Home · About Me · Sitemap ·

Kejadian pagi Jumaat@ Ipoh


Assalamualaikum wbt...

Petang semalam tiba di Ipoh. Encik Suami jemput kami dengan kereta baru Anim. (Bukan nak tayang kereta tapi memenuhi hajat Okjer, heee). Rabu lepas baru ambil katanya. Puas hati dapat salesgirl Perodua bernama Farizan. Tip top. Tak tahulah pembeli lain, tapi selain dipasang cermin tinted, diisi minyak penuh dan diberi payung, dia juga belikan perfume car. Tambah Encik Suami, dia juga explain semua function yang ada dalam kereta. 

Pagi tadi , Encik Suami suruh test bawa Myvi tu. Ahad nantikan nak bawa drive balik SP dengan si Abdul kecil. Kekok juga pada awalnya. Lama tak bawa kereta kecil. Last pandu my Kelisa pada tahun 2008. Kelisa tu pun dah lego.

Kami ke Tesco. Nak cari barang dapur sikit. Ada tetamu nak singgah rumah lepas solat Jumaat ni. Cadang nak cari makaroni. Nak jamu dengan makaroni sup. Nanti tambahlah dengan makanan bergoreng. Rumah orang "bujang" ni bukan boleh beli bahan mentah dan kering banyak-banyak untuk disimpan sebab kalau Mem Besar tak balik, tak berasap dapur tu, huhu.

Seperti ibu Suri (meminjam dari Insan Marhaen) yang lain, awal bulan, biasalah, dapat duit dapur dan kocek dari Sang Suami. So, nak bank in dalam mesin RHB (pink coour) yang ada dalam Tesco Station 18 tu. La ni semua orang guna online bankiing tapi kami ber2 ni tak. Tak taulah.."kolot" sikit kot. Tak yakin lah nak guna online, sabar ajalah.

Elok saja masukkan sebahagian duit dan ruang masuk duit tertutup, tiba-tiba, tappppp...........keluar paparan di skrin pink tersebut. Waaaa...belum confirm jumlah, belum keluar resit apa pun..

Cepat-cepat call no bantuan tertera. Dipendekkan cerita, report sudah dibuat. Olehkerana CNY katanya, wang RM 800 Anim tadi tu akan dimasukkan dalam acc Anim dalam tempoh 5-7 hari. Selepas 7 hari, kalau tak ada juga, kenalah call depa balik dengan inform no.rujukan report. 

Ish..1st time hadapi masalah begini. Sapa yang pernah alami, bolehlah share cerita. RM800 tu mungkin kecil bagi oranglain tapi bagi saya cikgu kecik ni, besar tau, huhu. 

P/S. Seperti biasa, bila di Ipoh..dapat buat entry tapi tak dapat BW. Balik Sp nanti baru boleh qadha. Sabar ya..

Artikel berkaitan:

Dialah sebenarnya pencetus ummah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setuju tak?

Satu Kematian Yang Hidup

Mengenali arwah Ahmad Ammar dari buku yang ditulis oleh Mejar (B) Mohammad Qayyum A.Badaruddin.  The Making Of Ammar - Syabab Syuhada bermula dari kecil lagi. Lahirnya anak muda seperti arwah Ammar pasti formulanya bermula dari ibubapanya, Hj Ahmad Azam dan Puan Azlina. Di awal kelahirannya, kedua ibubapanya berniat untuk mewakafkan anak tunggal lelakinya itu untuk umat Islam, satu inspirasi buat kita yang belum, sedang dan sudah bergelar ibu bapa.

Ahmad Ammar telah pergi dengan meninggalkan nama harum untuk dikenang dan dijadikan semangat semoga lebih ramai lagi "Ammar' yang muncul selepas ketiadaannya.

P/S Buku berharga RM19, dapat diskaun 15% di Hasani Edar, SP (member price).

Artikel berkaitan:

Sarung apa yang ada..


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pulang ke SP, baru dapat bersiaran. Selalunya bila balik kampung, tak dapat update kerana line tetapi terbalik pulak dalam kes Anim. Balik "bandaraya" tak dapat bersiaran dengan Celcom. Semua tak boleh. WhatsApp pun tak boleh..huhu. Nak kata apa...area rumah Anim di Ipoh, line kencang guna DIGI. Lepas ni baru dapat BW rumah kawan-kawan..

Sekadar mengisi diari Sabtu, 25 Januari yang memenatkan...(Saya tak sekolah ganti. Sekolah tak ambil cuti extra CNY)

Breakfast di Gerai Roti Canai Ijam ,Taman Temara, Ipoh. Ada 19 pilihan roti canai termasuk Roti Milo Special, Roti Nangka dan Roti Durian . Hujung minggu, penuh gerai.

Lepas tu bayar baki deposit kereta kat satu-satunya dealer Perodua Bumiputera di Ipoh. (Opps..bukan Suzuki Swift, Okjer. Saya cari kereta installment rendah).Alhamdulillah, hajat nak berkereta kecil jimat minyak berulang ke Ipoh hampir tertunai. Hari ni katanya, in sha Allah kereta keluar. Encik Suami le uruskan kat sana. Oh ya, Bank Rakyat beri hadiah 20 pieces plasticware dan MP3 player sebab berhutang dengan bank dia, huhu. Actually,kadar dia lebih rendah (2.5%) berbanding satu bank lagi.

Then, ambil Abdul sulung di asrama. Senyum lebar sebab dapat keizinan Pengetua dan warden ikut kami balik SP.

Terus menuju ke Straits Quay Convention Centre, Tanjung Tokong, Penang . Ke majlis kahwin anak kawan seuniversiti juga rakan kerja lama Encik Suami. Encik Suami kata masa kawan dia kahwin dulu pun dia p, takkan kali ni kahwinkan kedua-dua anak dia tak p. Kawan dia ni lak bersusah-payah ke sana sini cari nombor telefon Encik Suami nak undang. Satu lagi, manalah tahu rezeki jumpa kawan-kawan seuniversiti atau sama jabatan dia sebelum ini di majlis itu.

Malangnya, Encik Suami tak beritahu awal plan dia nak p kenduri. Anim dan si Abdul kecil balik hujung minggu dengan bas ekspres, sure lenggang kangkung tak bawa baju. Si Abdul kecil tu suka berselipar saja. Anim pulak suka sangat sarung the same tudung every week sebab tak yah gosok dan boleh terus solat (selalunya kena solat jamak Zuhur-Asar di Terminal Bas SP/Amanjaya) Nak nangis rasa bila diberitahu fasal kenduri ni. Manataknya, baju baru, selendang baru ada kat SP, waaa...

Walaupun kereta Encik Suami plet P (kereta SP memang rata-rata guna plet Penang) tapi bila masuk pulau, memang kurang mahir jalan. Kami guna Waze. Ikut map, Straits Quay ni dekat dengan laut (tambak dah) tapi Waze bawa kami masuk town. Pusing-pusing area Komtar. Lorong kecil sempit pun masuk jugak. Tiba pulau jam 2 petang, sampai pukul 3 masih tak nampak bayang Straits Quay. Jangan kata masjid, Petronas pun tak jumpa (ada surau). Akhirnya kami niat solat jamak takkhir.

Encik Suami check balik arah dalam kad undangan. Dia suruh Anim type "Tesco Tanjung Tokong" tapi no results found. Nak baliklah camni. Masa dok pusing-pusing, Anim tengok balik kad undangan di WhatsApp tu. Laaa...Tesco Tanjung Pinang le, bukan Tanjung Tokong.  Hmmm...kali ni ikut betul-betul arahan Waze.

Tengok gambar pun tau betapa grand majlis kahwin ni. Tak pasti siapa kenamaan yang duduk bersama pasangan pengantin di meja santapan. Ada persembahan tarian dan tayangan video. Dalam sarung dengan apa yang ada dan 2 Abdul serta Bapak Abdul yang berselipar...merasalah jugak duduk dalam majlis ni. Bak kata Teacher Fauziah, kalau kita simple..biasanya orang tak heran. Kalau kita lebih bergaya, tu yang orang dok pandang, heee.

Gambar atas bersama kawan seU Encik Suami tulah Tak macam dah berusia 50 tahun. Dia, orang kuat Puspanita Pulau Pinang.Dok bisik kat Encik Suami, kawan seusia dia dah bermenantu...kami lak anak baru masuk sekolah menengah, huhu. Actually, dia ni orang Johor jugak. Anim pernah mengajar anak saudara dia dan hadiri majlis kahwin adiknya sewaktu tinggal di Batu Pahat, 6 tahun lalu.

Gambar bawah pula ialah pertemuan tak disangka-sangka dengan kakak kantin sekolah di Batu Pahat. Kawan seU Encik Suami sedia 2 bas ekspres untuk orang kampungnya di Batu Pahat menghadiri majlis kahwin anaknya. Sapa sangka kan? Encik Suami tak de rezeki jumpa kawan-kawan lama yang lain tapi rezeki Anim pula..heee.

P/S  Pernah tak korang p mana-mana dengan sarung apa yang ada kerana terdesak?

Artikel berkaitan:

Kreatifkah saya?? (Part 2)


Assalamulaikum wbt...

Entry Kreatifkah Saya?? sebelum ini

Lama tak buat entry hal anak-anak di kelas. Rupa-rupanya ada "peminat setia" entry budak-budak sekolah ni. Siapa dia? Nantile Anim cerita.

Alkisah, lepas aktiviti Language Art ( sound s, a, t, p ) dan ambil gambar sebagai eviden , depa tanya, boleh tak buat bentuk lain guna plastisine yang ada?

Sekali pandang, kita boleh agak ni mesti kerja budak perempuan. Orangnya pun comel, soft spoken dan suka tersenyum. 

 Dia bukan anak Sabah. Mak pak pun orang kampung sini juga. Pengaruh T-Shirt yang diberi seseorang katanya

Budak cute...hasil kerja pun cute. 

Yang ni...haha...boleh agak tak? Adooii...Madam pun pening dengan si kecik sorang ni. Lincah semacam. Dan tak heranlah bila dia explain apa yang dibuatnya...Mercun bola!!!! Budak-budak kampung ni 90% main mercun...huhu

Dari awal nampak dia dok tepek-tepek plasticine. Bila ditanya, "Ini roti canai". Heeee.....

P/S Satu hari nanti...pasti anak-anak kampung ni akan tersenyum malu bila cikgu cerita hal depa di Tahun 1.

Artikel berkaitan:

Cerita bas ekspres lagi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Petang semalam, beli tiket balik Ipoh dengan syarikat bas yang sama.  Walaupun masih trauma dengan kejadian bas rosak gear minggu lalu, tak ada pilihan bas lain ke Ipoh. Lainlah SP-KL, memang banyak bas.

Pernah juga guna khidmat Sri Maju Ekspres. Mahal sikit sebab tak ada tambang kanak-kanak. Perjalanan sehala RM 54 (bas satu lagi cuma RM 32.60). Satu lagi, perjalanan Sri Maju ke Ipoh paling lewat jam 2.30 petang. Selain rushing kejar masa ke Terminal Bas SP, kami kena tunggu Encik Suami keluar pejabat sebab tiba awal.

Sesekali terfikir nak naik keretapi. Tapi cancel hajat bila diberitahu tiba Ipoh jam 2 pagi. Apataknya, dia berhenti sejam di Butterworth.  Ish...tak sampai hati nak menyusahkan Encik Suami jemput kami waktu itu. Satu lagi, kalau tak terjaga anak beranak, alamat mengangalah kami 2 beranak di KL Sentral..haha.

Di sekolah pagi tadi, Anim buat "kenduri"sikit. Bukan apa pun...jamu kawan2 dan staff waktu rehat. Seperti saranan Che Mid, konon-konon nak buat "banchaan" (sepatutnya dalam budaya orang Jawa, buat bubur putih bubur merah). Tapi, periuk yang ada di rumah tu cukup-cukup untuk mulut Anim dan si Abdul kecil, so Anim minta orang kantin masak menu Nasi Bukhara.

Anim suarakan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kami pada malam tersebut. Anim katakan mungkin bukan doa Anim yang maqbul waktu itu sebenarnya tetapi doa dari ibu bapa, kaum keluarga, adik beradik, doa sahabat-sahabat. Dalam satu  pembacaan sebelum ini (tak ingat di mana), sebenarnya kita ni banyak dosa, banyak hijab. Jangan kita sombong andai doa kita dimaqbulkan, Mungkin doa oranglain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang termaqbul doanya, menyebabkan rahmat Allah tumpah kat kita. Sesudah kita sendiri berdoa sebagai usaha, jangan segan meminta oranglain mendoakan untuk kita.

"Ya Allah, selamatkanlah perjalanan Cikgu Hanim Bt Rahmat dan anaknya serta semua yg berada di dalam bas itu. YA ALLAH SESUNGGUHNYA HAMBAMU SEDANG MENERIMA DUGAANMU DAN ENGKAULAH YG MAHA BERKUASA, AAMIIIIN." (Respon diterima malam itu dari GB, Cikgu Mokhtar bila chat di Whatsapp)

Tak ada niat nak announce kat semua tentang "kenduri" di kantin pagi tadi. Cuma nak kaitkan dengan pengalaman geng bas sekolah menaiki bas ekspres untuk dikongsi. Maklumlah..bila berkumpul. masa tulah terkeluar cerita-cerita yang kedengaran lucu dan tak pernah terbayang oleh kita sebelum ini.

Cerita 1:

Kawan ni nak ke KL hadiri satu mesyuarat. Separuh perjalanan, driver bas itu memandu dalam keadaan berdiri dan mengoyang-goyangkan badannya. Heran tengok aksi si driver bas, gatal mulut bertanya.Mana tak suspen bila driver bas kata, kalau dia tak buat begitu, alamat bas masuk longkang.

Rupa-rupanya sudah 3 hari driver bas bawa bas tanpa tidur secukupnya . Dari Perlis ke KL, balik ke Perlis, drive lagi ke KL. Alasan pihak syarikat, tak ada driver.

Taubat katanya nak naik bas ekspres syarikat tu lagi. Kami yang mendengar pun dok bayang...camnalah si driver menekan pedal minyak atau brek dalam keadaan berdiri!!

Cerita 2:

Tok (mak mertua kawan) bertolak seorang diri dari Penang ke rumah sorang anaknya di Melaka. Tiba di Hentian Rehat Bukit Gantang, dia ke tandas. Sebaik saja keluar tandas, bas itu berlalu pergi. Puas melaung, melambai, bas tu lenyap dari pandangan matanya.

Aksinya memanggil-manggil bas itu disedari sekumpulan superbikers. Bila dapat tahu apa yang berlaku, mereka sepakat nak kejar bas ekspres "kurang ajar" tu. Tok pun dibawa naik superbike salah seorang dari mereka sambil pesan "pegang kuat-kuat, Tok".

Tok kata, depa dapat kejar dan pintas bas ekspres tu sambil tunjuk penumbuk kat si driver bas. Kecut agaknya, bas pun berhenti kat tempat selamat dan dapatlah Tok teruskan perjalanan ke Melaka. Tak taulah, memang kesian kat Tok tapi kami pulak tergelak lucu mengenangkan Tok (nenek) naik superbike.

P/S  Kehidupan manis dengan REDHA. Masalah ringan dengan SENYUMAN. Hajat tertunai dengan ISTIGHFAR. Perkara mustahil tercapai dengan DOA.

Artikel berkaitan:

Saat Izrail cabut nyawaku


Assalamualaikum wbt...

Takziah diucapkan kepada keluarga 3 mangsa nahas bas ekspres di Yong Peng petang Ahad lalu. 4 hari sebelum, terbaca juga di akhbar tentang kemalangan bas ekspres di Hentian Taiping arah selatan.

Bagi yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres setiap minggu seperti Anim, setiap kali membaca berita tentang kemalangan bas ekspres sebegini memang membuat kita berdebar. Walaupun sedar ajal maut di tangan Tuhan, tapi dalam hati berharap agar kematian kita bukan akibat kemalangan jalanraya. Ngeri memikirkannya..

Siapa sangka, ditakdirkan petang Khamis lalu, dalam perjalanan ke Ipoh (3 hari cuti), Anim pula mengalami saat-saat yang mencemaskan dan waktu itu Anim sempat membayangkan, "Mungkin hari ini Izrail akan cabut nyawaku".

