Home · About Me · Sitemap ·

Ziarah


Assalamualaikum wbt...

Cuti sekolah Disember lalu, 2 Abdul dok tunggu family dari Johor menjengok kami di Ipoh. Family ada suarakan hasrat menziarahi kami bila tahu cuti tu kami angkut barang. Tunggu, tunggu, ada saja halangan mereka untuk datang. Akhirnya, keputusan diambil, biarlah kami pula balik menziarahi keluarga. 5 hari saja yang diperuntukkan untuk membahagi-bahagikan antara keluarga sendiri dan mertua namun apa yang diniatkan...itulah yang kita dapat.

Day 1  (Sabtu, 21 Disember)
Ziarah Bonda di rumah adik bujang di Tangkak (waktu itu Ayahnda belum balik dari Sabah). Dinner kami malam tu di Medan Ikan Bakar Sabak Awor, tak jauh dari rumah adik. Terubat tekak ni nak menjamah kupang berlada dan pepahat masak halia.

Day 2 (Ahad, 22 Disember)
Jam 8.30 pagi sudah berendam di Air Terjun Gunung Ledang. Terima kasih pada adik Anim yang ke 10, yang sanggup ambil cuti pagi itu nak menemankan 2 Abdul mandi. Lepas Asar, berangkat pula ke rumah mertua di Kota Tinggi .

Day 3 (Isnin, 23 Disember)
Ziarah, my biras (wife dia adik Encik Suami) di Hospital Sultan Ismail. Waktu kami melawat, dia dah 20 hari duduk wad. Masa tu baru selesai operate bisul di bawah ketiak. (Sehingga entry ini ditaip, biras Anim masih belum discaj lagi. Bisul di celah peha pulak. Perlu rawatan rapi kerana dia pesakit kencing manis)

Kemudian kami ziarah family adik bongsu Encik Suami di Ulu Tiram. 2 Abdul nak sangat bermain dengan si cilik Zakir.

Day 4 (Selasa, 24 Disember)
Menjengok anak saudara Encik Suami di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Dia sibuk dengan training lawan pedang, belum berpeluang balik rumah dan jaga ayahnya di hospital.Selalu beraksi di SUKMA dan meraih emas. Malangnya Sukan SEA di Mynmar yang baru lalu tak de acara lawan pedang. 

Then, ziarah keluarga adik ipar di Desaru. Seronoknya bila dihulurkan FM comel ni. Anak saudara Encik Suami yang berusia 11 tahun baru balik dari lawatan sekolah ke Jepun.  Malang sekali, tak dapat jumpa si pemberi kerana dia ada kelas tuisyen UPSR di sekolahnya. Kami tak tunggu lama sebab nak p satu tempat untuk berubat. Nanti kita buat satu entry khas tentang itu. in sha Allah.

Day 5 (Rabu, 25 Disember)
2 Abdul berhajat nak ziarah sepupunya di Kluang. Kami jangka lepas singgah rumah Iman, singgah rumah di BP, beli baju sekolah 2 Abdul di Pt Sulong dan bertolak balik ke Ipoh. Tiba-tiba tarikh 25 Disember tu mengingatkan akan tarikh lahir Alya Farisha, anak adik yang tinggal di Kuarters Pekerja, MARDI. 

Plan baru dipasang. Berpakat dengan ibu Iman (adik Anim). Kali ni nak buat kejutan  bukan saja buat si kecil Alya tetapi juga adik lelaki Anim dan isterinya. Kek dan KFC dibeli dalam perjalanan. Hee....terkejut besar depa!!

Tinggal berjauhan dengan keluarga, ziarah tak perlu tunggu raya. Kadang-kadang raya pun tak jumpa semua kerana masing-masing keluar beraya atau balik ke kampung pasangan. Masa kecil ni, kena bagi 2 Abdul kenal dan rapat dengan sepupu dan sanak saudara walaupun duduk berjauhan. Kalau tunggu besar, alamat jadi orang asinglah bila bertemu nanti...

P/S  Ambillah waktu hidupmu sebelum tiba waktu mati. Ambillah waktu lapangmu sebelum tiba waktu sibuk. Ambillah waktu sihatmu sebelum tiba waktu sakit. Mudah-mudahan di tahun 2014 ini, dapat peluang ziarah kawan-kawan blogger pula.

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Ziarah"

  1. nanti bolehlah iarah kami disini.. hihihi

    BalasPadam
  2. wah! full juga jadual aka ni...kira hari2 penuh dgn aktiviti kan kak..takpe lah sesekali..:)

    BalasPadam
  3. Jadual 5 hari yang sungguh padan tapi penuh barokah. Betul tu kak...kalau xziarah dan dikenalkan dengan sedara-mara/sepupu bagai...alamatnya berlaga bahu pun xkenal. Semoga bila dah besar nanti, mereka teruskan amalan berziarah ini.

    BalasPadam
  4. Lawatan singkat, padat tetapi tercapai hasrat beriadah sambil berjumpa sanak saudara mengeratkan silaturahim.

    BalasPadam
  5. kekadang tu ada juga ipar duai yang tak menggalakkan anak anak depa rapat dengan sepupu sepapat ni..di racuni fikiran anak anak yang dengan cerita yang bukan bukan...apa fekdah yg dapat pun taktau..

    BalasPadam
  6. padat jadual kak anim.. aiza doakan semoga biras kak anim cepat sembuh dari sakitnya.. bagus kak anim bawa anak-anak ziarah ke rumah saudara-mara macam tu.. dapatlah berkenal-kenalan, jangan pula dah besar nanti jumpa tak kenal pula..

    BalasPadam
  7. Wah sibuknya beraya..he he..selamat tahun baru, macam mana siabdul di sekolah baru?

    BalasPadam
  8. anak buah saya buat group khas utk anak cucu my bonda dan ayah kat fb . kat situlah kami bersembang utk merapatkan hubungan .

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum cikgu...banyaknya aktiviti. Nampak macam best jer air terjun Gg. Ledang tu..

    BalasPadam
  10. Wah.banyak betul acaranya yea. Selamat tahun baru akak.

    BalasPadam
  11. Puas ziarah banyak saudara bila masa cuti sekolah Anim. Naik sekolah dah susah. Memang betul raya lagi payah nak bertemu kerana agenda kebanyakan tak sama..

    BalasPadam
  12. http://acikidah.blogspot.com

    BalasPadam
  13. maaf silap copy ... Singgah ari ni & terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!

    BalasPadam
  14. seronoknya kak... kami pun teringin nak balik jumpa semua lagi...

    BalasPadam
  15. waduhhh tgk pic tu rs mcm da berkurun x g ledang (sagil)

    BalasPadam
  16. bestnya bila satu family berkumpul...blogwalking,jemput ke follow blog saya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. adoiiii ngerinya tgk pic yg birs akak kne bisul tuh

    BalasPadam
  18. Wah...mmg penuh aktiviti merapatkan silaturrahim cuti 5 hari tu yeh Anim...mmg berbaloi balik kg!...
    Tu gambar masa operate bisul ke tu Nim...seramnya...
    Kot kot kita ada terserempak kat Sabak Awor tu hehe

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah, semua pun dapat dilaksanakan ya. Alahai, tak sangka Anim ni orang Johor ya? Senegerilah kita ya rupanya. Suka sangat kalau dapat jumpa rakan senegeri ni (macam dok obersi pulak gayanya :D) Saya ni pun dah lama tak balik kampung kerana mak tinggal di sini bersama kakak. Dah macam orang asing bila pulang ke kampung halaman sendiri.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai