Assalamualaikum wbt...
Selepas Pulau Jerejak, inilah pengalaman kedua menginap di Penang. Seperti yang tertulis dalam entry terdahulu, 5 tahun menetap di SP, setiap kali Encik Suami ada urusan kerja di Penang, dia akan berulangalik saja SP-Penang. Kami pun tak ada keinginan nak bercuti di Penang. Memilih untuk p tempat yang jauh sikit, huhu.
Bila bertukar ke Ipoh, lain pula ceritanya. Setiap kali training atau urusan kerja, Utara jadi pilihan pulak. Mentang-mentanglah kami ada di SP.
Malam tadi tiba di sebuah resort di Batu Ferringhi atau Foreigner's Rock.
Hillview dan seaview....satu bonus!
Batu Ferringhi atau Foriegner's Rock?
Terpesona lihat view depan mata. Si Abdul kecil kata, "Abah belilah satu" . Mimpi sajalah beli rumah berviewkan laut. Juta-juta RM nak oiii.. bukan juta rupiah atau juta rupee,
Teringat tulisan Imam Muda Asyraf di dalam buku yang baru dibaca ;Tinta 2 Asyraf (bersama Hilal Asyraf). Berapa ramai yang berimaginasi rumah idaman , kereta impian, anak dan keturunan. Namun, jarang orang berfikir tentang istana syurga masa hadapan. Hmmmm...saya pun apa kurangnya.
Oklah...kena stop dulu. Hero-hero kalau duduk dalam bilik, mulalah gelisah macam ulat. Macam biasalah....berendam sajalah kerjanya..
Selesai satu...ada 3 lagi menanti..
P/S Penuh dengan pelancong Arab bersama anak-anak mereka. Musim haji, depa cuti sekolah gamaknya.