ka?)
" Saya tak ada duit mahu bayar U. Suami saya tak kata apa-apa. Dia yang telefon..bukan saya. U tunggulah dia balik. "

"Awak kalau mahu murah, kasi RM10, RM5..awak p panggil MPSP la. Saya kerja sendiri tau. Kalau RM50 pun saya tak mahu datang. Saya pun kerja macam-macam. Ini kad saya. Saya mahu balik. Nanti saya bagitau kawan saya, saya tak potong rumah awak punya rumput sebab awak tak boleh bayar."  
sambil hulurkan "bisness card" nya. Kemudian dia menekan no.hp dan berlalu pergi.
(Amboi...patut sedar dia sepatutnya mai petang semalam. Dahlah mai hari ni, di bahasanya kita ni)

Nilah "bisness card" yang dimaksudkan...

Tak sampai 5 minit Anim menutup pintu...terdengar hon motosikal.
Eh....dia lagi. Apa lagi yang dia hendak. Kata tak mahu potong rumput.

" Cik.... sorilah. Saya sudah silap cakap tadi. Suami awak Encik A.....itu kerja.......kan? Saya banyak rumah buat tadi...ayooo banyak pening kepala la. Saya sudah telefon kawan saya..dia selalu kasi potong rumput rumah awak.  . Hari ini kawan saya tak sempat, dia suruh saya mai rumah awak. Saya silap dengar lah. Sori cik yaa . Saya sudah silap orang"
(Hmmmm...alasan nak menutup kemaluannya sebentar tadi...huhu)

Sempat lagi dia promote abis memotong, saya boleh cat rumah..saya ada lori untuk angkat barang...hmmm...cukuple sekali ni hang mai umah aku!!!

P/S Orang dulu-dulu ada nasihat. "Cakap siang, pandang-pandang. Cakap malam, dengar-dengar. Salah cakap???? Lu tanggung sendirilah..."

Artikel berkaitan: