Home · About Me · Sitemap ·

Lambaian Kaabah


Keinginan Encik Suami untuk membawa si isterinya ke Mekah sudah lama. Almaklumlah, mendaftar di TH untuk menunaikan haji baru 2 tahun lepas Bila semak tarikh yang diberikan TH....aduhai umur Encik Suami dah lepas pencen baru dapat pergi. 

Maka berkatalah sang suami; "Kita pi buat ibadah umrah dulu nak?. Kita mohon pada Allah supaya dipercepatkan urusan pemergian haji...sementara badan masih kuat. Kesian mak dan bapak ...umur pun dah 66 dah". Mak dan ayah mertua telah menyuarakan keinginan untuk pergi menunaikan haji bersama anak sulungnya [Encik Suami]

Umrah pertama kami rancang pada Disember 2010 melalui travel tour yang beribupejabat di Penang. Salah seorang agennya ialah staff tempat Anim bertugas. Pemergian bersama Haji A yang turut membawa isteri dan 2 anak , membuatkan hati yang gelisah sedikit terubat. 

Pertama, pergi dengan orang yang dikenali . Kedua, dia mempunyai pengalaman ke Tanah Suci Mekah lebih 3 kali. Maka bermulalah episod seorang manusia yang jahil menyiapkan diri menjadi tetamu Allah. Ilmu kurang, mengadap buku-buku yang dibeli, membuatkan perasaan TAKUT menjelma. Secara teorinya dah resah....bagaimanakah menghadapi praktikalnya di sana. 

Dengan nasihat Haji A, Anim dan Encik Suami turut serta dalam program Kursus Haji dan Umrah yang diadakan di sekitar masjid di SP. Namun ibarat...bermula ditengah, tak tahu hujung dan pangkal...perjalanan mengikuti kursus amat meresahkan kerana banyak benda yang tak difahami. Maklumlah...duduk di SP baru setahun, bila penceramah guna loghat utara yang pekat...aduhai...berkerut dahi memahaminya.

"Bah, bimbangnya Anim dengan ilmu yang cetek ni. Kita dahlah first time nak peprgi. Ada orang pergi tak nampak Kaabah tau bah. Ada yang Allah tunjukkan azab di akhirat...ada yang diulangtayang kesalahan di dunia, ada yang terima "hukuman" di sana. [Peminat Mastika la katakan!]. Anim tak ingat dan hafal lah doa, bacaan di buku ini".

"Tak apalah. Pelan-pelan. Tak tahu..kita tanya mutawwif nanti. Kita mohonlah pada Allah. Kalau Allah nak tunjukkan sesuatu atau balasan buat kita...tak apalah. Sekurang-kurangnya kita tahu kesalahan kita.Berdoalah..."..[ayat yang menyedapkan hati sang isteri ....dan dirinya sendiri ]

Perjumpaan dengan tour travel yang turut mengadakan kursus umrah juga tidak menunjukkan kesan positif kerana rata-rata yang mendaftar ialah pak-pak dan mak-mak haji yang telah ke Mekah 2,3 kali. Perjumpaan lebih berkisar tentang mana tempat nak dilawat dan masalah-masalah berkaitan dengan keberangkatan pergi dan pulang. Anim nak bertanya soalan tentang umrah pun tak tahu bentuk soalan nak diajukan.

Benarlah kita sebagai tetamu Allah SWT hanya mampu merancang namun Dia lah yang menentukan.Visa umrah dan ziarah tidak dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi pada bulan Disember 2010.Maka menitislah airmata kami semasa menerima perkhabaran Haji A di telefon. Haji A meminta kami mengubunginya dengan segera untuk confirm umrah bulan Mac 2011 ini.

Namun agenda berubah sama sekali bila adik lelaki Anim di Rawang mengajak kami turut serta mendaftar umrah bersamanya sekeluarga dengan salah sebuah tour di KL.Kebetulan agen mutawwif tour [sering terpapar di suratkhabar] ni satu "kapal" dengan kami...sama2 Jawa daa...dia Jawa Muar. Dan kesempatan mengikuti kursus perdana Umrah di sebuah surau di Kajang minggu lalu anjuran tour travel berkenaan tidak kami abaikan. "Jauh pun jauhlah...Kita tengok macamana pengurusan agensi ini pulak."

Ada hikmah disebalik semua kejadian. Perubahan tour travel membawa seribu rahmat buat kami ber2. Kami diajar dari A hingga Z, dari mula berangkat keluar dari rumah hinggalah menjejakkan kaki ke Mekah. Kami diperlakukan sebagaimana layaknya.....individu yang pertama kali menjejakkan kaki di sana dan dibimbing satu persatu. Ibarat murid baru masuk sekolah....diajak "latih tubi" zikir, doa dan bacaan bersama-sama. Segalanya begitu jelas dan mudah. Rata-rata peserta juga muda-muda dan seusia dengan tuan punya blog... Tunjuk ajar dalam bahasa kebangsaan a.k.a bahasa Johor , doa dan bacaan yang dipermudahkan menambahkan keyakinanan dan membuatkan hati tidak sabar menjejakkan kaki  ke sana, insya-Allah.

P/S Mudah-mudahan dipermudahkan urusan untuk mengunjungi rumahMu, Ya Allah...Amin...Amin



Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Lambaian Kaabah"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai