Sejak kembali solo selepas kematian pasangannya tempohari (di sini)..kesian pulak tengok si bapa angsa. Walaupun pintu pagar ternganga luas tidak berkunci...dia langsung tak ambil peduli. Tak kisah nak keluar merayap ke..ambil angin ke...tinjau-tinjau kawasan sekeliling ke...pendekata dia selesa berada di dalam kawasan berpagar, mengepak-ngepak kepaknya dan sesekali bising mulutnya bila terlihat kelibat burung atau si Belang atau si Hitam, kucing2 jiran sebelah yang lalu lalang dihadapannya.
---------------------------------------------------------------
Pagi semalam, Anim dan Mr.Hubby melihat si bapa angsa duduk di atas tanah. Tapi macam ada yang tak kena bila kelakuannya agak "pelik" sedikit. Bila Anim mendekatinya...ya Allah, terkejut bila Anim lihat ada sebiji telur terkeluar dari celah badannya. Menjerit juga dibuatnya. Dia sedang mengeram telur!!!!!! Anim dan Mr.Hubby kehairanan memikirkan bagaimana telur tersebut dapat dikeluarkan dari sarangnya dan apa motif si bapa angsa mengeram telur???
------------------------------------------------------------------------------
Sejak pasangannya mati, kami memang tak berkesempatan menjenguk sarangnya. Sarang yang agak lekuk ke dalam (depa sendiri punya kerjalah..."mencangkul" tanah dengan paruhnya dan menimbuskan telur-telurnya dengan dedaun dan reranting kecil)..menyebabkan kami sendiri tak terperasan akan kewujudan sarang pengeraman telur tersebut.
"Kesiannya bah, agaknya si bapak ni nak ambilalih tugas pasangannya kot"
"Dia tolak keluar telurnya dari sarang dengan paruhnya ni, pandainya...."
"Tapi, akal si jantan lah katakan. Dieramkan atas tanah..dahlah becak dek hujan"
--------------------------------------------------------------------------------
Mr.Hubby mengambil telur yang "dieramkan" si jantan tadi..dan digoncang2kan.
"Kosong dah telur ni...telur tembelang ni..tak jadi"
"Buang ajalah...kesian pulak si bapak angsa ni...gila nanti,.. mengharapkan anak2nya menetas"
2 lagi telur (juga ringan bila digoncang) pun turut dibuang. Tak tahulah mana pergi 3 biji telur lagi sebelum ini yang dieramkan oleh si betina..Kesian si jantan!
--------------------------------------------------------------------------------
Petang itu juga kami meninjau kedai menjual haiwan sekitar Sg.Petani. Hmmm..tak jumpa angsa. Terjumpa sepasang anak angsa di sebuah kedai tapi sudah bertuan.
"Dia sudah 3 bulan order. Haiyaa...itik ang (bahasa Kedah) payah mau dapat..Orang banyak mau tapi tarak oooo." Patutlah anak angsa sebesar penumbuk Anim ni saja dijual RM80 sepasang... Akhirnya..kami carikan peneman buat si bapa Angsa...
3 ekor anak itik Muskovy (pedaging) yang dibeli di Gurun. Buat peneman si bapa Angsa yang kesepian.
P/S Kena letak dalam sangkar dulu. Itik2 itu masih kecil...si bapa angsa pulak masih belum serasi. Dipatuk-patuknya juga "anak-anak angkat"nya itu. Tunggu besar sikit...baru boleh lepas bebas...
Belum ada komen untuk "Tragedi Si Bapak Angsa"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai