Assalamualaikum wbt...
Terimakasih kepada yang masih sudi singgah ke blog Anim. Januari 2015 sudah hampir berlabuh namun masa masih mencemburui Anim untuk mengupdate blog dan BW . Sehingga hari ini, masalah persekolahan si Abdul sulung masih belum selesai. Namun menyerah kalah tidak sama sekali. In sha Allah, next entry Anim cerita tentang itu.
Bila grill sudah siap dipasang, bermulalah episod memindahkan sebahagian barang di Ipoh. Perjalanan hidup kami ni buat orang yang mengenali geleng kepala. Tak kurang juga jadi bahan lawak mereka. Tak kesahlah, kami pun tumpang gelak. "Dunia ni kan hanya satu permainan...." (Surah Al Hadid ayat ke 20) itulah modal kami berbicara.
Ya...main-main. Bila kita rasa kesusahan, kesempitan, kekurangan, kesedihan di dunia hanya bersifat sementara...takkan kita mengeluh dengan apa jua percaturan Allah. Bersabar aja dengan ujian dan dugaan dunia ini....kerana kelak di akhirat nanti, kesabaran tidak berguna lagi. Takkan mampu kita bersabar bila terima azab Allah. Naudzubillahi min zalik...
Perabot terakhir diturunkan...yang paling berat dan mencabar. Maaf kalian ya....
Pengalaman berpindah-randah sebelum ini membuatkan kami banyak memikirkan cara agar proses pindah barang taklah membebankan buat mereka yang membantu. Kotak-kotak besar hanya diisi dengan benda yang ringan seperti kain dan tupperware. Buku-buku kan berat, kena masuk dalam kotak kecil supaya mudah diangkat.
Apalagi keperluan utama masuk/pindah rumah selain grill? Ya betullllll.....langsir! Kusangkakan rumah di Ipoh paling banyak tingkap. Rupa-rupanya tertewas pulak. Manalah sempat nak buat baru. Lagipun baru sangat habis duit buat langsir kat Ipoh...huhu langsir pun masih bau kedai!
Dok kira-kira bajet langsir...ada 14 tingkap dan 4 darinya ialah sliding door. Rasa-rasa macam tak cukup nak transfer langsir dari Ipoh malah tak pasti panjang pendeknya. Alamat...kena cover sebahagian tingkap dengan kain selimut, huhu.
Macam nak melompat bila owner kata langsir yang ada dikekalkan untuk kegunaan kami. Baru lagi langsir tu dibuat, katanya. Alhamdulillah, walaupun warna kurang berkenan di mata namun ia boleh digunakan sementara menunggu bajet lain kot-kot ada. (Entah-entah sampai kesudahnya digunakan).
Pagi tadi ke rumah sewa lama bersama si Abdul sulung. Nak check surat di mail box . Rumah itu belum ada penyewa baru. Dalam entry terdahulu, Anim ada beritahu tuan rumah duduk jauh di Kuantan. Tentu sukar buat dirinya nak urus rumahnya ini.
Bukan niat untuk memandai-mandai...namun Anim harapkan ia dapat membantu tuan rumah sewa lama Anim itu.
Taip, print dan laminate. Semua itu hanya buat di rumah saja...
P/S Nampak tak header Anim di atas. Terima kasih Anies kerana sudi menghadiakannya kepada Anim. Kak Anim amat menghargainya. Gara-gara ingin melakukan sedikit perubahan pada blog yang direka Shahada, ianya tak ubah seperti tikus membaiki labu. Frust juga. Hantar e-mel kat Shahada tak berbalas. Sibuk dengan babylah tu ya. Rupa-rupanya...nak dapat sesuatu dari Anies. Syukran...