Pakcik! Pakcik! Terdengar suara orang memanggil2 di pagar.
"Bah, Aci tu nak apa tu?" ( Aci selang 2 rumah dari rumah kami)
"Itik pakcik ada kat rumah saya"
Haaah....ooooo...hangpa lari dari rumah nooo!!!
Cepat betul mereka membesar. Si jantan (paling besar) bersama 2 betina tu dah pandai merayap. Depa dah pandai terbanglah katakan...pandai lak buat akrobatik, berdiri atas pagar. Suara tak ada macam angsa..tapi itulah teman penghibur Encik Suami.
2,3 hari lepas...terdengar Encik Suami berleter jugak kat depa..
"Ni dah pandai terbang, kejap lagi hilanglah deorang ni.Merayap rumah orang"
Nah....sudah jadi kenyataan. Macamana ni? Nak disembelih...nantilah dulu. Bagi besar sikit.
Tujuan bela pun sebenarnya mengikut nasihat Sheikh Abdullah, guru mengaji di BP dulu.
"Belalah ayam ke itik ke angsa ke di rumah. Boleh beri makanan yang tak habis kat binatang yang kita bela... jangan dibuang makanan. Rezeki lari nanti..."
Jujurnya tiada soal membazir makanan di rumah. Semuanya menjadi santapan bersama 3 itik Muscovy kami. Hinggakan ...sisa kulit ketam yang dimakan tu pun dikunyah-kunyah oleh itik-itik kami ni. "Sumber kalsium "
Itik-itik Muscovy ni jangan tak tau. Depa makan lalat....Haaaa...kalau tak kerana membela, mesti tak percaya kan? Dah bukti depan mata. Sebab tu, walaupun membela haiwan di rumah, tak ada lalat di belakang rumah.
Itik-itik Muscovy ni jangan tak tau. Depa makan lalat....Haaaa...kalau tak kerana membela, mesti tak percaya kan? Dah bukti depan mata. Sebab tu, walaupun membela haiwan di rumah, tak ada lalat di belakang rumah.
Tindakan drastik Encik Suami, gunting sedikit bulu pelepahnya.(tak sakit pun...)
Haaa...tulah, lari dari rumah..pelepah dah kena kerat, tak boleh terbang lagi!!!
P/S Menjerit anak-anak, "Eh, macam shuttlecock badminton ni"..Memangle anak-anak, shuttlecock tu dibuat dari bulu pelepah itik...(Pengetahuan baru buat mereka!!)
Belum ada komen untuk "Lari dari rumah ? Haa..kan dah kena...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai