Home · About Me · Sitemap ·

Sekolahku 100 tahun sudah..

Anim TABIK SPRING dengan warga SKS . (sekolah Anim yang ke 8). Tiba di SP ( dari lawatan ke Pantai Timur ) jam 12.00 malam. Esoknya (Khamis) ke sekolah seperti biasa walaupun masing-masing nampak keletihan. Sekolah tak ada cuti extra untuk Deepavali. Namun semangat, komitmen dan TENAGA SUPER yang ada dalam diri mereka amat membanggakan.

 

Jumaat, seawal jam 7 pagi ikut bergotong-royong memasak bersama waris murid dan penduduk kampung. Seekor lembu tumbang untuk kenduri rakyat. 

 
 
 Tahlil bersama waris murid

 Jam 11.45 pagi...makanan sudah tersedia. Kita makan kenduri.....

 
 Bukan saja warga SKS, waris murid dan penduduk kampung....mereka yang lalu lalang sekolah pun dijemput makan. Meriah dan penuh berkat. Seronok!!!

 Gulai daging bersama ikan termenung dan ikan masin goreng.Tak lupa ulam-ulaman segar bersama sambal belacan. Tak nampak nasi..huhu...ni makan ke melantak??

Malam pula ada persembahan Pak Long, "Selagi Ada Rindu"

Majlis Makan Malam Alumni SKS yang baru ditubuhkan.

 Ucapan perasmi, Tuan Hj Abd Halim iaitu generasi ke 6 pengasas SKS. Bekas guru yang berusia 71 tahun ini memang hebat...mampu mengingat setiap tarikh!

Suasana luar dewan sewaktu persembahan Pak Long. Orang kampung dah mai lepas hujan.

P/S Majlis Sambutan 2 hari 2 malam

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Sekolahku 100 tahun sudah.."

  1. Salam Anim,

    Meriah sungguh, sampai 2 hari 2 malam.Kat tempat Kak Ros tak dak lagi la buat majlis macam ni.

    BalasPadam
  2. tu diaa... 100 tahun... mahu 3 generasi belajar kat situ yeee...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai