Home · About Me · Sitemap ·

Motivasi Untuk Saya Yang Sering PANCIT..

Lawatan penanda aras ke SK Gong Kapas, Kuala Terengganu yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang KPM 2009.
GB kami kata..olehkerana sekolah kami ni di tengah bendang..eloklah tengok sekolah yang sama level tetapi cemerlang berbanding melawat sekolah kluster yang sure dah cemerlang...dah nama pun klusterkan...(lainlah sekolah kluster tapi pencapaian tak kluster, tule kena tengok. Betul...betul...betul)

Taklimat oleh GPK1 SK Gong Kapas banyak memberi motivasi buat Anim and the gang of SKS.
Dengan jumlah murid yang lebih sikit dari sekolah kami (lebih kurang 400 murid),31 bilangan guru (lebih satu dari kami), SK Gong Kapas mampu menempa nama di peringkat kebangsaan.
Yang menarik untuk diperkatakan ialah kemampuannya menjadi johan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan 7 kali berturut-turut (2003-2009)
Sekolah kecil mampu tewaskan sekolah besar. Terkesan oleh kata-kata En.Samsor tempohari...
"Jangan takut bertanding. Sekolah kita kecil .Kalau kalah tak malu. Yang penting, masuk bertanding"
Kami ni pelawat ke 6 dalam tahun ini yang datang melawat. Ish...ish...dah lali depa ni.

 Well kawan-kawan....starting now kena pasang plan baekkkk punya.
Sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit ????? 
SKS BOLEH!!!


P/S Semangat tetap membara... tenaga je asyik pancit ...hihi


Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Motivasi Untuk Saya Yang Sering PANCIT.."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai