Home · About Me · Sitemap ·

Masih lagi entry rumah sewa yang belum selesai


Assalamualaikum wbt...

Terimakasih kepada yang masih sudi singgah ke blog Anim. Januari 2015 sudah hampir berlabuh namun masa masih mencemburui Anim untuk mengupdate blog dan BW . Sehingga hari ini, masalah persekolahan si Abdul sulung masih belum selesai. Namun menyerah kalah tidak sama sekali. In sha Allah, next entry Anim cerita tentang itu.

Bila grill sudah siap dipasang, bermulalah episod memindahkan sebahagian barang di Ipoh. Perjalanan hidup kami ni buat orang yang mengenali geleng kepala. Tak kurang juga jadi bahan lawak mereka. Tak kesahlah, kami pun tumpang gelak. "Dunia ni kan hanya satu permainan...." (Surah Al Hadid ayat ke 20) itulah modal kami berbicara.

Ya...main-main. Bila kita rasa kesusahan, kesempitan, kekurangan, kesedihan di dunia hanya bersifat sementara...takkan kita mengeluh dengan apa jua percaturan Allah. Bersabar aja dengan ujian dan dugaan dunia ini....kerana kelak di akhirat nanti, kesabaran tidak berguna lagi. Takkan mampu kita bersabar bila terima azab Allah. Naudzubillahi min zalik...

Perabot terakhir diturunkan...yang paling berat dan mencabar. Maaf kalian ya....

Pengalaman berpindah-randah sebelum ini membuatkan kami banyak memikirkan cara agar proses pindah barang taklah membebankan buat mereka yang membantu. Kotak-kotak besar hanya diisi dengan benda yang ringan seperti kain dan tupperware. Buku-buku kan berat, kena masuk dalam kotak kecil supaya mudah diangkat. 

Apalagi keperluan utama masuk/pindah rumah selain grill? Ya betullllll.....langsir! Kusangkakan rumah di Ipoh paling banyak tingkap. Rupa-rupanya tertewas pulak. Manalah sempat nak buat baru. Lagipun baru sangat habis duit buat langsir kat Ipoh...huhu langsir pun masih bau kedai!

Dok kira-kira bajet langsir...ada 14 tingkap dan 4 darinya ialah sliding door. Rasa-rasa macam tak cukup nak transfer langsir dari Ipoh malah tak pasti panjang pendeknya. Alamat...kena cover sebahagian tingkap dengan kain selimut, huhu.

Macam nak melompat bila owner kata langsir yang ada dikekalkan untuk kegunaan kami. Baru lagi langsir tu dibuat, katanya. Alhamdulillah, walaupun warna kurang berkenan di mata namun ia boleh digunakan sementara menunggu bajet lain kot-kot ada. (Entah-entah sampai kesudahnya digunakan).

Pagi tadi ke rumah sewa lama bersama si Abdul sulung. Nak check surat di mail box . Rumah itu belum ada penyewa baru. Dalam entry terdahulu, Anim ada beritahu tuan rumah duduk jauh di Kuantan. Tentu sukar buat dirinya nak urus rumahnya ini. 

Bukan niat untuk memandai-mandai...namun Anim harapkan ia dapat membantu tuan rumah sewa lama Anim itu.

Taip, print dan laminate. Semua itu hanya buat di rumah saja...

P/S  Nampak tak header Anim di atas. Terima kasih Anies kerana sudi menghadiakannya kepada Anim. Kak Anim amat menghargainya. Gara-gara ingin melakukan sedikit perubahan pada blog yang direka Shahada, ianya tak ubah seperti tikus membaiki labu. Frust juga. Hantar e-mel kat Shahada tak berbalas. Sibuk dengan babylah tu ya. Rupa-rupanya...nak dapat sesuatu dari Anies. Syukran...

Artikel berkaitan:

23 Komen untuk "Masih lagi entry rumah sewa yang belum selesai"

  1. Saya pernah berpindah rumah sekali, iaitu ikut mak ayah berpindah..
    Proses pindah rumah ni mmg memenatkan,kan..:)

    Setelah berkahwin, so far takde pindah2..:)
    Kos langsir mmg mahal betul sekarangni,untung buat mereka yg tahu menjahit sendiri langsir

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang penat walaupun ada yg membantu....
      boleh demam dibuatnya...
      namun alah bisa tegal biasa...DZ
      p.s orang johor takleh lari dgn langsir, kerap tukar langsir, nasib baik saya dah lama merantau....langsir tak kisah sgt , guna apa yg ada

      Padam
  2. tabah la anim . perancangan kita selalunya x sama dgn perancangan Allah . saya dah melalui 2x pindah rumah . mmg x larat rasanya .

    BalasPadam
  3. xpernah rasa pindah rumah lagi..pindah bilik ada la..sbb habis semester

    BalasPadam
  4. Takpe Anim..lpas susah ada senang insyaallah..bila nak house warming ni..klau rumah Ipoh boleh gak nekcik terjah

    BalasPadam
  5. Takpe Anim lepas susah ada senang..insyaallah..bila nak wat house warming tu..klau Ipoh leh lah jugak terjah..

    BalasPadam
  6. Kak ida doakan segala urusan Anim dipermudahkan Allah

    BalasPadam
  7. Aina pindah rumah 14 tahun lepas masa tu barang pun tak banyak tapo kalau skrg nak pindah mau demam dah le duduk tingkat 2.

    BalasPadam
  8. salam Anim..

    lama betul dah tak jengah sini...apa khabar..tup2 dengar dah pindah dah.. proses pindah randah ni mmg amat complicated kan..apa2 insyallah all ok..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum cikgu...dah dpt pindah ke Ipoh ke?

    BalasPadam
  10. assalam. lama tak singgah sini. ntah macam mana blog anim tak ada kat sisi blog saya...

    BalasPadam
  11. takpew Anim..lepas susah ada senang..insyaallah semuga dipermudahkan semua urusan amiin

    BalasPadam
  12. assalam kak..lama tak kesini..maaf ya kak.
    moga segalanya dipermudah kn ya kak..

    BalasPadam
  13. uuuish pindah rumah memang memenatkan.. tak snggup raasanya. kalau ada tenaga kerja yg ramai tak pe jugak.. huhu langsir elegen gitu.. merah hihihi..

    BalasPadam
  14. as salam.

    jalan-jalan melihat peserta Malaysia Best Blog 2015... ternampak blog TN dimasukkan dalam senarai di sini...

    http://relakssminda.blogspot.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html#axzz3QLFeyJaW

    BalasPadam
  15. baiknyelah awak ni, untuk tuan rumah lama dapat penyewa macam ni, siap tolong promotekan lagi...

    semoga dipermudahan segala urusan anda sekeluarga

    BalasPadam
  16. Bukan sahaja berpindah rumah baru.... Blog pun berwajah baru :)
    Dapat bayangkan betapa sibuknya kak anim... Semoga dipermudahkan ya!

    BalasPadam
  17. Lupa pula... Tahniah buat akak. :)
    http://relakssminda.blogspot.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

    BalasPadam
  18. Wah kak Anim. Blog wajah baru. Liza hampir xcam tadi. Blog Liza pun mungkin kak Anim dah xcam . Hehe... dtg la singgah2 nanti.

    BalasPadam
  19. wah! rumah baru ...blog pun berwajah baru..

    BalasPadam
  20. Saya tak kisah sangat pasal langsir ni :) Ingat dulu masa baru kahwin, main beli je kain langsir tanpa ukur. Ingatkan semuanya standard jerk. Sejak mengenali Anim, dah lupa berapa kali ya berpindah. Rasanya masa mula-mula baca dulu tengah sibuk angkut barang ke Ipoh. Lepas tu dugaan datang. And then cari rumah sewa pulak. Sekarang ni pindah lagi dari alamat sini ke sana, dan dari Ipoh angkutlah lagi ke rumah baru di SP ya. Memang penat betul. Banyaklah dugaannya, letih badan ya!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai