Home · About Me · Sitemap ·

Saya tak suka dengaq orang riaula Madam...

"Saya nak jumpa Cikgu Hanim" 
terdengar suara seorang lelaki sewaktu berada di bilik guru.

Alamak..pakcik tu datang lagi...Ni kali ke 2 dalam tempoh 2 minggu.
Anak nya baru masuk Tahun 1, macam-macam kerenah. 

Minggu lalu dia mengadu buku aktiviti BM anaknya hilang. Menangis saja dibuatnya. Anim slow talk dengan si anak.

"Nanti Madam cari. Kalau tak jumpa jugak, nanti ayah beli baru kat Kedai Buku Hasani. RM2.90 saja". Elok pulak dia berhenti menangis. 

Belum sempat Anim cari di kelas, tau-tau keesokan hari. buku baru dah ada dalam beg. Rupa-rupanya si anak paksa ayahnya beli buku tu di Kedai Buku Hasani petang tu jugak.

Apa cerita pulak hari ni?

Dia mengadu anaknya menangis tidak mahu ke sekolah kerana rakan sebelah sering mencubit.
Anim berjanji akan membuat siasatan.

 Budak Tahun 1...macam-macam kerenah yang kita jumpa. Tak pernah ada persamaan sejak 21 tahun bergelar guru Tahun 1

Rakan sebelah yang dimaksudkan mengangguk mengaku bila ditanya.
Nak tergelak bila mendengar jawapannya, mengapa dia berbuat demikian.

"Saya tak sukalah dengaq orang suka riau (menangis) Madam.Pening kepala dia riau, buku tak bawa riau, buku tak dok riau...saya cubitlah dia"

Laaa...tak jadi Madam nak marah. Iya tak iya...mek sebelah kamu tu memang suka menangis. "Sakit telinga" ke? Hahaha...kalau dah budak tu budak juga. Statement jujur!!

P/S Mereka dipisahkan setelah bermaaf-maafan 

Artikel berkaitan:

Lari dari rumah ? Haa..kan dah kena....

Pakcik! Pakcik! Terdengar suara orang memanggil2 di pagar.
"Bah, Aci tu nak apa tu?" ( Aci selang 2 rumah dari rumah kami)
"Itik pakcik ada kat rumah saya"
Haaah....ooooo...hangpa lari dari rumah nooo!!!

Cepat betul mereka membesar. Si jantan (paling besar) bersama 2 betina tu dah pandai merayap. Depa dah pandai terbanglah katakan...pandai lak buat akrobatik, berdiri atas pagar. Suara tak ada macam angsa..tapi itulah teman penghibur Encik Suami.

2,3 hari lepas...terdengar Encik Suami berleter jugak kat depa..
"Ni dah pandai terbang, kejap lagi hilanglah deorang ni.Merayap rumah orang"
Nah....sudah jadi kenyataan. Macamana ni? Nak disembelih...nantilah dulu. Bagi besar sikit.

Tujuan bela pun sebenarnya mengikut nasihat Sheikh Abdullah, guru mengaji  di BP dulu.  

"Belalah ayam ke itik ke angsa ke di rumah. Boleh beri makanan yang tak habis kat binatang yang kita bela... jangan dibuang makanan. Rezeki lari nanti..."

Jujurnya tiada soal membazir makanan di rumah. Semuanya menjadi santapan bersama 3 itik Muscovy kami. Hinggakan ...sisa kulit ketam yang dimakan tu pun dikunyah-kunyah oleh itik-itik kami ni. "Sumber kalsium " 

 Itik-itik Muscovy ni jangan tak tau. Depa makan lalat....Haaaa...kalau tak kerana membela, mesti tak percaya kan? Dah bukti depan mata. Sebab tu, walaupun membela haiwan di rumah, tak ada lalat di belakang rumah.

Tindakan drastik Encik Suami, gunting sedikit bulu pelepahnya.(tak sakit pun...)
Haaa...tulah, lari dari rumah..pelepah dah kena kerat, tak boleh terbang lagi!!!

P/S Menjerit anak-anak, "Eh, macam shuttlecock badminton ni"..Memangle anak-anak, shuttlecock tu dibuat dari bulu pelepah itik...(Pengetahuan baru buat mereka!!)

Artikel berkaitan:

Restoran Wan Thai@Langkawi

Kunjungan ke Langkawi kurang "ummphh" kalau tak singgah mengisi perut di Restoran Wan Thai di Kuah. Tak kiralah sama ada waktu lunch atau dinner. Sekali pun cukuplah...Restoran yang dibuka mulai jam 11pagi  - 3.00 p.m dan dibuka semula jam 6.30 ptg -10 mlm ni menyajikan hidangan Thai yang tidak pernah lari rasanya dari kunjungan sebelum2 ini.

Menu kegemaran Anim. Tomyam kelapa selain dari menu masakan Thai yang terdapat di kebanyakan restoran Thai.

Jumpa satu lagi menu menarik yang dicuba dan bakal menjadi kegemaran. Ketam lembut goreng. Ketam yang ditangkap sebaik saja bersalin kulit ni dimakan rangup bersama kulit-kulitnya sekali.

Jam 9 malam kami menikmati hidangan, ramai lagi yang tak dapat tempat. Terdengar dailog manager (dari gayanya) "Maaf Encik, makanan spare untuk dimasak pun sudah habis." kepada pelanggan yang bertanyakan tempat duduk. Menariknya dia berinteraksi dengan anak2 buahnya menggunakan "earphone". Aksi mereka mengemas meja, menghantar makanan dan sebagainya sambil mulut bercakap sesuatu amat menarik perhatian.

P/S Tak ada rasa "tok aji" yang kuat seperti restoran tomyam yang lain.



Artikel berkaitan:

de Baron Resort@Langkawi

 (View dari bilik kami di tingkat 3)

Pulang dari Pulau Payar. Mr.Hubby bawa kami check-in hotel yang baru setahun dibuka..de Baron Resort. Kak Wan, adik ipar  pemilik hotel, sama mengajar satu sekolah dengan Anim di SP. Terletak di Bandar Baru Baron di Kuah. de Baron Resort milik anak Melayu ni dibina di atas tanah bertambak. Kerap dengar Kak Wan bercerita tentang keindahan resort ni yang mengadap laut...xcited pulak nak p menginap. Tak sangka available pulak sebab nampak banyak kenderaan petugas media Le Tour De Langkawi di perkarangan parking.

Bilik kami ada 2 katil King Size.

Swimming pool yang dibuka sampai malam. Jam 6 petang masih panas. View mengadap laut tu yang menarik.

 
Wakaf-wakaf yang dibina...ramai yang mengambil kesempatan makan di sini semasa breakfast dan dinner. Boleh bersila..mengadap laut. Kata kak Wan, wakaf yang diberi nama Tok Majid, Tok Dayang dll tu..nama bapa dan adik-beradiknya.


P/S Teringat kepala shower di bilik mandi...besarnya!! Puas mandi...hihi

Artikel berkaitan:

Pulau Payar Marine Park

Surprise...balik kerja petang Khamis, Encik Suami bagitau plan nak bawa kami ke Langkawi. Macam lipas kudung packing baju malam tu. Nasib baiklah kerja "packing memacking" memang pakar. 2 Abdul kena kerah siapkan kerja sekolah. Jumaat 4.30 pagi, kami bertolak ke Jeti K. Perlis. Kena naik feri pertama (7 pagi)  sebab pihak tour suruh berkumpul di Jeti Kuah jam 9.30 pagi.

Perjalanan dari Jeti Kuah ke Pulau Payar dengan boat laju mengambil masa 40-45 minit. ( sama jauh perjalanan Jeti K.Perlis ke Jeti Kuah). Dalam jam 11 pagi tiba. 
Seronoknya dapat menjejakkan kaki ke salah sebuah pulau paling popular di Langkawi. Pulau Payar terkenal dikalangan pelancong dengan aktiviti snorkling, menyelam dan berenang. 
Diberi 2 pilihan samada berada di pantai atau di platform. Memikirkan anak-anak...pantai lah pilihan paling tepat. Lebih-lebih lagi bila depa dengar boleh feed baby shark di pantai.

Tak sabar-sabar dah nak masuk air...jernih airnya hingga nampak dengan jelas ikan-ikan yang mengerumuni. (Khabarnya bulan 5@6, air lagi jernih)

Si Abdul yang sabar menunjuk ajar Umminya. Orang lamalah katakan...zaman muda dulu tak teringin pulak. Dah tua2 ni...dek kerana anak2 masih kecil...kenalah turut serta. Dah didemonstrate pun masih tak dapat2..lembab tul murid dewasa ni..

Aksi peminat air.....
Adiknya? Hanya berani main di gigi air sahaja...bila ikan-ikan mendekati...cabut lari naik ke atas..heee


Anim tak nak lepas peluang snorkling, swimming, bagi makan kat ikan..baby shark pun ada....dah bayar mahal ni. RM140 seorang dewasa dan RM120 seorang kanak-kanak

Inilah rupa lunch yang diberikan. Kena la bawa extra makan dan mineral water. Bekalan air bersih tak ada..electricity tak ada..kedai makan pun tak ada. Semua masih natural beb...tiada pencemaran...bersih pulaunya...

Berjalan sepanjang jeti...melihat coral dan pelancong mandi manda..Minat depa berjemurlah.
 Dah usia lebih 4 dekad...barulah merasa snorkling. Dekat 5 jam di sini, tak terasa begitu cepat masa berlalu.

P/S Tak boleh bawak atuk dan nenek ke sini....astagfirullahhal'azim sajalah tak lepas dari mulut...

Artikel berkaitan:

LeBoss Restoran@Lagenda Height SP

Mencuba restoran baru di Lagenda Height  berdekatan Tesco. Ni percubaan ke3 kami ke sini. Percubaan pertama, malam minggu...gagal masuk kerana full house. Malas pulak nak menunggu. Kali ke 2 pun sama. Ada majlis tertentu agaknya...dari luar restoran, pelanggan dah berkumpul. Restoran barulah katakan. Mestilah ramai nak mencuba.

Percubaan kali ke3 malam tadi...baru berjaya. Memang cosy restorannya. Alunan lagunya pun menenangkan fikiran. Nak berbual pun selesa. Hiasan restorannya pun menarik. Macam2-macam. Dari set pinggan mangkuk, basikal, kayu baseball...Yang paling seronok, budak-budak ber2 tulah. Sementara menunggu makanan terhidang, depa ambil kesempatan bermain congkak. Kami memilih Western Food untuk dinner malam ini.

 Ni pilihan Ummi. Lamb chop bersama 2 free side linenya...Italian salad dan potato salad. 

Encik Suami dengan pan dory bersama nasi goreng dan coselaw ( 2 free side line)

Si Abdul bungsu dengan meatball spaghetti bolognese kegemarannya. Disertakan Italian salad sekali

Si Abdul sulung yang tak memilih panjang menu malam ini. Spaghetti carbonara,  favourite foodnya. Disertakan salad juga.

Restoran anak Melayu ini dikunjungi oleh semua bangsa. Bangga bila diberitahu ownernya adalah seorang anak muda (bujang) yang turut memasak di dapur. Ada pilihan ke2 yang lebih menjimatkan dan lebih mengenyangkan dari duduk makan di "Resepi Rahsia".

P/S Service charge 10% tu je rasa tinggi sangat....

Artikel berkaitan:

Advancenya Murid Sekarang....

Cerita 1:

"Madam ni macam Mami Jarum lah"

Haaaah??? Nak ketawa pun ada. Amboi, advancenya budak sekarang. Sedapnya dia mengata cikgu dia depan-depan.Belum ada 30 hari masuk Tahun 1..dah berani kuar statement fasal cikgu dia.

"Kenapa pulak? Muka saya macam Mami Penang ke chek?"

 "Tu haah, pakai gelang banyak-banyak macam Mami Jarum!"

Baru nak melaram ala-ala Bollywood dengan gelang 2+1 (diikat bersama jam tangan) hangpa dah mengata cikgu noo...

Cerita 2:
 
"uddin aku cinta kamu selamanya bila kita dah khawin baru kita dapat anak uddin pun dah jadi papa"
(ditaip semula tanpa sebarang pindaan)

Terbeliak biji mata Anim sewaktu menyemak beg sekolah tahun lalu si Abdul untuk "dihapuskira" sempena program "overhaul rumah" semasa cuti Keputeraan Sultan Kedah semalam.
Hai, huruf besar huruf kecil pun main langgar...tanda nokhtah, tanda koma pun tak ada..berani main tulis surat cinta. 

Bila ditanya siapa yang menulis. dijawabnya, kawan sekelas di Tahun 2

Laaa...baru 8 tahun dah boleh tulis statement begini....memang advance budak ni. 
(Nota tambahan : Tak padan gedebab si Abdul ni, ada jugak yang meminatinya ke?)

P/S Kedua-dua situasi berlaku di sekolah kampung...yang masih dikelilingi kehijauan bukit bukau dan sawah padi....yang kebanyakan penduduknya bekerja sendiri..

Artikel berkaitan:

Satay Kajang Hj.Samuri

Sebut je satay...mesti tergambar Satay Kajang. Apatah lagi nama yang dah gah tersohor..Satay Hj Samuri.  Sejak keluar dari Selangor, tak pernah lagi kami ke Kajang menikmati Satay Kajang Hj Samuri. Maklumlah....bisnes Satay Kajang Hj Samuri kan dah jadi franchise. Mana-mana boleh jumpa. Kat Hentian Rehat ada.....kat SP pun ada. 

Berkesempatan singgah di Restoran Satay Kajang Hj Samuri di Kajang selesai berkursus dan perjumpaan Umrah bersama Andalusia Tour tempohari.

Secara jujur...kalau nak menikmati sate yang 1st class (citarasa Anim sekeluarga)..hebat lagi penangan  Sate Wak LanSatay dagingnya cukup empuk dan berperisa. Kuah satay pun sedap. Cuma banyak perkara yang membezakan antara keduanya. 

Anim cukup kagum dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku di Restoran Satay Kajang Hj Samuri di Kajang. Tak hairanlah, restorannya tak putus-putus dikunjungi pelanggan..baik Cina, Melayu mahupun pelanggan luar negara. Kami pun "lunch" dengan satay...hahaha..

Sistem "bayar dulu baru makan" di kaunter pesanan amat memudahkan dan membuatkan pelanggan tidak menunggu lama. Dari kaunter order, link pula ke kaunter minuman. Elok saja pelanggan selesai membuat pesanan dengan memberi nombor meja, minuman pun tiba. 

Selesai makan, satay yang telah diorder untuk dibawa pulang boleh diambil di kaunter yang disediakan. Begitu efisien sekali. 

Harap-harap, suasana dan sistem begini dapat diterapkan di  Sate Wak Lan untuk bersaing diperingkat nasional. Satay sedap sekalipun tapi kalau layanan dan sistem pengurusan lemah, malas pula pelanggan nak datang. Lagi-lagi orang jauh macam kami ni...sesekali balik...ada "kenangan pahit"...adoooi, tobat nak pergi lagi.

P/S Macamana sekalipun....sate Wak Lan memang superb!!!

Artikel berkaitan:

Lambaian Kaabah


Keinginan Encik Suami untuk membawa si isterinya ke Mekah sudah lama. Almaklumlah, mendaftar di TH untuk menunaikan haji baru 2 tahun lepas Bila semak tarikh yang diberikan TH....aduhai umur Encik Suami dah lepas pencen baru dapat pergi. 

Maka berkatalah sang suami; "Kita pi buat ibadah umrah dulu nak?. Kita mohon pada Allah supaya dipercepatkan urusan pemergian haji...sementara badan masih kuat. Kesian mak dan bapak ...umur pun dah 66 dah". Mak dan ayah mertua telah menyuarakan keinginan untuk pergi menunaikan haji bersama anak sulungnya [Encik Suami]

Umrah pertama kami rancang pada Disember 2010 melalui travel tour yang beribupejabat di Penang. Salah seorang agennya ialah staff tempat Anim bertugas. Pemergian bersama Haji A yang turut membawa isteri dan 2 anak , membuatkan hati yang gelisah sedikit terubat. 

Pertama, pergi dengan orang yang dikenali . Kedua, dia mempunyai pengalaman ke Tanah Suci Mekah lebih 3 kali. Maka bermulalah episod seorang manusia yang jahil menyiapkan diri menjadi tetamu Allah. Ilmu kurang, mengadap buku-buku yang dibeli, membuatkan perasaan TAKUT menjelma. Secara teorinya dah resah....bagaimanakah menghadapi praktikalnya di sana. 

Dengan nasihat Haji A, Anim dan Encik Suami turut serta dalam program Kursus Haji dan Umrah yang diadakan di sekitar masjid di SP. Namun ibarat...bermula ditengah, tak tahu hujung dan pangkal...perjalanan mengikuti kursus amat meresahkan kerana banyak benda yang tak difahami. Maklumlah...duduk di SP baru setahun, bila penceramah guna loghat utara yang pekat...aduhai...berkerut dahi memahaminya.

"Bah, bimbangnya Anim dengan ilmu yang cetek ni. Kita dahlah first time nak peprgi. Ada orang pergi tak nampak Kaabah tau bah. Ada yang Allah tunjukkan azab di akhirat...ada yang diulangtayang kesalahan di dunia, ada yang terima "hukuman" di sana. [Peminat Mastika la katakan!]. Anim tak ingat dan hafal lah doa, bacaan di buku ini".

"Tak apalah. Pelan-pelan. Tak tahu..kita tanya mutawwif nanti. Kita mohonlah pada Allah. Kalau Allah nak tunjukkan sesuatu atau balasan buat kita...tak apalah. Sekurang-kurangnya kita tahu kesalahan kita.Berdoalah..."..[ayat yang menyedapkan hati sang isteri ....dan dirinya sendiri ]

Perjumpaan dengan tour travel yang turut mengadakan kursus umrah juga tidak menunjukkan kesan positif kerana rata-rata yang mendaftar ialah pak-pak dan mak-mak haji yang telah ke Mekah 2,3 kali. Perjumpaan lebih berkisar tentang mana tempat nak dilawat dan masalah-masalah berkaitan dengan keberangkatan pergi dan pulang. Anim nak bertanya soalan tentang umrah pun tak tahu bentuk soalan nak diajukan.

Benarlah kita sebagai tetamu Allah SWT hanya mampu merancang namun Dia lah yang menentukan.Visa umrah dan ziarah tidak dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi pada bulan Disember 2010.Maka menitislah airmata kami semasa menerima perkhabaran Haji A di telefon. Haji A meminta kami mengubunginya dengan segera untuk confirm umrah bulan Mac 2011 ini.

Namun agenda berubah sama sekali bila adik lelaki Anim di Rawang mengajak kami turut serta mendaftar umrah bersamanya sekeluarga dengan salah sebuah tour di KL.Kebetulan agen mutawwif tour [sering terpapar di suratkhabar] ni satu "kapal" dengan kami...sama2 Jawa daa...dia Jawa Muar. Dan kesempatan mengikuti kursus perdana Umrah di sebuah surau di Kajang minggu lalu anjuran tour travel berkenaan tidak kami abaikan. "Jauh pun jauhlah...Kita tengok macamana pengurusan agensi ini pulak."

Ada hikmah disebalik semua kejadian. Perubahan tour travel membawa seribu rahmat buat kami ber2. Kami diajar dari A hingga Z, dari mula berangkat keluar dari rumah hinggalah menjejakkan kaki ke Mekah. Kami diperlakukan sebagaimana layaknya.....individu yang pertama kali menjejakkan kaki di sana dan dibimbing satu persatu. Ibarat murid baru masuk sekolah....diajak "latih tubi" zikir, doa dan bacaan bersama-sama. Segalanya begitu jelas dan mudah. Rata-rata peserta juga muda-muda dan seusia dengan tuan punya blog... Tunjuk ajar dalam bahasa kebangsaan a.k.a bahasa Johor , doa dan bacaan yang dipermudahkan menambahkan keyakinanan dan membuatkan hati tidak sabar menjejakkan kaki  ke sana, insya-Allah.

P/S Mudah-mudahan dipermudahkan urusan untuk mengunjungi rumahMu, Ya Allah...Amin...Amin



Artikel berkaitan:

I'm Back....

I'm back..I'm back..Lamanya tak update blog. Musim bermula persekolahan begitulah gamaknya. Bukan saja sibuk dengan persiapan anak-anak...si emak pun 2X5. Kalau tak caya, pi check cikgu-cikgu yang lain. Sibuk dengan segala alat tulis, pen baru, pencil case baru, beg pi sekolah baru, kalau boleh...baju baru, kasut baru, handbag baru..serba serbi baru. Untuk menimbulkan semangat dan azam baru sebenarnya kan????

Dalam sibuk menyiapkan segala buku rekod dan segala yang seangkatan dengannya [guru kelasle katakan]..syukur kehadrat Illahi kerana sakit tak sedap di perut sembuh sepenuhnya. Selepas ubat-ubat klinik pun tak jalan...Anim ke hospital juga. Bimbang juga kot2 ulcer di perut ke, naya kalau dah pecah. Doktor cuma kata mungkin radang usus [jangkitan bakteria di usus]..dan dek usia makin bertambah, sakit di perut tu lambat sikitlah nak baik..Hmmmm..saya insaf tuan doktor!!!

Dan nampaknya.....barulah pertanyaan Encik Suami tentang "hadiah yang diingini" sempena ulangtahun yang lalu...boleh difikirkan kembali. Betul jugak kata dia, "Abah tak tahu nak belikan apa...semua Ummi dah ada"... Hai, baru 21 kali sambut birthday [setahun waktu bertunang]...dah pening kepala nak fikir. Kita plan honeymoon ke2 boleh tak? Birthday Ummi pun dekat2 dengan anniversary kita.

Kita ke Kota Paris nak? Berada di atas Menara Eiffel seperti dulu-dulu?

Menyusuri keindahan sungainya

"Hmmm, tak maulah Ummi. Esok kita singgah kalau anak kita belajar kat Dublin. Abah nak bawa Ummi pi Mekah je sekarang".

P/S Biar bercita-cita tinggi daripada langsung tiada cita-cita..

Artikel berkaitan: