Cuti persekolahan panjang akan bermula minggu depan. Merancang untuk menghantar si Abdul sulung yang akan naik Tahun 4 tahun depan ke Kem Ibadat Cuti Sekolah yang dijalankan Ustaz Aqmal . Cuti sekolah...pastinya dia di depan TV, Channel kartun, bermain game, bermain robot, bermain itu, bermain ini dan segalanya aktiviti BERMAIN.Kalau tengok tentatif program oleh Ustaz, Anim menaruh harapan niat Anim akan membawa perubahan +ve terhadap sikap manja dan penakutnya (nak ke bilik air pun nak berteman)
Malam tadi, buka mulut depan dia tentang niat murni Anim tu.Menggeleng-geleng kepala bila Anim beritahu si adik tak dapat ikut kerana dia belum cukup umur. Puas Anim memujuk namun dia masih tidak memberikan respon positif.
Si abang ni memang berat mulut. Payah nak dengar suara dia baik di sekolah mahupun di rumah. Tangan dan kakinya sahaja yang berjalan.
Si abang ni memang berat mulut. Payah nak dengar suara dia baik di sekolah mahupun di rumah. Tangan dan kakinya sahaja yang berjalan.
"Bagitau Ummi kenapa tak mahu pergi .Ummi nak dengar alasan "
Dia masih menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Kalau tak mahu cakap...tulis atas kertas. Apa sebab tak mau pergi?"
Ntah apa yang tergambar di fikirannya bila dia berlalu pergi ke meja tulisnya.
Hmmm...anak...anak..Orang serius jadi nak tergelak pulak. Nampak pendiam, tapi loyar buruk!!!
P/S Belang dan Hitam ialah kucing2 orang sebelah yg selalu bermain2 dengan dia!
Belum ada komen untuk "Alasan Syawal..."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai