Home · About Me · Sitemap ·

Saya tak suka dengaq orang riaula Madam...

"Saya nak jumpa Cikgu Hanim" 
terdengar suara seorang lelaki sewaktu berada di bilik guru.

Alamak..pakcik tu datang lagi...Ni kali ke 2 dalam tempoh 2 minggu.
Anak nya baru masuk Tahun 1, macam-macam kerenah. 

Minggu lalu dia mengadu buku aktiviti BM anaknya hilang. Menangis saja dibuatnya. Anim slow talk dengan si anak.

"Nanti Madam cari. Kalau tak jumpa jugak, nanti ayah beli baru kat Kedai Buku Hasani. RM2.90 saja". Elok pulak dia berhenti menangis. 

Belum sempat Anim cari di kelas, tau-tau keesokan hari. buku baru dah ada dalam beg. Rupa-rupanya si anak paksa ayahnya beli buku tu di Kedai Buku Hasani petang tu jugak.

Apa cerita pulak hari ni?

Dia mengadu anaknya menangis tidak mahu ke sekolah kerana rakan sebelah sering mencubit.
Anim berjanji akan membuat siasatan.

 Budak Tahun 1...macam-macam kerenah yang kita jumpa. Tak pernah ada persamaan sejak 21 tahun bergelar guru Tahun 1

Rakan sebelah yang dimaksudkan mengangguk mengaku bila ditanya.
Nak tergelak bila mendengar jawapannya, mengapa dia berbuat demikian.

"Saya tak sukalah dengaq orang suka riau (menangis) Madam.Pening kepala dia riau, buku tak bawa riau, buku tak dok riau...saya cubitlah dia"

Laaa...tak jadi Madam nak marah. Iya tak iya...mek sebelah kamu tu memang suka menangis. "Sakit telinga" ke? Hahaha...kalau dah budak tu budak juga. Statement jujur!!

P/S Mereka dipisahkan setelah bermaaf-maafan 

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Saya tak suka dengaq orang riaula Madam..."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai