Assalamualaikum wbt....
Selesai kelas jam 1.15 petang kelmarin (Ahad) menuju ke bilik guru. Nak kemas barang...nak balik.
Terkejut bila nampak ada sampul surat atas laptop di meja. Samput surat tertera nama dan alamat sekolah tanpa setem. Surat apa pulak ni? Saspen......saspen
Mau tak terkejut bila isi dalam dikeluarkan. FM Egypt dan dua keping kupon Zalora. Weiii...sapa hantar ni.. Kata geng bas sekolah yang kebetulan free masa tetamu misteri mai mencari Anim semalam, tetamu misteri itu seorang gadis lawa berkulit putih dan style orang KL (orang SP style lain agaknya, leh kenal, heee). Bila dapat tahu Anim ada kelas, dia bertanyakan tempat duduk Anim. Bila ditanya siapa gerangan...jawapannya "Anis...Puan Hanim kenal"...
Anis? Anis mana nih...Ada 2 Anis berlegar-legar dalam kepala. Anis, sepupu yang tinggal di JB..tak mungkin..tak mungkin. Takkan tak habaq nak mai Utara. Blogger
Anies??? Boleh jadi nih. Anim ada baca entry dia p Egypt, Disember 2014.
Aduhai...kami dijarakkan masa tak sampai 5 minit. Kalau betul itulah
Anies...nape tak tunggu kak Anim? Ralatnya tak bersua muka. Selalu sembang di alam maya saja. Dalam masa yang sama, rasa sangat-sangat terharu dengan kesudiannya menghantar souviner sendiri. Bukan senang nak jumpa sekolah Anim ni. Hujung kampung..Allahu Robbi....Jazakallah khairan kathiran...moga Allah membalas kebaikan buat Anies yang telah menggembirakan hati kak Anim semalam. (Semalam p sekolah dalam bad mood).
Suka ada malu pun ada. Almaklum...rakan blogger sudah nampak meja kerja Anim yang bersepah, huhu. Printer dan kipas angin tu sendirian berhad. Apa nak buat...
P/S Anies...andakah tetamu misteri itu?
wah....seronok kan kalau dapat jumpa rakan blogger...
BalasPadamkalau saya pun terharu..diberi kejutan sebegitu..
BalasPadamBestnya dapat kupon Zalora.. ;)
BalasPadamDalam hidup ini memang banyak yang suspen...
BalasPadamSalam kenal akak... sama lah kita..dpt kejutan tak disangka dari anies.. pandai dia surprise org no..hehehe
BalasPadamanis ... klu tetiba ada depan pagar rumah saya ... ermmm
BalasPadamhehehe xyah malu kak.. mmg meja cecikgu gitu =D and rajinnya dia hntr sendiri.. bila x bersetem tu yg lagi misteri.. woaah dia tnggal dekat ke ? xpe lepas ni bleh plan lepak2..
BalasPadamsy gelak dulu boleh x kak? hahahahah
BalasPadamsbnr nyer mcm ni...sehari sblm g sp, sy nk wassap akk...ntah cm ne mlm tu hp kena barred. so sy ckp dlm hati, bw jg laa... lg pun da janji (dlm emel) nk pos...ntah knape laaa liat sgt nk g pejabat pos... alg2 da smpi sp better sy bw. so, ckp kat kwn, boleh x kita g sk simpor. dia kt no prob. kami pun pegi agk2 sblm bdk blk sekolah. smpi kat tikam batu, kami sesat. tanya kt org pun ada yg tau ada yg x. bla da smpi dlm hati nk trs jumpa akk. tp syg nyer akk dlm kelas. bkn x nk tggu tp bla ada org tggu sy sy rs x sedap hati. x pe laa... sy tggl kn je souvenir... x dpt jumpa pun x pe. insya allah sy pasti akn dtg ke sp lg... oleh krn akk da janji nk bw mkn mi udang so sy akn tuntut janji tubla da smpi sn nanti...hahahahahahahahahha
p/s tp best jg laa bla wat surprise ni... org pompuan ni kan suka kezutan2 mcm ni.... ;-)