Alkisah, bas ekspres SP-Ipoh kami dijangka bertolak 3.15 petang. Tunggu punya tunggu, jam 4 baru muncul. Alasan bila tanya di kaunter, bas ekspres itu menggantikan bas lain yang rosak. Kami ber2 duduk betul-betul belakang driver. Seronok si Abdul kecil dapat duduk depan. Boleh nampak semua, katanya.

Sebaik bas transit di Pt Buntar dan meneruskan perjalanan ke Ipoh, bas dah lain macam. Anim yang duduk belakang driver naik risau bila gear bas menunjukkan "bunga-bunga" mengalami kerosakan. Punyalah payah driver nak masuk gear. Sudah jatuh ditimpa tangga! Itulah peribahasa sesuai yang boleh digambarkan apabila kesesakan pula berlaku beberapa km dari Terowong Menora (terowong ni lagi!!).

Terdengar driver bas mengeluh. Gear bas tak berfungsi. Nak free gear pun tak boleh. Signal kecemasan bas dipasang. Dalam kesesakan teruk begini ( ada lori bawa muatan berat masuk longkang lepas terowong) , bila kenderaan di hadapan bas berhenti, driver bas terpaksa mematikan enjin. Bila kenderaan mula bergerak, enjin dihidupkan semula. Nampaknya kami semua menaiki bas yang rosak (alasan ganti bas yang rosak seperti yang diberikan sebelum ni tak boleh pakai) . Naik cemas mendengar perbualan hp driver bas dengan seseorang mengenai masalah yang dihadapi. Tambah cemas bila terdengar driver menyebut "..tak tahu bas boleh sampai ke tak. Entah-entah aku pun tak sampai" .

Terasa seolah-olah di ambang maut. Kami akan menuruni bukit selepas terowong tersebut. Called Encik Suami dan terangkan apa berlaku. Sempat chat di Whatsapp (geng bas sekolah dan family). Minta mereka doakan keselamatan kami semua. Dalam keadaan genting seperti itu, hanya doa keluarga dan teman-teman diharapkan,

Sungguh, selama ni hanya baca pengalaman orang, tapi bila kita sendiri yang mengalaminya, pada masa itu yang termampu dilakukan ialah beristighfar dan berselawat . Sempat berbisik dengan si Abdul, kalau apa-apa jadi pun, kami ber2 masih dalam wudhuk, malam Jumaat pula. Terbayang-bayang cerita yang dibaca dari buku "Saat Izrail Cabut Nyawaku" yang baru dibeli di Terminal Bas SP dan menjadi bahan bacaan di dalam bas tersebut!!! Ya Allah, seram sejuk membayangkan kita ni salah seorang darinya.


Dah masuk waktu Maghrib. Bas bergerak perlahan-lahan dalam terowong. Kami akan menuruni bukit. Setahu Anim, kalau kereta, kita akan pastikan brek kita okay tapi berbeza pula dengan kenderaan besar dan berat. Depa kena pastikan gear rendah...Suasana di dalam bas sunyi sepi. Sebaik melepasi terowong, rupa-rupanya laluan ditutup. Laluan kenderaan ke selatan dilencongkan. Kenderaan ke selatan menggunakan satu lorong laluan ke Utara.

Rasanya laluan yang dilencongkan itu memberi kesan besar pada driver bas. Dia menarik nafas lega dan mematikan signal kecemasan bas. Walaupun selepas tol Ipoh, kami terbau hangit (istighfar berpanjangan) , akhirnya kami selamat tiba di Terminal Bas di Amanjaya jam 8 malam (lewat 2 jam).

P/S  Sempat ucap terima kasih pada driver bas yang dapat membawa kami ke destinasi dalam keadaan bas yang bermasalah. 

Artikel berkaitan:

Ceramah Maulidur Rasul Ustaz Kazim di KFC


Assalamualaikum wbt...

Cuti Maulidur Rasul pagi semalam. Ikut hati, nak cicah biskut tawar dengan Milo saja di rumah. Si Abdul kecil ajak beli nasi lemak. Kemudian singgah breakfast di KFC tak jauh dari rumah. Tujuan satu, order satu breakfast set untuk Ummi, dia boleh makan nasi lemak di situ sebab air boleh refill. Haha...jangan marah. Salah satu cara berjimat kan..kan..

Orang tak ramai, cari port depan TV. Ada siaran langsung sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra, Putrajaya. 

Tak sangka boleh dengar ceramah Maulidur Rasul Ustaz Kazim dalam KFC.  Yang Dipertuan Agong dan Pemaisuri Agong yang sama persalinan biru tertawa semasa Ustaz Kazim menyanyikan lagu "Chanda ooo Chanda". Heee...kita pun tergelak kuat. Entah apa pelanggan sebelah fikirkan. Nampaknya boleh catat hari ini dalam sejarah sebab dengar ceramah agama dalam KFC di Sg.Petani.

Terharu bila video clip tentang arwah Ammar yang menerima anugerah Maulidur Rasul dipertontonkan kepada hadirin. Dalam paper hari ni, bapa arwah Ammar memberitahu pusara arwah anaknya di tanah perkuburan mulia di Turki menjadi pusara kedua yang dikunjungi rakyat Turki selepas pusara sahabat Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam,  Abu Ayub Al Ansori . Dan tambahnya ibu bapa (rakyat Turki) turut membawa anak-anak kecil mereka mengunjungi pusara arwah Ammar dan bercerita dengan anak-anak mereka tentang siapa arwah Ammar ni.

~ Al fatihah buat arwah Ammar. Syurgalah tempatmu. Amin. ~

Artikel berkaitan:

Salam Maulidur Rasul 1435H


Assalamualaikum wbt...

Betapa bernilainya seorang manusia agung yang Allah kurniakan kepada kita iaitu Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.

Memang diakui menyambut kelahiran Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam tidak ada dalam syariat Allah dan tidak disyariatkan untuk kita menyambutnya. Namun jarak masa kita dengan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalaman semakin jauh dan semakin jauh, kira-kira-kira 1500 tahun maka alim ulamak menjadikan tarikh-tarikh sebegini, masuknya Rabiul Awal diingatkan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam; bulan Muharram (peristiwa hijrah Nabi), Rejab (peristiwa Israk Mikraj) ; Syaaban (pertukaran kiblat) dan berbagai peristiwa lagi diingat dan diingatkan supaya kita tak lupa.

Tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk mengembalikan kekuatan ingatan pada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam , pada masa yang sama menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dan mengetahui halatuju dalam hidup kita,  ke mana sudahnya kita dalam perjalanan yang Allah jadikan ini sendiri.

Hari ini kalau orang tanya tentang nama kita, kita boleh jawab.Kalau orang tanya tentang nama ayah dan datuk kita, kita masih boleh jawab. Tapi kalau ditanya banyak lagi, siapa nama datuk kepada datuk, datuk, datuk kita, kita dah tak boleh jawab. Tapi ada satu nama yang kita kena jawab (nak ke tak nak) iaitu Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam. 

Bila masuk ke alam barzakh, kita tidak ditanya tentang Nabi-Nabi lain, tentang nenek moyang kita tapi "Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?", "Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?". Cuba bayangkan dalam hidup kita, kita tak kenal, tak cinta dan tak hidup bersama dengan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam? 

Bagaimana nanti selepas alam barzakh, kita berada pula di Padang Mahsyar? Bagaimana kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memanggil-manggil nama kita. Kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memberi air dari Telaga Kautsar .Kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memberi syafaat buat kita ketika mana kita berdiri sorang-sorang di hadapan Allah dan kita nak sangat Nabi Muhammad menunggu kita ketika kita meniti Titian Sirat.

Selawat jangan tertinggal. Perbanyakkan dan perbanyakkan setiap hari. Bila alim ulamak ditanya berapa kali kita kena ingat pada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dalam hidup kita, alim ulamak menjawab perbanyakkan lebih dari 70 kali sehari.

Satu-satu amalan yang Allah SWT turut serta ialah selawat.  Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

Mudah-mudahan cinta kita kepada Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam semakin menebal. Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda, “Beruntunglah barangsiapa yang melihat wajahku dan kemudian beriman dan lebih beruntung, lebih beruntung,lebih beruntung, barangsiapa beriman denganku walaupun tidak pernah melihatku. 3 kali Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam sebut "wa tubaa"(beruntung).

Wallahua'alam.

P/S Sumber : Ceramah Maulidur Rasul Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Masjid Sg Nibong, P.Pinang (YouTube)

Artikel berkaitan:

Jangan ucapkan takziah..


Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi check keputusan rayuan pertukaran secara online. Kalau hujung Disember lalu mengharapkan pertukaran diluluskan, tetapi kali ini mungkin ada geng bas sekolah yang kehairanan bila Anim kata jangan ucap takziah...tapi ucap tahniah!


V
V
V
V
V
V


Alhamdulillah yang mampu diucap. Inilah perancangan terbaik yang Allah rencanakan hidup kami anak beranak di awal 2014. Inilah juga jalan terbaik buat si Abdul sulung di Ipoh  Permohonanan pertukaran selanjutnya ialah pada sesi Jun 2014. Namun dah habaq kat Encik Suami pagi tadi di telefon...Anim nak fikirkan lagi 100x..

Kali ini atas alasan si Abdul kecil ni. Tahun ni dia berada di Tahun 6. Tinggal setahun lagi nak habiskan alam persekolahan rendahnya. Tak kisahlah walaupun muka kami berdua ni "muka tetap" setiap petang Khamis/Sabtu di Terminal Bas Sg.Petani dan  Terminal Bas Amanjaya, Meru Raya, Ipoh. Alhamdulillah.. walaupun sibuk berpindah dan kemas barang di Ipoh (95% siap kemas) serta berulang alik setiap minggu..Allah beri nikmat kesihatan buat kami sehingga hari ini.

P/S  Kos ulang alik SP-Ipoh-SP dalam RM 400 sebulan (tambang bas dan teksi). Ingat nak cari kereta comel yang jimat minyak untuk ulang alik (kereta sedia ada sudah 10 tahun, sudah antik). Tau ajalah bila naik bas ni, kena ikut masa dia. Bas Ipoh-SP paling lewat pun 4 petang. Kita ni tak puas dok rumah. Tapi bila kira-kira kos sara hidup 2 rumah ni....cam tak lepas aja..heee. Doa-doakanlah ada rezeki berkereta baru. In sha Allah, doa kalian berkat tau..

Artikel berkaitan:

Emine Erdogan yang dikagumi

 Assalamualaikum wbt..

Tak pernah tau pun wanita bernama Emine Erdogan ini sehinggalah duduk menonton Buletin TV3 malam tadi.

Isteri Perdana Menteri Turki yang cantik bertudung ini diberitakan melawat Permata Pintar di Bangi.

