Home · About Me · Sitemap ·

I'm Back....

I'm back..I'm back..Lamanya tak update blog. Musim bermula persekolahan begitulah gamaknya. Bukan saja sibuk dengan persiapan anak-anak...si emak pun 2X5. Kalau tak caya, pi check cikgu-cikgu yang lain. Sibuk dengan segala alat tulis, pen baru, pencil case baru, beg pi sekolah baru, kalau boleh...baju baru, kasut baru, handbag baru..serba serbi baru. Untuk menimbulkan semangat dan azam baru sebenarnya kan????

Dalam sibuk menyiapkan segala buku rekod dan segala yang seangkatan dengannya [guru kelasle katakan]..syukur kehadrat Illahi kerana sakit tak sedap di perut sembuh sepenuhnya. Selepas ubat-ubat klinik pun tak jalan...Anim ke hospital juga. Bimbang juga kot2 ulcer di perut ke, naya kalau dah pecah. Doktor cuma kata mungkin radang usus [jangkitan bakteria di usus]..dan dek usia makin bertambah, sakit di perut tu lambat sikitlah nak baik..Hmmmm..saya insaf tuan doktor!!!

Dan nampaknya.....barulah pertanyaan Encik Suami tentang "hadiah yang diingini" sempena ulangtahun yang lalu...boleh difikirkan kembali. Betul jugak kata dia, "Abah tak tahu nak belikan apa...semua Ummi dah ada"... Hai, baru 21 kali sambut birthday [setahun waktu bertunang]...dah pening kepala nak fikir. Kita plan honeymoon ke2 boleh tak? Birthday Ummi pun dekat2 dengan anniversary kita.

Kita ke Kota Paris nak? Berada di atas Menara Eiffel seperti dulu-dulu?

Menyusuri keindahan sungainya

"Hmmm, tak maulah Ummi. Esok kita singgah kalau anak kita belajar kat Dublin. Abah nak bawa Ummi pi Mekah je sekarang".

P/S Biar bercita-cita tinggi daripada langsung tiada cita-cita..

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "I'm Back...."

  1. wellcome back nim... x leh lama sangat cuti .... nanti hilang mood terus... jom kita berblog ,meluahkan rasa hati...

    BalasPadam
  2. ibarat kereta lama tak start enjin..
    tersemput-semput bunyinya..
    hahaha...beku jap idea ku!!!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai