Assalamualaikum wbt....
Sekolah Anim sebelah kubur. Perkara biasa kalau kami lihat secara live urusan pengkebumian dari awal hingga akhir.
Sekolah Anim juga sebelah masjid. Jangan kata azan, takzirah Subuh di masjid (kalau mai awal) boleh dengar dengan jelas.
Sessi persekolahan Tahap 1 tamat jam 1.15 tengahari. Bulan ni waktu solat Zuhor awal sedikit. So, dalam 1.04 tengahari akan kedengaran azan dilaungkan.
Andai waktu akhir tu Anim ada kelas, maka pengajaran dan pembelajaran (pdp) akan berehat sebentar tanda menghormati azan. Lepas azan, Anim akan baca doa dan anak-anak Tahun 1 @ Tahun 2 akan mengaminkannya:))
Namun, dah nama budak . Minta diam tanda hormat pun masih ada yang nak bercakap, nak mengusik kawan, nak bergurau. Dengan lain perkataan, ada yang masih tak tahu duduk diam.
Macamana nak fahamkan anak murid berusia 7 tahun dan 8 tahun ni tentang menghormati azan.
"Kamu kena diam diri waktu azan. Jika tidak, Allah akan kelu kan lidah kamu waktu nak mati"
Ishh, kelu pun belum tentu faham maksudnya apatah lagi nak cerita hal apabila berada di ambang kematian.
"Kamu takut pada azan tak?" Anim memulakan bicara.
Masing-masing menunjukkan muka kehairanan. Ada juga yang tersengih-sengih. Apa soalan cikgu ni...takkan dengan azan pun nak takut.
"Kamu tahu tak, ada yang lari ketakutan sampai terkentut-kentut bila dengar azan"
Mereka tertawa kecil. Ish...budak-budak kecil ni memang macam tulah. Cikgu mesti buat lawak nih...
"Syaitan, makhluk yang paling jahat cukup takutkan azan. Syaitan anggap azan itu sesuatu yang besar dan menakutkan. Sebab tu Syaitan lari terkentut-kentut bila dengar azan"
"Azan bukan saja beritahu masuk waktu solat. Itu panggilan dari Allah. Sebab tu kena diam, kena hormat, kena jawab seruannya "
Mudah-mudahan mereka faham...
Oh ya...jawapan untuk soalan di atas :
Syaitanlah yang lebih takutkan azan berbanding manusia. Cuba lihat manusia. Masa azan berkumandang tu lah, masuk kedai makan, masih duduk bersembang di gerai, masih mencari barangan di pasar malam tanpa ada usaha nak memenuhi panggilan Allah dengan bersegera ke masjid atau surau berdekatan. Bukan saja tak takut, tak lari, malah tak endah panggilan Allah itu. Berani sungguhkan kita yang jadi manusia ni ...
P/S Sabda Nabi: "Jika engkau mendengar suara azan, maka penuhilah panggilan Allah itu"
(HR Thabrani)
Tapi yg hairannya kalau di tanah suci sebaik azan semua boleh pulak berhenti terus tinggalkan apa pun juga yg dikerjakan kan Anim. Tak kiralah budak kecik pun tahu berhenti main. Penerapan sebenarnya kena buat sedari kecil. At least Anim dah jalankan tanggungjawab bagi mereka menghormati azan. Untung Anim banyak peluang mendidik rohahi anak-anak mentah...
BalasPadamAsalam Cg Anim..terima kasih kerana mengingatkan..sekolah Etuza jg dekat bawah ada surau laungan azan paling ditunggu waktu johor
BalasPadamsyaitan lari msk jamban sbb tu jgn msk jamban time azan
BalasPadamBetul kata Kak Zakie tu kan kak... kat Mekah serta merta aktiviti keduniaan terhenti bila saja masuk waktu sholat @ bunyi Azan...mgkin sdh diterapkan dari kecil kan...
BalasPadamkena ajar anak2 dr kecil utk menghormati azan dan terangkan pada mereka..
Assalamualaikum,
BalasPadamBukan hanya budak2 tidak dinafkan, kadang kala diri ini pun bagaikan lalai dan leka tatkala azan berkumandang. Terima kasih... InsyaAllah, sama2 kita mempertingkatkan diri menjadi muslim yg lebih sempurna.
www.dammahumnib.com
betul sgt kata2 akak tu
BalasPadamLor... sy ingat kn manusia yg takut azan.
BalasPadamSebab bila azan depa "lari" dari masjid.
Mcm kak ckp... rilex je masuk kedai mkn x rasa bersalah...
Huhhhu
Bukan budak kecik jer yg tak faham Nim....org tua pun kekadang sama...
BalasPadamkalau kita perlu hormatkan panggilan ibu bapa , maka panggilan Allah juga perlu ... anak2 perlu diingatkan dan diberitahu ...
BalasPadamBetullah tu, Anim. Sejak kecil lagi kena terapkan takut bila dengar azan ni. Kena hormat, kena berdiam diri. Kena cepat-cepat tunaikan solat. Tapi dah makpak, orang tua pun bukan main tak hairan dengan azan, nak buat macamana...
BalasPadamkalau sdh azan sebaiknya tinggalkanlah semua aktivitas
BalasPadam