Assalamualaikum wbt...
Hari ni macam lipas kudung update sebab sat lagi nak cabut wayar UNIFI. Nak terminate, waaaa. Kontrak UNIFI tamat dah 2 tahun. Tak sambung ke rumah sewa baru sebab plan nak transfer line Streamyx rumah di Ipoh. Encik Suami cadang nak pindahkan sebahagian barang semula ke SP kerana dia pun duduk membujang. Kasihan, dia pulak sibuk nak mengemas barang di Ipoh bersendirian, huhu.
Dek kerana tak mahu laki sendiri serabut kepala, dalam banyak perkara, Anim uruskan sendirian. Dari urus sekolah si Abdul kecil ke Tingkatan 1, urus pertukaran persekolahan si Abdul sulung balik ke SP, sampailah urusan rumah sewa lama dan baru.
Clear dah rumah sewa di Bandar Perdana. Diam tak diam, lima tahun dah huni rumah ini. Dulu masa mula-mula masuk, Encik Suami cuci rumah dan tebas rumput sendiri. Bila nak keluar pun...tak sampai hati dibiarkan kotor. Cari bibik Indon yang servis ikut jam tolong cuci. Dua orang kerja, RM100, bersih dah seluruh rumah. Senang penyewa baru masuk nanti. Tak apalah...tuan rumah nun jauh di Kuantan. Saudara muslim kita juga.
Bila Encik Suami menyerahkan tanggungjawab mencari rumah sewa baru ke bahu Anim, bimbang juga. Google di mudah.my tapi harganya tinggi sikit. Minta juga bantuan geng bas sekolah yang tinggal berdekatan. Alkisah, Anim berkenan dengan satu rumah. Masalahnya, rumah itu tidak ada grill. Alasan diberi, rumah itu berada di kawasan berpengawal. Kawan-kawan dok nasihat, tak leh yakin sangat dengan rondaan pengawal. Encik Suami pun seakan berat hati nak beri izin. Tapi tak taulah....hati Anim tetap nak rumah itu jugak.
Alasan Anim :-
1- Rumah itu tak pernah disewakan sebelum ini. Ownernya berada di oversea. Rumah itu didudukki orangtuanya. Bila ibunya meninggal dan ayahnya sakit (sekarang tinggal bersama kakaknya), rumah itu kosong tanpa penghuni.
2- Sewa rumah diturunkan RM 100 bila ditawar. Harga sewa sekarang sama dengan rumah lain yang Anim cari sebelum ini tapi lot tengah
.
Alasan lain.....
2 Abdul pula pasti sukakan kolam ini yang asalnya dibina untuk anak-anak saudara owner mandi. Haha...bolehlah depa buat projek bela ikan koi...
Dan syukur alhamdulillah...Allah permudahkan urusan. Bila membayar deposit dan sewa bulanan, Anim minta jasa baik owner untuk memasang grill walaupun hanya di pintu belakang dan depan dengan alasan suami bimbangkan keselamatan kami dan dia bersetuju.
Alangkah gembiranya minggu lalu bila kontraktor yang memasang grill rumah tersebut memberitahu owner telah menempah grill dengan kos RM 7800 untuk keseluruhan rumah. Rupa-rupanya owner kata...senang buat satu rumah dari sikit-sikit. Syukur..syukur..
P/S OK....Bila line dah clear....kita jumpa lagi. Nak cabut wayar dah ni...bye..bye
Hari ni macam lipas kudung update sebab sat lagi nak cabut wayar UNIFI. Nak terminate, waaaa. Kontrak UNIFI tamat dah 2 tahun. Tak sambung ke rumah sewa baru sebab plan nak transfer line Streamyx rumah di Ipoh. Encik Suami cadang nak pindahkan sebahagian barang semula ke SP kerana dia pun duduk membujang. Kasihan, dia pulak sibuk nak mengemas barang di Ipoh bersendirian, huhu.
Dek kerana tak mahu laki sendiri serabut kepala, dalam banyak perkara, Anim uruskan sendirian. Dari urus sekolah si Abdul kecil ke Tingkatan 1, urus pertukaran persekolahan si Abdul sulung balik ke SP, sampailah urusan rumah sewa lama dan baru.
Bila Encik Suami menyerahkan tanggungjawab mencari rumah sewa baru ke bahu Anim, bimbang juga. Google di mudah.my tapi harganya tinggi sikit. Minta juga bantuan geng bas sekolah yang tinggal berdekatan. Alkisah, Anim berkenan dengan satu rumah. Masalahnya, rumah itu tidak ada grill. Alasan diberi, rumah itu berada di kawasan berpengawal. Kawan-kawan dok nasihat, tak leh yakin sangat dengan rondaan pengawal. Encik Suami pun seakan berat hati nak beri izin. Tapi tak taulah....hati Anim tetap nak rumah itu jugak.
Alasan Anim :-
1- Rumah itu tak pernah disewakan sebelum ini. Ownernya berada di oversea. Rumah itu didudukki orangtuanya. Bila ibunya meninggal dan ayahnya sakit (sekarang tinggal bersama kakaknya), rumah itu kosong tanpa penghuni.
2- Sewa rumah diturunkan RM 100 bila ditawar. Harga sewa sekarang sama dengan rumah lain yang Anim cari sebelum ini tapi lot tengah
.
Alasan lain.....
Anim tahu....Encik Suami pasti sukakan kawasan ada tanah seperti ini...
Dan syukur alhamdulillah...Allah permudahkan urusan. Bila membayar deposit dan sewa bulanan, Anim minta jasa baik owner untuk memasang grill walaupun hanya di pintu belakang dan depan dengan alasan suami bimbangkan keselamatan kami dan dia bersetuju.
Alangkah gembiranya minggu lalu bila kontraktor yang memasang grill rumah tersebut memberitahu owner telah menempah grill dengan kos RM 7800 untuk keseluruhan rumah. Rupa-rupanya owner kata...senang buat satu rumah dari sikit-sikit. Syukur..syukur..
P/S OK....Bila line dah clear....kita jumpa lagi. Nak cabut wayar dah ni...bye..bye
salam 2015, rindu Anim, oh dah nak pindah dah, moga dipermudahkan urusan, cantik umah, la ni budak-budak duk suka khemah, dapat kawasan macam ni best la:)
BalasPadamAlhamdulillah..... Kalau saya dapat kolam tu, saya buat berendam kot...hahaha
BalasPadamalhamdulillah, molek nampaknya suasana rumah baru tu...
BalasPadamalhamdulillah..niat yg baik telah dipermudahkan...
BalasPadamhehehe CT pun nak berendam dalam kolam tu muatla CT sorang..
BalasPadamuish naklah cari endon tolong kemaskan rumah..
nasib baik dpt penyewa yg baik kan... :)
BalasPadamLuas sungguh rumah sewa baru ni! Mesti seronok nak bercucuk tanam!
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan...
bestnye rumah baru dia...luass..
BalasPadamAlhamdulillah... Allah permudahkan juga hajat Anim. Kalau kakak pun suka rumah yg banyak tanah boleh buat cucuk tanam. Puas juga. Owner pun nampaknya lebih-kurang syukurlah..
BalasPadamAlhamdulillah dapat rumah yang luas dan selesa. Nanti lepas ni kena berkemas sakan masuk rumah baru.
BalasPadamalhamdulilah..cantik mmg kawasan rumah tu Anim..semuga bertambah ceria dan sntiasa dilindungi Allah..amiiin ya Rabb
BalasPadamAlhamdulillah Allah permudahkan urusan Kak Anim. Cam cantik rumah tu.. Lama tak jenguk sini, Kak Anim... rindu nak baca kisah2 kak Anim.. Rupanya masih PJJ. InshaAllah, tak lama lagi mungkin ada rezeki berpindah.
BalasPadamSalam... dah masuk ke rumah baru... kalau rumah dah lama tak berpenghuni bagus buat sedikit adat agama untuk menghalau penghuni yg kemungkinan singgah dan terus tinggal kat situ... jangan 100% yakin takder sesiapa kat rumah tu... takut bila dah pindah masuk susah pulak nak keluarkan semua barang... hanya beringat
BalasPadamAkaaakkkkk...rindu nk baca entri akak
BalasPadamBerpindah lagi ya, Anim tahun ni. Alhamdulillah, dah tertulis rezeki Anim anak beranak makanya dapat juga rumah ni. Lebih beruntung bila dapat tuan rumah yang baik hati. Minta betis diberinya terus ke paha tak banyak cerita :)
BalasPadamMoga rumah baru ni memberi sinar baru buat Anim sekeluarga.
Alhamdulillah. Suatu ketika mungkin kita pernah permudahkan urusan orang lain jadi ada ketikanya Allah kirimkan orang lain pula untuk permudahkan urusan kita. Tak rugi berbuat baik...insyaallah akan dibalas baik juga walaupun bukan dari orang yang sama.
BalasPadamRumah ada halaman lebih selesa...
yaAllah..lama sangat tak baca blog akak..terubat rindu dihati..heheheheh
BalasPadamRUmah sekarang tak macam dulu, elok ada grill .. tapi kena pastikan grill tu selamat supaya mudah dibuka dari dalam, takut2 tak lepas bomba spec.
BalasPadamAlhamdulillah, dipermudahkan segala urusan, dapat juga rumah yang ada grill. Bagus tuan rumah yang fikirkan keselamatan penyewa dia.
www.hasrulhassan.com
salam
BalasPadamtahniah untuk sedari kerana meninggalkan rumah sewa dlm keadaan terjaga dan bersih.
Kata orang civil, to leave it as you find it.
Di luar negeri memang kena keluar dan tinggalkan rumah dalam keadaan bersih kalau tak burn la deposit .. nak nak kalau landlord kaum paki atau sepupunya dia cepat cari sebab taknak pulang deposit esp kalau toilet berkerak dan dapur macam tong minyak.
Anyway, saya bangga sedari dan suami bersifat civil dan bertanggungjawab memastikan keadaaan rumah bersih dan kemas.
Lagi pun memang beradat dan beradab la sebab selalunya bila masuk rumah sewa keadaan nya selalu bersih dan memuaskan.
jangan jadi jiran saya dulu, sewa pada posangan dr, tinggalkan rumah macam .***888**** lepas tu instead ada collection sampah dia longgok sampah kat belakang garden rumah dan buat bakar, dan ada selonggok yg sgt baru dengan tin susu anak bukan satu melambak.
ni seorang dr. bukan orang duduk dalam hutan. Bila ditelephone mak nya, sedap aja cakap ala awak tolong le bersih kan.
mentaliti anak beranak. I'm sure they are now dah specialist dah .. pangkat besar..
so sifat yang sedari dan suami buat tu adalah mencermin kan sifat dalaman yang saya suka lihat.
Lagi satu .. jika kita memudahkan sesuatu dan took effort melakukan nya kita, Allah swt akan memudahkan segalanya untuk kita. in different ways and forms to us directly and indirectly... pada anak keluarga kita.
Tahniah again.... kalau saya jadi anak murid sedari memang saya sangat suka...
semoga yang lain membaca ni turut mempelajari sesuatu dari perbuatan di atas.
BTW see for the generousity mencuci rumah dan meninggalkan keadaan dalam keadaan bersih, rumah baru di pasang terus grill satu rumah dan discount rm 100.
tahniah again.... semoga menjadi contoh sifat pada semua ...
wassalam
h
assalamualaikum kak.. lame tak singgah sini.. macam mane la boleh cicir.. rupenye akak pindah dah.. kak.. bestnye rumah ade laman.. seronok..
BalasPadamyg eloknya kat SP tu byk masjid yg adakan majlis ilmu kan Anim . Alhamdulillah , dipermudahkan dpt sekaligus grill tu .
BalasPadamrumah ada tanah ni saya suka..leh bercucuk tanam
BalasPadamMengapa tidak beli rumah sendiri sebagai cara melabur - walaupun terpaksa diberi sewa kerana bertugas ditempat lain. Tidak akan rugi melabur Tanah atau rumah. Saya namapak Almanar tercatat didalam senarai. Pakcik ucapkan ribuan terima kasih. Kalau boleh singgahlahlah dan tinggalkan 'comments' walau sepatah dua sekali pun. Ini lah kebiasaan {akcik. Kalau melawat rumah orang tinggalkan 'visiting card'. Kalau tidak menjadi masalah drop me an email addressed to almanar@pd,jaring.my. You can be sure of Pakci's attention.
BalasPadamSalaam to you and family