Assalamualaikum wbt...
Selesai ambil kereta Anim di workshop, kami sekeluarga singgah satu masjid di tengah pekan SP untuk solat Maghrib.
Dek kerana belum masuk waktu Maghrib lagi, ramai yang ambil kesempatan solat tahiyatul masjid.Ruang solat wanita hanya dipisahkan dengan tabir nipis jarang. Boleh nampak jemaah lelaki bersolat.
Ada sorang hamba Allah (lelaki) bersolat bersama anaknya. Nak kata solat sunat tahiyatul masjid, si ayah duduk pula selepas rakaat pertama. Manakala si anak terus bangun untuk rakaat kedua. So, ayah solat satu rakaat sajalah..
Selesai azan Maghrib, jemaah mula menyusun saf namun si ayah masih berada di tempat dia duduk tadi. Si anak pula sudah bergerak ke hadapan menuju saf pertama. Kenapa pula si ayah masih duduk lagi? Kenapa masih berlengah-lengah lagi?
Solat Maghrib berjemaah sudah dimulakan. Sorang demi sorang, jemaah yang baru tiba memenuhkan saf. Dari satu saf, sudah jadi dua saf. Si ayah yang duduk tadi kemudiannya bangun dan bergerak ke belakang namun masih belum berada dalam saf. Apa pula yang dicarinya?
Si ayah masuk pintu keluar pintu. Kalau ada yang memerhatikan gerak gerinya sejak awal, mungkin curiga. Kurang sihat ke dia ni?
Nak masuk rakaat kedua, barulah si ayah masuk saf. Dia akhirnya memilih saf paling hujung dan tiada jemaah lain solat dibelakangnya.
Apa yang dapat anda simpulkan tentang perlakuan si ayah?
Agaknya kalau kita terperasan kelibat si ayah dan anaknya dari awal, akan tertanya-tanya mengapa dia berlengah-lengah solat berjemaah, mengapa dia memilih untuk berada di saf kedua walhal dia boleh berada di saf pertama bersama anaknya dan kenapa pula memilih untuk jadi makmum masbuk?
Nak tahu tak , si ayah yang Anim maksudkan ialah Encik Suami sendiri. Tergelak bila Encik Suami dan 2 Abdul buka cerita sebenar dalam kereta sebaik keluar masjid.
Alkisah, masuk masjid, depa solat tahiyatul masjid. Masa sujud rakaat pertama, dia terdengar bunyi koyak (serupa citer Pendekar Bujang Lapok, huhu). Dalam hati dah cuak, alamak, seluar dah koyak! Tu yang dia ambil keputusan terus duduk.
Lepas si Abdul kecil sudah solat, dia bertanyakan si anak, dengar tak bunyi apa-apa tadi. Si Abdul kata, dengar bunyi seluar koyak, huhu.
Nampak sangat masing-masing solat tak khusyuk, hee. Sorang perasan seluar koyak. Sorang lagi perasan bunyi "prap",,haha..
Silap Anim juga. Masa menggosok, perasan dah seluar ni koyak di punggung ( sebelum ni tak sebesar seperti gambar di atas). Konon2, gosok dulu baru nak jahit. Lepas tu lupa asing....hmmm, nak jadi cerita..
Dia kemudian keluar cari kain pelikat dalam kereta. Selalunya ada kain pelikat spare. Malangnya, dek memikirkan kereta akan duduk dua hari dalam workshop, Anim dah,keluarkan harta karun dalam kereta.
Masuk dalam masjid semula. Jumpa satu kain pelikat dalam masjid, tapi tak selesa pula nak sarung. Lama tak cuci gamaknya.
Akhirnya tunggu line clear dan pasti tiada orang di belakangnya, barulah dia masuk saf. Kata dia lagi, dia tak mahu orang di belakangnya (kalau ada) terganggu kekhusyukan gara-gara ternampak seluar yang terkoyak lebar itu waktu rukuk dan sujud . Kalau tengah qiyam oklah kerana tertutup oleh kemejanya,
Ish..kalaulah lelaki itu bukan suami Anim dan Anim tak tahu cerita sebenar, pasti Anim sendiri dah lakukan dosa hati dengan menyangka yang bukan-bukan.
Lepas tu, Anim bayangkan, selesai solat dan masuk ke kereta, Anim akan memulakan perbualan. Bila perlakuan lelaki itu menjadi bahan perbincangan, sudah jadi ghibah. Kalau Anim buat kesimpulan tak betul, jadi fitnah pula. Parah...parah.
Amaran dari Allah
P/S Bukan senang nak husnuzon. Suuzon selalu menang!
Betul tu kak... xkuat hati x kuat iman... mcm2 yg setan nk sumbatkn dlm kepala ni
BalasPadamNak buang bersangka-sangka memang payah.....janji sangkaan tu sangkaan baik...
BalasPadamAllahuakbar...
BalasPadamKisah yg mungkin kecil dan biasa2... tapi ibrahnya ...
Huhuhu... sgt terkesan di hati...
Masya-Allah... kakak baca gelihati tau Anim
BalasPadamMemula tu kakak tak dpt fikir kenapa. Sebab si anak macam lebih pandai dari si ayah (bab solat satu rokaat hihi...). Kisahnya ada cerita. Kalau dah nak terkena tak boleh nak kata apa kan:)
hihihi..geli hati jugak baca entry ni kak..
BalasPadammula2 memang dah syak awat beliau sholat mcm tu kan..hish...(hati ini senang2 nak buat kesimpulan)... bila baca part2 last tu baru tahu kejadian sebenar.... ya Allah memang takut kan bila kita mudah sgt buat kesimpulan atas sesuatu perkara... penting bersangka baik...:)
Kikiki.....nak tergelaklah Nim tengok seluar tu.....Besar betul koyaknya tu. Awak pun mesti tak khusyuk kan....yelah sampai raakat ke dua pun masih sempat perati
BalasPadamhati manusia mmg suka bersangka buruk tanpa mengetahui asbab sebenar . lbh baik jgn ambil tahu klu x berkaitan ...
BalasPadamBila tahu cerita sebenar rasa gelihati pulak. Tapi masa Anim mula bercerita tanpa memberitahu itu adalah suami sendiri, memanglah dok terfikir kenapa lelaki tersebut berkelakuan 'ganjil' begitu :)
BalasPadamSenang nak dapat dosakan, Anim. Tengok benda lain macam sikit, mulalah terdetik dalam hati nak meneka apa puncanya dan buat macam-macam andaian. Lepas tu tak cukup dengan terdetik dalam hati sendiri, nak bercerita pulak tu dengan ahli keluarga kononnya nak berkongsi cerita. Hahaha...hati, hati...susahnya nak menjaga hati yang kecil nih!
Hati ni kena asuh dan didik supaya mengikut perintah Allah swt.
BalasPadam