Assalamualaikum wbt...
Ingat lagi anak angkat kami,
si Bisu? Dek kerana kasihankan dia ditinggalkan bersendirian di rumah sewa lama, kami angkut ke rumah baru bersama-sama kami.
Kerana bimbang dia "lost" tak dapat cari rumah kalau kami tiada di rumah berhari-hari, terpaksalah tinggal di hotel kucing tak jauh dari rumah. Caj dikenakan RM10 semalam.
Suka ooo dia tinggal sini. Kadang-kadang tak mahu balik. Camnapun ini bersifat sementara. Dah okay dengan tempat baru, kami plan tinggalkan dia sendiri di rumah, huhu. Kucing kampung kenalah lasak sikit. Tak bolehlah dipampered saja.
Alkisah, jam 11 malam Sabtu lalu (balik dari Johor) ada seekor anak kucing di depan pagar rumah. Kucing siapa pulak ni..
Selamba je masuk rumah dan cari port untuk dia melepak. Tengoklah...si Bisu pun curiga dengan kelakuannya. Tapi si Bisu ni baik. Tak dihambatnya si kecil ini keluar.
Selfie.......
Kesian pulak tengok muka sedihnya.
Dan malam tadi muncul satu lagi penceroboh. Pening kepala dibuatnya sebab depa ni terus masuk rumah tak bagi "salam". Kotlah mengiau sat ke dulu. Tau-tau sudah lepak bawah kerusi.
P/S Bukan tak suka bela kucing banyak-banyak. Bulu depa tu yang boleh buat kita waswas nak duduk di sofa. Dok terangkan kat 2 Abdul hukum tentang bulu kucing ni. Bagi depa faham. Kalau tak...semua kucing yang mai rumah nak dibawa masuk dalam bilik tidurnya.
(
UPDATE: Untuk menjawab pertanyaan
Che Mid tentang hukum bulu kucing) boleh rujuk
SINI, SINI dan
SINI
yg dtg ni ada bawa buah tangan x kak? hahaaha
BalasPadamHe he..ada bau kut..
BalasPadamMaaf nak tanya..hukum bulu kucing tu camne ye..tolong jawab dlm blog akak boleh. thanks
Comel juga si penceroboh itu Anim.
BalasPadamTengok kucing terbiar memang kesian tapi kakak ni Anim memang geli dgn kucing tau sampai di Masjidilharam dulu kakak pernah kena uji tau. Dlm hati jgnlah dia dtg dekat sekali betul dia dtg kat kakak. Memang kakak terbatal dan terus solat taubat - mesti ada silap kakak kenapa kucing tu tak ke tempat lain tapi ke kakak juga.. Entahlah sampai sekarang kakak masih geli lagi walau anak-anak suka.
Rumah ni pun selalu jadi persinggaha kucing Anim... Agaknya sebab bau makanan kot. Si kecik tulah yang suka sangat. Habis semua diberi nama. OKje ni kurang suka sebab bulu dia tulah....
BalasPadamTetamu yg kat pintu tu mcm comey jugak tu walau nampak comot belang dia
lucu lucu kucingnya *-*
BalasPadamkucing dtg bawa rezeki ... klu kat umah ni , selalunya sebelah mlm lah ada kucing luar singgah mkn . klu kebetulan my Jebat ada kat umah , mmg bangunlah satu umah sbb nak leraikan kucing bergaduh ...
BalasPadamRumah saya memang takda haiwan peliharaan, Anim. Saya ni penggeli orangnya especially dengan haiwan yang berbulu. Bab kucing ni pun saya tak tahan tapi takdalah teruk sangat macam kakak saya sampaikan nampak kucing nak angkat kaki atas kerusi!
BalasPadambaru tau tentang hukum bulu kucing.. dekat rumah pon ade kucing..
BalasPadam