Apa yang buat Anim terkedu ialah bila menonton gelagatnya bersama anak-anak kecil yang menyambutnya di sana. 

Bukan saja mencium dan memeluk anak-anak tersebut tapi yang buat Anim terpana ialah secara spontan dia mencium kembali tangan anak-anak yang bersalam dengannya. 
.
Tak pernah terdetik dihati nak lakukan perkara yang dilakukan Emine Erdogan sebelum ini. Setakat memeluk dan mencium biasa dilakukan. Tapi yang satu tu tak pernah dan tak terfikir nak dibuat.

Tampak gembira anak-anak itu diperlakukan Emine Erdogan sedemikian. Bukankah seronok menggembirakan kanak-kanak kecil? 

Mungkinkah rasa ego yang tinggi, rasa diri perlu dihormati yang menyebabkan diri ini tak terfikir nak berbuat demikian kepada anak-anak kecil ( walhal dunia Anim dikelilingi kanak-kanak). Sungguh, Anim belajar sesuatu dari Emine Erdogan malam tadi.

P/S Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda,"Sesungguhnya kamu semua tidak dapat bergaul dengan para manusia itu hanya dengan harta kamu saja, maka bergaullah dengan mereka itu dengan wajah yang berseri-seri serta budi pekerti yang baik." Hadith diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya'la dan ath-Thabrani (ringkasan Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali).

Artikel berkaitan:

Bila bawang merah tak boleh bertemu bawang putih...


Assalamualaikum wbt...

Lunch tengahari Jumaat yang simple di Ipoh. Tenggiri masak kicap dan sambal kentang saja. Maklum, masak apa yang ada dalam fridge orang bujang. 

Pagi tadi lepas tonton Tanyalah Ustaz bersama Dr.Danial Zainal Abidin di TV9, tukar ke TV3 pula. Ustaz Abdullah Mahmud di MHI sedang bercerita tentang makanan sunnah Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam. Dah sekerat jalan, tapi sempatlah dengar tentang bawang merah dan bawang putih yang tidak boleh disatukan dalam makanan. 

Kata Ustaz Abdullah lagi, sebab tu kita ni lepas satu penyakit, datang satu penyakit lain. Dia juga kata, ada orang dakwa, dapat satu-satu penyakit kerana keturunan walhal penyakit itu diperolehi kerana tabiat pemakanan kita sendiri yang kita warisi dari keluarga kita.

Menariknya bila Ustaz Abdullah sentuh tentang filem "Bawang Putih, Bawang Merah". Bukankah dalam filem itu terang2 si Bawang Putih "bercakaran" dengan si Bawang Merah? Pasti ada sebabkan apabila sesuatu amalan yang sering kita lakukan tidak digalakkan dalam Islam? 

P/S. Percubaan pertama memasak tanpa bawang putih tadi tidak mendatangkan apa-apa perbezaan di lidah Bapak Abdul dan si Abdul kecil. Begitu juga lidah Anim, Agaknya lidah kami tak de pe"rasa"an. Nampaknya bolehlah amalkan sunnah yang satu ni slow2 dalam masakan yang lain.

Artikel berkaitan:

Saya dan DIA sudah ok


Assalamualaikum wbt..

Sejak 9 hari lalu, setiap kali si Abdul sulung menelefon Anim atau abahnya, dia akan menangis mahu balik. Susah hati kita dibuatnya.  Pertanyaan yang sering diajukan ialah "bila Ummi boleh tukar Ipoh?".

Sabtu lalu, sewaktu melawatnya di asrama, dia menangis lagi. Sebak juga kita dibuatnya. Datang jauh dari SP, rindu lihat wajah ceria dan gelagatnya yang suka mengusik. Tapi....sepanjang pertemuan itu dia asyik menangis dan menyatakan enggan tinggal di asrama.

Sebenarnya dia suka bersekolah di situ. Tak mahu pindah ke sekolah lain. Kawan sekelasnya dalam 20+ pelajar saja. Mereka semuanya baik, begitu juga rakan dan pelajar senior di asrama. Seronok dia bercerita, 3 bulan pertama ini, dia membaca Al Quran setiap pagi sebelum memulakan kelas. 

Masalahnya, dia mahu berulangalik dari rumah, tak mahu duduk asrama. Anim sebenarnya teruja dengan perubahannya bila dia memberitahu dia bangun sendiri dalam 6 pagi tanpa jam loceng, tanpa dikejut. Mereka diwajibkan berjemaah setiap waktu di surau. So, adakala dia jadi tukang azan bila Mualim minta volunteer (Mualim puji suara dia sedap katanya)

Tambah teruja bila dia kata duduk di asrama, dia solat sunat Subuh. Kemudian lepas solat Subuh, baca Al Mathurat pulak (dan pastinya ini satu perkara yang sukar dilakukannya jika tinggal di rumah). Dalam hati, bersyukur pada Allah kerana inilah hikmah pertukaran tidak diluluskan.  Kalau boleh kami nak dia terus duduk asrama. Persekitarannya in sha Allah boleh membantu dia menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Sewaktu pertemuan di kantin asrama, tak tahu nak guna ayat memujuk macamana lagi. Kami minta dia bersabar untuk satu tempoh yang tak pasti. Mungkin 6 bulan, mungkin setahun..dan pastinya ianya hanya membuatkan airmatanya lebih laju mengalir. Lucu juga mendengar cadangannya, "Ummi mintalah kerja lain kat Ipoh" (nampak sangat belum matang)

Anim tunjukkan kalendar yang ada. Anim jelaskan cuti am, cuti persekolahan yang bakal ditempuhi. Tempoh 6 bulan itu, in sha Allah tak lama. Tolak cuti raya Cina, tolak cuti sekolah bulan Mac dan Mei... kurang lebih dalam 100 hari saja lagi. Nampaknya dia "termakan" alasan itu. Tangisannya makin reda dan bila kami minta diri untuk pulang, dia sudah tidak menangis lagi.

P/S 3 hari berlalu, setiap kali menelefon Anim atau abahnya, dia hanya bertanya khabar kami dan memberikan "report" perkembangan sekolah dan asramanya. Tiada lagi esak tangis dan pertanyaan "sampai bila kena duduk asrama". Sungguh....Anim rasa lega sangat-sangat. Sejak hari pertama dia tinggal di asrama.....kita ni makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dibuatnya. 

Artikel berkaitan:

Lepas geran, Mykad pulak


Assalamualaikum wbt...

Suka sangat renung makna Surah Al Insyirah ini bila hadapi kesulitan. Pagi tadi di radio IKIM, terdengar kata-kata tetamu di konti ( tak tau siapa)  "Kalau kita membesarkan Allah, semua masalah akan jadi kecil'

Pagi tadi ikut Encik Suami ke CIMB Bank, Ipoh. (Opps..jam 12 malam Jumaat kami tiba Ipoh). 

Cadangnya, lepas urusan di bank selesai, nak cari pejabat Amway di Ipoh. Steam iron Philips ni tak berfungsi. Lampu "Clean Clac" asyik menyala. Dah tonton Cd yang diberi, ikut step yang ditunjuk tapi masih menyala dan tak keluar wap. SIL kata kami boleh hantar kat mana-mana branch Amway. Tunjukkan kad warranty saja.

Ntah camna, tergerak nak buka akaun CIMB Islamic. Waktu berurusan, diberitahu nama di mikrochip Mykad takde "binti". Hanya nama saja. Tu ke? Anim baru ganti Mykad ni kat UTC Perak. Kat luar Mykad lengkap, tak tau lak butiran dalam chip. Di JPJ SP semalam , keluarkan juga Mykad tapi tak guna "scanning machine". 

Permohonan buka akaun baru diterima tapi kakitangan bank berkenaan ingatkan Anim supaya p Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat pembetulan.

Petang tadi juga ke UTC Perak. Staff JPN jelaskan, bukan chip Mykad Anim saja yang cuma ada nama tanpa binti. Dia pun sama. Katanya lagi butiran yang ada dalam chip diambil dari surat beranak. Kat surat beranak zaman kita, kat bahagian nama kan hanya tertulis nama , tak ada binti, tak ada nama bapa. So, sepatutnya tak ada masalah berurusan dengan mana-mana pihak katanya. Tambahnya, kalau ada masalah, suruh depa telefon JPN ( sesenang ini ke?) atau bawa je surat beranak bersama (????).

Satu lagi alternatif...buat permohonan cabutan surat beranak untuk letak binti/nama bapa dalam mikrochip Mykad. Bawa sekali surat beranak bersama. Anim ingat nak submit borang ini kalau balik Ipoh minggu depan, in sha Allah.  Anim suka berurusan di UTC Perak. Cepat nombor dipanggil.

P/S Geran kereta pun ada cerita masa nak renew insuran. Nanti buat entry untuk berkongsi cerita...huhu..

Artikel berkaitan:

Ziarah


Assalamualaikum wbt...

Cuti sekolah Disember lalu, 2 Abdul dok tunggu family dari Johor menjengok kami di Ipoh. Family ada suarakan hasrat menziarahi kami bila tahu cuti tu kami angkut barang. Tunggu, tunggu, ada saja halangan mereka untuk datang. Akhirnya, keputusan diambil, biarlah kami pula balik menziarahi keluarga. 5 hari saja yang diperuntukkan untuk membahagi-bahagikan antara keluarga sendiri dan mertua namun apa yang diniatkan...itulah yang kita dapat.

Day 1  (Sabtu, 21 Disember)
Ziarah Bonda di rumah adik bujang di Tangkak (waktu itu Ayahnda belum balik dari Sabah). Dinner kami malam tu di Medan Ikan Bakar Sabak Awor, tak jauh dari rumah adik. Terubat tekak ni nak menjamah kupang berlada dan pepahat masak halia.

Day 2 (Ahad, 22 Disember)
Jam 8.30 pagi sudah berendam di Air Terjun Gunung Ledang. Terima kasih pada adik Anim yang ke 10, yang sanggup ambil cuti pagi itu nak menemankan 2 Abdul mandi. Lepas Asar, berangkat pula ke rumah mertua di Kota Tinggi .

Day 3 (Isnin, 23 Disember)
Ziarah, my biras (wife dia adik Encik Suami) di Hospital Sultan Ismail. Waktu kami melawat, dia dah 20 hari duduk wad. Masa tu baru selesai operate bisul di bawah ketiak. (Sehingga entry ini ditaip, biras Anim masih belum discaj lagi. Bisul di celah peha pulak. Perlu rawatan rapi kerana dia pesakit kencing manis)

Kemudian kami ziarah family adik bongsu Encik Suami di Ulu Tiram. 2 Abdul nak sangat bermain dengan si cilik Zakir.

Day 4 (Selasa, 24 Disember)
Menjengok anak saudara Encik Suami di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Dia sibuk dengan training lawan pedang, belum berpeluang balik rumah dan jaga ayahnya di hospital.Selalu beraksi di SUKMA dan meraih emas. Malangnya Sukan SEA di Mynmar yang baru lalu tak de acara lawan pedang. 

Then, ziarah keluarga adik ipar di Desaru. Seronoknya bila dihulurkan FM comel ni. Anak saudara Encik Suami yang berusia 11 tahun baru balik dari lawatan sekolah ke Jepun.  Malang sekali, tak dapat jumpa si pemberi kerana dia ada kelas tuisyen UPSR di sekolahnya. Kami tak tunggu lama sebab nak p satu tempat untuk berubat. Nanti kita buat satu entry khas tentang itu. in sha Allah.

Day 5 (Rabu, 25 Disember)
2 Abdul berhajat nak ziarah sepupunya di Kluang. Kami jangka lepas singgah rumah Iman, singgah rumah di BP, beli baju sekolah 2 Abdul di Pt Sulong dan bertolak balik ke Ipoh. Tiba-tiba tarikh 25 Disember tu mengingatkan akan tarikh lahir Alya Farisha, anak adik yang tinggal di Kuarters Pekerja, MARDI. 

Plan baru dipasang. Berpakat dengan ibu Iman (adik Anim). Kali ni nak buat kejutan  bukan saja buat si kecil Alya tetapi juga adik lelaki Anim dan isterinya. Kek dan KFC dibeli dalam perjalanan. Hee....terkejut besar depa!!

Tinggal berjauhan dengan keluarga, ziarah tak perlu tunggu raya. Kadang-kadang raya pun tak jumpa semua kerana masing-masing keluar beraya atau balik ke kampung pasangan. Masa kecil ni, kena bagi 2 Abdul kenal dan rapat dengan sepupu dan sanak saudara walaupun duduk berjauhan. Kalau tunggu besar, alamat jadi orang asinglah bila bertemu nanti...

P/S  Ambillah waktu hidupmu sebelum tiba waktu mati. Ambillah waktu lapangmu sebelum tiba waktu sibuk. Ambillah waktu sihatmu sebelum tiba waktu sakit. Mudah-mudahan di tahun 2014 ini, dapat peluang ziarah kawan-kawan blogger pula.

Artikel berkaitan:

Pembuka tirai 2014, semoga dipermudahkanNya


Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya, sejak awal cuti persekolahan Disember lalu, kami sekeluarga berulang alik antara Ipoh dan Sg.Petani. Walaupun waktu itu, status pertukaran masih terumbang-ambing, barang-barang tetap diangkut ke Ipoh. 2 Abdul tetap akan bersekolah di Ipoh. Perancangan kami, andainya hingga persekolahan 2014 bermula, rayuan Anim tidak diluluskan, Anim akan mencari bilik untuk disewa. Namun, akhirnya Allahlah yang mengatur perjalanan hidup Anim.

Masalah bermula bila hanya si abang saja yang berjaya dalam ujian kemasukan ke salah sebuah sekolah agama di Ipoh dan ditawarkan asrama. Pada awalnya Encik Suami cadang nak merayu bagi pihak adik (bersebelahan sekolah), namun akhirnya membatalkan hasrat bila memikirkan terkandung hikmah dalam hal ini. Dok membayangkan bagaimana nanti keadaan 2 Abdul andainya si ayah perlu kerja luar daerah. Siapa pula nak uruskan makan pakai dan persekolahan depa jika mereka berulang ke sekolah tersebut. Jalan penyelesaian ialah si adik akan balik bersekolah semula mengikut Anim ke SP dan memujuk si abang tinggal di asrama. Selesai satu bab..

Balik ke SP dalam keadaan rumah yang" kosong". Syukurlah ada barang-barang yang tak muat naik lori tempohari dan konon-kononnya nak diangkut kemudian. Langsir satu rumah (memang cadang nak tinggal pada mulanya), meja makan, TV, ASTRO dan line UINFI yang belum sempat terminate, tong gas, sedikit pinggan mangkuk dan periuk belanga, barangan letrik (rice cooker, water dispenser, iron, microwave), hmmmm...rasanya cukuplah untuk Anim dan si Abdul kecil meneruskan kehidupan. Dapur gas sudah dibeli. Tilam saja menunggu giliran, heee...

Namun masalah "baru" timbul. Terkejut bila balik SP dan menjengok bilik air ke dua...

Kesan tapak kaki di dinding bilik air. Kemungkinan ada penceroboh masuk melalui bumbung minggu lalu bila kami tak balik SP. Setakat ni tak nampak apa yang hilang. Iyalah...rumah kosong.

Tak boleh nak renew road tax my Waja. My geran was missing in action. Tak tahu mana Encik Suami letak masa tukar nama. Dok punggah kotak tak jumpa. P JPJ, ambil borang permohonan gantian dan bakal kena denda RM50. Isnin lalu, masa ambil borang, masya Allah, ramainya manusia di sana. Kita tak boleh tunggu lama pulak tu.

Pagi tadi, Enck Suami p JPJ SP nak tolong ambilkan geran (1 Januari kan Perak cuti). Kita diberitahu empunya kenderaan kena p sendiri, Encik Suami tak boleh tolong ambilkan. Dek kerana hari ni hari pertama persekolahan 2014 di Kedah, tak sempat nak menjengok JPJ balik sekolah tadi. Sudahnya Encik Suami kena ambil cuti kecemasan untuk hantar kami p sekolah lagi esok.

P/S  Kalau tak sempat berurusan di JPJ SP esok, kita nak p UTC Perak hujung minggu ni lah, in sha Allah.

Artikel berkaitan: