Home · About Me · Sitemap ·

Ukuran kejayaan kita


Assalamualaikum wbt....

Bagaimanakah kejayaan kita diukur?


~Pada usia 4 tahun, kejayaan anda ialah anda TIDAK KENCING DALAM SELUAR.
~Pada usia 8 tahun, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah.
~Pada usia 12 tahun, kejayaan anda ialah memiliki kawan- kawan.
~Pada usia 18 tahun, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu.
~Pada usia 23 tahun, kejayaan anda ialah keluar dari universiti ( sebagai graduan).
~Pada usia 25 tahun, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan.
~Pada usia 28 tahun, kejayaan anda ialah memiliki isteri/suami.
~Pada usia 30 tahun, kejayaan anda ialah mendapat anak.
~Pada usia 35 tahun, kejayaan anda ialah memiliki harta (seperti rumah sendiri).
~Pada usia 45 tahun, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga.
~Pada usia 50 tahun, kejayaan anda ialah anak-anak anda telah berjaya.
~Pada usia 56 tahun, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri.
~Pada usia 60 tahun, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta.
~Pada usia 65 tahun, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit.
~Pada usia 70 tahun, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas oranglain.
~Pada usia 75 tahun, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya.
~Pada usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa). 
~Pada usia 85 tahun, kejayaan anda ialah anda masih TIDAK KENCING DALAM SELUAR.

~ Begitulah dunia (pusingan yang dialami semua hamba). Kata Imam Ghazali, yang paling dekat dengan kita ialah MATI~

P/S Kejayaan sebenarnya pada bila-bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Ukuran kejayaan kita"

  1. insaf....

    betul lah kak anim...

    huhuhu....

    BalasPadam
  2. kejayaan seorang lelaki/suami bkn kerana empayar perniagaan yg hebat,rumah bagaikan istana..duit berkepuk..tp dilihat bagaimana dia berjaya membentuk keluarganya...sahsiah dan akhlak anak2 dan isterinya...adakah dia bertegas soal aurat...batas pergaulan..

    BalasPadam
  3. lita adalah apa yang kita pelajari dari orang sekeliling.

    BalasPadam
  4. terima kasih peringatannya kak... kematian itu pasti

    BalasPadam
  5. sekarang dah masuk fasaa 30an dah. Kena jaga semua ni.

    BalasPadam
  6. mungkin sebahagian drpd kita mengalaminya...dan sebahagiannya tidak melaluinya...

    BalasPadam
  7. Kebanyakkan dari kita tahu semua itu setidak2 pun separuh atau suku darinya....tapi kebanyakkannya alpa atau ambil enteng....peringatan untuk diri sendiri jugak...

    BalasPadam
  8. Kejayaan didunia boleh diukur dan dilihat... Kalau dosa pahala terlihat, pasti kita tahu kejayaan kita diakhirat...tapi Allah Maha adil dan bijaksana... ada sebab ianya tidak terlihat. Oleh itu jgn alpa dgn kejayaan di dunia.

    BalasPadam
  9. Hidup ini umpama roda. Memang berputar ke atas dan ke bawah. Bagaimana kita bermula, mungkin begitulah juga bagaimana kita akan berakhir. Kejayaan paling besar dalam hidup cuma kita berjaya tak kencing dalam seluar rupanya :)

    BalasPadam
  10. hidup kita pasti akan kmbali pd asal jugak...pe yg pntg pling hmpir dgn kematian

    BalasPadam
  11. hidup umpama roda kan kak... dah tua berjalan guna 4 kaki semula...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai