Assalamualaikum wbt...
Lama tak bersua. Tak tahu nak bagi alasan apa. Hati meronta-ronta nak update blog tapi ada saja halangan yang membantut keinginan.
Sejak mengambil keputusan membatalkan pertukaran ke Perak tempohari, banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Jenuh juga memberi jawapan kepada individu yang tidak memahami situasi sebenarnya. Malas nak cerita dari A-Z, jawapan diberi minta Ipoh dapat Malim Nawar. Bukan dekat nak berulang alik. Noktah.
Ok...slow-slow cerita nanti. Entry warming up petang ini dengan hidangan siput peha ayam. Hampir 6 tahun dok SP, first time tau siput ni, beli dan try masak. Kebetulan ada geng bas sekolah bagitau kawan dia dok cari siput peha ayam ni...apalagi, teruja nak cuba!
Ni rupa siput peha ayam...
Beli dah siap kopek, Semangkuk ni RM20. Kena rendam ngan air asam dan garam kasar sekejap untuk hilangkan lendir. Toskan.
Siput peha ayam goreng kunyit. Isi hak putih tu rasa macam daging ayam. Tu kot dapat nama peha ayam. Kena masak kering-kering macam ni baru sedap.
Siput ini lak yang sedang dicari. Menarik kan..Besar bebenor gayanya. Kalau dapat nanti, boleh share rasanya .
Ini siput kemudi Depa kata rasa siput peha ayam lagi sedap berbanding siput kemudi. Depalah kata....
P/S Sebelum ni. hanya tau makan siput sedut aja..huhu
asalamualaikum tuan tanah...lama sepinya..hingga ramai yang tertunggu tunggu depan pintu nih..
BalasPadamlaa nekcik tak pernah jumpa lagi siput ni..dah goreng nampak memang sedap...buat rendang pun sedap agaknya ye...
Ya Allah ......tak pernah tau Nim. Ceteknya ilmu siput mak hihi.... Kat SP jer ke adanya Nim siput ni.... Terpaksalah gi sana kalau nak makan nampak gayanya.. . Haha..
BalasPadamboleh tahan harganya ya cikgu..
BalasPadamPernah tengok siput ni tapi tak pernah makan sebab besar sangat...takut nak makan. hehe...
BalasPadamblm pernah jumpa siput peha ayam ni ... teringin lak nak mencubanya bila terjumpa nanti .
BalasPadammak aaaih.. besar gila. ahaha dedua CT tak penah makan hihi..
BalasPadam1st time tgk ni!!!
BalasPadam