Home · About Me · Sitemap ·

Pembuka tirai 2014, semoga dipermudahkanNya


Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya, sejak awal cuti persekolahan Disember lalu, kami sekeluarga berulang alik antara Ipoh dan Sg.Petani. Walaupun waktu itu, status pertukaran masih terumbang-ambing, barang-barang tetap diangkut ke Ipoh. 2 Abdul tetap akan bersekolah di Ipoh. Perancangan kami, andainya hingga persekolahan 2014 bermula, rayuan Anim tidak diluluskan, Anim akan mencari bilik untuk disewa. Namun, akhirnya Allahlah yang mengatur perjalanan hidup Anim.

Masalah bermula bila hanya si abang saja yang berjaya dalam ujian kemasukan ke salah sebuah sekolah agama di Ipoh dan ditawarkan asrama. Pada awalnya Encik Suami cadang nak merayu bagi pihak adik (bersebelahan sekolah), namun akhirnya membatalkan hasrat bila memikirkan terkandung hikmah dalam hal ini. Dok membayangkan bagaimana nanti keadaan 2 Abdul andainya si ayah perlu kerja luar daerah. Siapa pula nak uruskan makan pakai dan persekolahan depa jika mereka berulang ke sekolah tersebut. Jalan penyelesaian ialah si adik akan balik bersekolah semula mengikut Anim ke SP dan memujuk si abang tinggal di asrama. Selesai satu bab..

Balik ke SP dalam keadaan rumah yang" kosong". Syukurlah ada barang-barang yang tak muat naik lori tempohari dan konon-kononnya nak diangkut kemudian. Langsir satu rumah (memang cadang nak tinggal pada mulanya), meja makan, TV, ASTRO dan line UINFI yang belum sempat terminate, tong gas, sedikit pinggan mangkuk dan periuk belanga, barangan letrik (rice cooker, water dispenser, iron, microwave), hmmmm...rasanya cukuplah untuk Anim dan si Abdul kecil meneruskan kehidupan. Dapur gas sudah dibeli. Tilam saja menunggu giliran, heee...

Namun masalah "baru" timbul. Terkejut bila balik SP dan menjengok bilik air ke dua...

Kesan tapak kaki di dinding bilik air. Kemungkinan ada penceroboh masuk melalui bumbung minggu lalu bila kami tak balik SP. Setakat ni tak nampak apa yang hilang. Iyalah...rumah kosong.

Tak boleh nak renew road tax my Waja. My geran was missing in action. Tak tahu mana Encik Suami letak masa tukar nama. Dok punggah kotak tak jumpa. P JPJ, ambil borang permohonan gantian dan bakal kena denda RM50. Isnin lalu, masa ambil borang, masya Allah, ramainya manusia di sana. Kita tak boleh tunggu lama pulak tu.

Pagi tadi, Enck Suami p JPJ SP nak tolong ambilkan geran (1 Januari kan Perak cuti). Kita diberitahu empunya kenderaan kena p sendiri, Encik Suami tak boleh tolong ambilkan. Dek kerana hari ni hari pertama persekolahan 2014 di Kedah, tak sempat nak menjengok JPJ balik sekolah tadi. Sudahnya Encik Suami kena ambil cuti kecemasan untuk hantar kami p sekolah lagi esok.

P/S  Kalau tak sempat berurusan di JPJ SP esok, kita nak p UTC Perak hujung minggu ni lah, in sha Allah.

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Pembuka tirai 2014, semoga dipermudahkanNya"

  1. Sempat lg tu ye kak org nk buat keje2 x bermoral tu

    BalasPadam
  2. Ya Allah. Moga Allah lindung kak Anim sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Dahlah hubby tak de....bila ada kesan tapak kaki tu naik seram jugak kalau okje ditempat Anim.....kalau hubby okjekan Anim dia tak suka buat sendiri roadtax....sebab leceh katanya padahal benda senang je pun!

    BalasPadam
  4. yg herannya , manusia tu tahu lak rumah tu x de org . kekadang kena gak pandang sekeliling yg mungkin mencurigakan . Ujian Allah itu ada hikmah dan pengajarannya . Laluinya saja dengan hati terbuka dan redha .

    BalasPadam
  5. Bagaikan tiada kesudahan...ada sahaja masalah yang timbul tapi lihatlah, perancangan Allah tiada kurang...pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat.

    p/s: renew roadtax guna myeg kan mudah...setahu saya, tanpa geran pun boleh.

    BalasPadam
  6. tekanan kos sara hidup agaknya buatkan mereka cari rezeki jalan mudah...

    BalasPadam
  7. Anim..akak geram tgk perangai manusia jahat mcm tu...

    BalasPadam
  8. aduhai anim ... tertinggal a few entry mcm2 benda berlaku ya. apa-apa pun pasti ada hikmahnya. aturan yg terbaik utk kita hanya Allah swt yg mengetahui. anim take care di SP ya.

    BalasPadam
  9. aduyai saat giniler menguji kesabaran yerk.. harap anim bersabarler hendaknyer...
    moga dipermudahkan semuanya hendaknyer...

    BalasPadam
  10. 1. Soal tapak kaki di toilet tu kena berhati-hati juga Anim. Kelak tinggal berdua aje dah. Kena tengok atas bumbung juga..

    2. Harapnya renew licence tu setel cepatlah - kami di Johor pun dah cuti sama jumaat/sabtu tapi kakak tak itu lagi susah. cuti tak sama dgn anak-anak.

    3. Kakak busy juga akhir/awal tahun ni. Selamat berurusan semuanya dgn sempurna Anim..

    BalasPadam
  11. ada juga manusia yang masuk melalui tandas tu ya kak.. macam rumah mak aiza di kampung memang dah tak tinggal apa, semua barang termasuk peti ais dan mesin basuh diangkut oleh si perompak..
    susah juga kalau tak dapat renew road tax tu.. semoga segala urusan kak anim berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

    BalasPadam
  12. Betullah tu, memang kena banyak bersabar kalau ditimpa dugaan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan harapnya kehidupan Anim sekeluarga akan lebih lancar pada tahun 2014.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai