Home · About Me · Sitemap ·

Ibadah Korban di SP

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Tahun ini berkongsi melakukan ibadah korban bersama beberapa staff Encik Suami di SP.  8.30 pagi Uddin dan Syawal dah menjengok sang lembu. 

Bersiap sedia. Sang lembu tak banyak kerenah. Senang "ditundukkan".

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar..Laa Ilaa Haillallahu Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilham. Disempurnakan oleh Ustaz Ibrahim.

 
 
Ni kerja staf lelaki . Bahagikan untuk semua. Sebahagian lagi....

 
Masak kenduri. Part ni serah kat staff lelaki  Gulai dan sup gear box

 Tuan tanah buang "ekor" cili aja...Alasan..tak bawa pisau. Huhu...mengelat!!

Makan time...ni paling teruja. Panas-panas cedok dari periuk.Tak toleh kiri kanan. 2 mangkuk sup gear box jadi santapan. Tak malu dah bila tiba part makan!!!

P/S Raya Haji memang meriah dan seronok disambut di sebelah utara .

Artikel berkaitan:

Ketagih Teh Tarik


Nak tahu mana tempat Anim bersembang dengan Encik Suami...bercerita tentang hajat dan impian atau cita-cita kami berdua? Bukan di atas sofa..bukan di dalam kereta..bukan di dalam kamar beradu! Kami berdua lebih suka bersembang sambil meneguk teh tarik di Restoran Nasi Kandar Hussain di Pekan Baru selepas kedua2 hero di rumah itu dihantar mengaji Quran selama 2 jam.

Banyak keputusan dan persetujuan dicapai di kedai Mamak ini. Banyak juga rancangan yang dibuat bila berdua-duaan di sini. Adakalanya...rancangan yang dibuat perlu dirahsiakan dari anak-anak kerana kedua2 hero Anim boleh tahan juga telinganya...silap2 rancangan "bocor" kerana seronoknya dia nak bercerita kat cikgu2 dia, atuk dan nenek di kampung (Si Abdul kecil le tu!). Apatah lagi rancangan kita itu melibatkan wang ringgit.  Mungkin ada ibubapa yang tidak sependapat dengan Anim..namun bagi Anim tak perlulah kita share 100% perancangan masa depan, wang ringgit, rahsia dan ketidakpuasan kita tentang sesuatu samada masalah negara, masalah kerja atau masalah keluarga dengan anak2. Tak eloklah kita "beban"kan fikiran mereka dengan masalah orang tua...

Katalah apa sahaja...teh tarik penyumbang kencing manis la...penyakit jantung la...obesiti la......nak buat lagu mana? Tak dapat secawan macam ada sesuatu yang kurang ...bukan banyak pun..segelas kecil ni saja sehari..jadilah.

P/S Encik Suami pun dah pening sebab Mrs. dia yang mengajak p pekena teh tarik ...

Artikel berkaitan:

Mercedes Museum@Stuttgart

 Stuttgart

 Mercedes Benz Museum. Disinilah syurga kereta.

Beratus koleksi kereta hebat dan menakjubkan dalam sejarah, dari koleksi kereta awal yang pernah dicipta sehinggalah ke koleksi kereta mewah yang dibuat untuk Maharaja Hirihito dan Pope Paul IV, koleksi-koleksi ini tidak tertara nilainya. Tak ketinggalan kereta edisi lama Formula 1 dan kereta-kereta lama yang pernah dilihat di filem-filem lama Inggeris...semua ada di situ. Muzium ini stylish dan senang nak meronda sendirian .

"Mercedes" tu sebenarnya diambil dari nama anak perempuan Karl Benz’s(founder)
 
Ketika tiba di ruang masuk ...terdapat seorang pembantu kiosk yang peramah dan baik hati memberikan Anim a recorded tour dalam bahasa pilihan kita. Tak perlulah pegawai penerangan mengikut kita ke sana sini. Pasang kat telinga...tape tu yang terang kat kita.

Ada 3 tingkat dan sepanjang jalan laluan kita terdapat banyak kereta dipamerkan. Wandering...3 tingkat lantai berkrom dan berkilat...Encik Suami dan Anim dah jadi macam zaman budak-budak 10 tahun..seronoknya ke sana sini..jengok sana..jengok sini, cuit sana..cuit sini.
Snap sana..snap sini...cuma zaman p ni digital kamera tak ada lagi. So...pendekata...filem kosong sentiasa tersedia dalam beg.

Ada nice boutique dan cafe (sempat minum secawan Cappuchino yang tidak semahal harga di Malaysia). Ada juga kedai di mana semua model mini kereta atau barangan Mercedes .Anim beli satu set pencil Mercedes Benz, satu cap dan satu model Mercedes Benz dan Volkswagen Beetle (tinggi dalam 15cm dan lebar dalam 30cm). Camnapun..model kereta Volkswagen Beetle sudah ranap dikerjakan mereka ber2. Tinggal Mercedes Benz sahaja yang ditinggalkan di Batu Pahat.

P/S Penat nak cerita kat anak2 fasal gambar-gambar dalam album...biar depa baca di blog Anim ni.

Artikel berkaitan:

Lalai sesaat......siaplah akibatnya

Tergerak untuk berkongsi pengalaman setelah terpandang satu adegan selesai bersarapan roti telur di hari ke2 Hari Raya Korban di Restoran Nasi Kandar Hussin. Sebenarnya adegan yang disaksikan itu memang melucukan...tapi bakal mengundang padah jika si malauan ada berhampiran.

 
 
Alkisah, ada cik Bedah yang sama2 bergerak ke kereta masing2 sambil menjinjing bungkusan makanan yang nak dibawa balik menyeluk beg tangannya untuk mencari kunci kereta. Seluk punya seluk, zip depan dibuka, zip belakang dibuka...masih tak ditemui!!! 

Anim yang sudah berada di dalam kereta menantikan Encik Suami yang stop di kedai menjual suratkhabar leka memerhatikan gelagatnya.Diletakkannya bungkusan makanannya di atas boot kereta dan operasi mencari kunci masih diteruskan. Kesian Anim lihat...kepala cik Bedah dah nak masuk dalam handbagnya..kuis sana kuis sini...last-last cik Bedah tonggengkan handbag itu di atas boot keretanya. Haah...wah...ni dah kes berat!! Hihihi...nampaklah segala "harta karun" yang keluar! Tapi...memang berhasillah...

Nasib baiklah bandar SP ni selamat kot dalam fikiran cik Bedah. Jangan cik Bedah...malang tak berbau. Tak pasal2 ada malaun yang kebas handbag cik Bedah tu kerana terpesona dengan kekalutan dan tindakan kurang bijak cik Bedah waktu itu. Meh Anim kongsi cara yang Anim lakukan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.


Kita orang perempuan ni memang tak boleh lari dari handbag. Sebab disitulah segala khazanah kita ditempatkan. 

Kalau kita berseluar...memang biasalah letak kunci dalam seluar. Tapi kalau berbaju kurung lengkap...cik Bedah kena displinkan diri. Kalau ada zip di belakang bag, biasakan yang itu tempat letak kunci kereta. 

Dalam handbang kan banyak compartment. Disiplinkan diri...handphone atau purse ada tempat masing2 yang tetap. Benda lazim yang dilakukan..lama2 jadi tabiat. Jadi, tak ada masalah bila mencari handphone, kunci kereta atau purse di dalam handbag.

P/S Masalah problemnya...orang pompuan ni banyak handbag.

Artikel berkaitan:

Tragedi Si Bapak Angsa

Sejak kembali solo selepas kematian pasangannya tempohari (di sini)..kesian pulak tengok si bapa angsa. Walaupun pintu pagar ternganga luas tidak berkunci...dia langsung tak ambil peduli. Tak kisah nak keluar merayap ke..ambil angin ke...tinjau-tinjau kawasan sekeliling ke...pendekata dia selesa berada di dalam kawasan berpagar, mengepak-ngepak kepaknya dan sesekali bising mulutnya bila terlihat kelibat burung atau si Belang atau si Hitam, kucing2 jiran sebelah yang lalu lalang dihadapannya.
---------------------------------------------------------------
Pagi semalam, Anim dan Mr.Hubby melihat si bapa angsa duduk di atas tanah. Tapi macam ada yang tak kena bila kelakuannya agak "pelik" sedikit. Bila Anim mendekatinya...ya Allah, terkejut bila Anim lihat ada sebiji telur terkeluar dari celah badannya. Menjerit juga dibuatnya. Dia sedang mengeram telur!!!!!! Anim dan Mr.Hubby kehairanan memikirkan bagaimana telur tersebut dapat dikeluarkan dari sarangnya dan apa motif si bapa angsa mengeram telur???
------------------------------------------------------------------------------
Sejak pasangannya mati, kami memang tak berkesempatan menjenguk sarangnya. Sarang yang agak lekuk ke dalam (depa sendiri punya kerjalah..."mencangkul" tanah dengan paruhnya dan menimbuskan telur-telurnya dengan dedaun dan reranting kecil)..menyebabkan kami sendiri tak terperasan akan kewujudan sarang pengeraman telur tersebut.  
"Kesiannya bah, agaknya si bapak ni nak ambilalih tugas pasangannya kot"
"Dia tolak keluar telurnya dari sarang dengan paruhnya ni, pandainya...."
"Tapi, akal si jantan lah katakan. Dieramkan atas tanah..dahlah becak dek hujan"
--------------------------------------------------------------------------------
Mr.Hubby mengambil telur yang "dieramkan" si jantan tadi..dan digoncang2kan.
"Kosong dah telur ni...telur tembelang ni..tak jadi"
"Buang ajalah...kesian pulak si bapak angsa ni...gila nanti,.. mengharapkan anak2nya menetas"
2 lagi telur (juga ringan bila digoncang) pun turut dibuang. Tak tahulah mana pergi 3 biji telur lagi sebelum ini yang dieramkan oleh si betina..Kesian si jantan!
--------------------------------------------------------------------------------
Petang itu juga kami meninjau kedai menjual haiwan sekitar Sg.Petani. Hmmm..tak jumpa angsa. Terjumpa sepasang anak angsa di sebuah kedai tapi sudah bertuan.
"Dia sudah 3 bulan order. Haiyaa...itik ang (bahasa Kedah) payah mau dapat..Orang banyak mau tapi tarak oooo." Patutlah anak angsa sebesar penumbuk Anim ni saja dijual RM80 sepasang... Akhirnya..kami carikan peneman buat si bapa Angsa...
3 ekor anak itik Muskovy (pedaging) yang dibeli di Gurun. Buat peneman si bapa Angsa yang kesepian.

P/S Kena letak dalam sangkar dulu. Itik2 itu masih kecil...si bapa angsa pulak masih belum serasi. Dipatuk-patuknya juga "anak-anak angkat"nya itu. Tunggu besar sikit...baru boleh lepas bebas...


Artikel berkaitan:

Restoran Briyani Gam@Perdana Height


Nak makan Briyani Gam? Tak payahle balik Johor semata2 nak pekena Briyani Gam Batu Pahat. Kat Sg.Petani ada 2 restoran  yang menjual briyani (kecuali restoran mamak) yang memenuhi selera tekak Anim. Restoran pertama ialah Restoran Ishar di Taman Sejati (tuanpunyanya orang Peserai, Batu Pahat). Satu lagi restoran Briyani Aqeem berhadapan IKM Sg.Petani (adik tuanpunya Restoran Ishar)

Hari ni selepas kelas terakhir di OUM, Encik Suami bawa Anim dan anak2 (yg kelaparan menunggu Anim) ke restoran Nasi Beryani Gam di Perdana Height, Sg.Petani yang terletak tak jauh dari bangunan OUM Amanjaya, Sg.Petani. Restoran ni baru dibuka. Makanan yang paling best...makan waktu kita lapar!!!!  Kalau ikut tekak kami ber2 (orang B.Pahat, Johor)..nasi okey. Lauk kambing okey..lauk ayam saja tak kena dengan tekak sebab rempah tak meresap ke ayam. Ayam goreng kampung tak try pulak sebab takut liat (tak pe...lain kali boleh cuba)

 Boleh tahanlah sedapnya. Orang memang ramai...keadaan restoran yang sempit, dengan meja serta kerusi disusun rapat saja mengundang ketidakselesaan di waktu puncak. 
Inilah restoran Nasi Briyani pertama di Sg.Petani yang tak perlu beratur untuk ambil makanan (rasanya)

P/S Ini restoran Nasi Briyani Gam Johor Bahru. Ada sedikit perbezaan dengan Nasi Briyani Gam Batu Pahat.

Artikel berkaitan:

Menu burung wak wak


Burung wak-wak atau nama lainnya burung ayam-ayam (ada yang panggil ruak-ruak) ni adalah antara spesis yang dilindungi. Kena ada lesen nak menangkap. Istilah yang digunakan ialah "mendekut" (bunyian menggunakan seruling aka serunai). 

Cuti hujung minggu ni...ada pulak rezeki burung wak wak dari seorang teman. (Jangan tangkap saya ya pihak mergastua...saya tak bersalah!! Musuh jangan dicari..rezeki jangan ditolak)  Siap dah di sembelih dan diproses. Tinggal masak saja katanya.

Menu paling simple. Kisarkan bawang merah + bawang putih + halia + sedikit kunyit + ketumbar + jintan manis. Jangan lupa garam. Lumurkan rata-rata. Goreng.

Burung wak-wak goreng menu untuk dinner malam ni. Rasa dagingnya liat-liat sedikit (ni mesti dah berusia burung nih)  Rasa daging macam ayam kampung

Macam-macam cerita "segham" fasal burung wak-wak nih. Mana taknya...
nak tangkap pun khabarnya...
~ waktu malam@senja je boleh tangkap
~ kena guna serunai nak panggil burung nih untuk masuk perangkap jaring
(agaknya sebab tu timbul cerita hantu pun mai jugak)
~ jangan tamak masa menangkap ni. Kalau tak...ada burung hitam besar yang datang

P/S Cara moden ~ depa gunakan kaset yang telah dirakamkan bunyi 'dekut' menggantikan seruling .

Artikel berkaitan:

Alasan Syawal...


Cuti persekolahan panjang akan bermula minggu depan. Merancang untuk menghantar si Abdul sulung yang akan naik Tahun 4 tahun depan ke Kem Ibadat Cuti Sekolah yang dijalankan Ustaz Aqmal . Cuti sekolah...pastinya dia di depan TV, Channel kartun,  bermain game, bermain robot, bermain itu, bermain ini dan segalanya aktiviti BERMAIN.Kalau tengok tentatif program oleh Ustaz, Anim menaruh harapan niat Anim akan membawa perubahan +ve terhadap sikap manja dan penakutnya (nak ke bilik air pun nak berteman)

Malam tadi, buka mulut depan dia tentang niat murni Anim tu.Menggeleng-geleng kepala bila Anim beritahu si adik tak dapat ikut kerana dia belum cukup umur. Puas Anim memujuk namun dia masih tidak memberikan respon positif. 

Si abang ni memang berat mulut. Payah nak dengar suara dia baik di sekolah mahupun di rumah. Tangan dan kakinya sahaja yang berjalan. 

"Bagitau Ummi kenapa tak mahu pergi .Ummi nak dengar alasan "

Dia masih menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kalau tak mahu cakap...tulis atas kertas. Apa sebab tak mau pergi?"

Ntah apa yang tergambar di fikirannya bila dia berlalu pergi ke meja tulisnya.

Hmmm...anak...anak..Orang serius jadi nak tergelak pulak. Nampak pendiam, tapi loyar buruk!!!


P/S Belang dan Hitam ialah kucing2 orang sebelah yg selalu bermain2 dengan dia!


Artikel berkaitan:

Tragedi Angsaku..

Tragedi petang semalam ....Terkejut bila melihat angsa betina sudah terbujur kaku. Kasihan dan sedih melihat si jantan setia berdiri disamping pasangannya itu.Marah nampaknya si jantan bila Encik Suami cuba mengambil bangkai si betina. Nak disudunya kita. Alahai...tak ada rezeki lagi menimang "cucu baru"

Kata Encik Suami, faktor cuaca mungkin menyebabkan semua 6 biji telurnya yang dieramkan hampir sebulan tidak menetas. Kerap hujan di Sg.Petani dalam bulan ni. Mak angsa ni perangainya pelik..Bila mengeram, tak makan dan tak minum. Agaknya bila telur2nya tak menetas...dia frust amat sangat. Keluar dari sarangnya..dalam keadaan tidak berdaya dan menemui ajal di depan pasangannya.Macam mati beragan lah.

Mati beragan? Apa tu? Maksudnya lebih kurang mati dalam keadaan hajat tak kesampaian @ mati kempunan@ mati mengejut, tak sakit tak apa..tiba dah terbujur kaku.

Si Belang, kucing orang sebelah rumah pun ikut sama menyaksikan "funeral". Kasihan si angsa jantan.. Ustazah Rumlah yang dah booking anak2 angsa yang bakal menetas tu..masih tak nak mengalah bila Anim ceritakan tragedi petang semalam. "Tak apa..si bapak angsa pun kak nak beli, nanti kak carikan pasangannya."

P/S Encik Suami bercadang nak bela ayam turki@ ayam belanda @ ayam api-api pulak..sabo ajalah...

Artikel berkaitan:

Mee Udang@Kuala Sepetang

 Kuak udang laut..baru nampak mee. RM8.50 mee udang special nih

Timbul nama Mee Udang Kuala Sepetang bila bertanyakan makanan yang best kat receptionist selepas check in di Taiping Golf Resort. Dia kata Mee Udang Kuala Sepetang pernah masuk TV3.Teruja nak compare dengan Mee Udang Pulau Sayak di Kuala Muda & Mee Udang di Sg.Dua .

Perjalanan (hujan renyai2) lebih kurang 30 minit dari TGR ke Kuala Sepetang...menemukan beberapa restoran/gerai menjual Mi Udang di tepi jalan. Alahai...napelah lupa tanya adik tu tadi nama gerai yang ummphh. Kami mencari gerai yang banyak kenderaan parking di depan gerai. Psikologi tu..gerai yang ramai pelanggan..tu yang biasanya sedap. 

1st kami jumpa Mak Teh Mee Udang. Penuh pelanggan di gerainya . Anim minta Encik Suami terus memandu. Tak jumpa, u-turn sajalah nanti. And then 2nd gerai tertera Pak Hashim Mee Udang. Ramai juga pelanggan. Tak tergerak hati pula nak berhenti. Last stop, jumpa gerai ke 3. Nak tau sebab apa kami berhenti singgah?

Signboard MAK JAH dari kulit kerang ni menarik perhatianRamainya pelanggan. Tak putus-putus keluar masuk. 
 
 Si Abdul dengan nasi goreng udang specialnya

P/S Kalau yang ni dah buat Anim teringat2...tak taulah perbezaannya dengan 2 gerai mee udang lain lagi yang belum sempat dirasa tu... Nak compare dengan Pulau Sayak...ibarat memilih intan dan permata..Dua-dua sedap!!!!


Artikel berkaitan:

From Taiping With Luv

Cuti Deepavali , bawa 2 Abdul ke satu2nya zoo yang terletak di sebelah utara iaitu Zoo Taiping & Night Safari di Taiping (depa tuntut janji !!)
Terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping dan berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill).
 Abah dan Ummi nak jalan kaki sambil exercise tapi 2 Abdul nak naik train..Alahai...tengoklah queue tu nak ooii....

 
 Tunggu je lah...dah namanya public holiday pun!

Dah namanya zoo...binatang lah semua.

 2 Abdul nak pergi lagi malam nanti (Night Safari). Tapi dek abah dan ummi dah tak "larat" nak tengok haiwan2 di zoo...umpan membeli item yang mereka minati ni telah berjaya memujuk mereka.

"Sama je singa, harimau, gajah waktu siang dengan waktu malam. Malam2 bukannya nampak....musim hujan ni, semua duduk dalam rumah masing2...macam kita juga. Deorang tak keluar, sejuk"...

P/S Encik Suami kata dia dah "tua" untuk ke zoo..Kalau 10 tahun lalu..mungkin seronoklah sikit. "Kita dapat anak dah usia tua bah...ikutkan sajalah..".


Artikel berkaitan:

Banjir @ Kota Setar Part 2

~ A picture is worth a thousand words ~

 
 
 
  
 
 
 
 
 

P/S Simpati buat mereka yang terjejas banjir...


Artikel berkaitan:

Banjir @ Kota Setar Part 1

Pengalaman menempuhi banjir besar di Johor 3 tahun lalu masih tergambar diingatan. Walaupun Anim bukanlah antara mangsa yang berada di pusat pemindahan banjir tetapi kesusahan dan kepayahan sahabat handai dan saudara mara yang terlibat menginsafkan diri sendiri. Anim turut bersimpati dengan semua mangsa banjir di daerah Kota Setar, Kedah
(Gambar ihsan Mr.Hubby semasa membuat lawatan ke kawasan berkenaan semalam)


 Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas








P/S   Kagum dengan ketabahan mangsa banjir.....
 

Artikel berkaitan: