Assalamualaikum wbt...
Forum perdana SS Dato' Syeikh Baderuddin Hj Muhammad, Mufti Negeri Kedah dan anaknya Ustaz Ahmad Husam di Masjid Kuning, SP malam 13 November 2015.
Nak share cerita Ustaz Husam kerana Allah Taala. Anim taip dan share ceritanya malam itu dalam WhatsApp. Hari ini copy paste untuk blog pula. Semoga Allah jauhkan dari niat menunjuk diri ..
@@@@@@@@@@@
Berlaku pada hari Jumaat, hari pertama Ramadan yang lalu.
Balik berkhutbah di Cherok Tok Kun. Tiba rumah, isteri ajak p bazar Ramadan.
Ditakdirkan tak dapat parking, isteri saja yang turun ke bazar manakala dia menunggu dalam kereta.
Ambil peluang dengar bacaan Quran dalam kereta. Waktu itu Sheikh baca surah Dhuha.
Bila tiba pada ayat [93:10] وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ
{Adapun orang yg meminta bantuan maka janganlah engkau tengking herdik]
dia paused bacaan itu sebentar. Dia teringat kata Tok Guru zaman dia belajar dulu, kalau ada orang meminta sesuatu dari kita, kita tak tau yang meminta itu siapa.
Tiba-tiba tingkap kereta sebelah kirinya diketuk. Ada seorang lelaki Pakistan berjubah. Lelaki itu (Salman) minta sumbangan untuk madrasahnya di Pakistan. Tambah Salman, di madrasahnya menempatkan 400 orang lumpuh dan 1000 anak yatim.
Ustaz Husam bertanyakan dokumen yang ada . Lelaki tu menunjukkan gambar-gambar yang ada. Bila dibelek, macam biasa nampak. Ni mesti gambar yang diprint dari internet. Biasa dah dengan taktik yang digunakan peminta derma di Kedah sebelum ni.
Ustaz Husam jerkah dan kata lelaki itu tipu. Tiba-tiba lelaki itu membaca ayat 10 dari surah Adh-Dhuha. Tersentak Ustaz. Dia beramal dengan ayat itu. Sekarang Allah nak uji dia.
Ustaz buka beg. Ada RM2000 duit untuk bayar hutang kereta. Ustaz bagi kesemua RM2000 kat lelaki tu. Lelaki itu berdoa panjang kat luar kereta.
Rupa-rupanya isteri Ustaz perasan dari jauh. Balik ke kereta dan tahu perkara itu, isteri Ustaz kata tak apa, Insha Allah, Allah akan gantikan duit itu.
Buka puasa, Ustaz bersiap untuk ke tazkirah di Sg Petani. Bila dia buka beg, terkejut bila duit RM2000 masih ada dalam beg itu.
Dia bertanya isterinya, bagaimana rupa lelaki yang dilihat isterinya. "Lelaki berjubah, berserban putih tutup kepala"walhal lelaki yang mengetuk cermin kereta yang dilihatnya ialah lelaki berjubah dan berkopiah ..
Wallahua'lam.
P/S (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati....Al Baqarah ayat 263
Subhanallah.... tak semua org dpt peluang seperti itu
BalasPadamSudah banyak dah iktibar dan ibrah yg kita dpt dari bersedekah ni.
Sekarang ustaz Husam sedang di uji dengan dunia politik Anim..
Belum nampak hikmahnya kita tunggulah...
kakzakie mmg ikut semua perkembangan politik ya..heee
PadamAhmad Husam Dato Baderudin @ Husam Musa yang kakzakie maksudkan:))
PadamSalah orglah Anim.
PadamNama kebetulan sama pulak..
sebab terlalu banyak sindiket yg salah gunakan erti meminta sumbangan tu yang jadinya gitu..
BalasPadamtapi selalu baik sangka.. insyallah.. ada rezeki lebih memang boleh bagi =)
rezeki kongsi bersama..
kalau difikir2..tentu ada sebab Allah datangkan seseorang pada kita kan..
Padammemberi tak akan buat kita papa
BalasPadamberi RM200 tu maybe tak fikir panjang..tapi kalau RM2000 dan ada niat nak bayar hutang, payah nk buat. kak anim le tu:))
PadamAnim, kesibukan dunia buat akk rindu ke sini tetapi akhirnya Allah bagi ruang Alhamdulillah
BalasPadamKedekut tak akan membuat kita kaya tapi menyerah semua yg ada dalam simpanan ketika itu memerlukan keyakinan yg sangat tinggi dan tak semua hamba yg lemah mampu melakukannya...
BalasPadamKalau kita yakin dengan hikmah dan kuasa sedekah, pasti kita akan memberi tanpa berkira berapa nilai dan pada sesiapa yg memerlukannya.
BalasPadamTapi kita ni mudah lupa dan terleka...Cakap memang mudah tapi nak buat teramat payah...huhu.
Kita tak perlu tunggu kaya baru nak menyumbang.
BalasPadamDalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki ada tulis untuk nak kaya kita perlu selalu menyumbang.
Wallahualam.
kedekut tak bawa ke mana2....
BalasPadamSubhanallah..
BalasPadamtak rugi bersedekah.. pasti Allah memberi yg lebih baik...
Assalamualaikum....
BalasPadamRasa tersentuh pula baca artikel ini....tidaklah sampai kata yang memohon sumbangan ni menipu....cuma kekadang x dapat hulur banyak sebab kekadang kita pun x cukup....
Allahuakbar...
BalasPadamSpeechless nya sy kak
tq atas perkongsian ini... sesuatu utk kita sama2 fikirkan
BalasPadammemberilah seikhlas hati.. tidak rugi memberi sedekah..
BalasPadamSaya pun selalu macam tu, Anim. Susah nak percaya bila sesiapa aje datang meminta sedekah. Bukan tak mahu beri tapi hati ni kadangkala terdetik yang bukan-bukan ~ 'buat apa nak beri, nampak macam sindiket aje!', 'ish, ya ke ni muslim, lain macam aje!' 'daripada bagi kat dia, lebih baik aku bagi kat anak yatim!', 'nak buat apa bagi derma untuk kepentingan orang di luar sana, sedangkan rakyat Malaysia pun lagi ramai yang memerlukan bantuan!'
BalasPadamMacam tulah lebih kurang. Susahnya nak mendidik hati ni supaya jangan berprasangka dan bersangka baik ajelah...
Bila tiba bab macam ni kita kena lapangkan hati beri tanpa perlu berbekas dihati tak bagi banyak sedikit pun tak apa asal membantu lepas tu tutup mulut tutup juga hati dari terdetik yg bukan-bukan semuanya kerja Allah...
BalasPadam