Home · About Me · Sitemap ·

Bantuan dari adik-adik PLKN

 Masa untuk berkemas hari ini. Alahai....purata kehadiran setiap kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 hanyalah  70% sahaja. Budak-budak ni...2 hari berturut-turut bersukaria sempena Sambutan Jubli Intan SKS, hari ini bila kita perlu bantuan tenaga mereka untuk berkemas...tak mahu mai pulak ke sekolah.

Bertuah warga SKS hari ini kerana adik-adik dari Kem PLKN Seri Kandi, Kg.Teluk Nipah, Kota Kuala Muda datang membantu dan meringankan beban kami. Mereka turut menjalankan aktiviti membersihkan masjid dan kawasan perkuburan di sebelah sekolah .
Selain membersihkan kawasan sekolah....mereka turut mengecat kelas. Thank you very much.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kerjasama kalian meringankan beban guru-guru SKS sejak beberapa hari lalu.

P/S Balik jam 11.30 pagi hari ini....sebab kawasan sekolah dah bersih!

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Bantuan dari adik-adik PLKN"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai